PUISI TRADISIONAL: PANTUN
KIASAN
Pantun |
Maksud Pantun
|
Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.
|
Rangkap 1:
Perbuatan membazir adalah suatu
amalan yang merugikan.
|
Buah bacang masak serangkai,
Burung dekut meniti batang;
Saya dagang tidak terpakai,
Macam melukut di tepi gantang.
|
Rangkap 2:
Orang yang merantau selalunya akan
merendah diri apabila berada di tempat orang.
|
Tebang gelam tebang kenanga,
Batangnya tumbang menimpa gedung; Kumbang
mengidam nak seri bunga,
Bunga kembang di puncak gunung.
|
Rangkap 3:
Sebelum menginginkan sesuatu yang
dianggap mustahil, ketahuilah tahap kemampuan dan kebolehan diri kita lebih
dahulu.
|
Pokok terap tumbuh di bukit,
Belat berbanjar panjang ke hulu;
Jangan diharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak lalu.
|
Rangkap 4:
mengharapkan sesuatu yang belum
pasti.
|
Limau Bentan di tepi tingkap,
Budak-budak melempar burung;
Harimau di hutan lagi kutangkap,
Kononlah pulak cicak mengkarung.
|
Rangkap 5:
Sikap seseorang yang sombong dengan
kebolehan diri serta memandang rendah lernadap orang lain.
|
Air surut memungut bayam,
Sayur diisi ke dalam kantung;
Jangan diikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.
|
Rangkap 6:
Jangan suka
membesar-besarkan kejayaan yang tidak seberapa.
|
Anak punai anak merbah,
Hinggap di tonggak mencari sarang;
Anak sungai lagi berubah,
Inikan pula hatinya orang.
|
Rangkap 7:
Pendirian manusia sering
berubah-ubah.
|
Rotan siput rotan berlingkar,
Anak itik patah kakinya;
Hujan ribut gunung terbakar,
Embun setitik padam apinya.
|
Rangkap 8:
Perasaan marah akan segera
hilang dengan adanya nilai kesabaran dalam diri.
|
Raut bilah pembatang taut,
Kail berada dalam raga;
Tidak sudah seluang melaut,
Akhirnya balik ke tepi juga.
|
Rangkap 9:
Orang yang merantau
akhirnya akan kembali ke tempat asalnya semula.
|
Sangkut terendak dekat beranda,
Orang Papua anyam tak sudah;
Jika tidak ada berita,
Masakan tempua bersarang rendah.
|
Rangkap 10:
Setiap perkara yang
berlaku dan diperkatakan orang tentu ada sebabnya.
|
Bunga geti bergulai temenung,
Di hari raya memakan tapai;
Hajat hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai.
|
Rangkap 11: Menginginkan sesuatu yang
besar tetapi tidak mempunyai keupayaan.
|
Suasa bertahil emas berbungkal,
Tetapi intan tiada sesaga;
Kalau kail panjang sejengkal,
Usah lautan hendak diduga.
|
Rangkap 12: Jika pengetahuan sedikit,
janganlah hendak melawan orang yang lebih banyak pengetahuannya.
|
Dang Nila memangku puan,
Berembang buah pedada;
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada.
|
Rangkap 13:
Sudah bersiap sedia untuk
mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.
|
Hari hujan puyuh mendengut,
Mendengut marl sepanjang jalan;
Air dalam kapar tak hanyut,
Kononlah pula kemarau panjang.
|
Rangkap 14:
Jika semasa masih muda
sudah malas, apatah lagi setelah usia tua; sedangkan semasa makmur tidak
senang, apatah lagi semasa susah.
|
Berilah saya pisau raut,
Hendak meraut bingkai tudung;
Gila apakah ikan di laut,
Mengidamkan umpan di kaki gunung.
|
Rangkap 15:
Seseorang yang inginkan
sesuatu di luar kemampuannya.
|
Laksana gadis Menteri Bogor,
Bijak membilang ayam betina;
Nyawa menangis di pintu kubur,
Hendak pulang ke dalam dunia.
|
Rangkap 16:
Orang yang melakukan dosa
tetapi sudah terlambat untuk bertaubat.
|
Hilir berderap mudik berderap,
Patah galah haluan perahu;
Sungguh laksana bunga dedap,
Cantik merah tidak berbau.
|
Rangkap 17: Seseorang yang mempunyai
rupa paras yang elok tetapi tidak berbudi bahasa.
|
1. Tema
Sindiran terhadap segelintir anggota
masyarakat yang mengamalkan sikap negatif sehingga boleh menjejaskan kehidupan
diri sendiri dan orang lain.
2. Persoalan
(a) Sikap membazir tidak digalakkan
untuk diamalkan dalam kalangan masyarakat.
(b) Sikap rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat
orang.
(c) Sifat segelintir manusia yang mengharapkan sesuatu di luar kemampuan
diri.
(d) Sikap manusia yang terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti
hasilnya.
(e) Sifat sombong dan bangga diri akan membawa kemudaratan kepada diri
sendiri.
(f) Sifat sabar akan dapat melenyapkan kemarahan.
(g) Perantau yang pergi jauh akhirnya akan kembali ke kampung halaman
juga.
(h) Sifat malas yang bermula sejak kecil akan sukar diubah apabila sudah
dewasa, begitu juga apabila semasa makmur tidak senang, apatah lagi semasa
susah.
(i) Kecantikan diri tidak berharga jika tidak berbudi bahasa.
(j) Segeralah bertaubat setelah melakukan dosa.
3. Bentuk
(a) Pantun ini
terdiri daripada tujuh belas rangkap.
(b) Bilangan
baris pada setiap rangkap adalah sama.
4. Unsur
bunyi
(a) Asonansi.
· Contohnya,
Alas nikah raja Melayu (perulangan vokal a);
Limau Bentan ditepi tingkap (perulangan vokal e);
Hujan ribut gunung terbakar (perulangan vokal i);
(b) Aliterasi.
· Contohnya,
Buah bacang masak serangkai (perulangan konsonan b);
Hendak pulang ke dalam dunia (perulangan konsonan d);
1. Gaya Bahasa
Gaya Bahasa |
Contoh |
|
Hiperbola.
|
• Hujan ribut gunung terbakar,
• Embun setitik padam apinya.
|
|
Inversi
|
• Ikan busuk jangan dibuang;
• Gila apakah ikan di laut.
|
|
Penggunaan unsur alam.
|
ikan;burung dekut; gelam; kenanga; kumbang; bunga;
|
|
Peribahasa
|
• Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung;
|
|
Personifikasi
|
•nyawa menangis di pintu kubur.
|
|
Repetisi
|
• tikar (rangkap 1, baris 1);
|
|
Sinkope
|
• Kilat memancar hujan tak lalu;
|
|
Simile
|
• Macam melukut di tepi gantang;
|
6. Nilai
dan Pengajaran
Nilai
|
Pengajaran
|
Nilai berjimat
cermat
|
Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran.
|
Nilai kesabaran
|
Kita mestilah banyak bersabar untuk memadamkan
kemarahan dalam diri
|
Nilai berbudi
bahasa
|
Kita hendaklah sentiasa berbudi bahasa supaya kita
akan dipandang mulia oleh masyarakat.
|
Nilai merendah
diri
|
Kita hendaklah bersikap merendah diri apabila
merantau ke tempat orang.
|
Nilai keinsafan.
|
Kita haruslah insaf dan bertaubat setelah melakukan
dosa.
|