(i)
Baca petikan
novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Dr. Maxi mengambil satu silinder logam sepanjang 6 cm dari celah-celah senjata yang lain. Dia menghulurkan silinder itu kepada Aqram.
“Kau boleh gunakan alat ini,” kata Dr. Maxi.
“Penetrator?” Aqram cuba dapatkan kepastian.
“Ya, aku rasa mungkin Farisha memiliki sejenis pendinding yang dipanggil WALL. Penetrator ini akan membantu kau untuk melemahkan WALL. Kau cuma perlu pastikan Farisha memegang penetrator ini selama lima belas saat,” terang Dr. Maxi.
Aqram membelek silinder logam yang berada dalam genggamannya. Terasa ringan, sejuk dan tiba-tiba Aqram tersentak apabila melihat penetrator itu berubah dan telah bertukar bentuk menjadi aiskrim! Dr. Maxi ketawa.
“Aku rasa kau tengah berfikir tentang aiskrim tadi. Begitulah caranya untuk menggunakan penetrator. Kau cuma perlu fikirkan sesuatu dan penetrator itu akan berubah bentuk menjadi seperti objek yang kau fikirkan tadi,” kata Dr. Maxi.
“Saya rasa, saya tahu tindakan yang perlu saya lakukan esok,” ujar Aqram. Nada suaranya lebih yakin kali ini.
Dipetik daripada Novel Di Sebalik Dinara Karya Dayang Noor, Kementerian Pendidikan Malaysia.
(i) Nyatakan keistimewaan-keistimewaan yang terdapat pada penetrator yang
dicipta oleh Dr.Max. ( 4
markah)
Contoh Jawapan:
Keistimewaan-keistimewaan yang terdapat pada penetrator yang dicipta oleh Dr. Maxi ialah penetrator ini akan membantu kau/Akram untuk melemahkan WALL dan penetrator itu berubah dan telah bertukar bentuk menjadi aiskrim. Selain itu, Kau/Aqram cuma perlu fikirkan sesuatu dan penetrator itu akan berubah bentuk menjadi seperti objek yang kau fikirkan tadi.
(Pemindahan makluman - isi cukup 3 isi = 3 markah, Bahasa baik = 1m)
(ii) Jawab soalan di bawah
berdasarkan novel-novel yang berikut:
a.
Di Sebalik
Dinara, Karya Dayang Noor
b.
Silir
Daksina, Karya Nizar Parman
c.
Jendela
Menghadap Jalan, Karya Ruhaini Mandarin
d.
Pantai
Kasih, Karya Azmah Nordin
Berdasarkan sebuah novel yang
anda pelajari, huraikan dua peristiwa
yang boleh dijadikan panduan hidup oleh pembaca. (6 markah)
Peristiwa 1
Peristiwa Azraai memasang retinal scanner di
pintu apartment adik angkatnya Farisha dan menyambung intercom apartmen
tersebut ke terlefon di rumahnya untuk menjamin keselamatan Farisha setelah
berlaku satu kes pembunuhan tidak jauh dari tempat tinggal Farisha.
Peristiwa 2
Farisha memaafkan kesalahan Karl dan tetap
melawat Karl yang sedang nazak. Farisha
tetap mengakui bahawa Karl ialah ayahnya. Farisha memaafkan Karl dan Medina
yang menjadikannya mangsa untuk mencapai keinginan mereka sehingga Farisha
menjadi anak angkat selama 26 tahun.
Contoh jawapan:
Novel yang telah saya pelajari ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor. Novel ini memaparkan banyak peristiwa yang boleh dijadikan panduan hidup kepada pembaca.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Azraai memasang retinal scanner di pintu apartment adik angkatnya Farisha dan menyambung intercom apartmen tersebut ke terlefon di rumahnya untuk menjamin keselamatan Farisha setelah berlaku satu kes pembunuhan tidak jauh dari tempat tinggal Farisha. Peristiwa ini boleh dijadikan panduan hidup kepada pembaca bahawa seorang abang perlu sentiasa bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan ahli keluarganya daripada perkara-pekara yang tidak baik.
Peristiwa yang kedua pula ialah peristiwa Farisha memaafkan kesalahan Karl dan tetap melawat Karl yang sedang nazak. Farisha tetap mengakui bahawa Karl ialah ayahnya. Farisha memaafkan Karl dan Medina yang menjadikannya mangsa untuk mencapai keinginan mereka sehingga Farisha menjadi anak angkat selama 26 tahun. Peristiwa ini boleh dijadikan panduan dalam kehidupan pembaca kerana seorang anak mestilah sanggup memaafkan kesalahan ibu bapa dan tidak menyimpan dendam supaya kehidupan menjadi tenang.
Demikianlah antara peristiwa yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara.