HALAMAN 2

Selasa, 26 Mei 2020

SKEMA RUMUSAN - HEBAT RUMUSAN 2020 SET 8



Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-kelebihan memiliki aura positif dan cara-cara membentuk aura positif dalam kalangan remaja. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan

SKEMA RUMUSAN:

PENDAHULUAN

PEND
JAWAPAN
MARKAH
P1
Petikan   membincangkan manfaat-manfaat/faedah- faedah/kebaikan-kebaikan memiliki aura positif dalam kalangan anak-anak/remaja/ seseorang.
2
P3
Rumusan    ini    membincangkan  manfaat-manfaat/ faedah-faedah/kebaikan-kebaikan     memiliki aura           positif dancara-cara membentuk aura positif dalam kalangan remaja.
2
P4
Petikan/Rumusan  ini    membincangkan 
manfaat-manfaat/faedah-faedah/kebaikan-kebaikan memiliki aura positif.
1
P5
Petikan  membincangkan kelebihan-kelebihan    memiliki aura positif/
Rumusan ini membincangkan kelebihan-kelebihan memiliki aura positif.
0

        ISI TERSURAT (kelebihan-kelebihan memiliki aura positif)

ISI
JAWAPAN
MARKAH
S1
senang didekati.
2
S2
membentuk sikap anak-anak yang tidak berputus asa.
2
S3
tidak menganggap kegagalan sebagai suatu musibah yang besar.
2
S4
menjadikan anak-anak berfikiran matang.
2
S5
anak-anak lebih berkeyakinan dan berusaha membaiki kelemahan dirinya.
2
S6
mengawal keadaan emosi, mental, fizikal dan tahap kerohanian dalam
dirinya.
2
S7
anak lebih bijak memilih bahan media yang betul.
2
S8
memiliki keperibadian yang baik dan bercita-cita untuk berjaya.
2

          ISI TERSIRAT (cara-cara membentuk aura positif dalam
          kalangan remaja)

ISI
JAWAPAN
MARKAH
T1
mengikuti aktiviti yang menambah ilmu pengetahuan/majlis ilmu.
2
T2
mendampingi golongan berilmu/peribadi positif.
2
T3
meminta nasihat daripada orang berpengalaman.
2
T4
sentiasa muhasabah diri
2
T5
menjauhi pemikiran negatif
2
T6
sentiasa berdoa/solat hajat
2

           KESIMPULAN
ISI
JAWAPAN
MARKAH
K1
Kesimpulannya, remaja  perlu  berusaha  memiliki  aura  positif                         agar
kehidupan remaja lebih berkualiti/ dihormati.
2
K2
Kesimpulannya, remaja hendaklah memiliki aura positif.
1


 Contoh rumusan lengkap:

          Rumusan ini membincangkan kebaikan-kebaikan aura positif dan cara-cara membentuk aura positif dalam kalangan remaja.

        Antara kebaikannya ialah, dapat membentuk sikap anak-anak yang tidak berputus asa dan tidak menganggap kegagalan sebagai suatu musibah yang besar. Selain itu, aura positif mampu menjadikan anak-anak berfikiran matang.  Malah, anak-anak lebih berkeyakinan dan berusaha membaiki kelemahan dirinya. Seterusnya, anak-anak mampu mengawal keadaan emosi, mental, fizikal dan tahap kerohanian dalam dirinya serta memiliki keperibadian yang baik dan bercita-cita untuk berjaya.

        Cara-cara membentuk aura positif dalam kalangan remaja ialah remaja boleh mengikuti aktiviti yang menambah ilmu pengetahuan seperti majlis ilmu dan ceramah motivasi.  Remaja juga perlu mendampingi golongan berilmu dan peribadi positif.  

          Kesimpulannya,  Kesimpulannya, remaja perlu berusaha  memiliki     aura   positif agar kehidupan remaja lebih berkualiti  dan dipandang tinggi dalam masyarakat.
         

                                    (119 patah perkataan)       






       SOALAN PEMAHAMAN PETIKAN 

       SOALAN (i) Maksud rangkai kata menyuburkan minda :

PILIHAN
JAWAPAN
MARKAH
(i)
Mengembangkan/memupuk/menyemai/ akal/pemikiran.
2
(ii)
Mengembangkan/memupuk/menyemai minda.
1
(iii)
Menyuburkan akal/pemikiran.
1



         SOALAN (ii) Keadaan-keadaan :

ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
Perasaan negatif dalam diri seseorang.
1
2
Keadaan fizikal yang lemah disebabkan sakit, depresi atau keletihan.
1
3
Pengaruh oleh elemen dari luar atau dalaman seseorang itu sendiri.
1

         SOALAN (iii) Punca-punca
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
Pengaruh media massa.
1
2
masalah hubungan dalam keluarga.
1
3
Bebanan pelajaran/tanggungjawab terhadap pekerjaan.
1
4
harapan ibu bapa yang terlalu tinggi.
1
5
kurang pengamalan/ mengamalkan ajaran agama.
1
6
inginkan perhatian/dikenali ramai/ disanjungi.
1
7
sikap negatif dalam diri.
1

HEBAT RUMUSAN SPM 2020 - SET 8 - Kelebihan memiliki aura positif dan cara membentuk aura positif dalam kalangan remaja





HEBAT RUMUSAN SPM 2020
Latihan Rumusan dan Pemahaman Petikan Rumusan.
                

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-kelebihan memiliki aura positif dan cara-cara membentuk aura positif dalam kalangan remaja. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Aura boleh diertikan sebagai suatu medan tenaga yang hidup tetapi tidak dapat dilihat oleh mata kasar dalam diri seseorang. Aura tenaga ini terdiri daripada ion positif dan ion negatif. Aura seseorang itu memancar dan berupaya mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya. Remaja yang beraura positif sememangnya senang didekati kerana aura positif yang terpancar di wajahnya akan menjadi magnet menarik perhatian orang lain untuk mendekati dirinya.
Persekitaran keluarga yang positif berperanan penting dalam usaha untuk membina aura positif. Ibu bapa yang sentiasa mengungkapkan kata-kata positif pastinya dapat membentuk sikap anak-anak yang tidak berputus asa dan tidak menganggap kegagalan sebagai suatu musibah yang besar. Pada masa yang sama, ibu bapa yang mengekalkan aura positif akan sentiasa mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang sehingga mampu menjadikan anak- anak berfikiran matang khususnya dalam membantu remaja menghadapi fasa kritikal pencarian identiti dan tujuan hidup. Selain itu, pendekatan psikologi perlu digunakan dalam mendidik anak- anak agar anak-anak lebih berkeyakinan dan berusaha membaiki kelemahan dirinya.
Secara umumnya, remaja sering ditimpa sesuatu perkara yang membuatkannya berubah menjadi marah dan sedih. Keadaan ini menyebabkan gelombang negatif masuk ke dalam tubuh remaja tersebut. Dalam hal ini, remaja yang beraura positif berupaya mengawal keadaan emosi, mental, fizikal dan tahap kerohanian dalam dirinya. Hakikatnya, semua aura pada asalnya bersifat positif tetapi perasaan negatif dalam diri seseorang dapat menukarkan aura positif kepada aura negatif. Selain itu, keadaan fizikal yang lemah disebabkan sakit, depresi atau keletihan dapat mengganggu lingkaran aura positif yang menyelubungi diri. Malahan pengaruh oleh elemen dari luar atau dalaman seseorang itu sendiri turut menyumbang kepada perubahan tersebut.
Remaja sering mempelajari sesuatu perkara daripada sumber penyalur informasi seperti media massa. Rancangan yang berunsurkan keganasan dan seksual tidak sesuai untuk ditonton oleh golongan remaja yang tahap pemikirannya masih belum matang. Tidak mustahil juga aksi  dan perlakuan negatif yang dipersembahkan oleh media itu akan ditiru oleh remaja yang akan mengurangkan lagi aura positif anak-anak. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu melaksanakan aktiviti yang boleh menyuburkan minda mereka dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat. Hasilnya, anak- anak lebih bijak memilih bahan media yang betul. Sesungguhnya, anak-anak yang beraura positif memiliki keperibadian yang baik dan bercita-cita untuk berjaya dalam kehidupan.

Dipetik dan diubah suai daripada “ Persekitaran membentuk aura positif remaja”Oleh Noraziah Mohd Amin Dewan Bahasa, Julai 2017

Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)          Berikan maksud rangkai kata menyuburkan minda.
[2 markah]
(ii)         Pengarang menyatakan beberapa keadaan yang boleh menukarkan aura positif kepada aura negatif dalam diri seseorang.
Nyatakan keadaan-keadaan tersebut.
[3 markah]
(iii)       Segelintir remaja sering berdepan dengan masalah tekanan perasaan dalam kehidupan mereka.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca remaja menghadapi masalah tersebut?


Sabtu, 16 Mei 2020

LATIHAN PEMAHAMAN SAJAK GELANGGANG



Nama:
Tingkatan: 4 ST
Tarikh:  14 Mei 2020

Sumber    :  Buku Kerja
Praktis SPM 4 (muka surat  108)
Nota rujukan muka surat 101/102


Baca sajak di bawah dengan teliti ,  kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

SAJAK : GELANGGANG

  1. Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.

  1. Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.
       
  1. Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.

  1. Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.
       
  1. Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.
  




(I)                  Beri maksud persada arena.(2 markah)
-          Peringkat dunia
Jawapan  lengkap: ____________________________________________________________________________________________________________________________

(II)               Pada pendapat and, apakah saha-usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk  menghargai jasa bekas pejuang tanah air? [3markah]
-           Kerajaan peru memberi   penghargaan  yang bersesuaian dengan jasa mereka seperti menberi anugerah pingat pahlawan negara
-          Memberi imbuhan seperti mengurniakan tanah untuk diusahakan , rumah dan kewangan dan sebagainya
-          Memberikan biasiswa utuk membantu anak-anak pejuang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi

Jawapan  lengkap: ________________________________________________________________________________________________________________________________


       (iii) Huraikan dua  persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.  
             [4 markah]
-           Persoalan semangat   cinta  akan negara yang tidak berbelah bahagi -  contoh di rangkap dua , penyajak menyatakan bahawa negara harus  dijaga dengan penuh tanggunjawab  daripada dicerobohi  oleh orang luar
-          Persoalan  kepentingan perpaduan dalam masyarakat – contoh –  di rangkap satu penyajak menyatakan bahawa hubungan baik sesama  rakyat  berbilang kaum dapat mengelakkan permusuhan

Jawapan  lengkap: ____________________________________________________________________________________________________________________________




       (iv)   nyatakan  seruan penyajak dalam rangkap ke empat.        [2 markah]
-          Menyeru semua rakyat yang cinta akan negara supaya menguatkan hubungn persaudaraan
-          Menyeru rakyat berbilang kaum supaya bersatu padu untuk mengelakkan  perbalahan dan pergaduhan

Jawapan  lengkap: ____________________________________________________________________________________________________________________

 (v)  Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh masyarakat berbilang kaum di
              Malaysia  untuk mengekalkan perpaduan .  [3 markah]

Jawapan  lengkap: ____________________________________________________________________________________________________________________________

      (vi)    Huraikan  dua nilai murni yang terdapat dalam sajak Gelanggang  [4 markah]

Jawapan  lengkap: ____________________________________________________________________________________________________________________________


Praktis Berpandu (M/S 106)
Kesetiaan kepada pemerintah amat penting dalam sesebuah negara.
Pada pendapat anda, apakah kepentingn kesetiaan rakyat kepada pemerintah?
-          Mewujudkana negara yang amat dan harmoni kerana tiada konflik antara rakyat dengan pemerintah
-          Dapat memajukan dan membangunkan negara   - rancangan pembanguan   negara dapat dijalankan   dengan lancar
-          Menunjukkan semangat  patriotik  yang tinggi dalam kalangan rakyat terhadap pemimpin dan Negara


Jawapan  lengkap: ____________________________________________________________________________________________________________________________