HALAMAN 2

Jumaat, 24 Januari 2014

SOALAN RUMUSAN SPM 2013




Baca petikan di bawah dengan teliti , kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan hutan bandar dan cara-cara mengekalkan hutan bandar.  Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kawasan bandar merupakan penyumbang utama pembebasan karbon dioksida yang menjadi punca utama pencemaran udara.  Oleh itu, kewujudan hutan bandar penting bagi mengurangkan masalah ini.  Hutan bandar merupakan tumbuh-tumbuhan yang sedia ada dan juga pokok-pokok yang ditanam secara sistematik di persekitaran Bandar.  Hutan Bandar berperanan untuk menyediakan kawasan hijau yang berkualiti bagi mengimbangi binaan batu dan struktur lain yang mendominasi lanskap bandar. 

            Hutan Bandar berfungsi untik mengurangkan kesan negatif akibat kemerosotan kualiti alam sekitar di kawasan bandar.  Ketika ini, hutan bandar menjadi semakin relevan dan sangat berpotensi untuk mengurangkan masalah pencemaran udara.  Di samping itu, masalah pemanasan global juga dapat dikurangkan melalui penghutanan Bandar.  Pokok pinggiran jalan yang ditanam pula dapat dijadikan peneduh daripada panas matahari.  Namun demikian, pemilihan pokok yang sesuai perlu diambil kira oleh pihak berkuasa tempatan.  Umpamanya, penanaman pokok palma, walaupun cantik, tidak membawa banyak faedah sebagai peneduh kerana saiz kanopinya yang kecil berbanding dengan pokok-pokok besar yang lain.  Begitu juga pokok angsana, walaupun rendang tetapi dahannya mudah patah dan membahayakan orang ramai.

            Pada masa yang sama, pokok besar yang ditanam di sekitar bandar  seperti Khaya senegalensis dan Samanea saman berfungsi untuk menyerap karbon dioksida di atmosfera.  Karbon dioksida yang diserap berubah ke bentuk biojisim yang disimpan sebagai karbon sama ada di bahagian akar atau di bahagian batang, daun dan dahan.  Peranan utama pokok yang menjadi penyumbang kepada perhutanan bandar adalah untuk mengurangkan masalah perubahan iklim.  Hal ini demikian kerana pokok yang ada di sesuatu kawasan bandar dipercayai dapat memberikan sumbangan bukan sahaja di kawasaan  bandar tersebut bahkan di peringkat global.  Oleh itu, hutan bandar sememangnya   penting dalam melengkapkan ekosistem bandar. 

            Berbeza dengan hutan hujan tropika yang berfungsi untuk mengurangkan kerosakan tanah, menyediakan sumber makanan dan perlindungan kepada pelbagai jenis haiwan, hutan bandar pula dapat meminimumkan kerosakan akibat hakisan tanah.  Hal ini disebabkan kewujudan hutan bandar sedikit sebanyak telah dapat menangani masalah kejadian tanah runtuh di kawasan bandar..  oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi menjamin pengekalan pokok besar yang sedia ada di kawasan bandar.  Usaha ini penting demi meningkatkan kualiti udara di bandar di samping manfaatnya terhadap alam sekitar secara keseluruhan.

                        (Dipetik dan diubah suai daripada , ‘Hutan Bandar’ oleh Ahmad Aazaruddin Mohd Noor dan Adnan Mohamad, Dewan Kosmik, Jun 2011.)

Soalan 2 - Pemahaman petikan umum. 

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut menggunakan ayat anda sendiri.

(i)            Berikan maksud secara sistematik.                               [2 markah]

(ii)           Pengarang ada menyatakan beberapa fungsi hutan hujan tropika. 
          Nyatakan fungsi-fungsi tersebut                                  [2 markah]

(iii)         Usaha-usaha memupuk semangat cinta akan hutan perlu bermula      pada peringkat sekolah.  Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha  yang perlu dilakukan untuk memupuk  semangat tersebut?                                                                                                 [4 markah]


SILA RUJUK SKEMA DI SINI


© 2014 Hak Cipta Terpelihara.  cikguchom.bolgspot.com

SKEMA PERMARKAHAN SOALAN RUMUSAN SPM 2013

Pendahuluan:
Petkan membincangkan manfaat/faedah/kebaikan hutan Bandar kepada pelbagai pihak/di Malaysia/di Negara kita                                  2 m
Petikan membincangkan manfaat/faedah hutan bandar           1 m

Isi tersurat (4 – 12 m)
1.    Menyediakan kawasan hijau yang berkualiti                  2 m
2.    Mengurangkan kesan negative akibat kemerosotan kualiti alam sekitar di kawasan Bandar
3.    Mengurangkan masalah pencemaran udara
4.    Masalah pemanasan global dapat dikurangkan
5.    Dijadikan peneduh daripada panas matahari
6.    Menyerap karbon dioksida di atmosfera
7.    Mengurangkan masalah perubahan iklim
8.    Melengkapkan ekosistem Bandar
9.    Meminimumkan kerosakan akibat hakisan tanah

Isi tersirat(4 – 12 m)
1.    Menanam semula pokok yang telah ditebang di hutan bandar/di Bandar
2.    Kerajaan mengehadkan pembangunan di kawasan hutan Bandar/Bandar
3.    Penyelenggaraan/pengurusan pokok di hutan Bandar
4.    Kerajaan menguatkuasakan undang-undang /akta penebangan pokok/menenekan hukuman yang berat kepada sesiapa yang menebang pokok di hutan Bandar
5.    Kerajaan /badan bukan kerjaan(NGO) mengadakan kempen untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan hutan Bandar
6.    Mengujudkan jabatan/unit khas untuk memantau hutan Bandar
7.    Setiap rakyat menam pokok di kawasan perumahan di Bandar

Kesimpulan (2 m)
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah menyedari kepentingan hutan bandar agar faedahnya dapat dinikmati bersama.         2m

SKEMA JAWAPAN SOALAN PEMAHAMAN SET 1
.- bahasa mesti gramatis
(1)  – dengan teratur/tersusun/kemas terancang      2m

(ii)   fungsi
-       Mengurangkan kerosakan tanah
-       Sumber makanan
-       Perlindungan  yang baik
-       (isi cukup dua isi sahaja)
-        
(iii) usaha-usaha – fokus mesti sekolah
-       Sekolah menubuhkan kelab/persatuan pencinta hutan
-       Memberikan hadiah/anugerah kepada murid yang melibatkan diri dalam aktiviti hutan
-       Mengadakan pertandingan melukis poster atau menulis esei tentang hutan
-       Mengadakan pameran tentang hutan
-       Mengadkan lawatan ke hutan rekreasi
-       Menjadikan pengurusan hutan sebagai subjek di sekolah
-       Mengadakan kempen atau ceramah tentang kepentingan hutan
-       Mengadakan aktiviti perkhemahan di hutan.

Khamis, 16 Januari 2014

TUGASAN SEMASA CUTI - TINGKATAN 1 CERDIK & 1 BESTARI 2014

Assalamualaikum W.B.T , salam sejahtera dan salam gemilang.

Kepada semua pelajar tingkatan 1 Cerdik dan 1 Bestari tahun 2014.

Cikgu berikan tugasan yang pertama untuk tahun ini..Semoga pelajar-pelajar cikgu yang comel, cerdik dan bijaksana ini dapat memahami tugasan dan menyiapkan mengikut masa yang ditetapkan


Tugasan:

a)  SALIN nota Aspek Kajian Komponen sastera ini dalam buku latihan
Komsas - Antologi Kasut Kelopak Jantung

b)  Tinggalkan 3 helai muka surat pertama untuk jadual senarai latihan .
     tuliskankan latihan bil 1 - Aspek kajian komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas)..tarikh bergantung kepada pelajar sendiri.

c)  Sila hantar buku latihan pada hari Isnin 
d)  Nota akan dibincangkan semasa sesi pelajaran dan pengajaran nanti.
e)  Sekiranya ada pertanyaan sila tuliskan di ruangan 'komen' di bahagian bawah tugasan .

Sekian, terima kasih.

NOTA
ASPEK KAJIAN KOMPONEN SASTERA DALAM BAHASA MELAYU ( KOMSAS)

Skop Kajian Teks Sastera

1. SINOPSIS:
     Ringkasan cerita yang merangkumi perkara-perkara penting dalam sesebuah
    novel atau cereka.  Ringkasan mestilah memasukkan peristiwa pada bahagaian              permulaan , kemuncak dan peleraian cerita secara ringkas.

2. TEMA : 
     -    Idea utama atau persoalan pokok yang hendak disampaikan oleh penulis
     dalam  sesebuah karya.

-       Tema sesuatu karya boleh tidak dinyatakan secara langsung dengan jelas
                tetapi dinyatakan melalui unsur-unsur yang membentuk karya itu.

-       Oleh sebab itu tema sesuatu karya lazimnya dapat diketahui hanya sesudah
                karya itu dibaca dan dihayati seluruhnya.

-       Banyak perkara yang boleh dijadikan tema bagi sesuatu karya, misalnya keadilan, perjuangan, sejarah, kemiskinan, kemanusiaan, kehijauan alam, ka.sih sayang dan sebagainya


3. PERSOALAN: 
    -   Idea-idea sampingan yang hendak disampaikan oleh penulis dalam karya
     mereka yang ada hubungannya dengan tema.

-       Wujudnya persoalan-persoalan dalam sesuatu karya bertujuan menghidupkan dan memperkukuh tema yang cuba diketengahkan oleh pengkarya.

PEMIKIRAN
-       Pemikiran membawa maksud yang sama dengan tema dan persoalan.

-        Walau bagaimanapun, pemikiran lazimnya digunakan dalam genre drama dan puisi.


4. Plot : 
   Jalinan peristiwa atau jalan cerita dalam sesebuah karya sastera yang terjadi berdasarkan hukum SEBAb   dan AKIBAT.  Terdiri daripada 4 peringkat :
   a)    eksposisi/permulaan cerita 
   b)    perkembangan dan perumitan cerita
   c)    klimaks/kemuncak cerita dan 
   d)    peleraian/penyelesaian masalah.

5. Watak : 
    Manusia, binatang atau makhluk lain yang menjadi pelaku atau 
    pelakon cereka yang yang dicipta oleh seseorang pengarang. 
    .

6. Jenis-jenis Watak

a)    Watak Utama : 
           Watak yang menjadi fokus utama yang mengerakkan sesuatu cerita.

b)   Watak Sampingan:
           Watak pembantu yang peranannya lebih kecil daripada watak Utama.
      
          c)  Watak Antagonis
         Watak hitam adalah watak yang jahat atau watak yang buruk dalam sesuatu  karya.

             d)    Watak Protagonis
     Watak putih adalah watak yang baik atau watak yang menonjolkan nilai-nilai yang           murni dalam sesuatu karya.

           e)     Watak bundar adalah watak yang bersifat kompleks dan segala sifatnya                dijelaskan secara terperinci.

          f)     Watak pipih adalah watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan sangat        dalam sesuatu karya.

            g)     Watak dinamik adalah watak yang aksi, fikiran, pandangan, atau perasaannya    berkembang dan sering berubah.

            h)    Watak statik adalah watak yang tidak mengalami sebarang perubahan atau       fikirannya tidak berkembang dari awal hingga akhir cerita.

            i)     Watak kodi adalah watak yang selalu terdapat dalam cerita rakyat. Watak nenek kebayan dalam cerita-cerita rakyat merupakan contoh watak kodi.
     
7. Latar :
    "Setting” atau tempat yang menunjukkan lokasi dan gambaran/suasana 
    sesuatu peristiwa itu berlaku.

8. Latar tempat: Tempat di mana berlakunya peristiwa

9. Latar masa: Waktu kejadian dalam sesebuah cereka yang meliputi
      zaman,  musim dan masa.

10. Latar masyarakat: Gambaran tentang keadaan masyarakat semsa peristiwa 
      dalam cereka berlaku

11.  Nilai Murni:
       unsur-unsur bernilai baik/positif yang boleh dicontohi dalam kehidupan

12.  Mesej/Pengajaran/Amanat 
       Unsur atau perkara yang boleh dijadikan peringatan, pedoman dan 
       pengajaran kepada pembac
Teknik Penceritaan dalam Teks Sastera

1. Teknik Suspens: Digunakan oleh pengarang supaya pembaca 
     tertanya-tanya  mengapa sesuatu peristiwa itu terjadi.

2. Teknik Kejutan : Penulis memasukkan sesuatu watak secara tiba-tiba.

3. Teknik Dialog : Percakapan watak-watak sama ada dituturkan secara jelas/
     perlahan kepada orang lain.

4. Teknik Monolog : Pertuturan atau pengucapan watak secara bersendirian
     seperti ratapan, doa, dan perasaan watak.

5. Teknik Monolog Dalaman: Percakapan/pertuturan di dalam hati. Hanya 
     dirinya yang mendengar dan memahami apa yang diucapkan

6.  Prolog /Prakata: Terdapat dalam drama,disampaikan dalam pelbagai bentuk 
     seperti puisi, nyanyian dan pernyataan. Prolog dibacakan oleh salah 
     seorang pelakon.

7.  Epilog: Pernyataan sebagai penutup sesuatu penulisan atau karya. Boleh 
     diucapkan dalam bentuk puisi, syair atau huraian pantun. 

8. Teknik Pemerian:Pemaparan yang jelas, terperinci dan hidup tentang 
     suasana latar  dan peristiwa yang dialami oleh watak.

9.  Teknik Imbas Muka: Cara pengarang membayangkan/meramalka /
      membuat andaian tentang perkara akan datang yang belum berlaku.

10. Teknik Imbas Kembali: mempersembahkan cerita dengan mengingat 
        kembali peristiwa melalui ingatan, khayalan dan sebagainya.

11. Kronologi : Mengikut perkembangan masa

12. Sudut Pandangan: Cara pengarang meletakkan kedudukan dirinya ketika
       mengembangan sesuatu plot.

13. Sudut Pandangan Orang Pertama: Kata ganti nama diri pertama, iaitu ‘aku’
       seringkali digunakan.

14. Sudut Pandangan Orang Ketiga: Pengarang meletakkan dirinya di luar 
       daripada watak-watak atau pelaku-pelaku yang diceritakan. Pengarang 
       kerap menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu ‘dia’ dan ‘mereka’.

15. Nada: Bunyi tinggi rendah/ tekanan suara ketika mendeklamasikan sajak.
- nada melankolik ( murung/sedih )
- nada romantis ( percintaan/keindahan)
- nada protes ( tentangan/ sanggahan )
- nada sinis ( mengejek/mempersenda )
- nada patriotik (semangat kebangsaan)

Jumaat, 10 Januari 2014

Analisis Novel Di Sebalik Wajah - ASPEK TEMA DAN PERSOALAN



NOTA RUJUKAN 1

 TEMA


Novel ini bertemakan ketabahan seorang remaja menghadapi dugaan dan kekurangan diri dalam kehidupan seharian.



Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar, terpaksa berhadapan dengan ejekan, sindiran dan cemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya. Dia juga dibuli dan dianiaya oleh Narius, Jais dan Jamadi. Kawan-kawan baiknya juga telah memulaukannya sewaktu dia difitnah mencuri buku-buku di perpustakaan dan dompet pelajar lain. Hanya Josy sahaja yang terus setia untuk berkawan dengan Doktor Farid sewaktu dia dalam kesusahan.




Persoalan  

  
1.    Persoalan menghargai persahabatan
Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa jua rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
  
2.    Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga
Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri.  Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka.
  
3    Persoalan keinsafan
Contoh: Narius, Jais dan Jamadi berubah sikap dan insaf atas kesalahan mereka terhadap Doktor Farid, lebih-lebih lagi setelah Doktor Farid menyuruh bapanya menjamin Narius di balai polis.
  
4.    Persoalan aplikasi Ilmu
Contoh: Doktor Farid mengaplikasi pengetahuan menanam sayur-sayuran, memelihara ayam dan menjualnya di Tamu daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dipelajarinya.
  
5.    Persoalan kemahiran menguasai ilmu elektronik
Contoh: Kemahiran menguasai ilmu elektronik perlu diterapkan pada peringkat awal pendidikan lagi seperti yang dijalankan di Jepun bagi memastikan remaja lebih ke arah inovasi.
  
6.    Persoalan berdikari
Contoh: Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkannya walaupun mendapat tentangan awal daripada ayahnya.  Doktor Fikri berjaya mengusahakan kebun sayur dan membela ayam.  
  
7.    Persoalan pasrah menerima ketentuan Tuhan
Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila anak yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.
  
8.    Persoalan taat akan perintah agama
Contoh: Cikgu Saiful dan keluarganya sering sembahyang bersama-sama di rumah.




Nota Rujukan 11
         
Tema


Berdasarkan novel Di Sebalik Wajah,  temanya ialah kegigihan dan kecekalan seorang remaja balar untuk mengharungi cabaran-cabaran dalam  hidupnya.
Contohnya, Doktor Fikri dilahirkan sebagai budak balar, iaitu cacat dari segi kulit sehingga dia kelihatan berbeza daripada  budak-budak lain. Sehubungan dengan itu, dia sering dipandang hina dan diejek oleh pelajar lain. Bagaimanapun, Doktor Fikri tidak pernah berputus asa dan sentiasa tabah untuk menghadapi cabaran-cabaran di sekolah

Persoalan

a.       Kasih sayang ibu bapa terhadap anak . 
Contohnya Cikgu Saiful dan Puan Halipah sentiasa mencurahkan kasih sayang terhadap anak tunggal mereka. Walaupun Doktor Fikri merupakan anak balar, mereka sentiasa membimbing anak mereka supaya tidak bersikap pesimis dan sabar menghadapi pandangan negatif orang lain.  Cikgu Saiful turut membantu anaknya Doktor Fikri mengutip tahi lembu untuk menanam sayur-sayuran.


b.      Keprihatinan ibu bapa terhadap pelajaran anak mereka.
Contoh setiap petang  Puan Halipah akan memeriksa latihan Doktor Fikri dan menanyakan keadaannya di sekolah. Puan Halipah dan Cikgu Saiful sentiasa menemani anak membaca dan memupuk anak mereka supaya mempunyai tabiat membaca.

c.       Ketabahan dalam menerima takdir Tuhan. 
Contohnya Cikgu Saiful dan Puan Halipah tabah menerima takdir Tuhan apabila anak mereka mempunyai kecacatan dari segi kulit, iaitu balar. Walaupun pada permulaannya Cikgu Saiful enggan menerima bayi balar sebagai anaknya,  atas nasihat doktor, dia sedar dan menerima anugerah Tuhan. Dia dan isteri memberikan sepenuh kasih sayang terhadap anak mereka.


d.      Setia kawan dalam kalangan rakan.
Contohnya Josy merupakan rakan yang setia kawan. Dialah sahaja yang  mempercayai Doktor Fikri ketika Doktor Fikri didakwa sebagai pencuri. Ketika semua rakan telah memulaukan Doktor Fikri yang mencuri buku-buku dan barang-barang pelajar lain, Josy tetap berbual-bual   dan menasihatinya .


e.      Kecekalan seorang remaja balar untuk mengharungi kehidupan. 
Contohnya, Doktor Fikri sentiasa tabah menghadapi kelemahan fizikalnya dan berusaha gigih untuk membuktikan kebolehannya dalam pelbagai segi, seperti rajin membaca dan menyertai acara lumba lari 1500 meter dalam hari sukan di sekolah.


f.        Tanggungjawab pihak sekolah untuk menangani kegiatan salah laku dalam kalangan pelajar.
Contohnya guru disiplin bertindak tegas terhadap kelewatan pelajar, peras ugut, gengsterisme, kecurian dan lain-lain. Pengetua sanggup merotan pelajar yang melakukan peras ugut secara terbuka untuk menegaskan disiplin sekolah.


g.       Kemuliaan hati seorang remaja.
 Contohnya Doktor Fikri tidak menaruh dendam dan sanggup meminta ayahnya menjamin Narius yang sentiasa menganiayainya seperti memeras ugut, mencuri basikalnya malah menganiayainya sebagai pencuri. Dia membantu Narius dengan hati yang ikhlas dan sanggup berkawan dengan mereka yang menganiayainya.


h.      Sikap berdikari seorang remaja.
 Contohnya Doktor Fikri tidak bergantung pada ibu bapanya untuk membeli basikal baru. Dia telah mengeluarkan wang simpanannya untuk membeli basikal baru. Sebaliknya wang simpanan adalah daripada perniagaannya dengan menjual sayur-sayuran yang ditanam di belakang rumahnya. 
  

Selasa, 7 Januari 2014

NOVEL DI SEBALIK WAJAH - SINOPSIS LENGKAP MENGIKUT BAB


 



Di Sebalik Wajah
(Abang Saifuddin Abang Bohari)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM) 

Sinopsis           
Cerita Di Sebalik Wajah mengisahkan seorang remaja iaitu Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar.  Nama Doktor Fikri diberikan oleh bapanya sempena nama seorang doktor yang telah mendoakan keselamatan ibunya sewaktu melahirkannya. Disebabkan nama dan kecacatan kulitnya yang balar Doktor Fikri sering diejek dan diketawakan.  Namun begitu, dia tabah menerima segala dugaan yang menimpa dirinya.  Pertukaran ke sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal banyak memberikan pengalaman baharu kepadanya.  Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz  dapat menerima kehadirannya di sekolah itu.  Mereka berkawan baik sehinggalah Doktor Fikri dianiaya oleh tiga orang murid iaitu Narius, Jais dan Jamadi yang juga sering mengganggu murid lain.

Satu laporan salah laku mereka telah dibuat kepada guru disiplin iaitu Cikgu Wahab. Hal ini menyebabkan mereka berdendam kepada Doktor Fikri.   Narius dan kawan-kawannya meletakkan buku-buku perpustakaan dan beberapa dompet ke dalam beg sekolah Doktor Fikri.  Guru disiplin telah membuat pemeriksaan mengejut ke setiap kelas.  Doktor Fikri telah dipanggil dan disoal siasat namun dia hanya mendiamkan diri.  Selepas kejadian tersebut, kawan-kawannya mula menjauhkan diri kecuali Josy yang masih setia memberikan perangsang dan semangat serta memintanya bersabar dengan dugaan yang menimpa.

Semasa sukan tahunan sekolah, Doktor Fikri gagal menamatkan larian 1500 meter dan pengsan.  Dia juga kehilangan basikal yang baru dibeli dengan duit simpanannya sendiri.   Pada suatu hari seorang murid mengadu kepada Cikgu Wahab bahawa dia ternampak Narius dan rakan-rakannya mencuri basikal doktor Fikri.  Hal ini dilaporkan ke balai polis.  Narius dan rakan-rakannya ditangkap atas pelbagai kesalahan yang dilakukan.  Mereka ditahan di lokap.  Jais dan Jamadi dijamin oleh keluarga masing-masing.  Narius tidak dapat dibebaskan kerana keluarganya miskin.  Doktor Fikri dan bapanya dipanggil untuk mengambil semula basikalnya.  Semasa di balai polis, Doktor Fikri ternampak Narius sedang menangis di samping bapanya yang sudah uzur.  Doktor Fikri meminta ayahnya menjamin Narius.

Semenjak hari itu, Narius, Jais dan Jamadi insaf dan berubah menjadi baik.  Mereka mengaku kepada murid lain bahawa merekalah yang menganiaya Doktor Fikri. Namun, pada masa yang sama, Doktor Fikri berhijrah ke Jepun kerana bapanya bertugas di sana.  Setelah setahun, Doktor Fikri dan keluarganya balik bercuti di Malaysia.  Kepulangan Doktor Fikri disambut dengan gembira oleh rakan-rakannya. Keluarga Doktor Fikri mengisi cuti mereka dengan bersama-sama mendaki puncak Gunung Kinabalu seperti yang dihasratkan oleh Doktor Fikri. 



SINOPSIS NOVEL DI SEBALIK WAJAH MENGIKUT BAB



Bab 1
Di luar wad bersalin, hospital Ratu Elizabeth, Kota Kinabalu, Cikgu Saiful kelihatan cemas untuk menunggu kelahiran anaknya. Dalam masa yang agak lama, isterinya berada di dalam wad itu sehingga Cikgu Saiful berasa bimbang. Dia berdoa semoga anak dapat dilahirkan dengan selamatnya. Cikgu Saiful amat sayang akan isteri, Halipah. Dia bertimbang rasa dan simpati akan kesukaran yang dihadapi oleh isteri ketika mengandung. Dia mengimbas kembali tentang isterinya yang mengandung mengidamkan daging rusa. Setelah berusaha payah mencari daging rusa di seluruh Kota Kinabalu, dia tetap tidak dapat mencari daging rusa sehingga dia membeli sup daging arnab untuk membohongi isteri. Tiba tiba namanya dipanggil oleh seorang doktor India yang bernama Vasutheven bahawa isterinya perlu dibedah kerana kandungannya songsang. Setelah menandatangani kebenaran, Cikgu Saiful termenung di bawah pohon semarak api yang rentang. Ketika itu dia diajak oleh seorang doktor berbangsa Melayu untuk bersolat sembahyang. Atas nasihat doktor itu, dia semakin tenang. Di dalam minda, cikgu Saiful hendak menamakan anak lelakinya sama dengan doktor itu, iaitu Doktor Fikri. Jika anak perempuan, namanya akan diserahkan kepada isterinya untuk menentukannya. Kemudian dia diberitahu oleh doktor, anaknya telah selamat dilahirkan. Cikgu Saiful bersyukur lalu menuju ke bilik bayi. Dia meminta kebenaran daripada seorang jururawat Cina untuk bernazar kepada anaknya . Akhirnya dia dibenarkan menjumpainya anaknya. Cikgu Saiful tidak dapat menerima seorang bayi yang berambut kuning emas, dan kulit merah yang jauh berbeza dengan bayi lain. Atas nasihat dan pengesahan doktor dan jururawat, Cikgu Saiful menyesal atas gelagatnya. Dia bernazar kepada anaknya dan menerima kehadiran seorang anak yang cacat dari segi kulit, iaitu anak balar. Ketika isteri terjaga, dia cuba menasihati isteri agar menerima satu kenyataan, iaitu anak mereka merupakan anak balar. Cikgu Saiful memberitahu Halipah bahawa dia hendak menamakan anak mereka Doktor Fikri.


Bab 2
Setelah 14 tahun kemudian, Cikgu Saiful sudah meletakkan jawatan sebagai seorang guru dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Mereka sekeluarga telah berpindah dari Tuaran ke pekan Menggatal, Kota Kinabalu. Anaknya yang bernama Doktor Fikri telah ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal. Doktor Fikri telah ditempatkan di Kelas Tingkatan Dua Mawar. Seluruh murid Tingkatan Dua Mawar terkejut dengan kehadiran seorang pelajar baru yang disangka sebagai orang putih. Setelah memperkenalkan diri sebagai Doktor Fikri, semua pelajar ketawa dan mereka melemparkan pelbagai sindiran dan nama jolokan, Doktor Fikri sabar dan menerima segalanya kerana dia sudah biasa dengan layanan sedemikian. Sebelum itu Doktor Fikri pun tidak mempunyai rakan dan murid lain sering meminggirnya. Ketika masa rehat, Doktor Fikri makan bekalan yang disediakan oleh emak sambil membaca novel yang dipinjam daripada Perpustakaan Negeri. Hobinya adalah membaca novel. Ketika itu, seorang pelajar perempuan, Josy dari Tingkatan Dua Melati berminat terhadapnya dan asyik bertanya kepadanya. Doktor Fikri memberitahukan keadaan keluarga secara jujur dan ikhlas. Josy terkejut kerana mengetahui Doktor Fikri mempunyai tabung sebanyak RM 1000 di bank dan simpanan itu adalah hasil daripada menjual sayur sayuran. Pada masa itu, ada tiga orang pelajar Tingkatan Empat( Narius, dan rakannya) masuk ke kelas Tingkatan Dua Mawar lalu mengejek Doktor Fikri sudah pandai memikat hati perempuan. Mereka juga habis makan dan minum bekalan Doktor Fikir. Gelagat ketiga tiga murid Tingkatan Empat diperhatikan oleh murid Tingkatan Dua Mawar. Mereka menasihati Doktor Fikri supaya melaporkan kejadian kepada guru disiplin, Cikgu Wahad. Doktor Fikri berterima kasih kepada mereka.


Bab 3
Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz yang gemuk telah mengayuh basikal ke rumah Doktor Fikir yang berdua tingkat di 69, Taman Richdar, Menggatal. Mereka disambut dengan mesra oleh ibu Doktor Fikri. Doktor Fikri begitu gembira kedatangan rakan rakan baharunya dan membawa mereka ke bilik bacanya. Mereka kagum akan bilik baca Doktor Fikri yang penuh dengan bacaan. Doktor Fikri tidak keberatan untuk meminjamkan bukunya kepada rakan rakannya. Setelah itu, mereka juga dibawa ke belakangan rumah untuk melihat kebun sayur sayuran dan reban ayamnya. Mereka tidak menyangka bahawa Doktor Fikri sanggup mengerjakan kebun sayur sayurannya dan berbaja tahi lembu. Mereka bergurau senda dan berjanji akan membantu Doktor Fikri untuk menjual sayur sayuran di Tamu di pekan baru Menggatal pada hari minggu. Ketika melihat kepulangan rakannya yang mengayuh basikal, Doktor Fikri ingin meminta kebenaran daripada ayahnya untuk membeli sebuah basikal.


Bab 4
Keesokan hari, Doktor Fikri menunggang basikal barunya yang dibeli dengan wang simpanannya. Sesungguhnya Cikgu Saiful sentiasa memenuhi segala permintaan anak kesayangannya dan sentiasa membantu anaknya untuk mempraktikkan ilmu yang telah diajarkan di sekolah, seperti menanam sayur sayuran, memelihara ayam dan menjual sayuran seperti yang telah diajar dalam Kemahiran Hidup, malah dia pernah mengumpul tahi lembu dengan Doktor Fikri. Ketika sampai di pintu sekolah, dia mendapati bahawa dia telah lewat ke sekolah. Pintu pagar telah ditutup. Nasib baik guru disiplin Cikgu Wahad terkenal sebagai guru yang tegas membuka pintu pagar untuknya dan memberikan amaran supaya dia tidak lewat ke sekolah lagi. Doktor Fikri meminta maaf kepada Cikgu Wahad. Ketika masuk ke kelas Tingkatan Dua Mawar, Doktor Fikri telah ditegur oleh guru kelasnya Cikgu Asnawi dan mengingatkan semua pelajar supaya menjaga nama baik kelas Tingkatan Dua Mawar. Keadaan kelas sangat bising, tetapi Doktor masih leka membaca bukunya. Tiba tiba murid Tingkatan Enam masuk ke kelas mereka dan mengingatkan mereka supaya berlatih sukan pada petang itu memandangkan hari sukan akan menjelang sebulan lagi. Sanin telah mengajak Doktor Fikri supaya menyertai pasukannya , iaitu rumah Tun Ismail.


Bab 5
Pada awal pagi hari minggu, Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz telah datang ke rumah Doktor Fikri, setelah bersarapan pagi, mereka membantu Doktor Fikri menimbang dan membungkus sayur sayuran, iaitu sawi, kacang bendi, bayam, cili,dan tomato. Setelah itu mereka berbasikal dengan sayur sayuran itu ke tamu. Pada awal pagi, mereka sempat menjual seringgit sayur sawi kepada seorang perempuan. Tidak lama kemudian, hujan turun dengan lebat. Rakan rakan berasa hampa kerana sayur sayuran itu tidak laku dijual. Namun demikian, Doktor Fikri kelihatan tenang dan sabar kerana untung rugi merupakan fitrah perniagaan.


Bab 6
Pada petang itu, Narius, Jamadi, dan Jais (murid Tingkatan Empat) menghalang Josy, Dayang Mahani, Suriani untuk menanyakan Doktor Fikri. Suriani terjatuh lalu mengugut bahawa dia akan memberitahu Cikgu Wahad tentang peristiwa itu. Ketika Doktor Fikri melalui jalan itu ke sekolah untuk mengikuti latihan sukan, dia ditahan oleh ketiga tiga murid jahat itu. Mereka meminta wang keselamatan daripada Doktor Fikri. Apabila mendapati bahawa Doktor Fikri tidak membawa wang. Mereka memarahinya dan mengugutnya supaya membawa wang esok.

Bab 7
Perhimpunan khas telah diadakan di dewan. Pengetua sekolah Puan Hamidah telah merotan Narius, Jamadi dan Jais di khalayak untuk memberikan amaran kepada semua murid supaya tidak melakukan peras ugut di sekolah.

Bab 8
Doktor Fikri berasa bimbang kerana mereka mungkin akan membalas dendam terhadapnya walaupun dia tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak sekolah. Keesokan hari, Doktor Fikri berkunjung ke perpustakaan sekolah , dia terserampak dengan Narius, Jamadi dan Jais. Mereka menyindir Doktor Fikri supaya tidak menunjuk nunjuk. Doktor Fikri terus membaca buku di perpustakaan kerana kebetulan tidak ada guru di dalam kelas. Di dalam kelas, Cikgu Wahad mengadakan pemeriksaan secara mendadak di kelas dua Mawar kerana banyak pelajar melaporkan bahawa mereka kehilangan buku, dompet dan pen di perpustakaan. Ketika memeriksa beg Doktor Fikir, terdapat buku perpustakaan, dompet dan pen yang mahal yang dilaporkan telah hilang itu. Seluruh kelas tergempar kerana tidak disangka bahawa murid baru ialah pencuri. Kemudian Doktor Fikri telah dipanggil ke pejabat kaunseling, Cikgu Wahad telah mendakwa Doktor Fikri mencuri. Doktor Fikri menafikannya tetapi tidak dapat membela diri lalu membisu sahaja. Cikgu Wahad mengambil keputusan untuk memberitahukan hal itu kepada ayahnya. Seluruh sekolah tergempar kerana kes Doktor Fikri. Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz berasa kecewa dan marah atas kejadian. Mereka tidak mahu lagi berkawan dengan Doktor Fikri. Mereka sengaja meminggirnya. Hanya Josy seorang sahaja yang bertegur sapa kepadanya dan masih mempercayainya. Dia turut mendengar rintihan Doktor Fikri. Sejak itu Doktor Fikri kelihatan sayu kerana semua rakan di kelasnya mendakwa dia sebagai panjang tangan.


Bab 9
Sukan Tahunan sekolah telah diadakan secara meriah.


Bab 10
Doktor Fikri berseluar panjang dan berbaju lengan panjang serta bertopi untuk menghindar cahaya matahari yang terik. Dia mengambil bahagian dalam acara 1500 meter lelaki B. Ibu bapa turut datang ke sekolah untuk memberikan sokongan kepadanya. Hakikatnya penyertaan dalam rumah Tun Ismail tidak disokong oleh anggota rumah sukannya. Josy yang merupakan ahli Bulan Sabit Merah memberikan semangat kepadanya. Semasa acara 1500 meter lelaki B diadakan, Doktor Fikri berlari dengan selaju lajunya untuk membuktikan keupayaan kepada rakannya tetapi langkahnya semakin perlahan dan bernafas pantas sehingga jauh ketinggalan. Walaupun telah ketinggalan, Doktor Fikri tidak berputus asa dan masih meneruskan larian untuk ke garis penamat. Hanya beberapa langkah lagi ke garis penamat, dia jatuh pengsan. Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah segera mengusungnya ke khemah rawatan. Ibu Doktor Fikri mendekatinya dan bercadang untuk membawanya pulang ke rumah. Ibunya melarangnya menunggang basikal dan mengarahkan dia menaiki kereta bapanya dan basikal diletakkan di belakang kereta. Ketika Doktor Fikri mencari basikalnya, dia terkejut kerana basikal telah hilang. Jeritan jauh kedengaran.


Bab 11
Semua murid memperkatakan peristiwa itu. Rakannya masih mengatakan bahawa memang padan kerana panjang tangan telah mencuri panjang tangan. Rakan sekelasnya masih mendakwa bahawa Doktor Fikri memang suka menunjukkan kebolehan walaupun tidak mampu seperti menyertai lumba lari.


Bab 12
Doktor Fikri berasa kecewa kerana basikal baru yang dibeli dengan wang simpanannya itu telah dicuri. Dia berasa tidak tenteram atas kejadian demi kejadian yang menimpanya. Lebih lebih lagi kawan baiknya Josy akan berpindah sekolah . Dalam pendidikan Jasmani, tidak ada murid hendak bermain dengannya. Apabila termenung di bawah pokok, Cikgu Wahad (guru disiplin) telah mendekatinya dan meminta ke pejabat. Doktor Fikri berasa cemas. Kemudian cikgu Wahad memberitahu bahawa basikal telah ditemukan oleh pihak polis. Pencuri telah ditahan. Mereka adalah Narius, Jamadi, dan Jais. Menurut Cikgu Wahad, ketiga tiga berguru dengan seorang bekas banduan. Bekas banduan telah mengarahkan mereka mencuri. Bapa Doktor Fikri diminta ke balai polis untuk mengambil balik basikal Doktor Fikri. Cikgu Wahad berasa malu kerana pernah mendakwa Doktor Fikri mencuri barang di perpustakaan.


Bab 13
Ketika sampai di rumah, Doktor Fikri berasa gembira dan memberitahukan kejadian itu kepada ibunya. Setelah ayahnya pulang dia pun meminta ayah ke balai polis. Ketika ke balai polis, Doktor Fikri ternampak Narius menangis di lokap dan bapa Narius yang tua tidak mampu memberikan wang jamin untuk mengeluarkan Narius. Doktor Fikir berasa simpati terhadap Narius yang berkeluarga miskin lalu meminta bapanya menjamin Narius. Pihak polis terkejut terhadap tindakan Doktor Fikri dan bapanya kerana Narius telah mencuri basikalnya. Setelah dijamin, Narius dan bapa segera berterima kasih kepada mereka. Narius berasa segan dan terharu kerana dia pernah menganiaya dan memfitnah Doktor Fikri tetapi Doktor Fikri tidak menaruh dendam dan membantunya.


Bab 14
Apabila ternampak Doktor Fikri sedang berbual mesra dengan Narius, Jamadi, dan Jais di sekolah, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz berasa kecewa. Mereka beranggapan bahawa Doktor Fikri telah terpengaruh oleh murid jahat. Suriani berpendapat bahawa mereka ada tanggungjawab untuk menyelamatkan Doktor Fikri daripada terus terjerumus ke lembah hina. Mereka pun berbincang untuk membantu Doktor Fikri daripada bergaul dengan murid jahat.


Bab 15
Doktor Fikri sudah tiga hari tidak hadir ke sekolah. Rakan sekelasnya menyangka bahawa dia telah pandai ponteng sekolah. Tiba tiba, Narius, Jamadi, dan Jais masuk ke kelas Dua Mawar dan menyerahkan surat Doktor Fikri kepada mereka. Mereka bertiga meminta maaf kepada semua murid kelas Dua Mawar dan mengatakan bahawa mereka telah mencemarkan nama baik kelas Dua Mawar dan mengakui bahawa merekalah yang mencuri bahan bahan di perpustakaan lalu memasukkannya ke dalam beg Doktor Fikri. Narius juga memberitahu bahawa ketika ditahan di lokap, bapa Doktor Fikri telah menjaminnya walaupun dialah yang mencuri basikal Doktor Fikri dan menganiayainya sebelum itu. Dayang Mahani telah membaca isi kandungan surat Doktor Fikri . Dalam surat itu, Doktor Fikri menyatakan bahawa dia terpaksa mengikut ayahnya yang bekerja di Jepun selama lima tahun. Dia juga mengatakan bahawa dia menghargai persahabatan mereka terutamanya mereka menjual sayur sayuran dan mendapat keuntungan satu ringgit di samping meminta maaf atas menyinggung perasaan mereka. Selain itu, dengan murah hati, dia menghadiahkan basikal baru kepada Dayang Mahani. , Suriani, Sanin dan Aziz dan membiarkan mereka membuat pilihan untuk memilikinya. Semua rakan terharu terhadap kemuliaan Doktor Fikri dan selama ini mereka telah salah faham terhadapnya.


Bab 16
Setelah setahun berada di Osaka, Jepun, Doktor Fikri sekeluarga telah balik ke Sabah untuk bercuti selama dua bulan. Setiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Doktor Fikri tidak sabar untuk menjumpai rakannya. Dayang Mahani. , Suriani, Sanin dan Aziz telah menunggu di luar balai ketibaan. Mereka bertegur sapa dan bersalam salaman lalu bertolak ke rumah mereka di Menggatal. Doktor Fikri dan rakannya terus masuk bilik bacanya. Dia menceritakan pengalamannya di Jepun kepada rakan di samping memaparkan album foto. Doktor Fikri juga menghadiahkan jam tangan penggera elektronik yang canggih kepada mereka masing masing. Doktor Fikri juga menceritakan bahawa dia telah mendapat trofi dalam pertandingan reka cipta. Dia telah mereka cipta sebuah kereta mainan yang dapat mengesan depan, belakang dan tepinya. Dipercayai kereta ini jika dikomersialkan dapat mengelakkan kemalangan jalan raya dengan berhenti tiba tiba. Mereka kagum akan kreatif Doktor Fikri.


Bab 17
Teringat Fujiyama, Doktor Fikri bercadang untuk mendaki Gunung Kinabalu, iaitu gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Ibu dan bapanya juga bersetuju. Setelah memohon cuti daripada pejabat, Cikgu Saiful telah memberitahu bahawa mereka bertolak pada keesokan hari. Doktor Fikri meminta ayahnya supaya membeli jaket dan sarung muka.


Bab 18
Mereka sekeluarga bertolak di Taman Negara Kinabalu. Mereka terpesona oleh pemandangan yang indah dan udara yang dingin. Pada malam itu, mereka tinggal di sebuah chalet.


Bab 19
Pada awal pagi, sebuah lori pikap sudah berada di chalet untuk membawa mereka ke kaki gunung. Akibat terlalu sejuk ,mereka tidak mandi pagi dan bersiap sedia untuk meneruskan pengembaraan mereka. Atas bimbingan jurupandu, mereka bertiga mula mendaki Gunung Kinabalu yang setinggi 4101 meter dari aras laut. Tidak lama kemudian, mereka berasa sangat letih, tercungap cungap, penat, dan terpaksa melangkah dengan perlahan sambil berehat kerana lutut yang sakit. Dengan perlahan sekali, mereka sampai juga di tengah tengah lereng Gunung Kinabalu, iaitu Panalaban pada waktu senja. Ketika itu, banyak pelancong sudah berada di rumah rehat itu. Doktor Fikri menyaksikan pemandangan yang indah di situ. Udara di situ sangat sejuk. Dia dinasihati supaya berehat dengan secukup cukupnya kerana keesokan pagi pukul tiga mereka akan bertolak untuk menakluki puncak Gunung Kinabalu. Cikgu Saiful juga menerangkan bahawa mereka perlu bertolak pada awal pagi sebelum ditudungi kabus yang tebal sehingga boleh menyebabkan kesesatan.


Bab 20
Ketika pukul empat pagi, udara terlalu sejuk dan Doktor Fikri mendapati bahawa dia telah jauh ketinggalan oleh pendaki yang lain. Dalam kegelapan itu, dia hanya mengesan lampu cahaya picit yang agak jauh. Dia berasa cemas dan takut kerana mendapati bahawa dia telah tersesat. Dia meminta tolong tetapi tiada orang di sekitar. Tiba tiba dia ternampak cahaya merah yang hilang wujud. Dia menuju ke arah sinar itu. Tiba tiba dia ternampak seekor naga. Dia berasa sangat takut kerana mulut naga itu mengeluarkan api dan deruman yang terlalu bising. Dia berlari dengan sekuat kuatnya kerana takut dimakan oleh naga itu. Belum sempat menjadi mangsa kepada naga, dia telah terhumban ke dalam gaung.


Bab 21
Jeritan Doktor Fikri telah mengejutkan semua penghuni di rumah rehat itu. Rupa rupanya dia hanya bermimpi dan jatuh dari katil. Doktor Fikri masih dalam ketakutan, dia memberitahu ibu bapanya tentang mimpi yang ngeri itu. Ayahnya menyuruhnya masuk tidur lagi kerana masih awal lagi. Doktor Fikri meminta ibu bapanya supaya bersama sama dengan ibu bapa ketika mendaki nanti. Puan Halipah mengurau bahawa Doktor Fikri bukan jatuh ke gaung tetapi jatuh ke bawah katil. Mereka bertiga turut ketawa

ASPEK ANALISIS