ANALISIS NOVEL TINGKATAN 1
ISTANA MENANTI
Karya Abdul Latip bin Talib
TEMA
Konsep Tema
- Tema ialah
idea utama atau persoalan pokok yang disampaikan oleh pengarang dalam novelnya.
TEMA NOVEL ISTANA MENANTI
Semangat
patriotik/cinta akan tnah air sekumpulan remaja yang sangat peka dan ingin mengetahi sejarah tanah air.
Contoh:
Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy mewakili golongan remaja yang memiliki semangat patriotik kerana sangat berminat akan subjek sejarah dan mempunyai rasa ingin tahu yang mendalam tentang sejarah Istana Menanti. Dengan bantuan Tuk Ngah mereka bertiga juga sanggup meredah hutan berlukar dan mendaki ke puncak Gunung Datuk untuk melihat sendiri kewujudan dan keunikan Istana Menanti yang dikatakan penuh misteri itu.
PERSOALAN-PERSOALAN
Konsep
Persoalan
- Persoalan
ialah idea atau isu-isu sampingan selain tema.
- Persoalan
berkait rapat dengan tema dan merupakan
persoalan sampingan kepada tema.
PERSOALAN PENTING DALAM NOVEL ISTANA MENANTI
1.
Persoalan
semangat setiakawan dalam persahabatan
Contohnya:
Meskipun
terperangkap di dalam bilik raja, tetapi
demi persahabatan dan semangat setiakawan yang kukuh, Fadhil dan
Ramasamy sanggup turun ke dalam terowong di bawah Istana Menanti untuk mencari
Ah Seng yang tidak pulang kerana ditangkap oleh bekas pengganas komunis.
2.
Persoalan
semangat bekerjasama dan bantu-membantu untuk menyelesaikan masalah.
Contohnya;
Penduduk
kampung telah bekerjasama dan membantu pihak polis dalam gerakan untuk
menangkap penjahat yang menculik Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng serta mencuri
harta karun yang terdapat dalam terowong di Istana Menanti.
3.
Persoalan
kasih sayang terhadap ahli keluarga
Contohnya;
Encik Karim, Encik Leong dan Encik Shanti sangat sayang
akan anak-anak mereka dan berasa risau apabila anak mereka Fadhil, Ah Seng dan
Ramasamy tidak pulang ke rumah. Mereka
telah membuat laporan polis supaya anak mereka dapat diselamatkan.
4. Persoalan kesedaran dan minat golongan remaja
terhadap sejarah tanah air.
Contohnya;
Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy sanggup meluangkan masa ke rumah Tuk Ngah kerana warga emas itu banyak mengetahui tentang sejarah setempat dan sejarah negara. Fadhil,
Ah Seng dan Ramasamy sangat berminat akan
sejarah tanah air setelah
mendengar cerita daripada Tuk Ngah, lalu mereka bertiga mengambil keputusan untuk
mendaki Gunung Datuk untuk mengkaji misteri dan peninggalan sejarah di Istana
Menanti. Mereka juga mahu mendesak pihak
berkuasa untuk memulhara istana lama itu.
5. Persoalan keberanian golongan remaja dalam
menempuh cabaran.
Contohnya;
Fadhil,
Ah Seng dan Ramasamy berani meredah hutan belukar dan mendaki Gunung
Datuk semata-mata untuk melihat tinggalan sejarah di Istana Menanti yang telah
lama ditinggalkan dan dikatakan berhantu.
6. Semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa.
Contohnya:
Masyarakat di Kampung Ulu Seperi dan Rembau terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.Mereka hidup bersatu-padu dan saling membantu. Masyarakat kampung bekerjasama membantu Encik Karim, Encik Leong dan Encik Shanti Khususnya ketika mencari Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy yang hilang di Gunung Datuk.
7. Persoalan kepercayaan masyarakat Melayu terhadap perkara-perkara mistik.
Contohnya:
Masyarakat Melayu di kampung Ulu Saperi mempercayai bahawa Istana Menanti berpuaka dan dihuni oleh makhluk bunian.
8. Persoalan Keunikan dankeistimewaan bangunan lama.
Contohnya:
Istana Menanti merupakan bangunan lamayang dianggarkan berusia 500 tahun namun bangunan tersebut masih kukuh dan reka bentuk dan ukiran istana tersebut sangat unik dan menarik.
Cikgu Chom

Tiada ulasan:
Catat Ulasan