Sinopsis:
Pada petang itu, Munir, Leong dan Silvam menunggang motosikal lalu singgah di tepi jalan yang menuju ke arah rumah Razali. Mereka menunggu kedatangan Razali. Ketika ternampak Razali, mereka terus memukul Razali sehingga Razali tersungkur dan mukanya berdarah. Setelah mereka meninggalkan tempat itu, Ramlah, Swee Lan dan Saridevi menunggang basikal ke situ. Setelah mengetahui perlakuan Munir, mereka ingin melaporkan perkara itu kepada Cikgu Zulkifli, tetapi Razali enggan berbuat demikian kerana takut kalau berita itu sampai pada ayah tirinya.
Latar tempat:
di sebatang jalan menunju ke rumah
Razali
di bawah sebatang pohon yang rending –
Munir dan kawan-kawannya menungggu Razali
Latar Masa
Waktu petang – ketika Munir, Selvam dan Leong
balik dari sekolah
Watak:
Munir
Leong
Selvam
Razali
Peristiwa
penting/Menarik
Peristiwa
penting
|
Nilai Murni
|
Pengajaran
|
Munir berdendam dengan Razali kerana
menganggap Razali telah melaporkan
tingkah laku buruknya kepada Cikgu Muniam.
Munir, Leong dan Selvam juga marah
dan cemburu dengan hubungan rapat Razali dengan Ramlah, Swee Lan dan
Saridevi.
Munir, Leong dan Selvam telah
bertindak memukul Razali sehingga mlutnya berdarah.
Ramlah, Saridevi dan Rozita menolong Razali
yang dipukul dan membantu mengambil beg dan buku-bukunya yang berterabur
serta basikalnya yang rebah.
Razali melarang Ramlah daripada
melaporkan peristiwa tersebut kepada Cikgu Zulkifli kerana takut mereka akan
lebih berdendam dan takut jika perkara tersebut diketahui oleh bapa tirinya.
|
Nilai tolong-menolong
|
Kita janganlah
sesekali menyimpan perasaan dendam terhadap orang lain kerana akan
mendatangkan akibat yang buruk.
Kita hendaklah
sedia menolong orang yang dalam kesusahan kerana itu merupakan perbuatan yang
mulia.
Kita hendaklah berani menyatakan sesuatu
perkara yang benar supaya perbuatan yang tidak baik tidak akan berterusan.
.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan