BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH
SINOPSIS
Walaupun walid mahu menghantarnya namun ditolak oleh Haikal kerana khuatir tindakan walid akan menaikkan lagi kemarahan uminya. Ketika keluar dari rumah, hanya walid dan Nurul Aisyah yang menghantarnya di muka pintu.. Uminya tidak kelihatan. Haikal berasa uminya masih marah dan jengkel akan Abdullah Kayan. Haikal berharap agar segera sampai ke destinasinya. Dia dihantar dan ditemani Ratna semasa menunggu bas.
PERSOALAN
TEKAD DAN KESUNGGUHAN UNTUK MENDAPATKAN SESUATU
Haikal tekad bermusafir seorang diri ke
Johor demi mencari kebenaran tentang kisah hidup ayahnyal
NILAI NILAI MURNI
1. NILAI KECEKALAN
Dengan hati yang cekal , Haikal membuat
keputusan untuk ke kampung ayahnya seorang diri walaupun dia tidak tahu apa-apa
tentang kampung ayahnya kerana tidak pernah ke sana.Haikal juga tidak mengenali
sesiapa di sana.
2. NILAI KEBERANIAN.
Haikal memberanikan diri bermusafir
seorang diri ke Johor demi amanat arwah ayahnya.
3. NILAI KESOPANAN
Haikal bersalam dengan walid dan Nurul Aisyah sebelum bergerak ke stesen bas.
3. NILAI KESOPANAN
Haikal bersalam dengan walid dan Nurul Aisyah sebelum bergerak ke stesen bas.
1.
NILAI SETIAKAWAN
Haikal dihantar dan ditemani Ratna
sementara menunggu bas untuk ke Johor.
PENGAJARAN
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menghormati ahli keluarga kita sendiri
Haikal amat menghormati walid , dia bersalam
dengan walid sebelum berangkat ke stesen bas. Haikal juga
tidak mahu dihantar oleh Walid ketika mahu ke Johor kerana bimbang uminya akan
berasa marah.
3. Kita hendaklah berani demi mencapai
apa yang kita inginkan.
Haikal
berani bermusafir seorang diri ke Johor demi amanat arwah ayahnya.
4. Kita hendaklah setia dalam persahabatan.
Haikal berjanji kepada Ratna bahawa dia
akan pulang ke Kuala Terengganu apabila selesai menunaikan amanat arwah ayahnya
di Johor.
LATAR LATAR MASA
waktu malam
Haikal menaiki bas ekspres menuju Johor
LATAR TEMPAT
LATAR TEMPAT
I DALAM BAS EKSPRES
mungkin benci akan ayahnya entah sampai bila ketika
di dalam bas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan