HALAMAN 2

Selasa, 8 April 2014

Analisis Novel Cempaka Putih Untuk Mu - LATAR

PENGERTIAN KONSEP LATAR DALAM KOMSAS

LATAR
Latar adalah ruang sama ada ruang masa, tempat atau persekitaran iaitu masyarakat yang mendasari sesuatu peristiwa dalam karya prosa. 
Ini bertujuan menjadikan sesuatu persitiwa lebih konkrit, realistik dan tidak berlaku pada ruang kosong.

(a) Latar Masa merupakan ruang zaman, musim, hari atau waktu sesuatu peristiwa berlaku. 
Latar masa dapat dikesan melalui penceritaan penulis, dialog watak atau gambaran suasana ketika itu.

(b) Latar Masyarakat merupakan ruang persekitaran yang terdiri daripada watak-watak dalam sesuatu peristiwa. Ia merujuk kepada ciri-ciri sesebuah masyarakat yang terdapat dalam sesebuah cerita. Watak dalam cerita merupakan wakil untuk menggambarkan masyarakat sebenar. Ia juga dapat dikesan melalui penceritaan penulis, tindakan serta pemikiran watak-watak dalam cerita berkenaan.


(c) Latar Tempat merupakan ruang tampat yang melatari sesuatu peristiwa dalam cerita. 
Latar tempat boleh terdiri daripada perlukisan tempat semulajadi dari segi geografi dan semulajadi seperti bukit, hutan, sungai, laut dan sebagainya atau tempat yang menggambarkan ciri-ciri budaya seperti rumah, masjid, padang, istana dan sebagainya.



LATAR DALAM NOVEL CEMPAKA PUTIH UNTUK MU

Latar Masa

i.        Pagi
Contoh: Pada pukul 9.00 pagi, Encik Hasrul sekeluarga bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Jerantut

ii.       Petang
Contoh: Pada suatu petang setelah keluarga Encik Hasrul tiba di rumah baharu, masyarakat setempat menyambut kedatangan mereka.

iii.      Malam
Contoh: Encik Hasrul mempelawa Pak Morit dan Mak Sukin bermalam di rumahnya kerana keadaan Satiah yang masih lemah. Encik Hasrul bimbang penyakit Satiah berulang kembali.


Latar Tempat

i.        Di Kuala Lumpur
Contoh: tempat tinggal asal keluarga Encik Hasrul.

ii.       Di kampung Kuala Batu.
Contoh: sebuah perkampungan orang asli yang dihuni oleh Pak Morit dan Mak Sukin yang juga merupakan tempat tinggal baharu Encik Hasrul dan keluarganya.

iii.      Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Batu
Contoh: Tempat Hartini, Satiah dan rakan-rakannya bersekolah sehingga tamat
PMR.

iv.      Sekolah Menengah Gemilang Wawasan.
Contoh: Sekolah Berasrama Hartini setelah beroleh keputusan cemerlang dalam
PMR.

iii.      Pontian
Contoh: Tempat tinggal nenek Hartini dan di situlah Hartini belajar komputer selepas peperiksaan PMR.  

iv.      Kampung Langsat
Contoh : Tempat Pak Morit menghantar anaknya Satiah berjumpa dukun. 

Latar Masyarakat

i.      Masyarakat bandar
          Contoh: Keluarga Encik Hasrul yang telah lama tinggal di bandar agak keberatan  untuk berpindah ke kawasan pedalaman.

ii.      Masyarakat orang Asli
          Contoh: Masyarakat orang Asli suka bersedekah dengan memberikan hasil pertanian seperti keledek, dan pisang kepada keluarga Encik Hasrul.

iii.     Masyarakat yang percaya kepada amalan tradisional
          Contoh: Dukun dari Kampung Langsat dan Pak Morit mempercayai Satiah jatuh sakit kerana telah terlangkah ‘benda kotor’. 

iv.     Masyarakat pelajar
          Contoh: Hartini, Satiah, Sinda, Ineng, Ambok, Meranu, Ali Sintok dan rakan-rakan yang lain menduduki peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Kuala Batu.

v.       Masyarakat peniaga
          Contoh: Pak Dollah seorang peniaga yang menjual ikan.

 vi.     Masyarakat pendidik
          Contoh: Cikgu Hanafi sentiasa memberi pujian ke atas Satiah yang pandai mengarang.

Khamis, 3 April 2014

NOVEL CEMPAKA PUTIH UNTUK MU - NILAI & PENGAJARAN





Nilai Kemanusiaan

 Nilai keberanian

Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju membenarkan Satiah dirawat di hospital.


ii.             Nilai ketabahan

Contoh: Penderitaan yang dialami oleh Satiah sangat menyakitkan. Walaupun dia mengalami kesakitan yang teruk, dia tetap meneruskan pelajarannya di sekolah   berasrama penuh.


iii.            Nilai bertanggungjawab

Contoh: Encik Hasrul merupakan seorang pegawai kerajaan yang bertanggungjawab,    beliau sanggup menerima tawaran berkhidmat di luar Bandar untuk memajukan masyarakat di sana.


iv.            Nilai kasih sayang

Contoh: Hartini sangat menyayangi Satiah sehingga dia tidak dapat menerima kenyataan pemergian rakan karibnya itu pada peringkat awal.

v.             Nilai kebijaksanaan

Contoh: Encik Hasrul bijak menangani masalah anaknya yang difitnah mengedar pil   ecstasy di sekolahnya.



vi.            Nilai kegigihan

Contoh : Satiah, Ineng, Sinda, Ambok, Meramu dan rakan-rakan yang lain gigih belajar sehingga berjaya dalam  peperiksaan PMR.




Pengajaran

i.        Kita hendaklah ikhlas dalam persahabatan

Contoh: Hartini dan Satiah telah menjalin hubungan persahabatan dengan ikhlas walaupun berbeza kaum. Satiah menjadi teman belajar, menangis dan ketawa Hartini.

ii.        Kita hendaklah saling menyayangi.

Contoh: Keluarga Hartini amat menyayangi Satiah walaupun Satiah hanyalah anak angkat mereka dan berasal daripada anak orang Asli.

iii.        Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah

Contoh: Encik Hasrul bijak menyelesaikan masalah anaknya yang telah difitnah mengedar pil ecstasy

iv.        Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan

Contoh: Hartini, Satiah  dan rakan-rakan yang lain bersungguh-sungguh belajar secara berkumpulan untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan PMR.

v.        Kita hendaklah berpegang kepada janji

Contoh: Encik Hasrul telah menunaikan janjinya dengan mengadakan kenduri kesyukuran setelah Hartini dan rakan-rakannya berjaya dalam PMR

vi.        Kita janganlah menganiaya orang lain

Contoh:  Junainah telah menganiaya Hartini dengan meletakkan pil ecstasy di dalam almari.  Perbuatannya telah terbongkar dan dia telah menerima balasan.





Selasa, 1 April 2014

LATIHAN DRAMA GELANGGANG TUK WALI- SET 1


     SET 1

  • Soalan 2(b) – Petikan Drama

    Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.



    RIPIN: Wak masuk hutan minggu lepas? ( Melihat longgokan akar kayu di hujung beranda )

    TUK WALI: Nak dapat banyak tu, sehari suntuk aku di hutan. Bawa bekal nasi lagi!

    RIPIN:  Dah berpuluh tahun diredah, wak! Tak ada siapa pulak yang menanam semula.

    TUK WALI:  Kalau ikut petua, ikut pantang larang, sampai anak cucu pun insya-Allah ada lagi. Bila aku cakap fasal pantang larang, semua orang ketawa.  Bila aku bukakan rahsia petua ke hutan, ada orang kata aku ni nak jadi Tarzan.  Orang sekarang ni tak berasa malu lagi bila merosakkan … dah hilang rasa hormat mereka pada alam!

    RIPIN: Petua yang mana, wak ?

    TUK WALI : Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang.  Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh.  Kalau hati belum pasti , jangan cemas.  Kalau belum mengenal, kenal dulu.

    RIPIN : Mereka mencantas, menebang tu pun kerana nak mengenallah, wak!

    TUK WALI: Belajarlah mengenal pada ibu, bukan cabut anak. (Kesal ) Yang langgar pantang, anak cucu aku jugak.  Cakap aku ni tak dihargai langsung. ( Marah ) Si Berahim anak tiri aku tu! Dia murid Si Guan, Guan kedai singse tu!  Tunjuk mana pasak bumi, tongkat ali, dikenalkannya rancang besi, rancang tembaga, yang mana raja berangkat, apa khasiat lukai jantan, apa gunanya tengkuk biawak!


     i.  Apakah pantang larang yang diberitahu oleh Tuk Wali kepada Ripin ketika masuk ke hutan?

    P1 Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang. 
    P2 Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh.
    P3 Kalau hati belum pasti , jangan cantas
    P4 Kalau belum mengenal, kenal dulu.

    ( 2 isi =2markah )

     ii.      Pada pendapat anda , mengapakah Tuk Wali amat berpegang kuat pada pantang larang ketika mencari pokok-pokok ubat di hutan?


    P1 Anak-anak pokok ubat tidak dicantas sewenang-wenang kerana boleh 
         memupuskan   pokok-pokok ubat di hutan dalam jangka panjang

    P2 bekalan ubat-ubat herba tradisional tidak putus sampai bila-bila

    P3 ada pokok-pokok ubat memerlukan puluhan tahun untuk dewasa sebelum dapat  digunakan

    P4 pokok-pokok tersebut merupakan habitat haiwan liar

    P5 pokok yang berbunga dan berbuah menghasilkan benih bagi menghasilkan  pokok-pokok baru  bagi menggantikan pokok-pokok ubat yang telah tua dan tidak produktif

    P6 generasi muda /anak cucu dapat terus mengenali khazanah alam dan ilmu perubatan tradisional

     ( 3 isi= 3 markah )

     iii.    Jelaskan satu perwatakan Tuk Wali berdasarkan petikan di atas  dan satu perwatakannya dalam drama tersebut.

    Dalam petikan....Tuk Wali seorang yang
    P1 Sayang akan alam semula jadi
        Contohnya:  Tuk Wali mengamalkan petua apabila mencari ubat-ubat tradisional di hutan agar pokok-pokok  tidak pupus.

    P2 percaya pada pantang larang
       Contohnya:   Tuk Wali berpegang kuat pada pantang larang ketika masuk ke hutan agar pokok-pokok hutan   dapat kekal sehingga ke anak cucu

    ( 1 isi = 2 markah
    1 m- isi
    1m –huraian
    (Huraian tanpa isi= 0 markah )


    Dalam Keseluruhan Cerpen  ....Tuk Wali seorang yang
    P1 berani.
         Contohnya:  Wali berani bertarung dengan Siak apabila Siak datang menyerangnya.

    P2 cekap
         Contohnya:   Tok Wali pantas dan cekap menewaskan perompak yang cuba merompak kedai emas.

     P3 taat akan perintah agama.
         Contohnya:  Tok Wali tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid dan rajin menunaikan solat sunat.

    P4  ikhlas
    Contohnya:  Tok Wali melakukan kerja-kerja kemasyarakatan seperti memandikan jenazah , menggali kubur tanpa meminta upah.

    ( 1 isi = 2 markah)
    1 m- isi
    1m –huraian
    (Huraian tanpa isi= 0 markah )

















LATIHAN DRAMA GELANGGANG TUK WALI - ANTOLOGI HARGA REMAJA

SET 1