HALAMAN 2

Selasa, 2 Julai 2013

PEMANTAPAN TATABAHASA - KATA MAJMUK


  Definisi Kata Majmuk
  1. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang mencantumkan atau merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.
          Contohnya:
          kapal terbang                  balai polis
          jalan raya                          balai raya
          buku kerja                        alat tulis
  1. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja secara  terpisah kecuali beberapa bentuk yang telah mantap dan utuh sebagai satu perkataan walaupun terdiri daripada dua perkataan.
          contoh kata majmuk dieja rapat sebagai satu perkataan:
                 
antarabangsa
apabila
apahal
apakata
apalagi
bagaimana
barangkali
beritahu
bumiputera
darihal
daripada
dukacita
jawatankuasa
kakitangan
kepada
kerjasama
manakala
manalagi
olahraga
padahal
pesuruhjaya
sediakala
setiausaha
sukacita
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara

BENTUK-BENTUK KATA MAJMUK:

a) kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas

Contohnya:
gambar rajah
biru laut
air hujan
jalan raya
nasi minyak
terima kasih
luar biasa
merah muda
alat tulis
bandar raya
tengah hari
jam tangan
meja tulis
bom tangan
kapal terbang
kuning langsat

Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran, 
contohnya
Perdana Menteri
Duta Besar
Raja Muda
Setiausaha Politik
Penolong Pendaftar
Ketua Menteri
Naib Censelor
Profesor Madya
Timbalan Ketua Pustakawan
Ketua Setiausaha Negara

b) kata majmuk yang berbentuk istilah khusus dalam bidang ilmiah
Contohnya:
model linear
garis pusat
lelefon dail terus
lesung sendi
kanta tangan
mata pelajaran
pita suara
darah panas
kertas kerja
batu kapur

c) kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa
Contohnya:
kaki ayam
buah hati
duit kopi
makan angin
pilih kasih
anak emas
bulan madu
manis mulut
tumbuk rusuk
berat tangan

  
PROSES PENGGANDAAN KATA MAJMUK

a)   Penggandaan kata majmuk yang dieja terpisah hanya melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contohnya:
gambar rajah
alat tulis
jalan raya
meja tulis
kapal terbang
mata pelajaran
guru besar
menteri besar
jam tangan
pejabat pos
balai polis
kereta kebal
bom tangan


 gambar-gambar rajah
 alat-alat tulis
 jalan-jalan raya
 meja-meja tulis
 kapal-kapal terbang
 mata-mata pelajaran
 guru-guru besar
 menteri-menteri besar
 jam-jam tangan
 pejabat-pejabat pos
 balai-balai polis
 kereta-kereta kebal
 bom-bom tangan




b)   Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan simpulan bahasa dan bentuk yang telah mantap;penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.
Contohnya:
anak emas  
pesuruhjaya
warganegara
tandatangan
jawatankuasa
setiausaha
bumiputera
buah hati 
buah tangan 

anak emas-anak emas
pesuruhjaya-pesuruhjaya
warganegara-warganegara
tandatangan-tandatangan
jawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha-setiausaha
bumiputera-bumiputera
buah hati-buah hati
buah tangan-buah tangan

PROSES PENGIMBUHAN KATA MAJMUK
  • Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. 
  • Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu:
i) apabila kata majmuk 
  • menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja, 
  • ejaannya tetap terpisah.
Contohnya
campur aduk                       →             bercampur aduk
litar selari                            →              berlitar selari
ambil alih                             →             mengambil alih
temu bual                            →             ditemu bual
daya serap                          →            daya serapan
kemas kini                           →            mengemas kini         

ii) apabila kata majmuk
  •  menerima imbuhan apitan,
  •  ejaannya menjadi bercantum. 
Contohnya:
campur aduk                      →            mencampuradukkan
daya serap                         →            kedayaserapan
garis pusat                         →            mengarispusatkan
satu padu                           →            menyatupadukan
tunjuk ajar                           →            menunjukajarkan

Penggolongan Kata Majmuk

Kata majmuk dapat digolongkan kepada golongan yang berikut;


a)    Kata Nama Majmuk

Contohnya;


alat tuli
balai raya
suku kata
jirim-jirim organik
Menteri Besar
Penolong Pendaftar
ibu bapa
gambar rajah
kapal terbang
garis pusat
setiausaha
tandatangan
Ketua Menteri
mata pelajaran
surat khabar

b).     Kata Kerja Majmuk

Contohnya:

hapus kira
ambil alih
lipat ganda
kenal pasti
terima kasih
gulung tikar
bersatu padu
mereka bentuk menandatangani bertanggungjawab berlatarbelakangkan
mengemas kini
mencampur aduk
ditemu bual


c)    Kata Adjektif Majmuk
Contohnya:
merah jambu
Terang hati
kuning langsat
muda remaja
panas terik
sukacita
dukacita.

  




d)     Kata Tugas Majmuk
Contohnya:


bagaimana,
apabila,
barangkali,
kadangkala, .

walhal, 
daripada, 
kepada, 
mana lagi

Tambahan:
Cara Mengenal Kata Majmuk
Kata majmuk tidak dapat menerima sebarang penyisipan antara perkataan yang membentuk kata majmuk, contohnya:
·         Tandatangan tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk tanda yang
           tangan.
·         Urus setia tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk urus yang setia.
·         Kakitangan tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk kaki dan tangan
·         Tanah air tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk tanah dan air.


Sumber rujukan: Buku Tatabahasa Dewan Jilid 2:Perkataan, Dewan Bahasa dan Pustaka,1989.


RUJUK KESILAPAN UMUM PENGGUNAAN KATA MAJMUK DI SINI



Tiada ulasan: