HALAMAN 2

Selasa, 18 April 2017

LATIHAN TATABAHASA CERAKIN AYAT



LATIHAN MENCERAKIN AYAT

Arahan:
Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.
Tips:
Kenal pasti dan gariskan kata hubung dalam ayat
pisahkan ayat kepada dua ayat tunggal

Contoh 1.

Tauke Lim menternak ayam daging dan ayam telur.
(i)   Tauke Lim menternak ayam daging
(ii)  Tauke Lim menternak ayam telur

Contoh 2:
Ibu bapa Alia telah bercerai sejak tiga tahun yang lalu.
(i)  Ibu bapa Alia telah bercerai.
(ii) Ibu bapa Alia bererai tiga tahun yang lalu.

Sila buat latihan dalam buku latihan tatabahasa:

1.   Nenek sedang melipat kain manakala ibu sibuk menggoreng keropok di dapur.

2.  Jason suka melukis tetapi Joyce suka membaca buku cerita.

3.  Sonia membuka kasut sekolahnya lalu masuk ke dalam rumah.

3.  Ramli telah dimarahi oleh ibunya kerana ponteng sekolah.

4.  Penebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah pihak lawannya.

5.  Adakah Encik Azman hendak ke Putrajaya atau ke Muzium Negara.

6.  Adik mengemas bilik tidurnya sambil mendengar radio.

7.  En Ramli seorang yang kaya raya tetapi sangat kedekut untuk menderma.

8.  Amir dan Azir didenda oleh guru kerana tidak menyiapkan kerja sekolahnya.

9.  Pelajar akan seronok belajar di dalam kelas yang sentiasa bersih dan kondusif.

10.  Halimah membeli sejambak bunga ros untuk diberi kepada ibunya.

11.  Semalam Hadi tidak hadir ke sekolah kerana demam panas.

12.  Walaupun Salmah datang dari keluarga yang miskin namun dia sangat rajin belajar.

13.  Hang Tuah menghunus keris Taming Sari lalu menikam Hang Jebat dalam pertarungan itu,

15.  Pelajar-pelajar diarahkan berkumpul di dalam dewan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mata.


















Khamis, 16 Februari 2017

LATIHAN TATABAHASA MENGENAL PASTI JENIS FRASA DAN POLA AYAT


LATIHAN TATABAHASA TINGKATAN 1 CEMPAKA & 1 ANGGERIK 2017

Assalamualaikum & selamat sejahtera anak-anak murid cikgu
kelas 1 Anggerik dan 1 Cempaka yang rajin dan budiman sekalian.
Sila salin latihan. Maklumkan kepada rakan-rakan yang belum mendapat maklumat ya.
terima kasih.

TAJUK:  MENGENAL PASTI FRASA
ARAHAN:
1. SALIN LATIHAN DAN JAWAPAN DALAM BUKU LATIHAN TATABAHASA BAHASA MELAYU.


LATIHAN 1
Nyatakan jenis-jenis frasa yang bergaris berikut.
Tuliskan semula frasa yang bergaris dan jawapan anda .

Frasa Nama  (FN)
Frrasa Kerja (FK)
Frasa Adjektif (FA)
Frasa Sendi Nama (FSN)

contoh:
Kakak menanam pokok bunga di halaman.
Jawapan:
menanam pokok - frasa kerja (FN)


Bapa saya pegawai tentera  yang sangat tegas.
jawapan:
pegawai tentera - Frasa Nama (FN)
sangat tegas     -  Frasa Adjektif (FA)


1.  Salmah membuat latihan Bahasa Melayu di dalam kelas.
 

2.  Pemuda itu menbaiki motosikalnya

3.  Ramlah di perpustakaan sejak pagi tadi.

4.  Mereka belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Esa.

5.  Halim dan Halimah sangat pandai dalam mata pelajaran Matematik.

6.  Bapa Ramli seorang guru.

7.  Para penari kebudayaan itu dari Indonesia.

8.  Para pelajar berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat.

9.  Pokok kelapa itu bergoyang-goyang ditiup angin kencang

10.   Adik sedang mendengar radio di dalam bilik.

11.   Kami membantu ibu menyediakan makanan tengah hari di dapur.

12.   Pemandangan di desa itu sangat indah dan permai.

13.  Puan Hartika guru Kaunselor yang sangat baik hati.

14.  Kucing dan anjing itu berkelahi di tepi jalan raya.

15.  Semua warga sekolah mesti menjaga kebersihan dan keindahan kawasan sekolah.

16.  Ibu menasihati adik supaya belajar bersungguh-sungguh.

17.  Pasu-pasu bunga itu pecah apabila dilanggar oleh kucing itu.

18.  Kami di dalam rumah ketika kejadian rompakan itu berlaku.

19.  Baju yang dipakai oleh Fatimah sangat mahal.

20.  Bungkusan itu untuk adik sempena hari lahirnya.