HALAMAN 2

Isnin, 28 Januari 2019

SINOPSIS DAN ANALISIS BAB 12 NOVEL SEJAMBAK BAKTI T1


 Bab 12 – Kasih Seorang Ibu

         Ketika Razali sampai di rumah, Mak Sopiah amat terkejut melihat keadaan anaknya. Razali pun menyatakan perlakuan Munir terhadapnya. Kebetulan ayah tiri Razali, Pak Zakaria telah pulang. Apabila ternampak keadaan Razali, Pak Zakaria terus menyalahkan Razali sebagai anak yang sombong dan angkuh sehingga bergaduh dengan orang lain. Mak Sopiah terus mempertahankan anaknya. Pada petang itu, setelah makan, Razali membaca di pondok yang terletak di sawah itu. Dia kecewa atas layanan ayah tirinya. Razali terus bertanya kepada ibunya siapa ayahnya yang sebenarnya. Bagaimanapun, Mak Sopiah enggan memberitahu Razali tentang ayahnya kerana tidak mahu mengingat kembali kenangan pahit itu.


Latar tempat:
Di rumah Razali/Mak cik Sopiah


Latar Masa
 Waktu petang – ketika Razali balik dari Sekolah
 
Watak: 
Razali
mak cik Sopiah - ibu Razali
Pak cik Zakaria - ayah tiri Razali

Peristiwa penting/Menarik        


Peristiwa penting

Nilai Murni

Pengajaran

Mak Sopiah membela Razali Pak cik Zakaria menuduh Razali suka bergaduh.  Beliau juga menuduh Razali sombong, angkuh dan selalu ingin menunjuk gagah.  Menurut mak cik Sopiah, mereka belum tahu siapa yang salah dan siapa yang benar.  Jadi tak adil terus menuduh Razali. Mak cik Sopiah akan mempertahankan Razali daripada cemuhan suaminya biarpun apa-apa yang akan berlaku


Selepas makan tengah hari Razali solat fardu Zuhur


Razali membawa buku-buku ke pondok tengah sawah dan membuat kerja rumah di situ.  Dia menumpukan penuh perhatian pada pelajaran kerana pelajaran itu dapat menjamin hidup pada masa depan.

Mak cik Sopiah merahsiakan kisah ayah kandung Razali walaupun sering ditanya oleh Razali kerana peristiwa itu merupakan sejarah pahit dalam hidupnya.Razali memeluk emaknya sambil menangis kerana simpati kepada emaknya.


 Nilai kasih sayang


















Nilai Ketaatan




Nilai kerajinan









Nilai Kasih Sayang

Kita janganlah sesekali berperasangka buruk terhadap orang lain kerana akan mendatangkan akibat yang tidak diingini

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga supaya kehidupan berbahagia.









Kita hendaklah sentiasa taat suruhan Allah dengan melakukan solat apabila masuk waktu.


Kita hendaklah rajin belajar supaya menjadi orang yang berjaya pada masa depan.








 .





















Tiada ulasan: