HALAMAN 2

Selasa, 31 Mac 2020

Latihan mengenal pasti kesalahan Ejaan dan Imbuhan.


Latihan mengenal pasti kesalahan Ejaan dan Imbuhan.


Soalan 3(c)

Dalam petikan di bawah ini terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari segi imbuhan..   Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari segi imbuhan.  Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

1.   Restoren Kak Uda menawarkan bufet bagi sajian tengah hari dengan pelbagai hidangkan tempatan dan barat oleh tukang masak yang berpengalaman.

2.   Walaupun waktu  bersekolah sudah lama tamat, murid perempuan itu tetap tidak bergenjak dari tempat duduknya sehingga ibu bapanya tiba di sekolah.

3.   Produk herba negara kita mempunyai pontensi untuk dikomersialkan ke peringkat antarabangsa kerana dimiliki khasiat yang tinggi.

4.   Strategi pengurusan haruslah diaplikasikan untuk jaminan industri memanafaatkan sumber modal insan khususnya golongan profesional secara optimum.

5.   Kumpulan orkestra di oditorium itu mendapat tepukan yang gemuruh daripada penonton setelah selesai lakukan persembahan.

6.   Kerajaan akan memperhalusi Peraturan-peraturan Makanan I985 yang melarang pengilang menggunakan bahan pengawit yang berbahaya.

7.   Dalam masyarakat Cina, kelender memainkan peranan penting untuk penentuan tarikh perkahwinan dan membuka bangunan baharu.

8.   Pihak polis telah berjaya menumpaskan sendiket pemalsuan wang dengan tangkapan ketua mereka dalam sekatan jalan raya malam tadi.

9.   Kempen Cintailah Sungai Kita perlu dipergiat demi menyadarkan masyarakat tentang kepentingan sungai sebagai sumber pembekal air bersih.

10.        Pembacaan yang luas melalui majalah pendidikan, surat khabar, ensklopedia boleh membantu murid untuk meningkat ilmu pengetahuan.


11.        Kerajaan menyerukan rakyat untuk bersama-sama menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi merialisasikan hasrat negara sebagai negara mesra alam.   






 .............. Semak jawapan di sini.... 



Sabtu, 28 Mac 2020

Jawapan Latihan - kerja kerja transitif



Lengkapkan karangan di bawah dengan mengisi tempat-tempat kosong dengan kata kerja kerja transitif yang betul.

Penduduk di kawasan tempat tinggal anda menghadapi masalah sampah sarap yang tidak dikutip mengikut jadual yang ditetapkan.  Sebagai setiausaha persatuan penduduk kawasan tersebut, anda diminta untuk membuat aduan berhubung dengan masalah ini kepada pihak berkuasa.
Tulis surat itu selengkapnya.

No 4, Jalan Baiduri
Taman Flora,
83000, Batu Pahat,
Johor.
____________________________________________________________
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Batu Pahat,
Jalan Pegawai,
83000, Batu Pahat,
Johor.                                                                          27 MAC 2020

Tuan,

Masalah Sampah Sarap yang Tidak Dikutip di Taman Flora            

Merujuk perkara di atas, saya bagi pihak penduduk Taman Flora , Batu Pahat ingin membuat aduan tentang masalah sampah sarap yang tidak dikutip mengikut jadual di kawasan perumahan kami.

2.  Untuk makluman pihak tuan, sejak beberapa bulan yang lalu, sampah sarap di kawasan perumahan ini tidak dipungut mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh kontraktor yang telah dilantik oleh pihak tuan.  Akibatnya, sampah sarap yang diletakkan oleh penduduk di dalam  tong sampah di hadapan rumah masing-masing semakin membukit. Sampah sarap itu juga mengeluarkan bau yang busuk.  Justeru, hal ini telah mengganggu keselesaan penduduk.   

3. Selain itu,  sampah sarap yang tidak dipungut ini turut mencacatkan persekitaran penduduk kerana terdapat anjing, kucing dan tikus berkeliaran di kawasan sampah sarap itu pada setiap hari untuk mencari makanan.  Malahan, lalat dan nyamuk juga semakin banyak di kawasa tong sampah tersebut.   Keadaan ini mendedahkan penduduk kepada penyakit bawaan vektor tersebut. Malahan, bilangan penduduk yang terpaksa ke klinik untuk mendapatkan rawatan kesihatan kian bertambah.                    

4.  Pihak kami telah membuat aduan secara bertulis kepada pihak kontraktor tersebut tetapi maklum balsas yang diberikan oleh pihak tersebut tidak memuaskan hati kami.  Alahan, kami mendapati pihak terbabit tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah ini.

5.   Sehubungan dengan itu, kami berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah ini.  Hal ini demikian kerana, keadaan ini benar-benar telah mencabar kesabaran penduduk.

Kerjasama tuan dalam hal ini sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

Khairul Nain
.......................................
(KHAIRUL NAIM BIN HARON)
Setiausaha Persatuan Penduduk,

Taman Flora, Batu Pahat.



Latihan Tatabahasa - kerja kerja transitif


Lengkapkan karangan di bawah dengan mengisi tempat-tempat kosong dengan kata kerja kerja transitif yang betul.

Penduduk di kawasan tempat tinggal anda menghadapi masalah sampah sarap yang tidak dikutip mengikut jadual yang ditetapkan.  Sebagai setiausaha persatuan penduduk kawasan tersebut, anda diminta untuk membuat aduan berhubung dengan masalah ini kepada pihak berkuasa.

Tulis surat itu selengkapnya.


No 4, Jalan Baiduri
Taman Flora,
83000, Batu Pahat,
Johor.

__________________________________________________________


Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Batu Pahat,
Jalan Pegawai,
83000, Batu Pahat,
Johor.                                                                             27 MAC 2020

Tuan,

Masalah Sampah Sarap yang Tidak Dikutip di Taman Flora            

Merujuk perkara di atas, saya bagi pihak penduduk Taman Flora , Batu Pahat ingin ____(1)____ aduan tentang masalah sampah sarap yang tidak dikutip mengikut jadual di kawasan perumahan kami.

2.  Untuk makluman pihak tuan, sejak beberapa bulan yang lalu, sampah sarap di kawasan perumahan ini tidak dipungut mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh kontraktor yang telah dilantik oleh pihak tuan.  Akibatnya, sampah sarap yang diletakkan oleh penduduk di dalam  tong sampah di hadapan rumah masing-masing semakin membukit. Sampah sarap itu juga ____(2)____ bau yang busuk.  Justeru, hal ini telah ____(3)____ keselesaan penduduk.   

3. Selain itu,  sampah sarap yang tidak dipungut ini turut ____(4)____persekitaran penduduk kerana terdapat anjing, kucing dan tikus berkeliaran di kawasan sampah sarap itu pada setiap hari untuk ____(5)____ makanan.  Malahan, lalat dan nyamuk juga semakin banyak di kawasa tong sampah tersebut.   Keadaan ini ____(6)____ penduduk kepada penyakit bawaan vektor tersebut. Malahan, bilangan penduduk yang terpaksa ke klinik untuk ____(7)____ rawatan kesihatan kian bertambah.                    

4.  Pihak kami telah membuat aduan secara bertulis kepada pihak kontraktor tersebut tetapi maklum balsas yang diberikan oleh pihak tersebut tidak ____(8)____ hati kami.  Malahan, kami mendapati pihak terbabit tidak bersungguh-sungguh untuk ____(9)____masalah ini.

5.   Sehubungan dengan itu, kami berharap agar pihak tuan dapat ____(I0)____ tindakan sewajarnya bagi menangani masalah ini.  Hal ini demikian kerana, keadaan ini benar-benar telah ____(11)____ kesabaran penduduk.

Kerjasama tuan dalam hal ini sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

Khairul Nain
.......................................
(KHAIRUL NAIM BIN HARON)
Setiausaha Persatuan Penduduk,
Taman Flora, Batu Pahat.



Pilihan Jawapan

mengeluarkan            mencacatkan
mendapatkan             mencari
membuat                   mengambil
mengganggu              mendedahkan
         mencabar                  menyelesaikan

         memuaskan







 .............. Semak jawapan di sini.... 









Isnin, 23 Mac 2020

Ulang kaji - soalan rumusan spm November 20I9


Soalan 1 :  Rumusan
(30 markah)
Baca petikan dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan-peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan cara-cara menarik minat ibu bapa bergiat aktif dalam PIBG. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


        Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ialah entiti utama sesebuah sekolah dan asas penubuhannya termaktub dalam Akta Pendidikan I96I.  Objektif penubuhan PIBG perlulah mendukung visi selari dengan dasar-dasar negara seperti Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Pendidikan Malaysia.  Sehubungan dengan itu, PIBG berfungsi sebagai wahana yang membolehkan  ahli berkongsi maklumat melalui pelbagai medium.  Namun demikian, penglibatan ibu bapa dalam menjayakan aktiviti PIBG masih rendah.

          Perlembagaan PIBG menetapkan bahawa keahliannya hendaklah terdiri daripada guru sekolah tersebut dan ibu bapa yang anak mereka menuntut di sekolah tersebut.  Pihak PIBG mengadakan program-program yang dapat menemukan ibu bapa dengan guru-guru yang mengajar anak mereka untuk menjalin ukhuwah antara kedua-dua pihak.  Seterusnya, PIBG juga dapat merapatkan hubungan sesama ibu bapa demi kebajikan anak-anak mereka. Mereka dapat berjumpa dan bertanya khabar semasa perjumpaan Mesyuarat Agung PIBG dan program gotong-royong yang diadakan pada setiap tahun. Di samping itu, PIBG juga boleh menjadi perantara pihak tertentu dengan pihak sekolah.  Misalnya, PIBG dijadikan platform oleh pihak luar untuk melaksanakan  aktiviti yang memberi faedah kepada sekolah.  Selain itu, pihak PIBG juga boleh membantu untuk menyelesaikan masalah ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan tindakan segelintir guru.

          Selari dengan perlembagaan, PIBG boleh bertindak untuk melengkapkan prasarana fizikal sekolah seperti penyediaan akses jalur lebar, perpustakaan yang lengkap dan kemudahan sukan yang berkualiti.  Bagi meningkatkan pencapaian akademik pula, PIBG boleh menubuhkan tabung pendidikan untuk menambah sumber kewangan yang dapat memberi manfaat kepada warga sekolah.  Dalam hal ini, PIBG perlu merancang dan melaksanakan pelbagai program seperti aktiviti amal dan mendapatkan sumbangan daripada pihak tertentu.  Malah, pihak PIBG juga dapat membantu menjayakan sesuatu program yang dirancang oleh pihak sekolah dengan melibatkan diri secara langsung dalam semua program.  PIBG juga boleh bertindak sebagai penganjur aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dengan mengadakan hari kerjaya, forum perdana dan pemeriksaan kesihatan.  Namun demikian, terdapat sesetengah ahli PIBG khususnya ibu bapa tidak memberikan kerjasama terhadap aktiviti-aktiviti tersebut.

          Sesungguhnya, PIBG dapat membantu pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum dengan mengambil langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik.  Hal ini demikian kerana kejayaan dalam membangunkan modal insan bukan hanya terletak pada bahu pihak sekolah mahupun pihak kerajaan tetapi turut didukung oleh ibu bapa.  Oleh itu, usahlah kita memandang enteng akan kewibawaan PIBG.

            (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Keakraban Pemangkin Kerjasama Ibu Bapa-Sekolah ‘ oleh Dr. Suresh Kumar N Vellymalay’ Pendidik Mei 20I7)




SKEMA JAWAPAN –   

SKEMA RUMUSAN:

Pendahuluan: (2 markah)      
                                                                              
Rumusan membincangkan  fungsi-fungsi/tanggungjawab-tanggungjawab/tugas-tugas Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan cara-cara menarik minat ibu bapa bergiat aktif dalam PIBG.

Isi tersurat – Peranan PIBG

(2 hingga 6 isi – 4 hingga I2 markah)

  1. Sebagai wahana yang membolehkan ahli berkongsi maklumat
  2. perlu mengadakan program-program yang dapat menemukan ibu bapa dengan guru-guru yang mengajar anak mereka.
  3. Menjadi perantara pihak tertentu dengan pihak sekolah
  4. Membantu untuk menyelesaikan masalah ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan tindakan segelintir guru.
  5. Melengkapkan prasarana fizikal sekolah
  6. Menubuhkan tabung pendidikan
  7. Membantu dalam menjayakan sesuatu program
  8. Penganjur aktiviti kemasyarakatan
  9. Membantu pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum

Isi tersirat :  cara-cara menarik minat ibu bapa bergiat aktif dalam PIBG

(2 hingga 6 isi – 4 hingga 2 markah)

  1. Menentukan hala tuju/misi/objektif /matlamat dengan jelas
  2. Mengadakan jaringan dan kerjasama dengan institusi pendidikan
  3. Memantapkan sistem pengurusan institusi pendidikan
  4. Menyediakan insentif/bantuan/geran kepada PIBG
  5. Memberi latihan profesionalisme kepada ahli PIBG
  6. Menyediakan bilik PIBG yang kondusif
  7. Menyediakan laman sosial PIBG

Kesimpulan: (2 markah)

Kesimpulannya,
Pelbagai pihak hendaklah menyokong pernan-peranan PIBG di sekolah
supaya dapat meningkatkan imej sekolah
  
Panduan:

Pemarkahan rumusan:

Isi         =  20 markah
Bahasa  =  I0 markah
Jumlah   =  30 markah
Pemberian markah bahasa separuh daripada markah isi
Contoh :  isi         = I8 markah
              Bahasa  =  9 markah
              Jumlah   = 27 markah

Jika bahasa rumusan anda baik boleh tambah I markah lagi

Jika bahasa kurang memuaskan , boleh ditolak I markah

Jika anda menyalin bulat-bulat daripada petikan, perkataan demi perkataan, ayat demi ayat = 0 markah

Patuhi jumlah perkataan I20 patah perkataan

Contoh rumusan :
         
          Rumusan membincangkan fungsi-fungsi  Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan cara-cara menarik minat ibu bapa bergiat aktif dalam PIBG.

         Antara peranan PIBG ialah sebagai wahana yang membolehkan ahli berkongsi maklumat melalui pelbagai medium dan mengadakan program-program yang dapat menemukan ibu bapa dengan guru-guru yang mengajar anak mereka. PIBG juga boleh membantu untuk menyelesaikan masalah ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan tindakan segelintir guru. PIBG juga boleh bertindak untuk melengkapkan prasarana fizikal sekolah dan menubuhkan tabung pendidikan di sekolah.  PIBG juga menjadi perantara pihak tertentu dengan pihak sekolah

          Cara-cara menarik minat ibu bapa bergiat aktif dalam PIBG ialah PIBG
harus menentukan hala tuju dan matlamat dengan jelas kepada ibu bapa serta menyediakan bilik PIBG yang kondusif untuk keselesaan ibu bapa.

          Kesimpulannya, pelbagai pihak hendaklah menyokong pernan-peranan PIBG di sekolah supaya dapat meningkatkan imej dan kecemerlangan sekolah.

                                                     (I2I patah perkataan)













Khamis, 19 Mac 2020

Skema Jawapan Latihan Pemantapan Tatabahasa

 Skema Jawapan Latihan Pemantapan Tatabahasa





Skema Jawapan Latihan Pemantapan Tatabahasa

Jawapan Set I - 

(i) pembentukan -> membentuk
(ii) memandang -> dipandang
(iii) terbukti -> membuktikan
(iv) penambah -> bertambah
(v) menggantung -> bergantung
(vi) memenangkan -> memenangi




Skema jawapan set 2

Kesalahan Ejaan

(i)            sainstifik      -    saintifik
(ii)          Komersil      -    komersial
(iii)        diujudkan     -    diwujudkan

Kesalahan Imbuhan

(i)           nikmati         -    menikmati
(ii)         menggalakan -    menggalakkan

(iii)        pemasaran    -    pasaran 



Skema Jawapan Set 3

(i)   ejaan:         termashur        -      termasyhur
     imbuhan:     memegahkan    -     kemegahan

(ii)  ejaan:          infra struktur    -     infrastruktur
     imbuhan:     dalamkan         -     mendalamkan

(iii) ejaan:          kefeteria          -      kafeteria
     imbuhan:     disyorkan         -     mengesyorkan


Skema Jawapan Set 4

(i)   ejaan     :      gelongsuran      - gelongsoran
       imbuhan :      diterokai           - penerokaan

(ii)   ejaan      :      tiusyen             - tuisyen
       imbuhan :      terokai              - penerokaan

(iii)  ejaan:            berdidikasi        - berdedikasi
       imbuhan :      pengtauliahan    - pentauliahan



Rabu, 18 Mac 2020

Pemantapan Tatabahasa SPM - EJAAN & IMBUHAN

  
Pemantapan Tatabahasa - Imbuhan dan Ejaan


LATIH TUBI BAHASA

 Set I
Petikan di bawah ini mempunyai enam kesalahan dari segi imbuhan.  Senaraikan dan betulkan kesalahahan-kesalahan itu.

      Peranan rakan sebaya dalam pembentukan keperibadian seseorang remaja tidak boleh memandang rendah. Kajian-kajian yang telah dijalankan terbukti bahawa ada kalanya pengaruh rakan sebaya terhadap remaja mengatasi pengaruh ibu bapa. Pengaruh ini memperoleh kekuatan penambah apabila ibu bapa gagal memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak mereka. Dalam keadaan seperti ini, seseorang remaja akan mula menggantung pada rakan-rakan sebaya untuk mengisi kekosongan jiwa mereka. Malah, mereka akan mula mengikut segala telunjuk rakan-rakan sebaya tersebut dalam usaha memenangkan hati rakan-rakan.

                                                                                   [ 6 markah ]




LATIH TUBI BAHASA

Set 2 (SPM NOV 20I8)
Dalam petikan di bawah ini terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari segi imbuhan..   Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari segi imbuhan.  Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

        Pusat Pengajian Sains Fizik Universiti Malaysia telah memulakan pelbagai kajian sainstifik dalam bidang pertanian.  Di samping menghasilkan buah-buahan yang bermutu, hasil kajian ini juga mempunyai nilai komersil.  Piawaian rasmi yang dapat memenuhi kehendak pengguna harus diujudkan untuk memastikan pengguna mampu nikmati kualiti buah-buahan secara optimum.  Selain itu, kawalan mutu bagi produk asas tani termasuklah keseragaman kualiti  juga dapat menggalakan persaingan sihat dalam pemasaran global.

                                                                                  [ 6 markah ]


Set 3 (SPM NOV 20I9)

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalalahan dari segi imbuhan..   Senaraikan dan betulkan kesalahahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari segi imbuhan.  Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i)  Beberapa orang arkitek termashur telah terlibat dalam mereka bentuk Istana Negara yang menjadi lambang memegahkan negara.

(ii)  Untuk mengatasi masalah banjir yang merosakkan infra struktur pihak berkuasa tempatan telah dalamkan longkang dan membina tebatan.

(iii) Kementerian Kesihatan Malaysia disyorkan kepada semua pengusaha kefeteria supaya sentiasa menitikberatkan tahap kebersihan premis masing-masing.

                                                                                                                                                                                                    [6 markah]




Set 4 (SPM NOV 20I7)


Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalalahan dari segi imbuhan..   Senaraikan dan betulkan kesalahahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari segi imbuhan.  Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.



(i)   Kejadian gelongsuran tanah dan  banjir lumpur yang merosakkan banyak rumah itu berpunca daripada diterokai hutan yang tidak terkawal.


(ii)   Ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak menghadiri kelas tiusyen di sekolah daripada membiarkan mereka berkunjung ke kafe siber untuk melayar internet.

(iii)  Semua jurulatih sukan yang menerima pengtauliahan sebentar tadi dinasihati supaya melaksanakan tanggungjawab dengan berdidikasi dan bersemangat tinggi.



 Semak jawapan di sini....