HALAMAN 2

Sabtu, 13 Julai 2013

NOVEL ISTANA MENANTI - NOTA LENGKAP NILAI MURNI & PENGAJARAN

NILAI-NILAI MURNI


Konsep nilai murni
– bermaksud perkara positif atau tingkah laku yang baik dan murni yang dapat diteladani/dicontohi oleh pembaca.


NILAI-NILAI MURNI DALAM NOVEL ISTANA MENANTI

    1.     NILAI KEBERANIAN
Contohnya;
Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy  berani  meredah hutan belukar dan mendaki Gunung Datuk semata-mata untuk melihat tinggalan sejarah di Istana Menanti yang telah lama ditinggalkan dan dikatakan berhantu.

2.     NILAI  SETIAKAWAN
Contohmya;
Fadhil dan Ramasamy mempunyai semangat setiakawan yang tinggi kerana sanggup turun ke dalam terowong di bawah Istana Menanti untuk mencari sahabat mereka Ah Seng yang tidak pulang kerana ditangkap oleh bekas pengganas komunis.

3.     NILAI BEKERJASAMA
Cotohnya;
Penduduk kampung telah bekerjasama dan membantu pihak polis dalam gerakan untuk menangkap penjahat yang menculik Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng serta mencuri harta karun yang terdapat dalam terowong di Istana Menanti.

4.     NILAI KASIH SAYANG
Contohnya;
Encik  Karim, Encik Leong dan Encik Shanti sangat sayang akan anak-anak mereka dan berasa risau apabila anak mereka Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy tidak pulang ke rumah.  Mereka telah membuat laporan polis supaya anak mereka dapat diselamatkan.

5.     NILAI MENGENANG JASA
Contohnya;
Menteri Besar dan Ketua Polis Daerah memberi penghargaan kepada Tuk Ngah, Fadhil, Ramasamy Ah Seng dan Khairil Anuar kerana berjaya membantu pihak polis untuk menangkap penjahat yang mahu menggugat keamanan negara dan mencuri harta karun di Istana Menanti.

6.     NILAI KETAATAN
Contohmya;
Fadhil, Sh Seng dan Ramasamy taat kepada ibu bapa dengan meminta keizinan daripada ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum mendaki Gunung Datuk untuk mencari Istana Menanti.

7.  NILAI CINTA AKAN TANAH AIR

Contohnya:
Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy mempunyai semangat cinta akan tanah air kerana berusaha untuk mengetahui dan mengkaji sejarah tempatan tanah air iaitu tentang sejarah Istana Menanti di negeri Sembilan daripada Tuk Ngah .

8. NILAI TOLONG-MENOLONG

Contohnya:
Penduduk kampung Ulu Saperi menolong Encik  Karim, Encik Leong dan Encik Shanti dalam usaha mencari anak mereka Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy yang masih belum pulang ke rumah setelah pergi mencari Istana Menanti.

9.  NILAI BAIK HATI

Contohnya:  
Tuk Ngah sangat baik hati dan sanggup memenuhi permintaan tiga sahabat Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy untuk menceritakan sejarah Istana Menanti dan menjadi penunjuk jalan untuk mencari Istana tersebut di puncak Gunung Datuk.

10.   NILAI KETABAHAN

Contoh:
Fadhil, Ramasamy, Ah Seng  tabah menempuh hutan dan mendaki Gunung Datuk untuk mencari Istana Menanti.  Mereka juga tabah menghadapi penjenayah yang mengerah tenaga mereka untuk menggali tanah bagi mendapatkan harta karun. Mereka diugut akan dibunuh sekiranya tidak mengikut arahan.







PENGAJARAN/MESEJ

1.       Kita hendaklah berani menempuh cabaran dalam hidup. 
Contohnya,
Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy  berani  meredah hutan belukar dan mendaki Gunung Datuk semata-mata untuk melihat tinggalan sejarah di Istana Menanti yang telah lama ditinggalkan dan dikatakan berhantu.

2.       Kita hendaklah sentiasa bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas.
Contohnya;
Penduduk kampung telah bekerjasama dan membantu pihak polis dalam gerakan untuk menangkap penjahat yang menculik Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng serta mencuri harta karun yang terdapat dalam terowong di Istana Menanti.

3.       Kita hendaklah sayang-menyayangi sesama ahli keluarga.
Contohnya;
Encik  Karim, Encik Leong dan Encik Shanti sangat sayang akan anak-anak mereka dan berasa risau apabila anak mereka Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy tidak pulang ke rumah.  Mereka telah membuat laporan polis supaya anak mereka dapat diselamatkan.

4.       Kita hendaklah taat kepada ibu bapa.
Contohnya,
Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy meminta keizinan daripada ibu bapa masing-masing terlebih dahulu sebelum mendaki Gunung Datuk untuk mencari Istana Menanti.

5.    Kita hendaklah mempunyai semangat setiakawan dalam persahabatan
Contohnya;
Fadhil dan Ramasamy mempunyai semangat setiakawan yang tinggi kerana sanggup turun ke dalam terowong di bawah Istana Menanti untuk mencari sahabat mereka Ah Seng yang tidak pulang kerana ditangkap oleh bekas pengganas komunis.

6.   Kita janganlah terlibat dalam kegiatan yang  menyalahi undang-undang/ masalah sosial
Contohnya:
Dolah sanggup bersekongkoldengan pihak komunis dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan selepas Tanah Melayu Merdeka

7.    Kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan tanah air.
Contohnya:
Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy memiliki semangat cinta akan tanah air dan  berusaha untuk mengkaji sejarah tempatan iaitu tentang sejarah Istana Menanti di Negeri Sembilan.

8.   Kita janganlah mempercayai perkara-perkara tahyul dan mistik.
Contohnya:
Orang kampung Ulu Saperi termasuklah isteri Tuk Ngah iaitu Nek Timah percaya bahawa Istana Menanti berpuaka dan dihuni oleh orang bunian.

9.       Kita hendaklah  memberi penghargaan kepada orang yang telah berjasa kepada negara.
Contohnya;
Menteri Besar dan Ketua Polis Daerah memberi penghargaan kepada Tuk Ngah, Fadhil, Ramasamy Ah Seng dan Khairil Anuar kerana berjaya membantu pihak polis untuk menangkap penjahat yang mahu menggugat keamanan negara dan mencuri harta karun di Istana Menanti.

10.  Kita hendaklah tabah dalam menempuh cabaran hidup.
Contohnya:

Fadhil, Ramasamy, Ah Seng  tabah menempuh hutan dan mendaki Gunung Datuk untuk mencari Istana Menanti.  Mereka juga tabah menghadapi penjenayah yang mengerah tenaga mereka untuk menggali tanah bagi mendapatkan harta karun. Mereka diugut akan dibunuh sekiranya tidak mengikut arahan.



      Cikgu Chom

2 ulasan:

Ieyzan ceo berkata...

thank a lot...

alice zureen berkata...

Terima kasih cikgu