HALAMAN 2

Rabu, 16 Januari 2019

Plot Novel Hempasan Ombak T3

Image result for hempasan ombak


PLOT NOVEL HEMPASAN OMBAK

Binaan Plot
Permulaan
Farid duduk di dalam bilik dan dia berasa sepeti tidak percaya dalam usia 19 tahun terpaksa mengambil alih Syarikat Batik Nusantara setelah ayahnya meninggal dunia tiga bulan yang lalu. Farid berasa resah dan kurang yakin kerana tiada pengalaman dan kemahiran untuk menguruskan perniagaan itu. Farid bertuah kerana Tomsiah atau Kak Tom, kerani syarikat perniagaan keluarganya banyak membantu dan memberi tunjuk ajar tentang pengurusan syarikat keluarganya itu. Farid sangat mengagumi Kak Tom kerana kemahiran dan pengetahuannya dalam menguruskan syarikat milik arwah ayahnya.

Perkembangan
Farid mendengar pelbagai cerita tentang punca kematian ayahnya. Ada yang mengatakan bahawa ayahnya meninggal dunia akibat terkena santau, tuju dan sebagainya. Namun, Farid berpendapat bahawa kematian ayahnya merupakan takdir yang telah ditetapkan tuhan. Dia  sendiri tahu bahawa ayahnya menghidap penyakit barah di dalam perut. Pemergian ayahnya seperti memberi amanah kepada Farid untuk menguruskan perniagaan keluarganya itu, lebih-lebih lagi abangnya, Lotfi lumpuh. Farid berhadapan tugas penting untuk memulihkan perniagaan keluarganya. Farid sering merujuk kepada Kak Tom dalam menguruskan perniagaan batik keluarganya. Sebagai pengurus baharu, Farid bertanggungjawab meninjau ke bangsal para pekerjanya Lankanankan proses mencanting batik. Farid berasa risau apabila Nik memberitahu bahawa stok untuk menghasilkan batik semakin berkurangan. Menurut Nik lagi, kain batik mereka tidak laku dan melambak di pasaran. Tomsiah pula telah menyerahkan fail hutang syarikat itu kepada Farid. Farid mula memikirkan strategi untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikatnya. Farid bermesyuarat dengan pekerjanya dan keputusan telah diambil untuk melakukan pelbagai pelan untuk memajukan syarikat batik itu seperti memperbesar bangsal  dan menghasilkan batik moden.Mokhsein dan Hartini memainkan peranan yang penting dalam penghasilan batik moden di Syarikat Batik Nusantara. Dengan kreativiti Hartini, batik bercorak moden berjaya dihasilkan dan kegunaan batik juga telah dipelbagaikan.

Perumitan
Kemunculan batik bercorak baharu keluaran syarikat Farid menyebabkan batik keluaran Syarikat Batik Rajawali tidak lagi mendapat sambutan. Pemiliknya, Mukhtar sangat berdendam terhadap Farid dan dia juga telah mendesak Zuraida, anak saudaranya agar tidak menjual batik keluaran syarikat Farid di gerainya. Selain itu, Mukhtar telah mengirimkan surat layang berbaur ugutan kepada Farid. Seterusnya samseng upahan Mukhtar, iaitu Mahmood telah datang ke bangsal batik Farid dan dia cuba memfitnah dan memukul Masri. Tindakan itu berjaya dihalang oleh Azmi. Azmi telah mencurah lilin panas pada muka Mahmood.

Puncak
Bangsal batik moden milik Farid telah dibakar oleh orang upahan Mukhtar pada waktu malam. Farid berusaha memadamkan api tetapi usahanya gagal. Kejadian itu memusnahkan bangsal batik moden. Selepas siasatan dijalankan, pihak bomba mendapati bahawa terdapat unsur sabotaj dalam kejadian itu.

Peleraian

Mukhtar bin Yusof, pemilik Syarikat Batik Rajawali ditangkap polis atas tuduhan mengupah tiga orang samseng membakar bangunan bengkel milik Farid. Zuraida memohon maaf kepada Farid atas perbuatan pakcik itu. Mukhtar dijatuhkan hukuman oleh mahkamah penjara tiga tahun.












Tiada ulasan: