HALAMAN 2

Selasa, 2 Julai 2013

TATABAHASA - LATIHAN KATA MAJMUK & RANGKAI KATA SETARA

     

Teliti penggunaan kata majmuk dan rangkai kata setara dalam ayat berikut.  
Tandakan ( / ) jika penggunaannya betul dan tandakan ( X ) jika penggunaannya salah.

1.      Semua pejabat-pejabat pos seluruh negara menawarkan pembayaran bil setempat tanpa apa-apa bayaran tambahan.   [          ]

2,      Cuti Hari Sabtu minggu ketiga diberikan kepada semua kakitangan kerajaan sebagai tambahan kepada cuti Hari Sabtu minggu pertama.    [         ]

3.      Beberapa buah kereta-kereta kebal tentera Amerika telah dimusnahkan oleh tentera Iraq semasa Perang Teluk.     [          ] 

4.      Ibu-ibu bapa diseru agar memberi perhatian terhadap kegiatan anak-anak mereka semasa cuti sekolah.     [          ]

5.      Semua maklumat tentang  syarikat itu akan dikemaskini untuk memudahkan pengurusannya.     [          ]

6.      Dia menyusun atur perabot di dalam rumahnya berpandukan majalah Anjung Seri yang dilanggannya setiap bulan.     [         ]

7.      Tulisannya yang seperti cakar ayam itu sukar dibaca dan dapat menjejaskan markahnya dalam peperiksaan.     [          ]

8.      Bangunan itu direka bentuk oleh seorang arkitek terkenal yang mendapat pendidikan di luar negara.     [          ]

9.      Karangan yang mencampuraduk isi antara yang sesuai dengan yang tidak sesuai akan mendapat markah yang rendah.     [          ]

10.    Majlis itu berjalan lancar mengikut aturcara yang telah ditetapkan.     [          ]

11.    Setiap pagi dia menerima duit kopi daripada ayahnya sebagai perbelanjaan hariannya di sekolah.     [          ]

12.    Semua pinggan-pinggan dan mangkuk itu dipinjamkan kepada Pak Mail yang akan mengadkan kenduri perkahwinan anak perempuannya.     [          ]

13.    Semua buku-buku kerja itu diedarkan oleh pengedar yang telah memperoleh kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri.     [          ]

14.    Setiap anggota masyarakat mesti hidup bersatu-padu untuk mewujudkan sebuah negara yang harmoni.      [          ]

15.    Semua guru matapelajaran Bahasa Melayu telah mengikuti kursus Pemantapan Tatabahasa anjuran Pejabat Pelajaran Daerah.     [          ]



SELAMAT MENCUBA!!!

Cikgu Chom

Tiada ulasan: