HALAMAN 2

Ahad, 14 Julai 2013

NOVEL ISTANA MENANTI - NOTA LENGKAP WATAK & PERWATAKAN

WATAK DAN PERWATAKAN 
      Konsep watak
-          Watak ialah pelaku yang menghidupkan jalan cerita dalam novel
-          Watak boleh terdiri daripada manusia atau bukan manusia seperti haiwan atau benda
-          Perwatakan – bermaksud sifat atau tingkah laku/perangai yang dimiliki oleh watak .
-          Watak utama dalam novel ini ialah Fadhil, Ah Seng, Ramasamy,  Tuk Ngah, Khairil Anuar, Dollah, Sarjan Mokhtar, Encik Leong, Encik Karim, Encik Shanti dan Pak Senik.

WATAK UTAMA 
Fadhil
-          Berusia 15 tahun
-          Pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Ulu Saperi
-          Anak kepada Encik Karim dan Mak cik Joyah
-          Kawan baik kepada Ah Seng dan Ramasamy

-          Perwatakan/sifatnya:
1.       Seorang yang meminati sejarah
Contoh – Fadhil sangat berminat tentang sejarah Istana Menanti yang diceritakan oleh Tuk Ngah dan mahu mendaki Gunung Datuk untuk mengkaji misteri dan peninggalan sejarah di Istana Menanti.

2.       Seorang yang berani.
Contoh -  Fadhil berani menempuh hutan belukar dan mendaki Gunung Datuk bersama- sama kawan-kawannya dan Tuk Ngah untuk mencari Istana Menanti.

3.       Seorang yang mempunyai semangat setiakawan.
Contohnya – Fadhil mempunyai semangat setiakawan yang tingggi kerana sanggup turun ke dalam terowong di bawah Istana Menanti untuk mencari sahabatnya Ah Seng yang tidak pulang setelah diculik oleh pengganas.

4.       Seorang yang taat kepada orang tua
Contohnya – Fadhil meminta izin daripada ibu bapanya terlebih dahulu sebelum mendaki Gunung Datuk untuk mencari Istana Menanti. 
 5.      Seorang yang bijak merancang 
          contohnya - Fadhil bijak merancang dengan menyenaraikan barang yang harus dibawa             sebelum memulakan ekspedisi ke puncak Gunung  Datuk

AH SENG 
-          Berusia 15 tahun
-          Pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Ulu Saperi
-          Anak kepada Encik Leong dan Puan Lily
-          Kawan baik kepada Fadhil dan Ramasamy

Perwatakan/sifatnya:
1.       Seorang yang meminati sejarah
Contoh – Ah Seng sangat berminat tentang sejarah Istana Menanti yang diceritakan oleh Tuk Ngah dan mahu mendaki Gunung Datuk untuk mengkaji misteri dan peninggalan sejarah di Istana Menanti.

2.       Seorang yang berani.
Contoh -  Ah Seng berani menempuh hutan belukar dan mendaki Gunung Datuk bersama- sama kawan-kawannya dan Tuk Ngah untuk mencari Istana Menanti.

3.       Seorang yang taat kepada orang tua
Contohnya – Ah seng meminta izin daripada ibu bapanya terlebih dahulu sebelum mendaki Gunung Datuk untuk menacari Istana Menanti.

4.       Seorang yang suka makan  
        Contohnya -  Ah Seng tetap berselera makan meskipun dalam kesusahan. Ketika semua orang sedang risau kerana terperangkap di dalam bilik istana dia tetap berselera untuk makan


RAMASAMY

-          Berusia 15 tahun
-          Pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Ulu Saperi
-          Anak kepada Encik Shanti dan Puan Mary
-          Kawan baik kepada Fadhil dan Ah Seng

-          Perwatakan/sifatnya:
1.       Seorang yang meminati sejarah
Contoh – Ramasamy sangat berminat tentang sejarah Istana Menanti yang diceritakan oleh Tuk Ngah dan mahu mendaki Gunung Datuk untuk mengkaji misteri dan peninggalan sejarah di Istana Menanti.

2.       Seorang yang berani.
Contoh -  Ramasamy berani menempuh hutan belukar dan mendaki Gunung Datuk bersama- sama kawan-kawannya dan Tuk Ngah untuk mencari Istana Menanti.

3.       Seorang yang taat kepada orang tua
Contohnya – Ramasamy meminta izin daripada ibu bapanya terlebih dahulu sebelum mendaki Gunung Datuk untuk menacari Istana Menanti.

5.       Seorang yang mempunyai semangat setiakawan.
Contohnya – Ramasamy mempunyai semangat setiakawan yang tingggi kerana sanggup turun dalam terowong di bawah Istana Menanti untuk mencari sahabatnya Ah Seng yang tidak pulang setelah diculik oleh pengganas.

TUK NGAH
  -   Tuk Ngah ialah warga tua di Kampung Ulu Seperi,Rembau.
  -    Usianya hampir 80 tahun.Beliau 

  Perwatakannya:
  1.     Seorang yang suka  berkongsi cerita 
          Contohnya: - beliau sering berkongsi cerita tentang sejarah Rembau dengan Fadhil, Ah Seng dan Ramsamy kerana beliau tahu tentang cerita sejarah setempat dan sejarah negara.

   2.    Seorang yang berpengetahuan luas tentang sejarah
          tempatan
          Contohya - Beliau banyak pengetahuan tentang sejarah Istana Menanti .  Beliau juga banyak  pengalaman tentang sejarah kerana eliau pernah melalui zaman kependudukan Jepun di Tanah Melayu dan melalui zaman  darurat sebagai akibat pemberontakkan pengganas Komunis.
            
   3 -     Seorang yang kuat dan bertenaga.
            Contohnya -  Tuk Ngah masih sihat,kuat dan dan  bertenaga. Beliau masih larat mendaki Gunung Datuk untuk menemani Fadhil,Ah Seng dan  Ramasamy.

   4 -     Seorang yang baik hati
            Contohya - Tuk Ngah baik hati kerana sanggup menjadi juru petunjuk jalan kepada tiga sahabat Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy untuk mendaki puncak Gunung Datuk dan mencari Istana  Menanti. 
  
KHAIRIL ANUAR
 -    Dia seorang penuntut di Universiti Putra 
 -   berusia dalam lingkungan 30 tahun.
 -   Tubuhnya gempal.
 -   bercita-cita hendak menulis sebuah buku tentang sejarah Rembau

Perwatakannya

1 -        seorang yang berani.
             Contohnya:dia bersendirian ke Istana Menanti semata-mata untuk mengkaji sejarah lama  itu.   Dia tidak lemah semangat ketika berhadapan dengan ribuan tikus yang kelaparan, terserempak dengan ular sawa dan mendengar bunyi yang  sungguh menyeramkan ketika mencari jalan keluar dari  terowong.Khairil Anuar 

 2 -        Seorang yang prihatin
             Contohnya - Khairil mengambil berat akan keselamatan Ah Seng yang turun ke terowong meskipun baru mengenali Fadhil,Ah Seng dan  Ramasamy. 

DOLAH
 -   Dia lelaki tua yang berusia dalam lingkungan 80 tahun 
 -   kawan kepada Tuk Ngah semasa kecil.
 -   Dia  pernah mendakwa dirinya sebagai pejuang pembebasan tanah air 
 -   pernah dilantik menjadi ketau  pasukan ke-10,Parti Komunis Malaya(PKM).
 -   Dolah pernah melarikan diri ke negara China pada sekitar  tahun 1960-an tetapi kembali semula ke tanah air 40 tahun kemudian selepas memperoleh  pengampunan daripada Kerajaan Malaysia 


            Cikgu Chom



7 ulasan:

Olivia Lidenbrock berkata...

terima kasih :")

Cikgu Kalsom berkata...

Terima kasih untuk Olivia juga kerana sudi singgah di blog saya

Putri berkata...

terima kasih kerana membantu saya untuk menyiapkan folio komsas

Eric Lee Hom berkata...

terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Kamasahapnida

vaniez nania berkata...

Terima kasih.....

Paisal Tahirul Mapun berkata...

Terima kasih..