HALAMAN 2

Ahad, 1 Oktober 2023

BINAAN PLOT NOVEL DI SEBALIK DINARA TINGKATAN 4

BINAAN PLOT DAN TEKNIK PLOT NOVEL DI SEBALIK DINARA

Plot
Binaan Plot
1. Permulaan – Farisha berada di lapangan terbang untuk pulan selepas menghadiri mesyuarat di Nusajaya. Dia terasa sangat mengantuk kerana bangun awal pagi untuk berkejar dari Kuala Lumpur ke Nusajaya dan pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Dia berkenalan dengan seorang pemuda di kapal terbang dan berjumpa semula semasa Farissha menghadiri symposium di Hotel Renaissance. Pemuda itu menawarkan projek mini yang yang bernilai tinggi di Soft Lab.

2. Perkembangan – Hari-hari seterusnya, Farisha memulakan tugasan di Soft Lab dengan ditemani oleh Aqram. Dia berkenalan dengan Dr Maxi dan juga saintis hebat bernama Karl. Farisha mula mengkaji projek yang akan digodamnya iaitu Dinara dengan bantuan Aqram dan Alia. Semasa bekerja di Soft Lab, Farisha dan Shida menemui pelbagai maklumat berkaitan projek Dinara. Shida menimbulkan beberapa kemusykilan tentang seorang pembantu penyelidik bernama Medina.

3. Konflik – Farisha berasa sangat terkejut dan sedih apabila mengetahui yang dia hanya anak angkat. Farisha menangis sepanjang malam dan tidak dapat melelapkan mata. Konflik juga berlaku di pejabat Farisha di Soft Lab, apabila Farisha jatuh pengsan dan dimasukkan ke hospital menyebabkan sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl tidak dapat diteruskan. Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi mengambil keputusan untuk menggantikan tempatnya dengan Shida.

4. Klimaks – Situasi semakin tegang apabila Shida terpaksa mengambil alih tempat Farisha untuk sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Karl marah kerana dia hanya mahukan sesi komunikasi dilakukan dengan Farisha. Sementara itu, reaksi Shida sungguh tidak dijangka. Dia meronta-ronta dan membanting diri kerana kejutan situasi yang tidak pernah dialaminya. Karl masuk ke dalam tubuh Shida untuk menyelesaikan tugasan Dinara. Tiba-tiba Medina tiba di pejabat Dr Maxi untuk membalas dendam terhadap Karl. Berlaku perdebatan yang hebat antara Medina dengan Karl ( Shida ). Suasana di pejabat Dr Maxi sangat tegang. Semua watak ada di bilik Dr Maxi ketika ini.

5. Peleraian – Di rumah agam Karl di Puchong. Karl sedang nazak. Medina sangat terkejut dan menyesal kerana meninggalkan Karl. Setiap orang dibenarkan menemui Karl secara perseorangan. Medina menangis teresak-esak. Alia pula meraung. Sementara yang lain reda dengan situasi tersebut. Karl disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam. Mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka.

Teknik Plot

1. Imbas kembali
Azraai mengimbas kembali peristiwa 26 tahun lalu ketika keluarganya menerima Farisha sebagai anak angkat. Seorang lelaki India yang berambut hitam pekat dan seorang lagi mungkin berketurunan Caucasian datang ke rumah mereka pada waktu petang dengan membawa anak kecil. Anak kecil itulah Farisha. Farisha diberikan kepada keluarga Azraai sebagai anak angkat.

2. Dialog
Contohnya perbualan antara Aqram dan Farisha di dalam pesawat dan di Hotel Renaissance.
Perbualan antara Khairul Anwar dengan Karl ( Shida ) yang membongkar kisah silam Khairul Anwar.

3. Saspens
Unsur saspens muncul ketika Shida mula menjalani sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Tindak balas meronta dan membanting-banting diri sangat mengjutkan semua yang ada di bilik pejabat Farisha dan bilik Dr Maxi. Aqram meminta agar sesi ditamatkan kerana bimbang kejadian lebih teruk akan berlaku. Dr Maxi menghalang. Sesi diteruskan. Kali ini kekerasan terpaksa dilakukan. Kaki dan tangan Shida diikat, Shida berguling-guling ke lantai, nafasnya kencang dan mata terbelalak. Situasi sangat berbeza dengan ketika Farisha melakukan sesi yang sama. Pembaca tertanya-tanya apa yang akan berlaku kepada Shida.

4. Pemerian
Karl ( Shida ) memerihalkan asal usul Khairul Anwar. Nama sebenarnya Muhammad Irfan. Seorang budak comot yang mengemis di tepi jalanan. Dia mencuri dompet Karl. Karl membawanya pulang, memberi makanan, menggantikan pakaiannya dan menggantikan ingatannya. Lalu dia bertukar menjadi Khairul Anwar.

Jumaat, 4 Ogos 2023




LATIH TUBI MENULIS KARANGAN

TINGKATAN : 3 KRISTAL

TARIKH         :  4 OGOS 2023

ARAHAN TUGASAN:  Salin contoh karangan

(BAHAGIAN A)

Tema:  MENCAPAI IMPIAN MENUAI KEJAYAAN

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 – 80 patah perkataan.

 

Penglaman Menyertai Kem Motivasi Diri

 

 

mengikuti kem motivasi diri -  anjuran Kelamb Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling – memperoleh pelbagai kemahiran berguna - pakar motivasi diundang – membakar semangat – aktiviti sumbang saran – berjaya menyelesaikan tugasan – amat gembira

 

 

 

Contoh karangan:

 

                Pada minggu lalu, saya telah mengikuti Kem Motivasi Diri anjuran Kelab Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling.  Seramai 80 orang murid dari beberapa buah sekolah telah menyertai kem ini dan dikelolakan oleh 8 orang guru. 

Seorang pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadilah Kamsah diundang untuk memberi ceramah motivasi.  Beliau mengingatkan kami tentang pentingnya ilmu pengetahuan di samping membakar semangat kami agar belajar bersungguh-sungguh kerana ilmu pelita hidup.  Selepas ceramah, kami menjalankan aktiviti sumbang saran tentang langkah mencapai kecemerlangan secara berkumpulan.  setiap kumpulan berjaya menyelesaikan tugasan. 

Saya berasa sangat gembira kerana mendapat kenalan baharu dan membina keyakinan diri sendiri.

                                                                                                                                (80 patah perkataan)

 

 

 

Latihan:

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 – 80 patah perkataan.

 

Gotong-royong Bersama-sama Keluarga

 

 

cuti sekolah – bergotong-royong dengan ahli keluarga – membersihkan Kawasan rumah – menyediakan barang keperluan – longkang dan halaman rumah – ruang tamu dan ruang dapur – menyapu dan mengemop lantai bilik-bilik – letih tetapi gembira – kawasan rumah bersih dan ceria

 

 



















Jumaat, 2 Jun 2023

SOALAN 8 - NOVEL SPM 2021




8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

 

(i)          Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

 

        Setelah bergelut dengan gambaran Doktor Sadiz di dalam lif berulang kali tadi,hatinya telah mula berdebar-debar kerana merasakan dirinya diburu oleh bayangan Doktor Sadiz.  Setiap derap ranting patah yang gugur dilanggar angin, setiap derap tapak kasut pegawai keselamatan atau sesiapa sahaja yang melewati koridor di luar kondominium mewahnya, dapat didengarnya dengan amat peka lagi jelas.

 

        Raiha mengeluh singkat, melepaskantekanan yang dialaminya, di ruangtamu kondominiumnya yang luas itu.  Dia sendiri tidak mengerti sebab dia harus terus-terusan dikejar oleh perasaan takut seperti itu kerana bayangan tersebut hanya akan membuatkan dia berasa sepi, terasing dan amat terkilan.  Kesepian, keterasingan dan perasaan terkilan itu bepadu dengan suatu perasaan yang menakutkannya, cukup menyeksa dunia batinnya.  Perasaan-perasaan yang berpadu dengan keletihan yang mencengkam dirinya itu menyebabkan Raiha amat sukar merehatkan diri di pembaringannya sebentar tadi.  Membuatkan dia penuh waspada.

 

(dipetik daripada novel Pantai Kasih, karya Azman Nordin KPM)

 

(i)   Apakah tekanan-tekanan yang dihadapi oleh Raiha?    (4 markah)

 

 

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

 

(a) Leftenan Adan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Nor

(c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

(d). Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(A) Tirani karya Beb Sabariah

(g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(h) Silir Daksina karya Nizar Parman

 

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa-peristiwa yang menggembirakan                                         (6 markah)



 (i)          Tekanan-tekanan yang dihadapi oleh Raiha

 

P1   merasakan dirinya diburu oleh bayangan Doktor Sadiz

P2   dia berasa sepi,  terasing an amat terkilan

P3   suatu perasaan yang menakutkannya

P4   cukup menyeksa dunia batinnya

P5   sukar merehatkan diri di pembaringannya

 

 

(ii)         Novel yang telah saya pelajari dalam tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.  Terdapat beberapa peristiwa yang menggembirakan sepanjang perkembangan cerita novel ini.

                        Antara peristiwa yang menggembirakan saya ialah peristiwa Azraai memasang retinal scanner pada pintu rumah adik angkatnya, Farisha dan menyambung interkom apartmen Farisha ke telefon di rumahnya untuk memastikan keselamatan Farisha terjamin .  Peristiwa ini menggembirakan saya kerana seorang abang menunjukkan sikap bertanggungjawab dan mengambil berat untuk melindungi diri adiknya dari mara bahaya walaupun hanya sebagai adik angkat.

     Selain itu peristiwa Farisha berbincang dengan abangnya dahulu iaitu Azraai sebelum mengambil keputusan untuk menerima tawaran daripada Aqram mengenai projek di Soft Lab yang bernilai sebanyak RM 1.5 juta. Peristiwa ini menggembirakan saya kerana tindakan merujuk dan mendapatkan nasihat sebelum membuat sebarang keputusan ialah suatu tindakan bijak dan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan.

 

    Akhir sekali peristiwa yang menggembirakan saya ialah peristiwa  Farisha bertemu dengan Karl yang sedang nazak di rumah agam.  Ketika pertemuan itu, Farisha hanya merenung wajar Karl yang kelihatan cengkung.  Farisha menyatakan bahawa dia akan sentiasa mengingati ayahnya.  Farisha berasa sebak dan mengucapkan selamat tinggal kepada Karl.  Tidak semena-mena air mata mengalir di pipi lelaki itu.  Peristiwa ini menggembirakan saya kerana sebagai anak Farisha sanggup menziarahi Karl buat kali terakhir walalupun Karl telah menjadikannya bahan uji kaji kerana hubungan darah antara anak dan ayah tidak akan putus.

 

    Demikianlah antara peristiwa yang menggembirakan saya dalam novel yang telah saya kaji.









SOALAN 8 - NOVEL SPM 2021

8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

 

(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan     menggunakan ayat anda sendiri.

 

          "Nanti jika orang tahu apa pula kata mereka?"

 

"Peduli kata orang. Orang hanya pandai bercakap tetapi tak mahu menolong. Embong, walaupun saya orang Cina tetapi saya anggap Melayu ialah bangsa yang paling baik. Tengoklah, saya sekeluarga di sini pun boleh hidup senang. Sikap orang Melayu dulu suka tolong-menolong tetapi sekarang kurang sangat."

 

    "Mereka sibuk cari harta."

 

      "Semua orang hidup cari harta. Mahu hidup senang. Tapi janganlah fikir perut sendiri sahaja. Dulu ada kenduri-kendara mereka kerja bersama-sama. Sekarang ramai yang tolak. Esok ada majlis Maulidur Rasul, Imam Deraman mengeluh kepada saya. Dia kata, nak suruh orang memasak bukan main susah. Semua kata sibuk. Kalau pun sanggup, perlu dibayar upah. Susah macam ini," kata Tauke Lim.

 

    "Sikap orang bandar sudah masuk kampung.”

 

Dipetik daripada

novel Songket Berbenang Emas

karya Khairuddin Ayip,

Kementerian Pendidikan Malaysia

 

Berdasarkan petikan di atas, mengapakah Tauke Lim menyatakan bahawa "Sikap orang bandar sudah masuk kampung."

 

[4 markah]

 

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

 

(a) Leftenan Adan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib

(b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Nor

(c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin

(d). Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(A) Tirani karya Beb Sabariah

(g) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(h) Silir Daksina karya Nizar Parman

 

    Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa-peristiwa yang   menarik perhatian anda.

 

[6 markah]



(i) (i) Sebab-sebab

    P1 dulu suka tolong-menolong tetapi sekarang kurang sangat        1m             

    P2 fikir perut sendiri sahaja                                                         1m

    P3 Dulu ada kenduri-kendara mereka kerja bersama-sama. Sekarang ramai yang tolak  1m

    P4 Semua kata sibuk                                                                   1m

    P5 perlu dibayar upah                                                                  1m

[Maksimum: 4 markah]





(ii)    Novel yang telah saya pelajari dalam tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.  Terdapat beberapa peristiwa yang menarik perhatian pembaca sepanjang perkembangan cerita novel ini.

    Antara peristiwa yang menarik perhatian saya ialah peristiwa Azraai memasang retinal scanner pada pintu rumah adik angkatnya, Farisha dan menyambung interkom apartmen Farisha ke terlefon di rumahnya untuk memastikan keselamatan Farisha terjamin .  Peristiwa ini menarik perhatian saya kerana menunjukkan sikap bertanggungjawab dan mengambil berat seorang abang untuk melindungi diri adiknya dari mara bahaya walaupun hanya sebagai adik angkat.


     Selain itu peristiwa Farisha berbincang dengan abangnya dahulu iaitu Azraai sebelum mengambil keputusan untuk menerima tawaran daripada Aqram mengenai projek di Soft Lab yang bernilai sebanyak RM 1.5 juta. Peristiwa ini menarik perhatian saya kerana tindakan merujuk dan mendapatkan nasihat sebelum membuat sebarang keputusan ialah suatu tindakan bijak untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan.

    Akhir sekali peristiwa yang menarik perhatian saya ialah peristiwa  Azraai yang berani mengambil risiko untuk memberitahu Farisha bahawa dia merupakan anak angkat dalam keluarganya yang diserahkan ketika dia berumur 2 tahun 26 tahun yang lepas walaupun dia tahu adik angkatnya itu akan berasa sedih apabila mengetahui kebenaran. Peristiwa ini menarik perhatian saya kerana memaparkan keberanian dan kejujuran seseorang yang diamanahkan dalam menyatakan sesuatu perkara biarpun sukar dilakukan bagi mengelakkan sebarang masalah.

    Demikianlah antara peristiwa menarik perhatian saya dalam novel yang telah saya kaji.




Rabu, 31 Mei 2023

RUMUSAN KSSM SPM 2021




BAHAGIAN C: RUMUSAN

SPM 2021

[30 markah]

 

9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tapa mengubah maksud asal petikan.

 

 BAHAN 1 - PETIKAN

 

          Tanggal 16 Mei pada setiap tahun menjadi hari yang ditunggu-tunggu oleh semua warga bergelar guru atau panggilan keramatnya, 'cikgu'. Pada hari tersebut, sambutan hari guru diadakan sebagai tanda kita menghargai jasa dan pengorbanan golongan guru. Antara aktiviti sambutan hari guru adalah dengan mengadakan pelbagai persembahan menarik untuk menggembirakan hati guru. Tidak cukup dengan Guru yang tidak lekang di bibir mereka.

 

          Peranan guru dilihat sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi memenuhi aspirasi pendidikan negara. Hal in dikatakan demikian kerana mereka sangat berharap agar anak didik yang diasuh menjadi manusia yang berguna. Selain itu, guru mendidik murid-murid menghindari keburukan agar mereka menjadi insan yang mulia. Dalam hal ini, walaupun sesekali murid terpaksa dihukum tetapi tindakan itu diambil demi kebaikan mereka. Keikhlasan guru dalam mendidik telah menjadikan mereka mampu tersenyum puas apabila melihat kejayaan anak didiknya.

 

          Selaku manusia yang bermaruah, kita harus bertanya kepada diri sendiri, adakah kita masih ingat kepada orang yang pernah mengajar kita suatu masa dahulu? Kita seharusnya bertanya khabar dan menziarahi mereka walaupun sudah berjawatan tinggi selain menitipkan doa kepada mereka agar sentiasa sejahtera. Bagi mereka yang sudah meninggalkan alam persekolahan, jasa guru hendaklah sentiasa dalam ingatan kerana hasil didikan guru telah meletakkan mereka pada kedudukan sekarang. Semua perkara ini sebagai bukti untuk menghargai jasa guru selama ini. Jadi, janganlah kita berasa sombong dengan pencapaian kita pada hari in kerana sejarah kejayaan seseorang dimulakan oleh seorang guru biasa.


Dipetik dan diubah suai daripada rencana*Guru Dihargai Mampu Galas Tanggungjawab' oleh Mary Yap Kain Ching, Berita Harian, 17 Mei 2016


      BAHAN 2 - BAHAN GRAFIK

                  
                

Pendahuluan  [2  MARKAH)                                                                                    

P1 membincangkan cara-cara / langkah-langkah / usaha-usaha / kaedah-kaedah

      menghargai jasa guru dan peranan / tugas / tanggungjawab guru                                         

 Isi [16 markah]

 

FOKUS 1: Cara-cara menghargai jasa guru

 

A Bahan 1

1    sambutan hari guru diadakan  .        2m                                                                                        

2    seharusnya bertanya khabar dan menziarahi. 2m                                                                                   

3    menitipkan doa kepada mereka.  2m                                                                                                             

4    jasa guru hendaklah sentiasa dalam ingatan.   2m 

 

B Bahan 2

5    menghormati guru.  2m  

6    sentiasa membantu guru. 2m guru                                                                                                                

7    menyayangi guru . 2m  

 

C Bahan 3

8    menghadiahi guru (sejambak bunga) / Memberikan hadiah (Bahan 1)   2m

9    mengenang jasa guru           2m                                                                                               

FOKUS 2: Peranan-peranan guru  

D Bahan 1

1 membina dan membentuk kualiti murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek    2m

2.  mendidik murid-murid menghindari keburukan 

                                                                                                                                                                                                      

E Bahan 3

3 sentiasa menabur budi    2m  

 

Kesimpulan [2 markah]

K1 Kesimpulannya, jasa guru perlu dihargai agar ilmu yang diperoleh diberkati 

                                                                                                            2m


Rumusan lengkap;


        Rumusan membincangkan  usaha-usaha menghargai jasa guru dan peranan seorang guru.

 

          Antara usaha menghargai jasa guru ialah sambutan hari guru diadakan serta seharusnya  bertanya khabar dan menziarahi mereka.  Selain itu, kita juga perlu menitipkan doa kepada mereka dan jasa guru hendaklah sentiasa dalam ingatan.  Usaha seterusnya ialah  sentiasa membantu guru ,menyayangi guru dan menghadiahi guru sejambak bunga.                         

 

          Antara peranan guru pula ialah untuk membina dan membentuk kualiti murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek dan mendidik murid-murid menghindari keburukan di samping sentiasa menabur budi.

 

          Kesimpulannya, jasa guru perlu dihargai agar ilmu yang diperoleh diberkati dan melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia.


                                                                          (112 patah perkataan)

                                                  

 

 








Selasa, 23 Mei 2023

RUMUSAN KSSM - TEMA KAEDAH/STRATEGI MEMILIH PEKERJAAN DI PASARAN



  

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.  Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.

 

Bahan 1 – Petikan

          Selepas tamat belajar, setiap individu mestilah mendapatkan pekerjaan untuk meneruskan kehidupan mereka demi masa depan.  Pada masa ini, bukan mudah mendapatkan pekerjaan jika tidak kena cara dan gayanya.  Pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi oleh seorang pencari kerja terutamanya peluang kerja yang kurang berbanding minat sesorang pencari kerja.    Hal ini ditambah pula dengan kegawatan ekonomi, dan kelulusan atau kelayakan yang tidak seiring dengan kehendak bidang pekerjaan.

 

          Bagaimanapun, seseorang pencari kerja mestilah memikirkan pelbagai kaedah dan berusaha untuk mendapatkan pekerjaan.  Mereka mestilah mengetahui jenis pekerjaan yang terdapat di pasaran.  Mereka juga mestilah menyesuaikan pekerjaan tersebut dengan kelulusan yang dimiliki dan sepadan pula dengan syarat yang diperlukan untuk memperoleh pekerjaan yan diingini.  Di samping itu, penyelidikan dan pencarian berkaitan pekerjaan serta organisasi yang menawarkan pekerjaan mestilah diambil kira oleh seseorang pencari kerja.  Kemudian, seseorang itu juga mesti membuat analisis dan senarai pendek pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kelulusan.  Sikap positif dan proaktif dalam mencari dan menghidu peluang mestilah ada bagi seorang pencari kerja agar senang memperoleh pekerjaan.

 

          Setiap pencari kerja mestilah mendapatkan pelbagai info menerusi media masa yang selalu memaparkan iklan.  Rakan-rakan yang bekerja juga boleh dijadikan tempat untuk bertanya soal pekerjaan.  Seseorang pencari kerja juga boleh pergi ke tempat-tempat atau organisasi yang menawarkan pekerjaan bagi mendapatkan maklumat mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan.  Seterusnya seseorang itu perlu memastikan bahawa pekerjaan yang dicari itu adalah pekerjaan yang diminati.  Hal ini demikian, kerana minat akan menentukan seseorang itu berpuas hati dengan kerja yang dilakukan.  Seseorang itu menjadi sayang akan pekerjaan yang dilakukan.  Jika tidak  berjaya, carilah pekerjaan yang ada potensi untuk menimbulkan minat diri.  Tegasnya, pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum seseorang itu terjun ke bidang pekerjaan.  Sebelum bekerja, seseorang tiu perlu membuat pelbagai kajian demi memperoleh pekerjaan yang menjamin masa depan.

Dipetik dan diubah suai daripada “Tips mencari pekerjaan”  Berita Harian. 

TEMA :  Usaha/kaedah untuk memilih pekerjaan dan cabaran yang dihadapi oleh pencari kerja

Fokus 1 –  

Fokus 2 –  


  

Sabtu, 6 Mei 2023

ANALISIS PERISTIWA MENGIKUT BAB - NOVEL DI SEBALIK DINARA

TUGASAN 4 INSPIRASI - ANALISIS PERISTIWA MENGIKUT BAB

ANALISIS PERISTIWA NOVEL DI SEBALIK DINARA

 

BAB 1

1. Latar tempat

1.     Balai berlepas Lapangan Terbang senai

2.     di kaunter daftar masuk Syarikat Penerbangan Malaysia

-          Farisaha beratur di belakang seorang perempuan yang bercakap di telefon dengan nada suara yang tinggi tanpa mepedulikan orang di sekeliling dan di belakangnya seorang lelaki yang bercakap dengan bersopan santun

3.     Di dalam pesawat -Farisha duduk bersebelahan dan berbual-bual Aqram  dalam pesawat penerbangan ke kuala lumpur

4.     Balai ketibaan KLIA – Farisha sampai dari Johor Bahru

5.     Apartment Farisha – tempat tinggal Farisha dan rakannya Shida

6.     Bilik Dr . Maxi – Aqram dan Dr Maxi membuat ujian DNA sample air liur Farisha dan hasil kajian mendapati Farisha merupakan orang yang dicari-cari oleh mereka.

Latar Masa:  10 malam – Farisha sampai ke apartmen nya dari KLIA

 

2. Watak:

Farisha

Dr Maxi

Aqram

Shida – rakan serumah Farisha

Azraai – abang Farisha

3. Peristiwa penting/peristiwa menarik/peristiwa menggembirakan/peristiwa yang menyentuh perasaan/peristiwa yang mengejutkan/peristiwa yang memberi pengajaran/peristiwa yang memaparkan nilai dalam kehdupan

 

Peristiwa1

Azraai abang Farisha telah memasang Retinal Scanner di pintu masuk apartment Farisa untuk menjaga keselamatan Farisha.  Azraai juga telah menyambung Intercom apartmen  Farisha ke telefon rumahnya. Tindakan abang Farisha bertujuan menjaga keselamatan Farisha berikutan kejadian pembunuhan yang berlaku berdekatan dengan apartmen Farisha

Analsis peristiwa:  KBAT

ANALISIS KBAT

HURAIANNYA

a)    Peristiwa menarik – peristiwa ini menarik kerana…

 

peristiwa ini menarik kerana jelas menggambarkan kasih sayang dan tanggungjawab seorang abang untuk menjaga keselamatan adiknya walaupun bukan adik kandungnya sendiri tetapi keselamatan sentiasa dijaga.

 

b)    Peristiwa boleh dicontohi/diteladani/dijadikan pengajaran kerana …

 

Kita mestilah/sebagai abang kita mestilah sentiasa menjaga keselamatan adik beradik/ahli keluarga kita daripada sebarang masalah dan bencana

 

Kita hendaklah sentiasa saling menyayangi dan sentiasa menjaga keselamatan ahli keluarga kita yang tercinta.

 

 

c)     Peristiwa menggembirakan…

 

Peristiwa ini menggembirakan saya kerana saya berasa kagum dengan sikap dan tanggungjawab yang ditunjukkan oleh seorang abang yang sentiasa memberi kasih sayang dan melindungi keselamatan adik

 

d)    Peristiwa menyentuh hati…

 

Peristiwa ini menyentuh hati saya kerana saya berasa kagum/terharu dengan kasih sayang abang terhadap adik angkatnya sehingga sanggup berbuat sebaik mungkin untuk memastikan keselamatan adik sentiasa terjamin

 

e)    Peristiwa ini memaparkan nilai murini dalam kehidupan…

 

Peristiwa ini memaparkan nilai murini iaitu nilai kasih sayang seorang abang kepada adiknya yang sentiasa menjaga keselamatan adik angkatnya dari sebarang mara bahaya.

 

 

 

 

Peristiwa 2:

Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang.  Dia berjaya mengambil cawan kecil bekas minuman Farisha dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan itu, Ujian DNA telah dibuat oleh Dr Maxi pada kesan air liur yang melekat di cawan.  Hasil ujian tersebut menunjukkan mereka berjaya menemui Farisha yang akan menyelamatkan Sistem Dinara.

 

Analisis KBAT

ANALISIS KBAT

HURAIANNYA:

a)    Peristiwa menarik – peristiwa ini menarik kerana…

 

peristiwa ini menarik kerana Jelas menggambarkan kebijaksanaan dalam memastikan tugas berjaya dilaksanakan dan menggambarkan kecanggihan sains dan teknologi apabila DNA seseorang boleh dikesan melalui ujian air liur sahaja

 

b)    Peristiwa boleh dicontohi/diteladani/dijadikan pengajaran kerana …

 

Kita mestilah bijak berusaha untuk memastikan tugas dan matlamat dapat dicapai dengan jayanya serta menggunakan ilmu sains dan teknologi dengan bijak supaya mencapai kejayaan

 

 

c)     Peristiwa menggembirakan…

 

Peristiwa ini menggembirakan saya kerana saya berasa kagum dengan kebijaksanaan Aqram mendapatkan sample DNA bagi memastikan Farisha lah orang yang dicari-cari yang dapat membantu menyelamatkan sistem Dinara

 

d)    Peristiwa menyentuh hati…

 

Peristiwa ini menggembirakan saya kerana saya berasa kagum dengan kebijaksanaan Aqram mendapatkan sample DNA bagi memastikan Farisha lah orang yang dicari-cari yang dapat membantu menyelamatkan sistem Dinara

 

e)    Peristiwa ini memaparkan nilai murini dalam kehidupan…

 

Peristiwa ini memaparkan nilai murini iaitu nilai kebjaksanaan menyelesaikan tugas dan kebijaksanaan menggunakan kemajuan sains dan teknologi untuk kebaikan dalam kehidupan. 

 

 

 

 

Peristiwa 3

Aqram boleh mempengaruhi pemikiran orang lain dengan bertentang mata walaupun dia gagal berbuat demikian terhadap Farisha.

Farisha memiliki pendinding yang dipanggil WALL – menghalang mindanya dibaca oleh orang lain

Penciptaan Penetrato r ilindder logam sepanjang 6 inci diberikan oleh Dr Maxi kepada Aqram untuk melemahkan WALL yang dimiliki oleh Farisha.  Penetrator boleh berubah bentuk mengikut apa yang difikirkan oleh orang yang memegangnya,

Aqram mempunyai jam tangan yang berfungsi sebagai pusat kawalan elektronik.  Hanya perlu menekan butang paling kanan untuk mematikan semua alat elektronik yang dibawa oleh Aqram

 

a)    Peristiwa menarik – peristiwa ini menarik kerana…

 

peristiwa ini menarik kerana jelas menggambarkan kemajuan bidang sains dan teknologi sehingga manusia mampu mencipta pelbagai peralatan yang dapat membantu memudahkan tugas manusia dan menyelesaikan masalah yang timbul dalam kehidupan.

 

 

Peristiwa 4:

 

Shida yang sedang berada di gelanggang skuasy segera balik ke apartmennya dalam tempoh lima minit untuk membukakan pintu apartmen apabila Farisha tidak dapat masuk ke dalam. Setelah mengimbas retinal scanner yang dipasang oleh Azraai , mereka masuk ke dalam apartment

 

Analisis KBAT

ANALISIS KBAT

HURAIANNYA:

a)    Peristiwa menarik – peristiwa ini menarik kerana…

 

Shida kawan Farisha menunjukkan semangat persahabatan yang tinggi sehingga bergegas balik ke apartment supaya Farisha tidak perlu menunggu teralalu lama untuk masuk dan berehat.

 

b)    Peristiwa boleh dicontohi/diteladani/dijadikan pengajaran kerana …

 

 

Sebagai kawan kita mestilah sentiasa mempunyai semangat persahabatan yang tinggi dan sentiasa memudahkan urusan kawan

 

c)     Peristiwa menggembirakan…

 

Peristiwa ini menggembirakan saya kerana saya berasa gembira apabila Shida berusaha untuk kembali ke apartmennya  dalam tempoh lima minit sahaja dan dengan itu Farisha yang baru pulang dan kepenatan dapat segera berehat di apartmen mereka

 

d)    Peristiwa menyentuh hati…

 

Peristiwa ini menyentuh hati saya kerana saya berasa gembira apabila Shida berusaha untuk kembali ke apartmennya  dalam tempoh lima minit sahaja dan dengan itu Farisha yang baru pulang dan kepenatan dapat segera berehat di apartmen mereka

 

e)    Peristiwa ini memaparkan nilai murini dalam kehidupan…

 

Peristiwa ini memaparkan nilai murni iaitu setiakawan kerana berusaha untuk memudahkan urusan kawan kita