HALAMAN 2

Ahad, 19 April 2020

PENGUKUHAN TATABAHASA - Soaan 3(d) Kesalahaan penggunaan kata/istilah dan kesalahan tatabahasa


LATIHAN KENDIRI
PENGUKUHAN TATABAHASA
NAMA:
TINGKATAN: 4 ST & 5  PD
TARIKH: 19 /4/2020

Soalan 3 (d) Mengenal pasti kesalahan penggunaan kata , istilah dan kesalahan tatabahasa
Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.   Gariskan, Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada  satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.  Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

1.       Puan Rahimah sedang  bertutur dalam perhimpunan bila para pelawat itu tiba di sekolah.
Kesalahan Penggunaan kata/Istilah: bertutur  -  berucap √
Kesalahan Tatabahasa:  bila  - apabila  √

2.       Ketiga-tiga orang pelajar-pelajar yang cemerlang itu menerima peluang untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.

Kesalahan Penggunaan kata/ Istilah:
Kesalahan Tatabahasa: 

3.       Muka Farida bengkak oleh kerana disengat tebuan semasa dia mencolok buah mangga itu.

Kesalahan Penggunaan kata/ Istilah:
Kesalahan Tatabahasa: 

4.       Kereta yang Hairul pandu itu terbabas ketika dia membelok di pusingan yang tajam itu.

Kesalahan Penggunaan kata/Kesalahan Istilah:
Kesalahan Tatabahasa: 

5.       Baginda mengingatkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di dalam melaksanakan tugas dan tanggugjawab.

Kesalahan Penggunaan kata/Kesalahan Istilah:
Kesalahan Tatabahasa:

6.       Kedua orang sahabat itu telah berkongsi modal untuk membuka sebuah butik eksekutif berhampiran dengan pusat bandar.

Kesalahan Penggunaan kata/Kesalahan  Istilah:
Kesalahan Tatabahasa:

7.       Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, Cikgu Zuraidi menerangkan lain-lain faktor yang mengakibatkan kemerosotan Empayar Uthmaniyah.

Kesalahan Penggunaan kata/Kesalahan Istilah:
Kesalahan Tatabahasa:

8.       Tahap kehidupan rakyat di negara ini semakin teruk dari masa ke semasa kerana kejatuhan nilai Ringgit Malaysia yang semakin membimbangkan.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa :

9.       Kajian yang Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian jalankan telah berjaya mengemukakan baka pokok yang bermutu.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa :

10.   Encik Nazlan berjanji untuk memberikan bonus sebagai intensif kepada semua pekerja-pekerjanya jika mereka dapat meningkatkan produktiviti syarikat.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa :

11.   Sikap profesion yang ditunjukkan oleh pegawai kanan itu kepada peserta program amat dikagumi oleh saya.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa :

12.   Pembeli yang menjuarai cabutan bertuah itu berpeluang untuk memilih apa barangan elektirk seperti ketuhar atau seterika yang dipamerkan.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa :

13.   Pandemik Covid-19 yang sungguh amat membimbangkan rakyat di negara kita menyebabkan kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengawal  penyambungan wabak tersebut.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa :

14.   Para-para peniaga diingatkan agar mengibarkan tanda harga pada barangan yang dijual  untuk mengelakkan unsur penipuan.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa :

15.   Semua kotak-kotak yang berisi peralatan perubatan itu telah dibawa oleh mereka itu dari atas lori.

Kesalahan Penggunaan kata/Istilah:
Kesalahan Tatabahasa :



  Semak jawapan di sini....  







Jumaat, 17 April 2020

JAWAPAN LATIHAN PKP - NOVEL DI SEBALIK DINARA




SMK CONVENT, BATU PAHAT, JOHOR
NOTA  & LATIHAN PKP FASA  3
NOVEL DI SEBALIK DINARA

Nama: Chow Shu Ling
Tingkatan : 4ST                                                  Tarikh:  6/42/2020

Lengkapkan sinopsis novel ‘Di Sebalik Dinara’  dengan perkataan atau rangkai kata yang sesuai . sila gunakan font berwarna biru.

      Novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor berkisar tentang seorang gadis bernama Farisha yang dikatakan memiliki ciri-ciri keistimewaan kerana mampu menyelamatkan sebuah syarikat komputer yang besar iaitu (a) Soft Lab.
      Farisha dan Rosman merupakan rakan kongsi syarikat perunding keselamatan sistem komputer yang dikenali sebagai (b) Secured Shell Sdn. Bhd. Akram berusaha untuk membawa Farisha masuk ke dalam Soft Lab kerana amat memerlukan (c)kepakaran Farisha untuk menyelamatkan Dinara.  Kebetulan, rakan serumah Farisha, iaitu (d) Shida telah ditawarkan sejumlah wang RM40 ribu untuk menulis sebuah rencana dan sebuah buku biografi tentang Dinara.
      (e) Dinara sebenarnya hasil kerja Karl dan Medina.  Semasa di Soft Lab, Farisha berasa pening kepala.  Farisha berada di bawah sedar dan mampu (f) berkomunikasi dengan Karl dalam keadaan tersebut.
      Karl telah mereka khas (g) mikrocip yang tertanam di tubuh Farisha.  Keadaan ini membolehkan Karl menyalurkan (h) pemikirannya  kepada Farisha.  Dr. Maxi berjaya menyakinkan Shida agar (i) menggantikan tempat Farisha.  Dua batang jarum mudah lentur ditusukkan ke tengkuk Shida untuk tujuan bahan uji kaji.
      Azraai memberitahu bahawa nama sebenar ibu kandung Farisha ialah (j) Marilyn wanita Portugal.  Nama ayahnya pula tidak tercatat dalam fail.  Azraai segera membawa Farisha keluar dari hospital dan mencari tempat untuk (k) menyembunyikan  Farisha.  Hal ini demikian kerana ada pihak yang mahu mengancam keselamatan Farisha.
      Semasa Shida berada di bawah sedar, Karl telah (l) berada dalam tubuh Shida.  Karl yang menjalankan uji kaji sains telah mengubahkannya menjadi imej baharu.  Alia pula memperkenalkan dirinya yang sebenar.  Dia menjadi cacat kerana diseksa oleh Karl.  Nama sebenarnya ialah (m) Rusmina  tetapi Karl telah  (n) menukarnya menjadi Alia.  Medina memberitahu bahawa 30 tahun yang lampau Karl telah mengubah Marilyn menjadi (o) Medina.  Karl juga menjadikan Farisha sebagai bahan uji kajinya.
      Akram menjelaskan bahawa punca dendam Medina terhadap Karl adalah apabila Karl (p) mensabotaj Medina semasa menjalankan uji kaji.  Akibatnya, Medina menjadi hampir separuh gila.  Akram pula membocorkan rahsia dirinya, iaitu dia telah diberikan (q) identiti yang baharu.  Umurnya 60 tahun bukan 30 tahun.  Nama asalnya ialah Akeem dan merupakan (r) adik kepada Karl.  Dia terencat akal.  Uji kaji Karl terhadap Akram berjaya.

      Tepat jam 7.00 malam, Karl menghembuskan nafasnya yang terakhir.      Wasiat Karl adalah agar mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka.  Upacara  menabur abu mayat dilakukan di Port Dickson.  Semasa mahu pulang, kejutan berlaku apabila Shida (s) mengungkapkan kata-kata yang pernah diucapkan oleh Karl.  Farisha terkesima apabila mengetahui bahawa Karl yang berkata-kata melalui (t) tubuh Shida.



Khamis, 16 April 2020

LATIHAN AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

SMK CONVENT, BATU PAHAT, JOHOR
NOTA  & LATIHAN PKP
TATABAHASA

Nama:
Tingkatan:                                                               Tarikh Tugasan :  6/42020 – Hari Khamis

NOTA
(Sila print nota & latihan dan masukkan dalam Fail Bahan Pembelajaran Bahasa Melayu)
AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

 Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh :
  1. Lelaki  itu \ sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki itu
Predikat = sedang menembak burung.
  1. Ibu saya /seorang guru
      Subjek = Ibu saya
Predikat = seorang guru


Ayat Majmuk
  1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih dari satu subjek atau lebih dari satu predikat. 
  2.   Ayat Majmuk juga mengandungi lebih daripada satu ayat tunggal yang digabungkan menggunakan kata hubung .
  3.   Terdapat 2 jenis ayat majmuk
a)   Ayat majmuk gabungan
b)   Ayat majmuk pancangan.
     4.   Ayat Majmuk Gabungan/ ayat gabungan
-          Terbentuk dengan cara menggabungkan dua atau beberapa ayat tunggal menggunakan kata hubung gabungan seperti – dan, atau, lalu, tetapi, maka, sambil
-          Contoh ayat I:
a)   Pelajar itu bijak (ayat tunggal)
b)   Pelajar itu sombong (ayat tunggal)
c)   Pelajar itu bijak tetapi sombong. (ayat majmuk gabungan/ayat gabungan)
Contoh ayat 2:
a)    Salim menebas rumput. (ayat tunggal)
b)   Salimah menyapu sampah. (ayat tunggal)
c)   Salim menebas rumput dan Salimah menyapu sampah. (ayat majmuk gabungan)

      5.   Ayat majmuk pancangan
-          Terbentuk dengan menambah penerang kepada subjek  menggunakan kata hubung pancangan ‘ yang’.
-          Contoh I:
a)   Lelaki itu abang saya. (ayat tunggal)
b)   Lelaki itu tinggi. (ayat tunggal penerang )
c)   Lelaki yang tinggi iu abang saya.
-          Contoh 2:
a)   Orang tua itu dibawa sertamerta ke hospital. (ayat tunggal)
b)   Orang tua itu sedang sakit tenat. (penerang subjek)
c)   Orang tua yang sedang sakit tenat itu dibawa sertamerta ke hospital. (ayat majmuk pancangan)

LATIHAN PENGUKUHAN MENCERKIN AYAT (Memisahkan ayat  )
Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.
Sila tulis jawapan anda dengan font berwarna BIRU.
Tips:
Kenal pasti dan gariskan kata hubung dalam ayat
pisahkan ayat kepada dua ayat tunggal
Contoh 1.

Tauke Lim menternak ayam daging dan ayam telur.
(i)   Tauke Lim menternak ayam daging
(ii)  Tauke Lim menternak ayam telur

Contoh 2:
Ibu bapa Alia telah bercerai sejak tiga tahun yang lalu.
(i)  Ibu bapa Alia telah bercerai.
(ii) Ibu bapa Alia bererai tiga tahun yang lalu.


1.   Ayah mencuci kereta di halaman rumah manakala ibu memasak rendang di dapur.
Ayat 1:
Ayat 2:

2.   Salina yang menderita penyakit kanser tahap empat telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh petang semalam.
3.   Ayat 1:
4.   Ayat 2:

5.   Pekerja-pekerja  asing menjadi pilihan banyak majikan di negara ini kerana mereka sanggup menerima upah lebih rendah.

Ayat 1:
Ayat 2:

6.   Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau ke Putrajaya.
Ayat 1:
Ayat 2:

7.   Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.
Ayat 1:
Ayat 2:

8.    Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.
Ayat 1:
Ayat 2:

9.    Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati agar kehidupan rakyat di
 negara ini bertambah harmoni.
Ayat 1:
Ayat 2:

10.         Walaupun jadual kerja pemimpin besar itu padat, beliau masih dapat meluangkan masanya
 untuk bertemu  dengan penduduk setempat.
Ayat 1:
Ayat 2:

11.         Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah memberikan faedah yang banyak kepada murid-murid.
Ayat 1:
Ayat 2:

12.        Sumbangan sektor perindustrian terhadap kekukuhan ekonomi Malaysia tidak dapat disangkal lagi malah perlu diberikan  fokus utama dari semasa ke semasa.
Ayat 1:
Ayat 2:

13.        Pembeli yang memenangi cabutan bertuah itu berpeluang untuk memilih mana-mana barang elektrik seperti ketuhar.
Ayat 1:
Ayat 2:

14.        Produk herba di negara kita mempunyai potensi untuk dikomersialkan ke peringkat antarabangsa kerana memiliki khasiat yang tinggi.
Ayat 1:
Ayat 2:

15.        Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan virus Covid-19.
Ayat 1:
Ayat 2:

16.        Setiap hari ramai orang awam ditahan oleh pihak berkuasa kerana melanggar arahan  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ayat 1:
Ayat 2:

17.        Sebagai pengguna, kita perlulah mengamalkan budaya berjimat cermat semasa berbelanja dan mengamalkan budaya menabung wang.
Ayat 1:
Ayat 2:




LATIHAN PENGUKUHAN 2:

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

1.   Mata pelajaran Sains dianggap mata pelajaran yang sukar oleh sesetengah pelajar.  Mata pelajaran Seni dianggap mata pelajaran yang senang oleh sesetengah pelajar.
Jawapan:

2.   Buku cerita itu sangat tebal.  Buku itu dibeli bersempena pesta buku yang diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru.
Jawapan:

3.   Para pelajar perlu menyiapkan latihan Bahasa Melayu dalam tempoh yang ditetapkan.  Latihan Bahasa Melayu diberikan oleh Cikgu Kalsom.
     Jawapan:

4.   Dalam usaha mengawal jangkitan virus Covid-19 , orang ramai perlu sentiasa mematuhi arahan Perintah Kawalan Pegerakan(PKP).  Orang ramai perlu sentiasa menjaga kebersihan diri.
Jawapan:

5.   Kemalangan ngeri itu melibatkan beberapa buah kenderaan.  Kemalangan itu berlaku di Jalan Kemboja.  Kemalangan itu menyebabkan kesesakan jalan raya.
Jawapan:

6.   Golongan muda tidak sepatutnya lupa akan jasa warga tua. Warga tua telah banyak berkorban.  Warga tua berkorban membangunkan negara tercinta.

7.   Murid perempuan itu telah menerima Anugerah Tokoh Kurikulum.  Dia berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan. Dia telah mengalami kecederaan di bahagian kaki.

8.   Pokok-pokok hiasan ditanam berjajaran di bahu jalan di sepanjang jalan utama.  Pokok-pokok tersebut mengindahkan pemandangan persekitaran.  Pokok-pokok tersebut membekalkan oksigen.



Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

Kemarau ialah bencana alam.  Kemarau berpunca daripada cuaca panas.  Kemarau berpunca daripada kurangnya hujan.  Kemarau menyebabkan tanah kering kontang.  Tumbuh-tumbuhan banyak yang mati.  Kegiatan manusia juga terhalang akibat ketiadaan air.  Kemarau mmenyebabkan air terpaksa dicatu.  Jabatan Bekalan Air terpaksa menyediakan tangki air di kawasan perumahan.  Hal ini dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh anggota masyarakat.
   
                                                                                  (6markah)    
                                                                                                    
Jawapan: