BAB 5:
RINDU
SINOPSIS
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu kepada umi.
PERSOALAN
1. KERINDUAN YANG AMAT MENDALAM SEORANG ANAK KEPADA AYAH KANDUNG

Haikal terlalu merindui arwah ayahnya yang terpisah
sejak kecil sehingga membayangkan kehidupan dan aktiviti zapin di Kampung Seri
Purnama , kampung ayahnya
3. HALUAN
CITA-CITA YANG BERBEZA
Haikal begitu seronok dan teruja membayangkan kegiatan seni tarian zapin yang digambarkan oleh manuskrip ayahnya tetapi tidak meminati bidang perniagaan yang diusahakan oleh uminya

Uminya pula
mahu Haikal mewarisi perniagaan batik di Pasar Payang yang langsung tidak
diminatinya
NILAI MURNI
1. KETAATAN/KEPATUHAN
Haikal amat
taat akan kehendak uminya yang tidak mahu dia menziarahi jenazah ayahnya tujuh
tahun yang lalul Haikal berasa
limpahan kasih sayang walid walaupun hanya ayah tirinya.
2. NILAI
KASIH SAYANG
Haikal
terasa terlalu kasih akan arwah ayahnya setelah membaca manuskrip ayahnya.
3. NILAI
SIMPATI
Guru pengawas peperiksaan UPSR bersimpati dan memujuk Haikal untuk mententeramkannya kerana Haikal menangis kesedihan tidak dapat pulang ke kampung arwah ayahnya untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah ayahnya pada hari kematian arwah ayahnya

PENGAJARAN
1. KITA MESTI MENYAYANGI DARAH DAGING SENDIRI WALAUPUN TERPISAH
Haikal
terasa amat menyayangi arwah ayahnya walaupun tidak pernah bersua sejak kecil
setelah membaca manuskrip ayahnya.
2. KITA PERLU MENGHARGAI KASIH SAYANG AHLI KELUARGA SENDIRI
Haikal amat
menghargai kasih sayang walid ayah tirinya yang memeliharanya sejak kecill
3. KITA MESTI MENGHORMATI PERASAAN ORANG YANG LEBIH DEWASA

Haikal amat menghormati perasaan uminya
sehingga dia berasa serba salah untuk bertanyakan punca perpisahan umi dan
ayahnya.
LATAR LATAR MASA
1.MALAM
LATAR LATAR MASA
1.MALAM
Haikal
terdengar-dengar irama zapin dan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terbayang-bayang situasi meriah di Sri
Purnama sehingga berasa terpanggil untuk ke sana .Haikal tidak dapat melelapkan
mata kerana masih teringat-ingat tentang kisah yang ditulis dalam manuskrip
arwah ayahnya
2 TUJUH.
TAHUN LALU
Haikal
menangis kerana tidak dibenarkan oleh umi mengikutinya menziarahi jenazah
ayahnya di Johor kerana menduduki peperiksaan UPSR.
LATAR MASYARAKAT
1.GOLONGAN PENIAGA
Umi dan
walid berniaga batik di Pasar Payang.
2.GOLONGAN
PENCINTA SENI BUDAYA MELAU
Haikal
dapat merasakan ayahnya seorang pencinta tarian zapin yang hebat seperti
digambarkan dalam manuskripnya.
LATAR TEMPAT
1. DI RUMAH HAIKAL
Haikal serba salah untuk menyatakan hasratnya kepada umi untuk pulang ke kampung ayahnya bagi mengcungkil kisah sebenar dalam manuskrip yang diterimanya.
2. DI DALAM
DEWAN PEPRIKSAAN
Haikal yang
menangis kerana tidak boleh pulang ke Johor untuk memberi penghormatan terakhir
kepada arwah ayahnya , ditenteramkan oleh pengawas peperiksaan .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan