HALAMAN 2

Ahad, 27 Januari 2019

SINOPSIS DAN ANALISIS BAB 4 - NOVEL SILIR DAKSINA



BAB 4: Desakan Hati 
SINOPSIS 
          Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abdullah Kayan. Haikal bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abdullah Kayan. Hati Haikal melonjak-lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar buntu.
Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna ,berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri.
         Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang ayahnya.

PERSOALAN
1. RAHSIA HIDUP YANG MENJADI TANDA TANYA DAN PERSOALAN KEPADA SEORANG ANAK
Haikal bingung dan tertanya-tanya tentang manuskrip yang dibacanya. Haikal berasa kisah dalam manuskrip itu ada kaitan dengan dirinya.   Haikal keliru dan berada dalam dilema apabila terpaksa membuat pilihan sama ada mahu pulang ke kampung ayahnya bagi merungkai misteri di sebalik manuskrip yang dibacanya.

NILAI NILAI MURNI
1.  Nilai Keprihatinan
 Ratna begitu prihatin akan masalah yang dihadapi Haikal dan mencadangkan Haikal beterus terang dengan uminya tentang hasratnya hendak ke kampung ayahnya.
Haikal sangat prihatin akan penderitaan ayahnya setelah membaca manuskrip ayahnya,
2.  Nilai Kejujuran
Ratna dengan jujur memuji bakat sastera dalam diri Haikal.
 Ratna dengan jujur menmberitahu Haikal bahawa bakat ayahnya kini mengalir dalam diri haikal.

3.   Nilai Setiakawan
  Ratna seorang kawan yang setia dan akrab dengan Haikal.  Ratna sentiasa mendengar keluhan Haikal tentang arwah ayah dan uminya. Ratna menasihati Haikal agar merbincang dengan uminya tentang manuskrip yang diterimanya. Ratna sentiasa member semangat kepada Haikal yang dia mampu menghadapi semuanya.

PENGAJARAN 
1.    Kita mestilah prihatin akan masalah orang yang di sekeliling kita.
       Ratna amat prihatin akan dilema yang dihadapi Haikal antara desakan hati untuk mengcungkil rahsia hidup ayah kandungnya dengan sikap ibunya yang tidak mahu menceritakan punca sebenar mereka berpisah
2.    Kita mesti jujur dalam persahabatan

        Ratna dengan jujur memberitahu Haikal agar berterus terang dengan uminya tentang desakan hatinya mahu mengcungkil rahsia hidup ayahnya.

LATAR LATAR MASA
 Waktu malam.
Haikal bertemu Ratna untuk meluahkan masalahnya tentang manuskrip ayahnya yang baru selesai dibacanya

LATAR TEMPAT 
 1.   Rumah ibu Haikal
Haikal memberitahu ibnya bahawa dia mahu berjumpa dengan kawannya  pada malam itu.

      2.    Gerai Ratna di Pantai Batu Buruk
 Haikal memberitahu Ratna tentang manuskrip ayahnya yang dirasakan seperti sejarah hidupnya sendiri

 LATAR MASYARAKAT
      1.    Golongan peniaga
 Ibu dan walid Haikal menjalankan perniagaan batik .Ratna mengusahakan gerai makanan di Pantai Batu Buruk
  
      2.     Gologan pencinta Sastera.

Haikal berbakat dalam penulisan cerpen dan puisi. Haikal memenangi pertandingan menulis puisi dan cerpen di peringkat daerah dan negeri.


Tiada ulasan: