HALAMAN 2

Selasa, 8 November 2022

LATIHAN MENUKAR BAHASA MELAYU STANDARD




Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tapa mengubah struktur dan maksud asalnya.

 

               Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.  Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah.  Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “ Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?” 

                Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.”

                Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak orang Kaya Hitam?”


   Dipetik daripada ' Burung Terbang dipipis lada' Antologi Sejadah Rindu, Tingkatan 5.                                                                             

                                                                                                    (6 markah)

JAWAPAN:

            Baginda telah berfikir tentang cara bagaimana hendak mendamaikan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.

            Lalu baginda telah mengarahkan Seri Nara Diraja untuk datang menghadap baginda.  Seri Nara Diraja telah datang menghadap baginda.

                 Kemudian, titah Sultan Muzaffar Syah, " Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?"

                  lalu sembah Seri Nara Diraja, " Jika ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah patik bersetuju, tuanku."

                    Titah baginda, " Mahukah Seri Nara Diraja berkahwin dengan Tun Bulan anak orang Kaya Hitam?"








BAHASA MELAYU STADARD - SOALAN SPM 2021

 

Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula   petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tapa mengubah struktur dan maksud asalnya.

 




      Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah.

 

Maka kata Patih Gajah Mada, "Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku, 'Jangan tiada dikasihi anakku ini,' kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara.

 

 


Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung."

 

 

Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan'

dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

[6 markah]

 

 

    JAWAPAN:


 Setelah berjumpa dengan Patih Gajah Mada, Kertala Sari duduk menyembah.

 

Lalu kata Patih Gajah Mada, “Wahai anakku Kertala Sari, tujuan aku memanggil kamu  ialah   bapamu telah berpesan kepada aku supaya mengasihi kamu kerana bapamu sudah mati semasa melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Seri Betara.. 

 


Mulai sekarang, anakku Kertala Sari akan dilantik sebagai penggawa agung.

 







Isnin, 10 Oktober 2022

LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD


Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya



BAHASA MELAYU KLASIK

BAHASA MELAYU STANDARD

Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung,

“Hai, Temenggung, suruh orang berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!”

 

Maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kmpungnya. 

 

 

Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.

 

Lalu Baginda bertitah kepada Temenggung.

“Wahai,Temenggung,perintahkan semua rakyat dan semua saudagar supaya berkawal di kampung masing-masing.”

 

Kemudian, Temenggung menyuruh orangnya untuk menyampaikan titah baginda kepada orang kaya-kaya dan saudagar supaya berkawal di kampung masing-masing.


Setelah hari malam, Temenggung telah mengarahkan orang-orangnya berkawal dengan pelbagai senjata seperti lembing dan perisai.  Kemudian semua saudagar telah berkawal di kampung masing-masing.

 











Isnin, 26 September 2022

PEMBETULAN SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2022- TINGKATAN 4 (RUMUSAN)



 

BAHAGIAN C: RUMUSAN

[30 markah]

SOALAN 9: RUMUSAN 

Baca petikan dan grafik di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan sajak..

 

  Bahan 1 -  Petikan 

           Setiap tahun, ribuan orang bergantung pada penerimaan darah dan produk darah yang disumbangkan untuk kekal hidup.  Kecederaan dan penyakit tertentu boleh menyebabkan kadar darah seseorang menurun.  Tanpa bekalan darah yang cukup, mereka tidak akan menerima oksigen yang mencukupi dalam badan yang seterusnya boleh mengakibatkan kematian.  Umum mengetahui bahawa menderma darah membawa 1 001 manfaat.  Malah, menderma darah bukan hanya memberi kelebihan kepada penerima tetapi juga faedah kesihatan kepada penderma, selain dapat membantu menyelamatkan nyawa orang lain.

 

           Menderma darah juga dapat mencegah hemochromatosis, iaitu penyerapan zat besi yang berlebihan oleh tubuh dan menurunkan risiko bagi serangan jantung sebanyak 88 peratus seperti kajian yang dilakukan oleh American Journal of Epidemiology.  Melalui pendermaan darah, penderma dapat mendiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum penyakit tersebut makin teruk.  Hal ini demikian kerana para penderma akan menjalani analisis secara percuma bagi mengetahui tahap kesihatan dan jenis darah mereka.  Penderma darah juga akan mendapat manfaat dari segi rawatan kesihatan seperti rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan di hospital kerajaan.  


    Bagi seseorang yang mengalami masalah berat badan berlebihan, inilah masanya untuk mengurangkan berat badan.  Seterusnya, menderma darah juga dapat merangsang pengeluaran sel darah baharu yang seterusnya dapat membantu menjaga kesihatan anda.  Sel darah merah banyak digunakan untuk pesakit yang memerlukan transfusi darah apabila berlaku pendarahan berlebihan seperti kemalangan, pembedahan atau tumpah darah semasa bersalin.  Sel darah merah juga diperlukan untuk transfusi darah secara berkala bagi pesakit talasemia, kanser, dan penyakit buah pinggang demi mengekalkan kualiti kehdiupan yang baik.

 

           Masyarakat Malaysia sebenarnya sudah mempunyai kesedaran untuk berbuat demikian dari tahun ke tahun.  Namun, masih ada yang ragu-ragu untuk menderma darah sedangkan banyak manfaat kesihatan yang bakal diperoleh.  Ramai antaranya fobia dengan darah dan tidak kurang juga mempunyai tanggapan bahawa menderma darah boleh menggemukkan badan.  Keadaan tersebut berlaku akibat kurangnya maklumat dan pengetahuan tentang manfaat menderma darah serta persepsi terpesong masyarakat yang berfikir mereka akan dapat jangkitan penyakit HIV dan hepatitis dengan menderma darah.

 

           Tamsilnya, Pusat Darah Negara (PDN) akan terus bergiat aktif bagi menggalakkan dan memberikan kesedaran kepada orang ramai supaya menderma darah.  

 

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Manfaat Derma Darah yang Anda Tak Tahu, Rugi Kalau Abaikan’ Sinarplus, sinarharian.com.my, Jun 2020 



Bahan 2- Poster



ISI-ISI RUMUSAN

PENDAHULUAN -2m

 

PENDAHULUAN

MARKAH

P1

Rumusan membincangkan manfaat/kelebihan/faedah/kepentingan menderma darah dan punca-punca/faktor/sebab masyarakat tidak menderma darah.

2

 

Isi-isi – 16 m 

Fokus 1 - Baha 1 manfaat/kelebihan/faedah/kepentingan menderma darah

F1B1

A1

Dapat membantu menyelamatkan nyawa orang lain

2

A2

Dapat mencegah hemochromatosis iaitu penyerapan zat besi yang berlebihan oleh tubuh.

2

A3

Dapat menurunkan risiko bagi serangan jantung sebanyak 88 peratus.

2

A4

Dapat mendiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum penyakit tersebut makin teruk.

2

A5

Menjalani analisis secara percuma.

2

A6

Mendapat manfaat dari segi rawatan kesihatan seperti rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan di hospital kerajaan.

2

A7

Mengurangkan berat badan.

2

A8

Dapat merangsang pengeluaran sel darah baharu.

2

 

Fokus 2 – Bahan 1 

- punca-punca/faktor/sebab/alasan masyarakat tidak menderma darah.  

F2B1

B1

Fobia dengan darah

2

B2

Mempunyai tanggapan bahawa menderma darah boleh menggemukkan badan.

2

B3

Kurangnya maklumat dan pengetahuan tentang manfaat menderma darah.

2

B4

Persepsi terpesong masyarakat.

2

 

Fokus 2 Bahan 2 - 

punca-punca/faktor/sebab/alasan masyarakat tidak menderma darah. 

F2B2

C1

Masyarakat takut gemuk selepas menderma darah.

2

C2

Masyarakat fobia/takut melihat jarum

2

C3

Masyarakat beranggapan bahawa menderma darah akan membuatkan badan mereka lemah.

2

C4

Persepsi salah bahawa mereka sangat lemah.

2

 

KESIMPULAN – 2m

K1

Kesimpulannya, masyarakat perlu mempunyai kesedaran menderma darah agar lebih ramai pesakit dapat diselamatkan.

2

K2

Kesimpulannya, masyarakat perlu mempunyai kesedaran menderma darah.

1

 

Contoh jawapan.

 

Rumusan membincangkan kelebihan  menderma darah dan punca-punca  masyarakat tidak menderma darah.(P1)

            Antara kepentingannya ialah menderma darah dapat membantu menyelamatkan nyawa orang lain(A1) dan menurunkan risiko bagi serangan jantung sebanyak 88 peratus.(A3) Seterusnya, menderma darah dapat mengurangkan berat badan (A7) dan merangsang pengeluaran sel darah baharu.(A8)  Menderma darah juga dapat mendiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum penyakit tersebut makin teruk.(A4)

 

            Antara punca masyarakat tidak menderma darah ialah fobia dengan darah (B1) dan mempunyai tanggapan bahawa menderma darah boleh menggemukkan badan.(B2) Punca seterusnya ialah kerana kurangnya maklumat dan pengetahuan tentang manfaat menderma darah.(B3). Masyarakat juga fobia melihat jarum (C2) dan beranggapan bahawa menderma darah akan membuatkan badan mereka lemah.(C3).

            Kesimpulannya, masyarakat perlu mempunyai kesedaran menderma darah agar lebih ramai pesakit dapat diselamatkan. (K)

                                                                                    (117 patah perkataan)








Selasa, 16 Ogos 2022

JAWPAN ESEI PERBANDINGAN 2 NOVEL - SILIR DAKSINA DAN DI SEBALIK DINARA


CONTOH JAWAPAN ESEI

SOALAN PERBANDINGAN DUA BUAH NOVEL

DI SEBALIK DINARA DAN NOVEL SILIR DAKSINA

 

LATIHAN 1

Berdasarkan dua buah novel yang  telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa menarik daripada setiap novel tersebut.   (6 markah)

Kehendak soalan.

Menghuraikan satu  peristiwa dari novel Silir Daksina dan satu peristiwa daripada novel Di Sebalik Dinara dengan jelas

Menyatakan alasan mengapa setiap peristiwa itu anda anggap menarik perhatian.

 

Contoh jawapan Esei:

            Novel yang telah saya pelajari  dalam tingkatan 5  ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman dan novel dalam tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara.   Dalam kedua-dua novel ini terdapat beberapa peristiwa yang menarik/menarik perhatian.

            Antara peristiwa yang menarik dalam novel Silir Daksina ialah ialah peristiwa Umi melihat persembahan tarian zapin Haiqal dan See Hwa   Semasa persembahan dijalankan, Haiqal ternampak Uminya, Walid dan adik tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan persembahannya di belakang balai kampung. Umi sebelumnya tidak merestui langkah Haiqal untuk menghidupkan semula pejuangan ayahnya.  Peristiwa ini menarik kerana jelas menunjukkan sikap kasih  sayang dalam ahli keluarta. Umi akhirnya merestui tindakan Haiqal meneruskan semula perjuangan zapin ayahnya Abdullah kayan.

            Manakala peristiwa yang menarik dalam novel Di Sebalik Dinara pula ialah ialah peristiwa Azraai telah memasang retinal scanner di apartment adiknya Farisha serta menyambung intercom apartment Farisha ke telefon di rumahnya semata-mata untuk menjaga keselamatan adiknya memandangkan di kawasan tersebut ada berlaku kejadian pecah rumah. Peristiwa ini menarik kerana jelas menunjukkan sikap bertanggungjawab dan kasih sayang yang besar seorang abang terhadap adiknya dengan sentiasa menjaga keselamatan adiknya itu.

            Demikianlah peristiwa menarik dalam novel Silir Daksina dan Di Sebalik Dinara yang telah saya pelajari.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LATIHAN 2

Berdasarkan dua buah novel yang  telah anda pelajari, huraikan SATU peristiwa yang boleh dijadikan teladan daripada setiap novel tersebut.   (6 markah)

Kehendak soalan.

Menghuraikan satu  peristiwa dari novel Silir Daksina dan satu peristiwa daripada novel Di Sebalik Dinara dengan jelas

Menyatakan alasan mengapa setiap peristiwa boleh dijadikan teladan dalam kehidupan – gunakan frasa :  Kita hendaklah….

Contoh jawapan Esei:

            Novel yang telah saya pelajari dalam tingkatan 5  ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman dan Di Sebalik Dinaran dalam tingkatan 4.  Dalam novel-novel  ini terdapat beberapa peristiwa yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan.

            Antara peristiwa dalam novel Silir Daksina   ialah peristiwa Umi melihat persembahan tarian zapin Haiqal dan See Hwa   Semasa persembahan dijalankan, Haiqal ternampak Uminya, Walid dan adik tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan persembahannya di belakang balai kampung. Umi sebelumnya tidak merestui langkah Haiqal untuk menghidupkan semula pejuangan ayahnya. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana kita hendaklah menunjukkan sikap kasih  sayang dalam ahli keluarta. Umi akhirnya merestui tindakan Haiqal meneruskan semula perjuangan zapin ayahnya Abdullah Kayan.

             Manakala dalam novel Di Sebalik Dinara pula, peristiwa yang boleh dijadikan teladan  ialah peristiwa Farisha memaafkan kesalahan Karl dan tetap melawat Karl yang sedang nazak.  Farisha tetap mengakui bahawa Karl ialah ayahnya. Farisha memaafkan Karl dan Medina yang menjadikannya mangsa untuk mencapai keinginan mereka sehingga Farisha menjadi anak angkat selama 26 tahun.  Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana kita hendaklah mengamalkan sikap pemaaf terhadap orang lain terutama keluarga dan bapa dan ibu agar kehidupan menjadi lebih tenang.

Demikianlah peristiwa yang boleh dijadikan teladan dalam novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 4 dan tingkatan 5

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LATIHAN 3

Berdasarkan dua buah novel yang  telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa dibahagian peleraian cerita menggembirakan daripada setiap novel tersebut.   (6 markah)

Kehendak soalan.

Menghuraikan satu  peristiwa di bahagian peleraian cerita dari novel Silir Daksina dan satu peristiwa di bahagian peleraian cerita daripada novel Di Sebalik Dinara dengan jelas

Menyatakan alasan mengapa setiap peristiwa itu anda anggap menggembirakan

 

Contoh jawapan Esei:

            Novel yang telah saya pelajari  dalam tingkatan 5  ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman dan novel dalam tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara.   Dalam kedua-dua novel ini terdapat beberapa peristiwa yang menarik/menarik perhatian.

             Antara peristiwa di bahagian peleraian yang menggembirakan dalam novel Silir Daksina ialah ialah peristiwa Umi melihat persembahan tarian zapin Haiqal dan See Hwa   Semasa persembahan dijalankan, Haiqal ternampak Uminya, Walid dan adik tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan persembahannya di belakang balai kampung. Umi sebelumnya tidak merestui langkah Haiqal untuk menghidupkan semula pejuangan ayahnya.  Peristiwa ini menggembirakan saya  kerana jelas menunjukkan sikap kasih  sayang dalam ahli keluarta. Umi akhirnya merestui tindakan Haiqal meneruskan semula perjuangan zapin ayahnya Abdullah kayan.

            Manakala peristiwa yang menggembirakan di bahagian peleraian cerita  dalam novel Di Sebalik Dinara pula ialah peristiwa Farisha memaafkan kesalahan Karl dan tetap melawat Karl yang sedang nazak.  Farisha tetap mengakui bahawa Karl ialah ayahnya. Farisha memaafkan Karl dan Medina yang menjadikannya mangsa untuk mencapai keinginan mereka sehingga Farisha menjadi anak angkat selama 26 tahun.  Peristiwa ini menggembirakan saya memaparkan sikap pemaaf terutama kepada ahli keluarga dan bapa dan ibu agar kehidupan menjadi lebih tenang.

            Demikianlah peristiwa menggembirakan dalam novel Silir Daksina dan Di Sebalik Dinara yang telah saya pelajari.














JAWAPAN ESEI NOVEL SILIR DAKSINA TINGKATAN 5


CONTOH JAWAPAN KBAT ESEI NOVEL – SILIR DAKSINA  KARYA NIZAR PARMAN

SOALAN  8(II)

LATIHAN 1.

(ii)  Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji , jelaskan tiga peristiwa yang menarik perhatian anda.

Kehendak soalan.

Menghuraikan 3 peristiwa dengan jelas

Menyatakan alasan mengapa peristiwa itu anda anggap menarik perhatian.

 

Contoh jawapan Esei:

            Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 5  ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.  Dalam novel ini terdapat beberapa peristiwa yang menarik/menarik perhatian.

            Antara peristiwa yang menarik dalam novel ini   ialah peristiwa Umi melihat persembahan tarian zapin Haiqal dan See Hwa   Semasa persembahan dijalankan, Haiqal ternampak Uminya, Walid dan adik tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan persembahannya di belakang balai kampung. Umi sebelumnya tidak merestui langkah Haiqal untuk menghidupkan semula pejuangan ayahnya.  Peristiwa ini menarik kerana jelas menunjukkan sikap kasih  sayang dalam ahli keluarta. Umi akhirnya merestui tindakan Haiqal meneruskan semula perjuangan zapin ayahnya Abdullah kayan.

            Selain itu, peristiwa yang menarik seterusnya ialah Peristiwa ketabahan watak utama  Haiqal   menghadapi cabaran untuk menjejaki warisan arwah ayahnya Abdullah bin Kayan . Haikal menaiki bas sendirian ke Johor kerana Uminya  tidak menyokong tindakan   tidak akan memberikan wang belanja kepada Haiqal jika Haiqal ke Johor. Peristiwa ini menarik kerana memaparkan ketabahan dam kasih sayang seorang remaja untuk mengetahui kisah hidup arwah ayah kandungnya

            Peristiwa menarik yang terakhir ialah   peristiwa Ong See Hwa dan Lazim membantu Haiqal Haqimi untuk menjejak warisan ayahnya Abdullah Kayan Ketika Haiqal di Kampung Sri Purnama.  Ong See Hwa dan Lazim telah membawa Haiqal ke balai raya lama. Di balai raya tersebut Haiqal dapat melihat hasil karya ayahnya yang tersimpan di bilik bacaan di balai raya itu. Haiqal juga dapat melihat sijil-sijil penghargaan ayahnya yang dipamerkan di balai raya itu.. Dengan bantuan Ong See Hwa dan Lazim,   ayahnya seorang yang hebat. ..  Peristiwa ini menarik kerana memaparkan semangat bantu-membantu tanpa mengira kaum yang mewujudkan keharmonian dalam kehidupan

            Demikianlah peristiwa menarik dalam novel Silir Daksina yang telah saya kaji dalam tingkatan 5

 

LATIHAN 2:

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaska tiga peristiwa yang wajar dijadikan teladan dalam kehidupan.

Kehendak soalan.

Menghuraikan 3 peristiwa dengan jelas

Menyatakan alasan mengapa peristiwa boleh dijadikan teladan dalam kehidupan..

Gunakan frasa ..kita hendaklah

Contoh jawapan Esei:         

(ii)  Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji , jelaskan tiga peristiwa yang menarik perhatian anda.

Kehendak soalan.

Menghuraikan 3 peristiwa dengan jelas

Menyatakan alasan mengapa peristiwa itu anda anggap menarik perhatian.

 

Contoh jawapan Esei:

            Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 5  ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.  Dalam novel ini terdapat beberapa peristiwa yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan.

            Antara peristiwanya   ialah peristiwa Umi melihat persembahan tarian zapin Haiqal dan See Hwa   Semasa persembahan dijalankan, Haiqal ternampak Uminya, Walid dan adik tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan persembahannya di belakang balai kampung. Umi sebelumnya tidak merestui langkah Haiqal untuk menghidupkan semula pejuangan ayahnya. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana kita hendaklah menunjukkan sikap kasih  sayang dalam ahli keluarta. Umi akhirnya merestui tindakan Haiqal meneruskan semula perjuangan zapin ayahnya Abdullah Kayan.

            Selain itu, peristiwa yang boleh dijadikan teladan  seterusnya ialah  peristiwa  Haiqal  tabah menghadapi cabaran untuk menjejaki warisan arwah ayahnya Abdullah bin Kayan . Haikal menaiki bas sendirian ke Johor kerana Uminya  tidak menyokong tindakan   tidak akan memberikan wang belanja kepada Haiqal jika Haiqal ke Johor. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan  kerana kita hendaklah tabah menempuh cabaran dan rintngan untuk mencapai yang diingini.  Kita juga haruslah mempunyai perasaan  kasih sayang kepada keluarga terutama ayah dan ibu,

            Peristiwa  yang terakhir ialah   peristiwa Ong See Hwa dan Lazim membantu Haiqal Haqimi untuk menjejak warisan ayahnya Abdullah Kayan Ketika Haiqal di Kampung Sri Purnama.  Ong See Hwa dan Lazim telah membawa Haiqal ke balai raya lama. Di balai raya tersebut Haiqal dapat melihat hasil karya ayahnya yang tersimpan di bilik bacaan di balai raya itu. Haiqal juga dapat melihat sijil-sijil penghargaan ayahnya yang dipamerkan di balai raya itu.. Dengan bantuan Ong See Hwa dan Lazim,   ayahnya seorang yang hebat. ..  Peristiwa ini boleh dijadikan teladan  kerana dalam  kehidupan bermasyarakat kita hendaklah mengamalkan  semangat bantu-membantu tanpa mengira kaum yang mewujudkan keharmonian dalam kehidupan

            Demikianlah peristiwa yang boleh menjadi teladan dalam novel Silir Daksina yang telah saya kaji dalam tingkatan 5

 

  

 













Ahad, 14 Ogos 2022

JAWAPAN ESEI NOVEL DI SEBALIK DINARA KSSM



CONTOH JAWAPAN KBAT ESEI NOVEL – DI SEBALIK DINARA KARYA DAYANG NOOR

SOALAN  8(II)

LATIHAN 1.

(ii)  Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji , jelaskan tiga peristiwa yang menarik perhaian anda.

Kehendak soalan.

Menghuraikan 3 peristiwa dengan jelas

Menyatakan alasan mengapa peristiwa itu anda anggap menarik perhatian.

 

Contoh jawapan Esei:

            Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.  Dalam novel ini terdapat beberapa peristiwa yang menarik/menarik perhatian.

            Antara peristiwa yang menarik dalam novel ini ialah peristiwa Azraai telah memasang retinal scanner di apartment adiknya Farisha serta menyambung intercom apartment Farisha ke telefon di rumahnya semata-mata untuk menjaga keselamatan adiknya memandangkan di kawasan tersebut ada berlaku kejadian pecah rumah. Peristiwa ini menarik kerana jelas menunjukkan sikap bertanggungjawab dan kasih sayang yang besar seorang abang terhadap adiknya dengan sentiasa menjaga keselamatan adiknya itu.

            Selain itu, peristiwa yang menarik seterusnya ialah Peristiwa Farisha berani  menerima tawaran daripada Soft Lab untuk menggodam Sistem Dinara yang bermasalah dengan bayaran  yang sangat lumayan iaitu 1.5 juta.  Setelah melawat Soft Lab,Farisha mendapati tugas yang akan dilakunya berisiko tinggi dan mencabar tetapi Farisha dengan berani telah menerima tawaran tersebut setelah mendapatkan pandangan daripada abangnya Azraai. Peristiwa ini menarik kerana memaparkan keberanian dan kebijaksanaan seorang Wanita dalam menghadapi sesuatu tugas yang sangat mencabar dan berisiko.  Farisha yang genius berasa mampu meggodam Sistem Dinara dan mendapatkan bayaran yang lumayan tersebut.

            Peristiwa menarik yang terakhir ialah Peristiwa Farisha memaafkan kesalahan Karl dan tetap melawat Karl yang sedang nazak.  Farisha tetap mengakui bahawa Karl ialah ayahnya. Farisha memaafkan Karl dan Medina yang menjadikannya mangsa untuk mencapai keinginan mereka sehingga Farisha menjadi anak angkat selama 26 tahun.  Peristiwa ini menarik kerana memaparkan sikap pemaaf Farisah terhadap bapa dan ibu kandungnya walaupun mereka telah melakukan perkara yang buruk kepadanya,

            Demikianlah peristiwa menarik dalam novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 4.


LATIHAN 2:

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaska tiga peristiwa yang wajar dijadikan teladan dalam kehidupan.

Kehendak soalan.

Menghuraikan 3 peristiwa dengan jelas

Menyatakan alasan mengapa peristiwa boleh dijadikan teladani dalam kehidupan..

Gunakan frasa ..kita hendaklah

Contoh jawapan Esei:

            Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.  Dalam novel ini terdapat beberapa peristiwa yang bolej dijadikan teladan dalam kehidupan.

            Antaranya  ialah peristiwa Azraai telah memasang retinal scanner di apartment adiknya Farisha serta menyambung intercom apartment Farisha ke telefon di rumahnya semata-mata untuk menjaga keselamatan adiknya memandangkan di kawasan tersebut ada berlaku kejadian pecah rumah. Peristiwa ini wajar boleh dijadikan teladan kerana sebagai seorang abang kita hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan ahli keluarga terutama adik beradik. kerana jelas menunjukkan sikap bertanggungjawab dan kasih sayang yang besar seorang abang terhadap adiknya dengan sentiasa menjaga keselamatan adiknya itu.

            Selain itu, peristiwa yang boleh dijadikan teladan seterusnya ialah Peristiwa Farisha berani  menerima tawaran daripada Soft Lab untuk menggodam Sistem Dinara yang bermasalah dengan bayaran  yang sangat lumayan iaitu 1.5 juta.  Setelah melawat Soft Lab,Farisha mendapati tugas yang akan dilakunya berisiko tinggi dan mencabar tetapi Farisha dengan berani telah menerima tawaran tersebut setelah mendapatkan pandangan daripada abangnya Azraai. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana kita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam kehidupan sekiranya hendak berjaya.

            Peristiwa yang terakhir ialah peristiwa Farisha memaafkan kesalahan Karl dan tetap melawat Karl yang sedang nazak.  Farisha tetap mengakui bahawa Karl ialah ayahnya. Farisha memaafkan Karl dan Medina yang menjadikannya mangsa untuk mencapai keinginan mereka sehingga Farisha menjadi anak angkat selama 26 tahun.  Peristiwa ini boleh dijadikan kerana kita hendaklah mengamalkan sikap pemaaf terhadap orang lain terutama keluarga dan bapa dan ibu agar kehidupan menjadi lebih tenang.

Demikianlah peristiwa yang boleh dijadikan teladan dalam novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 4.

 

 

LATIHAN 3

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga peristiwa yang menyentuh perasaan anda.

Kehendak soalan.

Menghuraikan 3 peristiwa dengan jelas

Menyatakan perasaan anda (terharu/kagum/bangga/gembira/dsb dan alasan  mengapa anda berperasaan sedemikian.

Contoh jawapan Esei:

            Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.  Dalam novel ini terdapat beberapa peristiwa yang menyentuh perasaan.  

            Antaranya  ialah peristiwa Azraai telah memasang retinal scanner di apartment adiknya Farisha serta menyambung intercom apartment Farisha ke telefon di rumahnya semata-mata untuk menjaga keselamatan adiknya memandangkan di kawasan tersebut ada berlaku kejadian pecah rumah. Peristiwa ini menyentuh perasaan  kerana saya berasa kagum dengan tanggungjawab dan kasih sayang seorang abang yang menyayangi adiknya dan setiasa menjaga keselamatan adiknuya.

            Selain itu, peristiwa yang menyentuh perasaan seterusnya ialah Peristiwa Farisha berani  menerima tawaran daripada Soft Lab untuk menggodam Sistem Dinara yang bermasalah dengan bayaran  yang sangat lumayan iaitu 1.5 juta.  Setelah melawat Soft Lab,Farisha mendapati tugas yang akan dilakunya berisiko tinggi dan mencabar tetapi Farisha dengan berani telah menerima tawaran tersebut setelah mendapatkan pandangan daripada abangnya Azraai. Peristiwa ini menyentuh perasaan kerana saya berasa kagum dengan keberanian menghadapi risiko dengan menerima tawaran lumayan daripada Soft Lab.

            Peristiwa yang menyentuh perasaan terakhir ialah peristiwa Farisha memaafkan kesalahan Karl dan tetap melawat Karl yang sedang nazak.  Farisha tetap mengakui bahawa Karl ialah ayahnya. Farisha memaafkan Karl dan Medina yang menjadikannya mangsa untuk mencapai keinginan mereka sehingga Farisha menjadi anak angkat selama 26 tahun.  Peristiwa ini  menyentuh perasaan saya terharu dengan sikap pemaaf Farisha yang sanggup memaafkan bapa dan ibu kandungnya  orang telah menanam pelbagai implant di kepala Farsha semata2 memenuhi hasrat mereka untuk menjadikan Farisha anak yang bijak

Demikianlah peristiwa yang meyentuh perasaan dalam novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 4 

 


LATIHAN 4

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga peristiwa yang menggembirakan .

Kehendak soalan.

Menghuraikan 3 peristiwa dengan jelas

Menyatakan alasan peristiwa tersebut menggembirakan anda/pembaca

Contoh jawapan Esei:

            Novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.  Dalam novel ini terdapat beberapa peristiwa yang menggembirakan. 

            Antaranya  ialah peristiwa Azraai telah memasang retinal scanner di apartment adiknya Farisha serta menyambung intercom apartment Farisha ke telefon di rumahnya semata-mata untuk menjaga keselamatan adiknya memandangkan di kawasan tersebut ada berlaku kejadian pecah rumah. Peristiwa ini menggembirakan kerana saya berasa kagum dengan tanggungjawab dan kasih sayang seorang abang yang menyayangi adiknya dan setiasa menjaga keselamatan adiknuya.

            Selain itu, peristiwa yang menggembirkan yang seterusnya ialah Peristiwa Farisha berani  menerima tawaran daripada Soft Lab untuk menggodam Sistem Dinara yang bermasalah dengan bayaran  yang sangat lumayan iaitu 1.5 juta.  Setelah melawat Soft Lab,Farisha mendapati tugas yang akan dilakunya berisiko tinggi dan mencabar tetapi Farisha dengan berani telah menerima tawaran tersebut setelah mendapatkan pandangan daripada abangnya Azraai. Peristiwa ini menggembirakan kerana keberanian Farisha menghadapi risiko dengan menerima tawaran lumayan daripada Soft Lab.

            Peristiwa yang   terakhir ialah peristiwa Farisha memaafkan kesalahan Karl dan tetap melawat Karl yang sedang nazak.  Farisha tetap mengakui bahawa Karl ialah ayahnya. Farisha memaafkan Karl dan Medina yang menjadikannya mangsa untuk mencapai keinginan mereka sehingga Farisha menjadi anak angkat selama 26 tahun.  Peristiwa ini  menggembirakan kerana  sikap pemaaf Farisha yang sanggup memaafkan bapa dan ibu  kandungnya  orang telah menanam pelbagai implant di kepala Farsha semata2 memenuhi hasrat mereka untuk menjadikan Farisha anak yang bijak

Demikianlah peristiwa yang menggembirakan dalam novel yang telah saya kaji dalam tingkatan 4.