HALAMAN 2

Rabu, 3 Julai 2013

SINOPSIS NOVEL ISTANA MENANTI - SINOPSIS MENGIKUT BAB -MODUL ISI TEMPAT KOSONG 2



 Objektif: 1. Pelajar akan membaca bab yang diarahkan 
                2. Mengisi tempat-tempat kosong dengan 
                     perkataan yang sesuai untuk melengkapkan 
                     sinopsis setiap bab.

 Arahan: 
 Baca Bab 5 hingga 11, Novel Istana Menanti 
 Isi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai   
 bagi melengkapkan sinopsis
 Jawapan boleh diperoleh dalam bab-bab tersebut sahaja.







ANALISIS BAB 5 –SEJARAH PEMBUKAAN NEGERI MELAKA
Isi tempat-tempat kosong dengan jawapan yang sesuai untuk melengkapkan sinopsis berikut.
1.       Pada keesokan harinya, mereka memulakan perjalanan untuk mendaki Gunung Datuk.  Dalam perjalanan, Tuk Ngah telah bercerita tentang sejarah pembukaan negeri Melaka.  Menurut Tuk Ngah, Nama negeri Melaka berasal daripada nama _______________.  Bermula dengan peristiwa anjing yang digunakan oleh ______________ untuk berburu ditendang oleh ______________ sehingga jatuh ke dalam sungai.  Lanjutan dari peristiwa itu, baginda bercadang untuk membuka negeri dan mengambil nama Melaka kerana ketika itu baginda sedang berteduh di bawah pokok tersebut. 
2.       Parameswara ialah putera dari ____________ yang melarikan diri ke ___________ yang berada di bawah  _______________ pada tahun 1390.  Baginda kemudian telah membunuh __________ , pemerintah Temasik menyebabkan angkatan Siam menyerang Temasik dan Parameswara telah melarikan diri  ke ______________ lalu pergi ke _______________ dan membuka negeri di situ.
3.       Untuk menjamin keselamatan negeri Melaka dari ancaman Siam, Parameswara telah menjalinkan hubungan baik dengan negeri _______ dengan menghantar utusan ke negeri tersebut sambil membawa ___________ pada tahun _________.
4.       Dalam tahun _______, Parameswara telah memeluk agama Islam dan mengahwini ________________ lalu menukar nama kepada ________________________.  Melaka telah menjadi pelabuhan yang penting di _____________ dan menjadi tumpuan pedagang-pedagang Islam dari ____________ dan ___________ untuk berniaga.
5.       Pada tahun ___________ Parameswara mangkat dan digantikan oleh putera baginda ______________________.
6.       Sultan  ____________________ juga meneruskan hubungan baik dengan negeri China dan menjadikan pelabuhan Melaka sebagai tempat persinggahan para pedagang dari _______, __________ dan ______.  Agama Islam juga tersebar di negeri-negeri di Tanah Melayu.
7.       Kira-kira sejam lamanya berjalan, kumpulan remaja itu dan Tuk Ngah berhenti rehat di ________________ yang menurut Tuk Ngah tempat tersebut merupakan tempat ___________________ dan __________________ bersiram dan bermain.
8.       Mereka meneruskan perjalanan ke puncak Gunung Datuk, sambil meninggalkan tanda supaya tidak tersesat ketika balik.  Tuk Ngah sentiasa mengingatkan mereka supaya tidak ______________ untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti tersesat jalan.


ANALISIS BAB 6 – MENEMUI ISTANA MENANTI
Isi tempat-tempat kosong dengan jawapan yang sesuai untuk melengkapkan sinopsis berikut.
1.       Akhirnya Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng berjaya sampai ke puncak Gunung Datuk dan menjumpai Istana Menanti.  Binaan istana itu sungguh indah dengan ____________ yang indah dan halus.  Terdapat ______ batang tiang yang diperbuat daripada kayu keras  dan _______ buah tingkap dan ______ pintu.  Istana tersebut mempunyai anggaran keluasan __________ meter.  Atap istana tersebut ___________ seperti tanduk kerbau.
2.       Tuk Ngah kemudian menceritakan asal usul nama Minangkabau iaitu bermaksud _____________________.

ANALSIS BAB 7 – TEROWONG BAWAH TANAH
1.       Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng berjaya memasuki istana tersebut melalui tingkap istana.  Mereka mendapati keadaan dalam istana tersebut menghairankan kerana seperti _________________________________________.
2.       Kemudian mereka memasuki salah sebuah bilik peraduan raja yang dipenuhi ___________ yang cantik.  Tiba-tiba pintu bilik tersebut tertutup menyebabkan mereka bertiga terperangkap di dalamnya.  Dalam usaha mencari jalan keluar dari bilik tersebut Fadhil menemui __________ yang membawa mereka menemui sebuah _____________________ yang gelap gelita.
3.       Dengan bantuan cahaya lampu suluh, mereka bertiga masuk dan menyusuri terowong tersebut dan terkejut apabila menemui _____________ dan ____________ yang menghuni  terowong tersebut. 
4.       Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi ____________ dari arah hujung terowong.  Mereka kemudian bersetuju untuk berpatah balik ke belakang untuk menyiasat keadaan tersebut.


BAB 8 – TERPERANGKAP DI DALAM BILIK PERADUAN DAN MENDAPAT KAWAN BAHARU
Isi tempat-tempat kosong dengan jawapan yang sesuai untuk melengkapkan sinopsis berikut.
1.       Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng berpatah balik dan masuk semula ke bilik peraduan raja dengan perasaan __________ dan ___________.  Berbagai-bagai andaian buruk ditimbulkan oleh mereka tentang suara yang mereka dengar di hujung terowong tadi.  Mereka meneruskan usaha untuk keluar dari istana tersebut.
2.       Setelah gagal mendari jalan keluar, ketiga-tiga mereka mengambil keputusan untuk menunggu di dalam bilik tersebut sehingga _________ sampai.
3.       Mereka kemudiannya dikejutkan dengan kehadiran seorang pemuda yang turut tersesat di dalam terowong tersebut.  Pemuda yang bernama __________ menceritakan beberapa peristwa yang dialaminya semasa sampai di istana lama itu, antaranya semasa sampai di istana tersebut dia telah mendengar perbualan beberapa orang lelaki dalam bahasa ________ dan _________.  __________ makanan yang dibawanya juga hilang secara tiba-tiba.  Lelaki itu juga tersesat di dalam terowong dan hampir __________ beribu-ribu ekor tikus, terserempak dengan ___________, dan mendengar ___________________.  Setelah gagal mencari jalan keluar akhirnya mereka terpaksa bermalam di dalam bilik tersebut.


BAB 9 – AH SENG DITANGKAP OLEH PENJENAYAH.
Isi tempat-tempat kosong dengan jawapan yang sesuai untuk melengkapkan sinopsis berikut.
1.       Pemuda itu akhirnya mengakui bahawa dia sebenarnya penuntut di ________________ yang tertarik dengan sejarah Rembau dan ingin menyelidik sejarah Istana Menanti. 
2.       Ah Seng yang sakit perut terpaksa turun ke dalam terowong seorang diri untuk membuang air.  Tiba-tiba, kepala Ah Seng diketuk oleh seorang lelaki bernama ________________ hingga pengsan.
3.       Apabila tersedar dari pengsan, Ah Seng mendapati dirinya berada di atas tanah yang ________________ dan kepalanya _____________.  Ah Seng dapat mendengar perbualan tiga orang lelaki yang sendang menggali tanah.  Ah Seng tidak dapat melarikan diri kerana _________________.  Menurut salah seorang lelaki itu,Ah Seng ditangkap kerana mengganggu tugasnya.  Dia berjanji akan melepaskan Ah Seng setelah tugasnya selesai.
4.       Lelaki tua itu menggelar dirinya dan rakan-rakannya sebagai _____________________________ yang berjuang untuk membebaskan negara daripada penjajahan ___________.  Mereka telah datang ke Istana Menanti untuk mengambil  ________ yang ditanam di dalam terowong tersebut kira-kira _______ tahun dahulu.
5.         Walaupun Ah Seng cuba menyakinkan orang tua itu bahawa negara kita telah lama __________ namun lelaki tua itu menganggap Ah Seng masih kanak-kanak dan tidak memahami erti _____________________________________.


ANALISIS BAB 10
Isi tempat-tempat kosong dengan jawapan yang sesuai untuk melengkapkan sinopsis berikut.
1.       Fadzil, Ramasami dan Khairil masuk ke dalam terowong untuk mencari Ah Seng yang hilang.  Mereka berasa bimbang kerana menemui ______________ Ah Seng dan mendapati ada kesan-kesan _______________________ yang menunjukkan Ah Seng dalam kesusahan.
2.       Mereka terserempak dengan beberapa orang lelaki yang bersenjata api seperti ________ dan ____________.  Mereka telah ditangkap dan diarahkan untuk ______________ tanah bagi mendapatkan harta yang tertanam di dalamnya.
3.       Mereka menemui semula Ah Seng yang dalam keadaan selamat.  Mereka memulakan kerja setelah diberi __________ dan ___________.
4.       Mereka berasa sngat takut kerana lelaki-lelaki tersebut ___________________ dan merancang agar salah seorang daripada mereka mesti ___________________________tetapi rancangan mereka sangat berbahaya kerana lelaki-lelaki tersebut ada ___________________ dan mereka sendiri tidak tahu ____________________.


ANALISIS BAB 11
Isi tempat-tempat kosong dengan jawapan yang sesuai untuk melengkapkan sinopsis berikut.
1.       Bapa Fadhil ______________, bapa Ramasamy _____________ dan bapa Ah Seng _______________ sangat bimbang setelah anak mereka masih belum pulang setelah hari malam.  Nenek Timah juga bimbang kerana Tuk Ngah belum pulang. Mereka bimbang anak-anak mereka dalam kesusahan.  Orang-orang kampung ______________ turut datang berkumpul untuk memberi bantuan.
2.       Orang kampung ke balai polis dan laporan dibuat kepada ___________________.  Pihak polis dan orang kampung bersetuju untuk membuat gerakan mencari mereka yang hilang. 


SELAMAT MENCUBA !!!

Cikgu Chom

2 ulasan:

Syazhanis Emily Adeline berkata...

thank you lah cikgu chom sebab berikan soalan2 yng macm ni....walaupun sya tinggal kat Sabah tapi sya dapt tahu tntng kisah ini :)

Cikgu Kalsom berkata...

Sama-sama, terima kasih juga kerana sudi singgah ke blog saya.