HALAMAN 2

Ahad, 14 Julai 2013

NOVEL ISTANA MENANTI : NOTA LENGKAP - SINOPSIS MENGIKUT BAB


SINOPSIS MENGIKUT BAB




Bab 1 


          Mengisahkan Tuk Ngah bercerita  kepada Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng tentang Istana Menanti yang terletak di puncak Gunung Datuk. Istana lama itu merupakan peninggalan sejarah berkaitan dengan kedatangan orang Minangkabau dan pengamalan adat pepatih di Negeri Sembilan. Tempat persembunyian Sultan Mahmud Shah apabila Melaka di serang oleh portugis 1511. Sultan Mahmud berpindah ke Muar kerana tempat persembunyian baginda di Gunung Datuk diketahui oleh Portugis. Tahun 1945 Jepun menyerang kawasan Gunung Datuk tetapi istana lama tersebut tidak musnah. Istana tersebut tidak musnah kerana dipercayai dijaga oleh orang bunian clan pembinaannya melibatkan tujuh orang wali dari Pagar Ruyung. Dipercayai kawasan Gunung Datuk tersebut terdapat orang bunian sebab itulah sesiapa yang hendak ke istana menanti pasti akan tersesat. Terdapat tiga orang pelancong dari Eropah yang tersesat semasa hendak ke Gunung Datuk tetapi berjaya diselamatkan oleh pihak polls. Dalam istana menanti itu terdapat alat-alat kebesaran raja melayu iaitu pada zaman dulu clan terdapat barang-barang berharga. Tuk Ngah membantu tiga orang sahabat itu melakar pelan dan jalan-jalan ke Istana Menanti untuk menjadi panduan kepada mereka. Istana Menanti itu menjadi kebanggaan penduduk Rembau dan menjadi tempat perlindungan pejuang Melayu ketika menentang orang Jepun dan komunis dahulu.




Bab 2 - SEJARAH REMBAU DI NEGERI SEMBILAN



          Mengisahkan tentang sejarah Rembau yang berasal daripada pokok rembau yang terdapat di kaki Gunung Datuk. Tindakan orang Jakun hendak menebang pokok tersebut mengambil masa selama empat puluh hari empat puluh malam tetapi tidak berjaya. Mereka meminta nasihat daripada orang alim akhirnya berjaya pokok Rembau tersebut ditumbangkan. Istana Menanti pertama dibina di Negeri Sembilan. Orang Minangkabau datang ke tanah Melayu sejak zaman kesultanan Melaka. Negeri Sembilan dibawah jagaan kerajaan Johor disebabkan kerajaan Johor lemah akibat pengaruh daripada orang bugis diketuai Daeng Kemboja. Kejatuhan Melaka ke tangan portugis kerana kesalahan pembesar Melayu. Ini kerana mereka tamakkan kuasa dan saling hasad dengki serta fitnah antara satu sama lain. Menurut nenek Timah tidak ada apa lagi yang menarik di istana lama tersebut kerana sudah lama terbiar dan jarang dilawati oleh sesiapa.



Bab 3 - SEJARAH ISTANA MENANTI



          Mengisahkan hasrat tigaorang sahabat untuk melawat istana menanti tersebut. Menurut mereka istana tersebut banyak meninggalkan kesan sejarah dan berkaitan dengan sejarah kedatangan orang Minangkabau ke negeri Sembilan. Perang Naning berlaku pada 1831. Orang Rembau membantu Dol Said menentang orang Inggeris clan berjaya mengalahkan orang Inggeris. Perang Naning ke-2 tahun 1832 orang Rembau tidak membantu mengakibatkan Inggeris berjaya menakluki Naning. Istana lama tersebut dipercayai tempat bersemayam Raja Malewar sebelum berpindah ke istana Seri Menanti.



Bab 4 - PERANG BUKIT PUTUS



          Memaparkan peristiwa Perang Bukit Putus berlaku pada 25.11.1875 di mana peperangan antara Inggeris dengan pengikut Yamtuan Antah diketuai Datuk Siamang Gagap. Dalam pertempuran tersebut pihak Inggeris berjaya mengalahkan Yamtuan Antah dan berundur ke Rembau. Tiga orang sahabat bersetuju untuk menyediakan keperluan ke Gunung Datuk. Mereka bercadang bertolak jam 8.00 pagi pada hari Sabtu. Pada masa yang sama mereka mengajak Tuk Ngah untuk sama-sama ke Gunung Datuk kerana beliau berpengalaman tentang keadaan hutan tersebut.



Bab 5 - SEJARAH PEMBUKAAN NEGERI MELAKA



          Mengisahkan tentang persiapan tiga orang sahabat dan Tuk Ngah untuk ke kaki gunung datuk. Dalam perjalanan Tuk Ngah menceritakan tentang sejarah pembukaan negen Melaka. Nama Melaka berasal daripada sepohon pokok di mana peristiwa berlaku apabila anjing Parameswara ditendang oleh seekor pelanduk hingga jatuh ke sungai. Parameswara pemerintah yang bijak. Bagi menjamin keselamatan dari ancaman Siam baginda mengadakan hubungan baik dengan Cina melalui penyampaian utusan. Parameswara memeluk Islam dan berkahwin dengan Raja Pasai 1414 dan menukar namanya kepada Megat Iskandar Shah. Pemerintahan Sultan Muhammad Shah baginda mengadakan hubungan baik dengan Cina dan menyebabkan Melaka menjadi tempat persinggahan pedagang dari Cina, India dan Arab. Dalam perjalanan mereka berehat di jeram Lubuk Petai. Mereka mengambil gambar di tempat tersebut yang dianggap berpuaka dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Lubuk Petai dipercayai didiami makhluk bunian. Tuk Ngah berpesan supaya mereka ticlak mengeluarkan sebarang perkataan yang tidak baik. Sepanjang perjalanan Tuk Ngah berpesan supaya mereka menanda laluan dengan mematahkan pucuk-pucuk kayu. Ah seng dinasihatkan supaya tidak minum air terlalu banyak supaya dapat meneruskan perjalanan pendakaian nanti. Dalam perjalanan mereka sempat melihat berbagai-bagai binatang seperti kera dan burung-burung yang terdapat dalam hutan.



Bab 6 - MENEMUI ISTANA MENANTI



          Akhirnya mereka sampai di puncak Gunung Datuk yang menjadi impian mereka selama ini. Mereka terpegun dengan keindahan dan kecantikan istana tersebut. Tuk Ngah menceritakan bahawa istana tersebut menjadi markas tentera Jepun di Negeri Sembilan. Banyak tawanan yang dibunuh dan diseksa di istana tersebut.Kebanyakan yang didera dan dibunuh berbangsa Cina. Di samping itu berlaku pertempuran antara MPAJA dengan tentera Jepun clan ramai terkorban. Ukiran istana tersebut mengkagumkan clan banyak peninggalan sejarah yang terdapat di luar dan dalamnya. Keluasan dan kelebaran serta rekabentuknya amat menakjubkan sehingga boleh memuatkan 300 orang. Tuk Ngah menceritakan asal usul  nama Minangkabau. Peristiwa bermula apabila Raja Minangkabau dicabar berperang oleh raja di Jawa. Tetapi Raja Minangkabau tidak mahu berperang tetapi atas desakan raja di Jawa peperangan bermula. Akhirnya Raja Minangkabau berjaya mengalahkan Raja Jawa dengan cara melagakan kerbau mereka.



Bab 7 - TEROWONG BAWAH TANAH



Iistana lama yang tidak dapat dimasuki kerana terkunci dari dalam. Mereka berusaha untuk masuk melalui tingkap tetapi tidak berjaya.  Tuk Ngah meminta mereka mencari dua batang kayu panjang dan pendek untuk digunakan memanjat istana tersebut. Akhirnya Fadhil berjaya membuka tingkap istana tersebut.  Mereka terpegun apabila berada dalam istana tersebut yang masih indah dan bersih. Mereka beranggapan bahawa mungkin ada penunggu yang menjaga istana tersebut.  Dalam istana tersebut terdapat sebuah bilik yang seram kerana terdapat bekas kemenyan yang barn dibakar clan dalam bilik tersebut terdapat barang-barang antik yang masih cantik dan unik.  Mereka bercadang menulis surat kepada muzium supaya dapat datang melihat dan menyiasat istana tersebut. Ini bertujuan supaya peninggalan sejarah dapat dipelihara dan dikekalkan keunikannya. Mereka terperanjat apabila pintu bilik tertutup dengan tiba-tiba. Mereka berusaha untuk membukanya tetapi tidak berjaya. Bermacam-macam andaian yang bermain difikiran mereka tentang situasi tersebut.  Mereka berusaha untuk mencari pintu rahsia dalam bilik tersebut. Akhirnya Fadhil menyelak tikar mengkuang yang menutupi lantai dan mereka terlihat pintu.  Mereka memasuki terowong tersebut yang gelap dan nasib balk ada lampu picit yang dapat memberi cahaya kepada suasana dalam terowong tersebut.  Terdapat dua terowong dalam istana tesebut mereka mengikuti sebelah kanan dan terkejut kerana banyak kelawar serta tikus yang berkeliaran. Mereka terdengar suara jeritan orang dalam terowong tersebut.



Bab 8 - TERPERANGKAP DI BILIK PERADUAN DAN MENDAPAT KAWAN BAHARU



          Fadhil. Ah Seng dan Ramasamy balik semula ke dalam bilik peraduan raja kerana kepenatan untuk mencari jalan keluar dari istana tersebut. Keadaan suasana semakin gelap mereka terpaksa memasang lampu picit mengikut keperluan sahaja supaya dapat menjimatkan tenaga bateri tersebut. Mereka beranggapan jika dijadikan tebusan keluarga mereka bukannya orang yang berada. Walaubagaimana pun mereka terus berada di dalam istana tersebut bagi menyelamatkan diri. Mereka terdengar bunyi orang sedang berjalan dari arah terowong. Ini menyebabkan mereka dalam keadaan ketakutan kerana lembaga itu semakin hampir ke bilik peraduan raja. Lembaga itu menghalakan cahaya lampu suluhnya ke arah Fadhil. Fadhil ketakutan dan terus menghalakan parang ke arah pemuda itu. Akhirnya pemuda itu memberitahu yang mereka sama-sama terperangkap dalam bilik istana tersebut.  Lembaga yang dimaksudkan ialah Khairil Anuar seorang pemuda yang sama¬sama henclak mengetahui keunikan istana tersebut, tetapi terperangkap dalam istana tersebut sehingga tidak dapat melepaskan diri.  Mereka beranggapan mungkin Tuk Ngah yang memerangkap mereka, tetapi semua tuduhan itu disangkal oleh Khairil Anuar. Justeru itu mereka berusaha untuk mencari jalan keluar tetapi tidak berjaya.



Bab 9 - AH SENG DITANGKAP OLEH PENJENAYAH



        Menceritakan tentang perasaan tidak puss hati ketiga-tiga budak tersebut kepada Khairil Anuar tentang statusnya yang sebenarnya. Mereka masih sangsi tentang keadaan istana tersebut yang dianggap berpuaka clan berpenunggu.  Khairil percaya bahawa terdapat orang lain dalam istana tersebut selain daripada mereka. Khairil memberitahu yang dia pelajar Universiti Putra Malaysia yang berminat tentang penulisan sejarah Rembau. Dia tertarik terutamanya istana lama yang menjadi sebutan orang-orang tentang keunikannya.  Ketiga-tiga budak tersebut masih berfikiran negatif tentang pemuda bernama Khairil yang pada anggapan mereka seorang pemuda yang tidak boleh dipercayai sepenuhnya. Ini kerana dia seolah-olah tidak risau tentang situasi yang mereka alami dalam bilik peraduan raja tersebut.  Ah Seng merasa sakit perut dan terus menuju ke terowong untuk membuang air besar, belum sempat pun melepaskan hajatnya kepalanya dipukul dari belakang. Dia telah diikat oleh kuncu-kuncu seorang pak cik Bidin yang berada dalam terowong tersebut.  Pak cik Bidin dan kuncu-kuncunya sedang mencari harta karun yang ditanam dalam istana tersebut semasa pemerintahan Inggeris selepas Jepun menyerah kalah. Pakcik tersebut merupakan pejuang tanah air berfahaman komunis yang bertujuan untuk menghuru-harakan negara selepas, semasa kedatangan orang Inggeris dan pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu.  Kawan-kawan pakcik tersebut masih meneruskan menggali tanah untuk mengesan harta karun tersebut. Akhirnya mereka pergi mencari kawan-kawan Ah Seng untuk membantu mencari di mana letaknya harta karun tersebut.



