HALAMAN 2

Selasa, 30 Julai 2013

NOTA NOVEL MELUNAS RINDU : Sinopsis Umum & Mengikut Bab


                                          NOVEL MELUNAS RINDU

                                     

BIODATA PENGARANG
HARTINI HAMZAH


· Hartini Hamzah dilahirkan pada 3 September 1970 di Selama, 
Perak Darul Ridzuan.
· Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan LKTP Purun,
 Triang Pahang.
· Melanjutkan pelajaran dalam Bidang Perniagaan 
di Universiti Teknologi MARA
· Memperoleh Sijil Perguruan pada 1996
· Berkhidmat sebagai pendidik

Sumbangan Pengarang

· Novel Melunas Rindu (1999)
· Novel Fatin Nabila (1991)
· Cerpen Sesudah Mendung Berlalu (1992)
· Novel Merentas Kabus (2002)
· Novel Pia (1998)


Penghargaan Kepada Pengarang

· Novel Fatin Nabila menerima sagu hati kategori Novel Remaja pada sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1991
· Novel Pia memenangi tempat pertama kategori Novel Remaja sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1997
· Cerpen Sesudah Mendung Berlalu memenangi hadiah utama kategori Cerpen Remaja pada sayembara Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1991



SINOPSIS UMUM


Sinopsis Umum

            Fuad ialah seorang pemuda yang berketurunan Cina dan beragama Islam. Selain nama Fuad, dia juga memiliki dua nama lain iaitu Joshua dan Abdul Halim. Ayahnya ialah Robert Lim yang berketurunan Cina dan berkahwin dengan Mariana yang berketurunan Melayu. Walau bagaimanapun, hidupnya penuh dengan liku kerana sejak kecil lagi dia tidak mengenali dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan bapanya. Dia dibesarkan oleh Peter Lim iaitu bapa saudaranya yang juga abang kepada Robert Lim iaitu ayah kandungnya yang sebenar. Selepas itu dia menjadi anak angkat kepada Pak Ismail dan Mak Salmah.


            Fuad berusaha untuk mencari kubur ibunya yang disangkanya sudah meninggal dunia. Fuad mendapat sokongan Fuad yang telah diminta moral daripada Pak Ismail, Mak Salmah, Peter Lim, Swee Lan, dan Robert Lim sendiri memberikan bantuan untuk mengesan ibunya melalui cincin yang diberikan Robert Lim kepada Mariana. Selain itu, Fuad juga dibantu oleh Pak Said dan Pak Ngah Lias untuk mengesan kubur ibunya itu. Akhirnya Fuad mendapat maklumat bahawa ibunya tidak meninggal dunia dan masih hidup. Fuad telah ditawarkan sebagai guru sandaran tidak terlatih di Sekolah Menengah Seri Setia oleh Cikgu Abas. Setelah mempertimbangkan Fuad telah menerima tawaran tersebut. Di sekolah itu Fuad telah berkenalan dengan Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah yang sama. Fuad sentiasa memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugasnya dan hubungannya menjadi semakin rapat dengan Farhana. Hubungan yang rapat itu akhirnya melahirkan perasaan cinta yang suci antara mereka berdua.


             Walau bagaimanapun, perasaan itu terpaksa diubah kerana hubungan mereka sebenarnya adalah sebagai adik-beradik daripada ibu yang sama tetapi berlainan bapa.Sementara itu Farhana menghadapi konflik dengan Cikgu Zamani di sekolah. Hal ini demikian kerana, Cikgu Zamani selalu mengkritik dan mengutuknya dengan pelbagai kritikan dan kutukan. Farhana pula mengatakan bahawa Cikgu Zamani tidak sepatutnya ponteng kelas dan tidak menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Sepatutnya cikgu Zamani melakukan tindakan yang selaras dengan perkara yang dikatakannya. Dia selalu mengatakan orang lain sahaja yang melakukan kesalahan dan kesilapan tetapi tidak menyedari bahawa dia sendiri melakukan kesalahan.Fuad pula menunjukkan keprihatinannya dengan mengambil berat terhadap Farhana. Sebagai contohnya, Fuad mengajak Farhana menaiki keretanya dan dia menghantar Farhana ke rumah ibu Farhana di Kuantan. Selain itu, Fuad juga menemani Farhana di hospital ketika ibu Farhana, iaitu Mariana yang diserang sakit lelah dimasukkan ke hospital.


             Ketika berada di hospital itulah Fuad mengetahui bahawa nama emak Farhana itu sama dengan nama ibu kandungnya selepas terpandang nama emak Farhana pada rekod catatan perubatan ibu Farhana.Fuad terpaksa menenangkan perasaan Farhana yang agak sukar menerima hakikat bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Fuad cukup bersedia untuk menerima hakikat itu kerana dia sudah biasa hidup dalam keadaan yang penuh dengan cabaran dan masalah. Ayah kandung Fuad juga mengesali perbuatan silamnya yang meninggalkan Mariana selepas tiga bulan berkahwin tanpa sebarang berita. Robert Lim memohon maaf daripada Pak Ismail, Mak Salmah dan juga Mariana atas kesalahan-kesalahannya itu. Fuad juga akhirnya menerima hakikat bahawa Robert Lim ialah ayah kandungnya, Mariana sebagai ibu kandungnya dan juga Farhana sebagai adik kandungnya




 

SINOPSIS MENGIKUT BAB

Bab 1


· Fuad yang mencari kayu api tiba lewat di rumahnya.
· Selepas solat meghrib di rumah, Fuad ke surau untuk solat isyak berjemaah.
· Sementara menanti waktu isyak, Fuad belajar membaca al-quran dengan bimbingan Pak Ismail.
· Fuad ke rumah Borhan apabila mengetahui anaknya demam. Dengan pertolongan Fuad, anak Borhan dibawa ke klinik.
· Sementara menenti anak Borhan diperiksa doktor, Fuad ke bangunan bank yang berdekatan.
· Fuad menyemak jumlah baki wang simpanannya menggunakan mesin ATM. Ayahnya telah memasukkan wang sebanyak RM200 ribu dalam akaun simpanannya.
· Fuad merancang untuk membeli sebuah kereta dengan wang pemberian ayahnya itu.



Bab 2


· Petang itu, Fuad pergi ke Pantai Batu Buruk dengan kereta baru yang dibelinya secara tunai.
· Fuad teringat akan kisah lalu. Hampir setahun lamanya dia mencuba memulihkan keadaan di Danau Seberang; menghadapi kebencian Mak Salmah dan cemuhan orang kampung.
· Mak Salmah tidak dapat memaafkannya atas kehilangan anak perempuan kesayangannya, Sofia.
· Pak Ismail mempertahankannya dan mendekatkannya kepada Allah.
· Akhirnya, kemarahan orang kampung surut dan kebencian Mak Salmah berkurang.
· Fuad menguruskan perkahwinan Borhan dengan Maznah. Segala perbelanjaan perkahwinannya ditanggung oleh Fuad.
· Fuad berasa terkilan kerana semasa hayatnya, Sofia tidak mengetahui bahawa mereka bersaudara.
· Menjelang senja Fuad pulang ke rumah. Pak Ismail menunggunya untuk solat berjemaah di surau.
· Ketika makan malam, Fuad diberitahu oleh Mak Salmah bahawa ada orang yang mencarinya.
· Fuad menyatakan keinginannya untuk membeli sebidang tanah milik Awang Sojar kepada Pak Ismail.



Bab 3

· Fuad, Pak Ismail, dan Mak Salmah mengusahakan tanah seluas setengah ekar yang dibeli oleh Fuad.
· Walaupun Pak Ismail membantah, Fuad tetap menamakan Pak Ismail sebagai pemilik tanah itu.
· Mak Salmah teringat akan kesedihannya yang kehilangan Sofia walaupun Sofia hanya anak angkatnya.
· Tindakan Fuad yang melarikan Sofia dan menyerahkan kepada ibu bapa kandungnya menyebabkan dia membenci Fuad. Keikhlasan Fuad menyebabkan hatinya tersentuh untuk memafkan Fuad dan menerima ketentuan Ilahi.
· Untuk menghilangkan rasa sepinya, dia banyak menghabiskan masa melakukan pelbagai kerja serta membaca al-Quran dan buku agama.
· Cikgu Abas datang untuk menawarkan pekerjaan kepada Fuad. Fuad diharapkan dapat menjadi guru sandaran atau guru kelas bimbingan.



Bab 4

· Pagi itu, Fuad ke sekolah Menengah Seri Setia untuk menjadi guru sandaran.
· Kehadirannya disambut mesra oleh guru-guru lain termasuk Cikgu Abas, Guru Penolong Kanan.
· Fuad diperkenalkan dengan Cikgu Farhana, Ketua Panitia Bahasa Inggeris.
· Farhana agak gusar untuk menerima Fuad yang memiliki ijazah Pentadbiran Perniagaan dari universiti ternama di Amerika.
· Farhana menerangkan jadual harian, kelas, dan pencapaian pelajar kepada Fuad. Mereka berbincang tentang teknik pengajaran dan pemarkahan Bahasa Inggeris.



Bab 5

· Farhana tekun menyiapkan senarai program untuk dibentangkan pada mesyuarat kurikulum.
· Fuad yang datang untuk memulangkan buku yang dipinjamkannya diminta memberikan pandangannya dan menekankan bahawa mereka perlu bekerjasama untuk memastikan kejayaan program tersebut.
· Fuad meminta Farhana mengambil jagung yang dibawanya pada waktu pulang sekolah.



Bab 6

· Fuad yang ke kantin untuk melepaskan dahaga terserempak dengan Cikgu Zamani.
· Fuad mengagumi Cikgu Zamani yang dalam pengetahuan ilmu agamanya dan pandai berbahas.
· Chin datang untuk menanyakan khabar dan keadaan Fuad untuk disampaikan kepada ayah Fuad.
· Chin memujuk Fuad menziarahi ayahnya dan membantu perniagaan ayahnya.
· Fuad diharapkan dapat menziarahi bapa dan emak saudaranya yang dirinduinya.
· Fuad teringat akan arwah ibunya yang tidak pernah ditemui selama ini.
· Fuad menceritakan kedatangan Chin kepada Pak Ismail dan keinginannya untuk mencari pusara ibunya di Sungai Ruan.


Bab 7

· Fuad bertemu dengan Farhana ketika singgah di stesen bas untuk membeli buah tangan untuk keluarganya.
· Farhana yang hendak pulang ke kampung dipelawa menumpang kereta Fuad.
· Dalam perjalanan, Fuad dan Farhana menceritakan kisah keluarga masing-masing.
· Fuad singgah di rumah Farhana sebelum meneruskan perjalanannya ke Sungai Ruan.



Bab 8

· Fuad tiba di rumah Peter Lim hampir tengah malam dan terkejut dengan keuzurannya.
· Fuad membayar yuran peperiksaan Ah Soh dan berjanji akan menanggung perbelanjaan persekolahan Ah Soh dan Mei Lin
· Fuad menyatakan tujuan kedatangannya untuk mencari pusara ibunya dan saudara sebelah ibunya.
· Peter Lim dan Swee Lan memberikan kerjasama dan maklumat yang diperlukan.
· Fuad ke surau dan bertemu dengan Pak Said yang bersetuju untuk menemaninya ke Lembah Klau.



Bab 9

· Farhana resah menanti panggilan telefon daripada Fuad hingga menyebabkan ibunya menegur sikapnya.
· Farhana teringat akan keperitan hidupnya semasa belajar di London.
· Dia terpaksa memasak dan mengikut perut untuk mencukupkan wang biasiswanya.
· Ibu Farhana teringat akan arwah suaminya, Fakharudin yang meninggal dunia akibat pembengkakan usu, menerimanya seadanya dan menjaganya dengan baik.



Bab 10

· Fuad dan Pak Said ke perkampungan Felda Lembah Klau untuk menemui Pak Ngah Lias, jiran datuk Fuad.
· Pak Ngah Lias gembira dengan kedatangan Fuad dan bersetuju untuk menemani mereka ke Kuala Lipis, rumah Mariah, kakak angkat ibu Fuad.
· Daripada cerita Pak Samsudin, jiran Mariah, Fuad mendapat harapan baru bahawa ibunya masih hidup.
· Peter Lim meminta Fuad bertemu dengan ayahnya di Kuala Lumpur untuk mendapatkan gambar ibunya dan cincin bagi memudahkan pencariannya.




Bab 11

· Cikgu Abas dicengkam perasaan marah. Cikgu Abas marah kerana pelajar-pelajar di dalam kelas lanjutan berbuat bising. Beliau juga marah kerana guru yang ada halangan untuk mengajar kelas lanjutan tidak memaklumkan kepada pelajar. Selain itu, beliau juga marah kepada Cikgu Zamani yang ponteng mengajar kelas Geografi
· Semasa mesyuarat guru keesokan harinya, Cikgu Abas meluahkan kemarahannya terhadap sikap sesetengah guru yang yang tidak amanah
· Pengetua sekolah Tuan Haji Samad menegaskan bahawa dia tidak akan berkompromi dengan guru yang sering ponteng kelas
· Guru-guru juga diberi peringatan agar tidak mendengar khabar angin atau menyebarkan khabar angin bahawa kelas lanjutan telah dimansuhkan.
· Fuad berfikir-fikir sama ada dia bersalah dalam hal itu meskipun dia tidak pernah ponteng mengajar kelas lanjutan.



Bab 12

· Farhana menerima sekeping kad hari jadi yang berwarna merah jambu daripada Fuad.
· Fuad membawa Farhana keluar makan di Restoran Terapung di Taman Syahbandar.
· Farhana merupakan gadis yang cukup istimewa di mata Fuad, sebaliknya Farhana beranggapan bahawa dirinya tidak seistimewa Sofia.
· Farhana memohon maaf kepada Fuad selepas Fuad menegaskan bahawa Sofia adalah adiknya.
· Fuad memperkenalkan Farhana kepada Pak Ismail dan Mak Salmah.
· Kedatangan Farhana disambut mesra oleh Mak Salmah yang masih tidak dapat melupakan Sofia.
· Farhana simpati akan penderitaan yang ditanggung oleh Mak Salmah.
· Selepas solat isyak, Fuad menghantar Farhana pulang ke rumahnya.


Bab 13

· Fuad agak segan apabila terdengar bunyi hingga di rumah Cikgu Zamani. Sewaktu itu, dia tiba lewat berasa segan jika majlis telah bermula. Fuad beranggapan orang sudah membaca tahlil pada waktu dia tiba atau pada waktu itu orang sudah mulai mengedarkan hidangan
· Majlis itu hanya dihadiri oleh guru-guru bujang Sekolah Seri Setia iaitu Cikgu Armin, Cikgu Azli, dan Cikgu Rosli.
· Cikgu Zamani menasihati Fuad agar memilih perempuan yang baik untuk dijadikan isteri.
· Fuad akhirnya dapat mengagak tujuan sebenar Cikgu Zamani menjemputnya ke rumah iaitu menyertai parti politik.
· Dalam perjalanan pulang, Fuad terkenang akan Farhana. Dia berjanji akan membawa Farhana lebih kerap ke rumahnya agar Farhana dapat membahagiakan Mak Salmah.



Bab 14

· Perwatakan Robert Lim berubah kepada seorang yang berwibawa kepada seorang yang perengus. Sikap itu berlaku lantaran masalah perniagaannya yang menemu jalan buntu. Selain itu, dia juga berasa kesepian     sejak ditinggalkan oleh Susan. Dia juga memikirkan Mariah yang ditinggalkan selepas tiga bulan                     berkahwin.
· Robert Lim dan Chin ke Terengganu untuk memberikan cincin dan gambar Mariah kepada Fuad.
· Fuad ketika itu tiada di rumah Pak Ismail ketika Robert Lim tiba kerana menziarahi ibu Farhana yang sakit lelah secara tiba-tiba.
· Robert Lim menyatakan kedatangannya kepada Pak Ismail. Dia ingin memberikan cincin bagi memudahkan   Fuad mencari ibunya.
· Robert Lim, Chin dan Pak Ismail bertolak ke Kuantan untuk bertemu dengan Fuad.



Bab 15

· Fuad resah gelisah kerana Farhana kerap kali bertengkar dengan Cikgu Zamani berpunca daripada sikap Cikgu Zamani yang sering lupa atau lewat masuk ke kelas.
· Fuad menelefon Farhana untuk memberikan sokongan kepadanya. Sebaliknya, rakan serumah Farhana memaklumkan bahawa Farhana pulang ke Kuantan kerana ibunya sakit dan dirawat di hospital.
· Fuad mengambil keputusan drastik untuk ke Kuantan, menuruti Farhana.




Bab 16
· Fuad tiba di Hospital Tengku Afzan Ampuan. Farhana membawa Fuad melawati ibunya yang dirawat di tingkat empat.
· Fuad terkejut apabila melihat nama yang tertera pada kad rawatan ibu Farhana.
· Farhana juga agak terkejut apabila mendapati nama ibu mereka sama iaitu Mariana binti Osman.
· Ketibaan Robert Lim dan Pak Ismail ke hospital itu akhirnya menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran Fuad dan Farhana, iaitu mereka berdua adalah adik beradik.



Bab 17

· Fuad dan Farhana bersepakat untuk menyimpan dahulu rahsia daripada ibu mereka yang masih uzur.
· Fuad bercadang hendak membuat kenduri kesyukuran di Danau Seberang.
· Cikgu Zamani akan ditukarkan ke sekolah lain, manakala Fuad akan ke MPIK untuk mengambil Kursus       Bahasa Inggeris.



Bab 18

· Imbasan kembali kisah Mariana – Mariana ditinggalkan oleh Roslan. Dia menjadi gila meroyan selepas bersalin.
· Anak Mariana iaitu Abdul Halim atau nama lainnya Fuad telah dilarikan orang.
· Setelah pulih daripada penyakitnya dia berkahwin dengan Fakhrudin yang bertugas sebagai pegawai polis.
· Dalam perkahwinan tersebut dia dikurniakan lima orang anak tetapi dia masih tidak dapat melupakan  Abdul Halim/Fuad.
· Akhirnya Fuad kembali ke pangkuan ibunya.



Bab 19


· Fuad membawa ibunya, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah di Mekah.
· Mariana berpesan kepada Farhana agar menjaga adik-adiknya semasa pemergiannya.
. Robert Lim turut mengucapkan selamat jalan kepada mereka



Isnin, 29 Julai 2013

Karangan Contoh Terbaik 23 : Manfaat Penglibatan Kanak-kanak dalam Aktiviti Bersukan dan Permainan

Soalan:   

Pada masa kini, kebanyakan ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti bersukan atau permainan.  Mereka beranggpan bahawa penglibatan aktif dalam bersukan boleh menjejaskan tumpuan anak-anak dalam pelajaran .  Apakah tanggapan ini timbul berkaitan dengan kurangnya kefahaman mereka tentang manfaat aktiviti bersukan?  Kemukakan pandangan anda tentang pernyataan di atas.   

Analisis soalan:

Tema              :   penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti bersukan
Tugasan          :   mengemukakan pendapat tentang manfaat aktiviti 
                          bersukan kepada kanak-kanak
Format            :   tiada  - karangan pendapat




              Masih segar dalam ingatan ketika zaman kanak-kanak di kampung, kita menghabiskan waktu senggang pada sebelah petang dengan bermain teng-teng, galah panjang, pondok-pondok, ada kalanya meranduk air dan menangkap ikan di sungai atau parit.  Semua kisah ini berlaku pada suatu ketika dulu.  Namun atas perubahan masa dan desakan waktu, kita yang dahulunya tidak pernah tahu duduk diam tatkala ada kelapangan mengambil pendekatan sebaliknya pula terhadap anak-anak.  Natijahnya, waktu bermain dan bersukan anak-anak dihadkan oleh ibu bapa.  Persoalan-persoalan yang sering mengetuk pintu minda ialah mengapakah situasi ini berlaku?  Apakah pula manfaat aktiviti sukan dan permainan kepada kanak-kanak?

           Sebenarnya,  anggapan-anggapan negatif terhadap aktiviti sukan telah menyebabkan sesetengah ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti ini.  Sebahagian daripada kita beranggapan bahawa sukan dan permainan akan menjejaskan tumpuan anak-anak terhadap pelajaran.  Hal ini demikian kerana, menurut anggapan mereka, anak-anak yang aktif  dalam aktiviti sukan akan berasa letih lesu dan tidak dapat bermaya untuk belajar sama ada di rumah atau di sekolah.  Contohnya, kanak-kanak ini tidak berminat mengulang kaji pelajaran di rumah sebaliknya lebih suka tidur kerana keletihan.  Begitu juga ketika di sekolah kanak-kanak ini akan tidur di dalam kelas dan tidak memberi perhatian terhadap pengajaran guru. Justeru, menurut mereka, kanak-kanak yang aktif bersukan ini tidak akan mencatatkan kejayaan yang cemerlang dalam akademik. Persoalannya, benarkah anggapan tersebut?

              Tambahan pula, dengan persekitaran yang semakin terhad dan tidak selamat, terutama bagi mereka yang tingggal di bandar, kegiatan yang mengeluarkan peluh tidak lagi dipedulikan.  Contohnya, bagi keluarga yang tinggal di rumah pangsa atau kawasan perumahan, kawasan yang sesuai untuk aktiviti permainan merupakan suatu kekangan.  Apatah lagi, ekoran berlakunya banyak kejadian jenayah yang membabitkan kanak-kanak seperti kanak-kanak diculik, dibunuh dan sebagainya ketika bermain menimbulkan perasaan trauma kepada setiap ibu bapa yang tidak mahu peristiwa buruk menimpa diri anak-anak mereka.  Sebagai akibatnya, kebanyakan ibu bapa seolah-olah lebih rela mengurung anak-anak mereka di rumah dengan melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, bermain permainan komputer atau melayari internet.  Yang pasti aktiviti-aktiviti tersebut langsung tidak mengeluarkan peluh.

                Pengarah Cawangan Hal Ehwal Atlet, Majlis Sukan Negara, Zaiton Othman berkata, berdasarkan pengalamannya, sukan dan permainan memainkan peranan yang sangat penting kepada perkembangan kanak-kanak. Menurut beliau, mereka yang terlibat secara aktif dalam sukan dan permainan didapati lebih mudah menerima pembelajaran.  Hal ini dikatakan demikian kerana seseorang pelajar yang bersukan akan memiliki tubuh badan yang sihat.  Pengaliran darah yang lancar serta pengeluaran toksin dalam badan melalui peluh menjadikan seseorang itu sihat.  Contohnya, dengan bermain badminton atau bola sepak setiap petang,  melahirkan kanak-kanak yang sihat dan kuat tubuh badan.  Manakala  tubuh badan yang sihat akan menjadikan otak seseorang itu cerdas, selaras dengan cogan kata badan cergas, otak cerdas.

               Seterusnya,  ketika bersukan dan bermain seseorang itu secara tidak langsung mampu mematangkan fikiran kanak-kanak.  Umpamanya melalui bermain sesuatu permainan atau bersukan bersama-sama rakan-rakan, mereka belajar untuk memimpin, membuat keputusan dengan pantas dan tepat, dan menghormati antara satu sama lain.  Semua ini mendidik kanak-kanak untuk bersifat timbang rasa, bertoleransi dan saling menghormati hak satu sama lain.  Justeru, pendidikan tidak formal ini secara tidak langsung bukan sahaja akan mematangkan pemikiran kanak-kanak malah menyemai nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat pada masa depan.

               Selaras dengan itu, aktiviti bersukan juga mampu mengajar kanak-kanak untuk menerima hakikat kegagalan seterusnya mereka akan bangkit kembali untuk meraih kejayaan.  Semangat seperti ini perlu disemai dalam diri kanak-kanak agar mereka mempunyai semangat juang yang tinggi dalam melakukan sesuatu perkara.  Contohnya ketika menyertai aktiviti sukan, kanak-kanak akan belajar bergembira dan berbangga apabila meraih kejayaan dalam sesuatu pertandingan, manakala jika berlaku kekalahan, mereka belajar bergembira dan berbangga untuk orang yang menang dengan ucapan tahniah.  Keadaan ini dapat mengelakkan mereka terlalu berasa kecewa apabila tewas.  Rentetan daripada itu, kanak-kanak akan menjadi sangat berdikari dan seorang yang berani dalam membuat keputusan walaupun pada usia yang terlalu muda.  Ibu bapa pasti bangga sekiranya anak-anak mereka mempunyai sikap terpuji ini walaupun masih di peringkat umur kanak.kanak dan fikiran masih hijau

                     Selain itu, dengan bersukan juga akan membantu kanak-kanak untuk memperoleh tidur yang berkualiti pada sebelah malam.  Selepas seharian penat bersukan, tubuh badan yang letih itu akan memudahkan seseorang kanak-kanak untuk tidur pada waktu malam. Waktu tidur yang berkualiti sangat penting untuk memastikan kanak-kanak membesar dengan sihat dan bertenaga pada keesokan harinya.  Bagi kanak-kanak yang menghidap penyakit asma pula, penglibatan aktif  dalam bersukan mampu membantu berdasarkan bayak kes penghidap asma pulih melalui aktiviti bersukan ini.  Kenyataan ini sangat kontra dengan sikap sesetengah ibu bapa yang menghalang anak-anak mereka terbabit dalam aktiviti bersukan sejurus apabila diberitahu oleh doktor bahawa anak mereka menghidap asma.  


          Kesimpulannya, aktiviti bersukan atau permainan sangat bermanfaat kepada kanak-kanak.  Justeru, para ibu bapa haruslah menghapuskan tanggapan negatif dan berfikiran terbuka untuk menggalakkan anak-anak untuk melibatkan diri dalam aktiviti bersukan.  Hal ini demikain kerana, bersukan bukan sahaja memberi manfaat dari segi fizikal semata-mata malahan yang lebih penting ialah aktiviti bersukan dapat menjadi wahana dalam pembentukan sifat-sifat mulia dalam jiwa kanak-kanak yang akan menjadi bekalan ketika meniti alam remaja seterusnya meneroka alam dewasa.  


Cikgu Chom














              

                

Sabtu, 27 Julai 2013

TUGASAN MENGENAL PASTI KESALAHAN BAHASA 2 - (Tingkatan 1 Cerdik dan 1 Bestari)



LATIHAN 2


SMK DATO’ SYED ESA, BATU PAHAT, JOHOR
TUGASAN BAHASA MELAYU
TINGKATAN 1

B6 DT2 E2
Mengenal pasti dan membetulkan kesalahan bahasa dalam sesebuah penulisan

NAMA:  ________________    TINGKATAN:  _________ TARIKH:  _________

Baca petikan di bawah dengan teliti.  Kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah ini.  Kemudian salin semula petikan tersebut dengan membetulkan kesalahan bahasa yang sudah di kenal pasti.  Gariskan pembetulan yang telah anda buat dalam jawapan.  (Kesalahan bahasa boleh berbentuk – kesalahan ejaan, kata ganda, ayat pasif kata sendi nama, kata hubung, kata ganti nama, kata pemeri, dan sebagainya)


             Allahyarham Tun Abdul Razak adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke dua.  Beliau lahir pada tanggal 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang Darul Makmur.
     Allahyarham Tun Abdul Razak berjasa besar di dalam usaha membangunkan negara kita sehingga dia digelar “Bapa Pembangunan Negara”.  Semasa menjadi Perdana Menteri, MARA, FELDA, dan FELCRA telah beliau wujudkan.  Kewujudan ketiga agensi ini membuka peluang pada rakyat untuk keluar dari kepompong kemiskinan melalui berbagai bentuk bantuan yang disalurkan.
           UiTM turut ditubuhkan di bawah pentadbiran beliau.  Disinilah anak-anak bangsa di didik dalam pelbagai bidang ilmu.  Bahkan mereka turut diberi pelbagai bentuk bantuan dan kemudahan supaya berpeluang menuntut ilmu hingga  peringkat yang tertinggi sekali.  Dengan pengetahuan yang mereka miliki, mereka dapat sama-sama berbakti kepada Negara dicinta.
         Allahyarham Tun Abdul Razak meninggalkan dunia pada tanggal 14 Januari 1976.  Walaupun sudah meninggalkan kami, namun nama beliau masih disebut-sebut.  Sewajarnyalah negarawan yang banyak menabur jasa-jasa ini harus diingati dan dikenang oleh kita sampai bila-bila.  Bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Jawapan:

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Menguasai

Belum menguasai

TUGASAN MENGENAL PASTI KESALAHAN BAHASA 1. (Tingkatan 1 Cerdik dan 1 Bestari)

Tugasan Bahasa Melayu Tingkatan 1 Cerdik dan 1 Bestari.

Tugasan                   :   Mengenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan.
                                   Latihan 1 & Latihan 2
Tarikh Tugasan diberi :   27 Julai 2013 (Sabtu)
Tarikh Hantar            :   29 Julai 2013 (Isnin)



LATIHAN 1


SMK DATO’ SYED ESA, BATU PAHAT, JOHOR
TUGASAN BAHASA MELAYU
TINGKATAN 1

B6 DT2 E1
Mengenal pasti dan membetulkan kesalahan bahasa dalam sesebuah penulisan

NAMA:  ________________    TINGKATAN:  _________ TARIKH:  _________



Baca petikan di bawah ini.  Kenal pasti kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah ini.  Kemudian salin semula petikan tersebut dengan membetulkan kesalahan bahasa yang sudah di kenal pasti.  Gariskan pembetulan yang telah anda buat dalam jawapan.  (Kesalahan bahasa boleh berbentuk – kesalahan ejaan, kata ganda, ayat pasif kata sendi nama, kata hubung, kata ganti nama, kata pemeri, dan sebagainya)


          Fadhil, Ah Seng, dan Ramasamy berbual-bual dengan Tuk Ngah di Kampung Ulu Seperi.  Tuk Ngah menceritakan tentang kisah misteri istana menanti.  Perkara tersebut telah menarik perhatian tiga orang sahabat itu untuk pergi ke Gunung Datuk bagi melihat istana lama itu.  Fadhil, Ah Seng, dan Ramasamy berasa kagum kepada keindahan Istana Menanti bila mereka tiba di perkarangan istana itu bersama Tuk Ngah. Mereka hendak masuk ke dalam istana itu.  Tuk Ngah tidak mahu turut serta.  Ketika memasuki sebuah bilik, tiba-tiba pintu bilik itu tertutup lalu mereka berkurung di situ.  Akhirnya, mereka nenemui pintu rahsia pada lantai bilik itu yang merupakan laluan ke terowong bawah tanah.  Mereka terserempak pada Khairil Anuar yang sesat seperti mereka.  Ah Seng dipukul oleh seorang pencari harta karun.  Ah Seng dijadikan tebusan walaupun Fadhil, Ramasamy, dan Khairil Anuar ditangkap, . Mereka di paksa mengali tanah bagi mencari harta karun yang tertanam selama berpuluh tahun itu.  Harta karun itu berjaya ditemui. Penjenayah tersebut membawa harta karun itu keluar daripada terowong.  Akhirnya, penjenayah itu berjaya pihak polis berkas.  Majlis kesyukuran telah diadakan di Kampung Ulu Seperi.  Menteri Besar turut hadir. Dia telah menyampaikan hadiah kepada mereka yang terlibat.

Jawapan:

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Menguasai

Belum menguasai

Selasa, 23 Julai 2013

KARANGAN CONTOH 22 - Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Semangat Kejiranan Dalam Kalangan Remaja

Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin luntur.  Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menghidupkan semangat kejiranan  agar menjadi ikutan remaja. 
Ulaskan pernyataan ini.

Analisis soalan:
Tema                    :  semangat kejiranan semakin luntur
Tugasan/arahan     :  mengulas peranan ibu bapa dalam memupuk 
                              semangat kejiranan dalam diri golongan remaja.
Format                  : tiada 

Karangan Contoh:

Susun papan satu persatu,
      Agar redup dahan rumbia;
Hidup berjiran bantu –membantu,
    Agar hidup harmoni bahagia.

          Maksud pantun di atas jelas memaparkan kepentingan hidup berjiran.  Amalan bantu-membantu sesama jiran menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni dan bahagia.  Namun, pada era globalisasi kini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin luntur.Kehidupan moden yang mementingkan kebendaan telah menghanyutkan manusia  dalam arus kesibukan yang tidak bernoktah sehingga jalinan hubungan antara jiran tetangga disisihkan.  Fenomena ini semakin membimbangkan sekiranya menjadi ikutan golongan remaja kerana tingkah laku dan sikap remaja sebenarnya banyak dipengaruhi oleh orang tua mereka.  Contohnya, sekiranya ibu bapa tidak pernah bertegur sapa atau tidak mengenali siapa jiran  di sebelah rumah, sudah pasti sikap ini akan dicontohi oleh anak-anak remaja mereka persis ungkapan bapa borek anak rintik, bagaimana acuan , begitulah kuihnya.  Siapakah insan yang pertama menghulurkan bantuan jika kita dilanda musibah kalau bukan jiran di sebelah rumah.  Justeru, peranan ibu bapa sangat penting dalam menghidupkan semangat kejiranan dalam sanubari generasi muda demi merealisasikan hasrat mewujudkan kehidupan masyarakat yang harmoni.



          Memang tidak dapat dinafikan, ibu bapa merupakan suri teladan atau role-model kepada anak-anak .  Oleh itu, tindak tanduk dan sikap ibu bapa terhadap jiran akan diperhatikan dan dicontohi oleh anak-anak mereka. Ibu bapalah  yang mengasuh dan mendidik anak-anak dari tapak kaki sebesar dua jari sehinggalah meningkat remaja. Umpama sehelai kain putih, anak-anak perlu dicorakkan bukan dengan sahaja nilai-nilai agama malah nilai-nilai sosial yang murni.  Justeru dalam usaha memupuk semangat kejiranan dalam jiwa anak-anak-anak, ibu bapa sendiri perlu mengorak langkah dengan menjalinkan hubungan yang baik sesama jiran tetangga.  Contohnya, ibu bapa perlu menunjukkan sikap sentiasa mesra dengan jiran, bertegur sapa dan bertanya khabar apabila bersua muka, dan sebagainya. Ibu apa juga perlu menerangkan tentang peranan dan kepentingan jiran kepada anak-anak sejak kecil supaya mereka menghargai jiran tetangga sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka.  Bak kata perpatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, usaha memupuk amalan dan pergaulan yang baik dengan jiran sejak kecil lagi akan kekal dipraktikkan oleh anak-anak sehingga mereka meningkat remaja.




          Selain itu, ibu bapa juga perlu melibatkan anak-anak dalam perkara-perkara yang berkaitan hubungan dengan jiran supaya anak-anak dapat mempraktikkan sendiri nilai-nilai kejiranan tersebut.  Tak kenal maka tak cinta, justeru, amalan kunjung-mengunjung mesti diamalkan supaya dapat mengenali jiran dengan lebih dekat dan seterusnya kemesraan dapat diwujudkan.  Janganlah dibiarkan anak-anak remaja kita terlalu leka menonton televisyen, bermain permainan komputer atau melayari internet sehingga tidak endah dengan suasana di sekeliling.  Contohnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak mengunjungi jiran tetangga ketika sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau Deepavali.  Apa yang sering berlaku setiap kali hari kelepasan sempena Hari Raya contohnya, ahli keluarga termasuk ibu bapa leka menonton televisyen kerana banyak program menarik disiarkan.  Mereka lebih rela memerap di rumah untuk menonton program kegemaran menyebabkan budaya kunjung-mengunjung semakin dipinggirkan.  Justeru, ibu bapa mesti mengubah fenomena ini , lebih-lebih amalan ziarah-menziarahi ini menjadi lebih penting jika jiran kita jatuh sakit atau mengalami masalah.   Ibu bapa perlu bijak memujuk anak-anak untuk turut sama menziarahi jiran supaya amalan ini dapat dipupuk dalam kalangan remaja.



          Tambahan pula, program-program yang dianjurkan oleh masyarakat di sesebuah kawasan kejiranan turut dapat memupuk semangat bantu-membantu, hormat-menghormati dan berkerjasama dalam kalangan masyarakat di kawasan tersebut.  Aktiviti seperti gotong-royong membersihkan kawasan taman perumahan, aktiviti Hari Keluarga, Rukun Tetangga, dan sebagainya boleh dianjurkan oleh ahli jawatankuasa yang berkenaan.  Di kawasan kampung misalnya, aktiviti marhaban pada Hari Raya, rewang ketika kenduri-kendara atau majlis perkahwinan, kumpulan bacaan Yasin dan sebagainya juga merupakan aktiviti yang sangat penting untuk memupuk semangat kejiranan ini.   Di sinilah ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan mereka dan anak-anak remaja melibatkan diri secara aktif.  Janganlah ketiadaan masa atau ingin berehat setelah penat bekerja dijadikan alasan sehingga aktiviti yang bermanfaat ini tidak mendapat sambutan yang sewajarnya.  Melalui aktiviti ini remaja berpeluang mengenali jiran dengan lebih dekat, beramah mesra terutama dengan jiran yang seusia dengan mereka, menghormati jiran yang lebih tua dan secara tidak langsung akan menyedari bahawa aktiviti seumpama ini adalah yang terbaik bagi mengisi masa lapang remaja.  Seperti ungkapan serampang dua mata, aktiviti yang dianjurkan ini diharapkan bukan sahaja dapat memupuk dan menghidupkan semula semangat hidup berjiran malah dapat mengurangkan ketaksuban dan kegemaran remaja terhadap aktiviti yang berkaitan dengan kecanggihan alat teknologi, gajet dan internet.



          Kesimpulannya, hidup berjiran merupakan amalan yang wajar dipelihara dalam masyarakat pada masa kini.  Tanpa hubungan yang  baik dengan jiran, kepincangan sebenarnya telah berlaku dalam keperibadian seseorang ahli masyarakat.  Justeru, sebagai pemimpin keluarga, perlakuan ibu bapa semasa bergaul dengan jiran akan meninggalkan gambaran yang mendalam kepada remaja.  Natijahnya, ibu bapa yang prihatin tentang hubungan sesama jiran pasti akan melahirkan remaja yang dapat hidup berbaik-baik dengan jiran, seterusnya mampu mewujudkan masyarakat Malaysia yang hidup bersatu padu , harmoni dan bahagia.

                                                                                                                                (750 patah perkataan.)

 Cikgu Chom

Isnin, 22 Julai 2013

NOVEL ISTANA MENANTI : NOTA LENGKAP - GAYA BAHASA

      1.   DIKSI (Pemilihan Kata)

-          Diksi ialah penggunaan perkataan yang tepat, kata yang puitis, bahasa istana, bahasa asing, bahasa klasik, peribahasa dan penggunaan dialek oleh seseorang pengarang.

      a)    SINKOPE

  (Pemendekan atau singkatan kata dengan menggugurkan satu atau lebih
  suku kata)
  Contoh :
-          tu (itu), nak (hendak), tuk (datuk), nek(nenek),dah (sudah)

Penggunaan dalam novel:
-          “Benar kata kamu tu.  Istana Menanti juga ada kaitan dengan sejarah kedatangan orang Minangkabau ke Negeri Sembilan.  Kalau nak dengar boleh tuk ceritakan”  Tuk Ngah pula menyampuk.                                                                                                                          (halaman 9) 
-                                                                                                            
-          ‘Kau nak pergi melihat istana lama itu?” Tanya Nenek Timah terperanjat.
“Kenapa nek?”  tanya Ah Seng  pula.                                                                                                                                  (halaman 12)

-          “…alhamdulillah, sekarang abang dah selamat sampai di sini.”
                                                                                                                                                                                     (halaman 56)

      b)    Bahasa Asing - Bahasa Arab

  (Difinisi:  Penggunaan bahasa asing seperti bahasa Jepun, Inggeris, Jawa,       Arab dan sebagainya)

-        Bahasa Arab – contohnya,:  Insya-Allah, Alhamdulillah,          Astagfirullahalazim

Contoh penggunaan dalam novel:

“Tanyalah apa-apa yang kamu nak Tanya. Insya-Allah, tuk akan menjawabnya
                                                                           (halaman 7)
-          “…Alhamdulillah, sekarang abang dah selamat sampai di sini.”
                                                                                                                                                                                       (halaman 56)
-          “…Astagfirullahalazim…” kedengaran Khairil beristigfar panjang.
-                                                                               (halaman 74)

      c)   Peribahasa/simpulan bahasa

   Contoh:   melepaskan hajat, memasang telinga
               Orang putih, ada bakat, jalan keluar, senang hati

   Contoh peggunaan dalam novel:
-          Dia mencari tempat yang difikirkan sesuai untuk melepaskan hajat.                                                                                 (halaman 63)

-          ….Dia memasang telinga mendengar perbualan mereka tetapi tidak jelas..
                                                                        (halaman 64)

       d)   Bahasa Istana

   (Difinisi:  Penggunaan perkataan yang hanya diamalkan dalam kalangan          golongan istana seperti santap untuk makan, beradu untuk tidur, dan              bersiram untuk mandi.  Baginda untuk ganti nama diri orang ketiga (beliau      /dia)

   Contoh:  bersiram, baginda, sultan

       e)   Bahasa Minang

   Contohnya:  minang (menang), kabau (kerbau)

   Contoh penggunaan dalam novel:
-          Di lubuk inilah tempat Sultan Mahmud Shah bersiramBaginda suka berenang dan bermain-main di sini.”  Kata Tuk Ngah.


2.         UNSUR GAYA BAHASA

a)    INVERSI
(Difinisi :   Penggunaan ayat songsang atau terbalik

Contoh:  Terpaksa Fadhil menerangkan satu persatu…(halaman 73)
Sepatutnya:  Fadhil terpaksa menerangkan satu persatu.

Diadakan majlis kesyukuran dan doa selamat untuk wira-wira kampung itu dengan meriah                                              (halaman 104)

Sepatutnya:  …Majlis kesyukuran dan doa selamat untuk wira-wira kampung itu diadakan dengan meriah.

b)    METAFORA
-          Contoh:  melonjak keriangan,


c)    PERSONIFIKASI

Contohnya: 
-          Berita itu telah menghilangkan rasa mengantuknya
-          angin malam yang berhembus perlahan
-          anak-anak ikan kelihatan berkejaran di dalam air

d)    SIMILE

(Definisi:  Perbandingan menggunakan kata perbandingan seperti, bak, bagai dan sebagainya)

Contoh:  Berlagak bagai Tarzan, melentik seperti tanduk kerbau

Penggunaan dalam novel
“Tengok kera dan burung-burung di atas pokok kayu itu semuanya lari kerana mendengar suara aku,”kata Ah Seng lagi sambil mengeluarkan suara berlagak seperti Tarzan yang dilihatnya dalam wayang.                                                                                                                 (halaman 30)

e)    HYPERBOLA

(Unsur perbandingan yang berlebih-lebihan)
Contohnya:  dihujani bom

Semasa serangan Jepun pada tahun 1945, kawasan Gunung Datuk pernah dihujani bom tetapi istana itu tidak musnah.                                                                                                                          (halaman 3)




Cikgu Chom