Soalan 9
: Rumusan
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ini, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan
Bahan 1 –
Petikan
Rekreasi ialah segala aktiviti yang
memerlukan keupayaan fizikal dan pergerakan anggota badan di samping keupayaan
mind, kebolehan dan bakat seseorang individu tersebut. Rekreasi melibatkan aktiviti secara individu
seperti bebasikal, dan secara baerkumpulan seperti bola sepak. Walau apa-apa pun jenis aktiviti yang
dijalankan, rekreasi memerlukan interaksi sosial yang baik dan berkesan agar
dapat dijalankan dengan jayanya. Sememangnya
tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti rekreasi mampu melahirkan keluarga bahagia
dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim.
Hal ini demikian kerana, ahli keluarga akan turut serta menjalankan
pelbagai aktiviti dengan memainkan peranan masing-masing. Selain itu, aktiviti rekrasi juga mampu
memberi ketenangan jiwa kepada anggota masyarakat kerana merweka dapat
menghayati keindahan alam sekitar yang saujana mata memandang.
Amalan rekreasi amat signifikan bagi menyihatkan
badan. Sebagai contoh, apabila kita
melibatkan diri dalam aktiviti sukan ekstrem seperti terjunan udara, tubuh
badan kita akan berpeluh sekali gus dapat menyingkirkan garam mineral yang tidak
diperlukan oleh tubuh badan. Kesannya,
penyakit kronik seperti sakit jantung, ldarah tinggi dan kencing manis dapat
dielakkan. Namun begitu, masyarakat hari
ini sering beranggapan bahawa aktiviti rekreasi ini hanya membuang masa kerana
terdapat sesetengah aktiviti rekreasi memerlukan tempoh masa yang lama untuk
dilakukan. Kesibukan masyarakat mengejar
kemewahan duniawi menyebabkan mereka tidak berminat untuk melakukan aktiviti
ini.
Akhir sekali , aktiviti rekreasi mampu
menggalakkan pertukaran idea dan buah fikiran dalam kalangan masyarakat. Pertukaran idea yang bernas mampu mematangkan
tahap pemimiran masyarakat. Misalnya. Melalui
diskusi ringkas dalam kalangan masyarakat, sikap individualisme dapat dihaoyusjann
dan semangat perpaduan yang ampuh dapat dilakar. Aktiviti rekreasi dan riadah mempunyai banyak
kepentingan tertentu yang dapat dimanfaatkan oleh setiap anggota masyarakat. Oleh hal yang demikian, kita perlulah
mengutamakan dan mengamalkan aktiviti riadah dalam kehidupan seharian kerana sesungguhnya , minda yang cerdas
terletak pada badan yang sihat.
BAHAGIAN C : RUMUSAN
[ 30 markah ]
Markah penuh 30 dibahagikan kepada
a) Isi - 20 markah
b) Bahasa - 10 markah
a) Isi [20 markah]
Nota :
i. Panduan mengira perkataan :
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan :
· nama khas
· perkataan berulang
· penggunaan kata sendi di dan ke
· tarikh
· angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
· gelaran
· penanda wacana
· peribahasa/ slogan
ii. Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja.
iii Berikan 2 markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.
iv Rumusan mesti mengandungi pendahuluan, 8 isi tersurat dan
kesimpulan
v 8 isi tersurat diambil daripada Bahan 1 dan Bahan 2 dan menyentuh semua fokus
b) Bahasa [10 markah]
Pendahuluan
P1. Rumusan membincangkan kepentingan / kebaikan / faedah / kelebihan/ manfaat / kemaslahatan rekreasi / bersukan(F1) dan punca / sebab / faktor masyarakat kurang berminat untuk berekreasi / bersukan(F2) - 2m
P2. Rumusan membincangkan kepentingan / kebaikan/ faedah/ kelebihan/ manfaat / kemaslahatan rekreasi / bersukan(F1) - 1m
Bahan 1
A1. Melahirkan keluarga bahagia
A2. Mampu mengeratkan hubungan silaturahim
A3. Mampu memberi ketenangan jiwa kepada masyarakat
A4. menyihatkan badan
A5. Mampu menggalakkan pertukaran idea atau buah fikiran
A6. Sikap individualisme dapat dihapuskan
A7. Semangat perpaduan yang ampuh dapat dilakarkan
Fokus 2 – Punca masyarakat kurang berminat untuk berekreasi / bersukan
Bahan 1
B1. Membuang masa
B2. Kesibukan masyarakat mengejar kemewahan duniawi
Bahan 2
C1. Remaja gemar bermain peranti / gajet / telefon bimbit / Internet
C2. Tiada galakan daripada keluarga
C3. Anggapan sukan merupakan aktiviti yang berbahaya
Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama menggalakkan aktiviti berekreasi / bersukan agar masyarakat hidup sejahtera. 2m
Kesimpulannnya, semua pihak hendaklah bekerjasama menggalakkan masyarakat berekreasi. 1m
Kesimpulannnya, semua pihak hendaklah bekerjasama menggalakkan aktiviti ini agar kesihatan masyarakat terjamin.- 0 m