Bab 10 - MENCARI HARTA



      Fadhil merasa risau kerana Ah Seng masih belum balik daripada membuang air besar dalam terowong Istana lama tersebut. Keluhan Fadhi telah mengejutkan Khairil daripada tidurnya dan terus bertanyakan di mana Ah seng.  Ramasamy jugs tertanya-tanya kenapa Ah Seng masuk dalam terowong tersebut bersendirian. Fadhil memberi penjelasan kepada Ramasamy tentang Ah Seng yang masih belum balik lagi.  Mereka berusaha mencari Ah Seng dalam terowong dengan memanggilnya dan mengesan beberapa tapak kaki dan kasut Ah Seng berjaya ditemui. Tiba-tiba mereka terserempak dengan beberapa orang lelaki dan akhirnya mereka telah ditangkap dan di bawa berjumpa dengan pakcik yang menjadi ketua operasi mencari harta karun di istana lama tersebut.   Mereka telah dipaksa untuk menggali lubang-lubang dalam terowong tersebut yang dipercayai tertanamnya harta karun. Fadhil dan kawan-kawannnya terpaksa melakukan kerja-kerja tersebut jika ingin selamat dan keluar daripada istana lama itu.



Bab 11 - GERAKAN PENYELAMAT



         lbu bapa Fadhil (Encik Karim dan Mak Joyah) Ah Seng (Encik Leong dan Puan Lily) Ramasamy (Encik Shanty clan Pn Mary) sangat risau kerana anak-anak mereka belum pulang dari istana lama sehingga malam.  Kenyataan Bidin tentang istana lama yang dianggap berpuaka menambahkan lagi kebimbangan ibu bapa remaja tersebut. Puan Mary mula menangis kerana terkenangkan anaknya yang masih belum diketahui kedudukan keselamatan mereka.  Berita tersebut merebak dalam kalangan penduduk kampung Ulu Seperi. Pak Busu memberitahu dia ternampak beberapa pelancong Cina clan Melayu yang menghala ke Gunung Datuk tersebut. Kelegaan dalam hati mereka sedikit terubat apabila mengetahui suami nenek Timah iaitu Tuk Ngah menemani anak-anak mereka ke Gunung Datuk tersebut.  Mereka ke balai polls untuk membuat laporan yang diketuai oleh ketua kampung Ulu Seperi Pak Senik. Sarjan Mokhtar mencatat semua laporan yang diberikan oleh ketiga-tiga ibubapa remaja tersebut.  Semua yang terlibat berkumpul di perkarangan balai dan gerakan akan dijalankan pada waktu malam. Sarjan Mokhtar mengarahkan mereka yang terlibat berpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan naik ke puncak bukit melalui sebelah kiri seramai 20 orang dan kumpulan yang lain diketuai oleh Sarjan Mokhtar sendiri.   Sepanjang perjalanan mereka sengaja membuat bising supaya teriakan mereka di dengar oleh orang yang hilang. Selama dua jam mereka berkumpul di istana lama tetapi berasa kecewa kerana gagal menemui tiga sekawan tersebut. Belum pun sempat mereka hendak batik kerana gagal menemui tiga sekawan tersebut, tiba-tiba muncul Tuk Ngah. Beliau menceritakan kepada Sarjan Mokhtar tentang keadaan budak-budak tersebut yang dalam keadaan bahaya. Ini kerana beliau ternampak sekumpulan lelaki yang mencurigakan dan bersenjata memasuki istana lama tersebut.. Tuk Ngah berusaha memasuki terowong tersebut untuk menyelamat dan mencari tiga sekawan tetapi keadaan gelap menghalang usaha pencarian tersebut. Akhirnya Sarjan Mokhtar mengarahkan orangnya mengepung istana tersebut. Sarjan Mokhtar sendiri mengetuai pasukan penyelamat memasuki terowong. Mereka diarahkan supaya menggunakan senjata jika perlu sahaja untuk mengelakkan budak-budak tersebut terkena peluru sesat.



Bab 12 -  REMAJA-REMAJA BERJAYA DISELAMATKAN



         Khairil clan tiga budak tersebut kepenatan setelah menggali lubang yang dipercayai ada harta karun. Mereka meminta untuk berehat kerana berasa lapar dan kehausan akhirnya penjahat-penjahat tersebut memberikan sebuku roti dan air kotak.  Mereka masih merungut kerana pads tanggapan mereka mans ada harta karun dalam terowong tersebut, tetapi orang tua dan pengikutnya mengarahkan supaya mereka meneruskan untuk menggali lubang yang telah besar itu. Tiba-tiba cangkul Fadhil terkena sesuatu benda keras di permukaan tanah yang digali mereka. Lelaki tua yang melihat suasana tersebut terus meluru  ke arah Fadhil kerana tidak sabar melihat dan memiliki harta tersebut. Orang tua dan pengikutnya mengangkat harta karun tersebut dan terus membawanya keluar daripada terowong. Khairil dan tiga budak terebut bergerak perlahan-lahan menuju ke pintu terowong dalam keadaan berpegangan tangan kerana takut terpisah. Dalam pada itu Khairil clan tiga orang budak meminta betas kasihan penjahat-penjahat untuk membebaskan mereka tetapi tidak berjaya. Ini kerana mereka tidak clibenarkan keluar bersama-sama dengan kumpulan tersebut, jika ingkar akan ditembak. Kumpulan penjahat tersebut yang membawa harta karun ticlak menyedari pergerakan mereka cliperhatikan oleh anggota polis. Akhirnya mereka tertangkap dan Sarjan Mokhtar mengarahkan anggotanya masuk ke dalam terowong untuk menyelamatkan budak-budak tersebut. Khairil berteriak apabila melihat beberapa orang penjahat datang semula, tanpa berlengah mereka meneruskan langkah untuk melarikan diri. Tetapi teriakan daripada anggota polis telah mematikan langkah Khairil dengan tiga sekawan. Akhirnya mereka berjaya diselamatkan dan dibawa keluar daripada terowong . Semua orang ramai yang terlibat dalam pencarian tersebut berasa terharu kerana semua budak tersebut terselamat.



Bab 13 - GERAKAN KOMUNIS DI TANAH MELAYU



         Pagi Jumaat Tuk Ngah menunggu kedatangan Khairil dan tiga sekawan untuk menziarahinya. Dalam kira-kira jam 9.00 pagi mereka pun sampai. Tuk ngah memulakan cerita dengan mengatakan bahawa dia kenal betul orang tua yang menculik mereka yang bernama Dolah. Dia menyertai perjuangan komunis clan terlibat dalam pertempuran dengan anggota pasukan keselamatan.  Kerajaan telah memberikan pengampunan kepada anggota komunis yang terlibat. Tetapi telah melakukan kesalahan lagi melalui pemberontakan akhirnya mereka semua telah tertangkap. Tuk Ngah meneruskan ceritanya semasa penaklukan Jepun ke atas Tanah Melayu dari tahun 1941 hingga 1945 clan penyerahan tentera Jepun apabila Amerika mengebom bom atom di Hiroshima clan Nagasaki. Ekoran daripada peristiwa itu pasukan MPAJA telah dibubarkan. Tahun 1948 anggota komunis melancarkan pemberotakan kepada pihak kerajaan. Antara rancangan paling berjaya membendung kegiatan komunis melalui Rancangan Briggs. Melalui rancangan ini semua penduduk cina dipindahkan ke penempatan baru dan diberi perlindungan.  Kegagalan komunis untuk memerintah negara kita kerana menurut Tuk Ngah akibat kezaliman orang komunis clan kurang mendapat sokongan tambahan serta ideologi yang berbeza.  Tuk Ngah, Fadhil dan Khairil bersama-sama menuju ke masjid untuk solat Jumaat. Mereka solat bersama-sama selepas bercerita dari pagi sampai tengahari.  Dalam pada itu Fadhil mengingatkan Tuk Ngah supaya datang ke balai raya malam ini kerana ada majlis kesyukuran_


Bab14 - PENGHARGAAN UNTUK WIRA-WIRA NEGARA

        Penduduk Kampung Ulu Seperi mengadakan majlis kesyukuran dengan menjemput orang kenamaan antara lain Menteri Besar, wakil rakyat dan lain-lain. Fadhil, Ah Seng Ramasamy, Khairil dan Tuk Ngah menjadi perhatian daripada orang yang hadir kerana keberanian mereka membantu pihak polis menangkap penjenayah. Menurut polis kelima-lima penjenayah tersebut merupakan pengganas yang paling dikehendaki kerana terlibat dalam beberapa gerakan mengancam keselamatan negara. Menurut ketua polis mereka berhasrat menggunakan harta karun tersebut untuk membiayai pergerakan membuat huru hara di negara ini. Menteri Besar mengucapkan terima kasih kepada polis kerana menjalankan tugas sehingga terhapusnya jenayah komunis. Pada akhir majlis diadakan upacara penyampaian hadiah oleh Menteri Besar kepada mereka yang terlibat. Peristiwa yang berlaku pada hari tersebut telah dimuatkan di dada akhbar pada keesokan harinya.


   Cikgu Chom

1 ulasan:

Nur Hasya berkata...

terima kasih bagi nota ni dapat juga saya siapkan folio saya