BAB 3 ;
SENASKAH MANUSKRIP LAMA
SINOPSIS
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut
rentak tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar
tarian zapin dan menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka.
Aku menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa
Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila
teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa
di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya
digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke
Lim.
Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh
dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim
datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar
setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan
mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim
seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang
digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar.
Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina
sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai
menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku.
Anak sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya dalam
bidang undang-undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil
peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai
Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan
Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak
ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan
Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan
bateri.. Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas sekolah ke
Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri
Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak
penting. Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin.
Aku mencadangkan agar
Ai Ling ke sekolah dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya
sendiri tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam
pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di
dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang gelagat pelajar Tahun
Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang Ai Ling
yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari
subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia
mendekati Ai Ling. Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling
ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa
mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa.
Sudah sepuluh tahun
Tauke Lim menggunakan kereta wagonnya. Tauke Lim tidak mahu menggantikannya
dengan kereta baharu kerana lebih mementingkan perbelajaan persekolahan
anak-anaknya. Tauke Lim seorang yang amat berjimat cermat dalam perbelanjaan.
Dia hanya menggunakan bas untuk menziarahi ibunya di Kuala Kangsar. Tauke Lim
mempelawa aku ke pekan untuk minum teh di kedai mamak bagi membalas jasa aku
menolongnya membeli bateri kereta baharu . Semasa di rumah Tauke laim Ai Ling
menjenguk dari muka pintu dan aku berasa alangkah bahagianya jika yang
tersenyum itu Aiman. Tauke Lim bertanya tentang pelawaan aku. Tauke Lim agak
malu menerima tawaran aku kerana terkenang akan kebaikan arwah ayah aku yang
sering membantunya ketika dia susah dahulu. Akhirnya aku terpaksa berterus
terang tentang kerinduannya terhadap Aiman. Setelah Tauke Lim bersetuju untuk
membenarkan Ai Ling menaiki kereta aku ke sekolah. Tauke Lim meminta aku
menganggap Ai LIng seperti anaknya sendiri. Tauke Lim meminta aku bersabar dan
yakin Aiman akan datang mencarinya suatu hari nanti. Bagi menenangkan perassan
Haikal, Tauke Lim menyatakan orang-orang kampung amat sayang akan aku. Banyak
kegiatan telah aku lakukan sehingga nama kampung menjadi popular.
Sesi
latihan tarian zapin bermula malam itu. Ai Ling dan Tauke Lim juga turut hadir.
Ai Ling begitu ceria. Selesai latihan kumpulan zapin D” Purnama. Ketua kumpulan
Pak Haji Salam memaklumkan bahawa Haji Kemat JKKK memberitahunya YB Samsuri dan
pegawai Yayasan Warisan Negeri akan datang ke kampung mereka. Pegawai Yayasan
Warisan Negeri akan membuat penyelidikan tentang rentak zapin jincat dan akan
mewartakan sebagai satu rentak asli dalam tarian zapin. Persiapan rapi perlu
dilakukan. Semua bersetuju untuk memberi persembahan terbaik bagi menghidupkan
semula zapin jincat setelah terkubur begitu lama . Hal ini kerana perpecahan
dalam kalangan ahli kumpulan. Aku ditugaskan menyiapkan atur cara majlis. Tauke
Lim bersetuju menanggung perbelanjaan jamuian tetamu. Aku terus berbincang
dengan Roslan tentang persiapan untuk majlis tersebut. Abang Bakir mencadangkan
slot deklamasi puisi tentang sejarah zapin jincat aku ( yang dipanggil Zam )
uruskan. Abang Bakir memujuk Zam agar tidak terus merajuk sehingga tidak lagi
meneruskan minatnya di bidang sastera itu. Aku tertanya-tanya kepada dirinya
sendiri sama ada dia sedang merajuk atau sebenarnya telah lama tewas dengan
masalah hidupnya sendiri.
Aku berasa amat gembira apabila Cikgu Zanariah
memberitahunya Ai Ling antara 15 orang pelajar yang akan menyertai pertandingan
deklamasi puisi bagi murid tahap satu.. Semasa di dalam kereta aku bertanya
kepada Ai Ling tentang minatnya membaca buku puisi. Ai Ling memberitahu aku
yang dia amat berminat dengan sajak dan suka membaca buku puisi.Ai Ling berasa
takut tetapi aku meyakinkanya dan mahu mengajarnya mendeklamasi sajak pada
petang itu. Pada petang itu pukul 5.00 petang Ai ling sampai ditemani kakanya
Ai Ching.Aku meneliti sajak yang dipilih Ai Ling yang bertemakan kasih sayang.
Aku terus mengajar cara mendeklamasi dan cara membuat persembahan deklamasi
sajak. Setelah tamat latihan Ai Ling dan Ah Ching pulang. Aku kembali terasa
sunyi lantas tersebut nama Aiman di bibirnya,
Ai Ling memenangi cara
deklamasi sajak. Kemenangan itu menjadi buah mulut penduduk kampung. Tauke Lim
paling gembira sehingga dia membelanja semua pelanggan di warung Abang
Dollah.Tauke Lim mengucapkan terima kasih kepada aku. Tauke Lim memuji-muji
bakat sastera yang ada dalam diri aku dan meminta aku kembali membaca puisi di
balai raya seperti zaman aku muda-muda dahulu. Pak Dollah pun rindu akan suara
aku mendeklamasikan puisi. Pak Dollah juga gembira melihat anak-anak muda
kembali berkumpul di balai raya untuk sama-sama berlatih berkompang,
bergurindam dan berseloka. Pak Dollah bimbang khazanah bangsa itu akan pupus
jika tidak digiatkan kembali Tauke Lim mengingatkan aku tentang cita-cita aku
menjadi seperti Shahnon Ahmad, Usman Awang dan A. Samad Said. Tauke Lim
memberitahu aku iaitu Cikgu Saifulnizam seorang guru yang hebat. Aku teringat
kemeriahan yang dirasai oleh aku, Roslan, Ramli dan beberapa orang pemuda
berlatih memalu kompang di balai raya suatu ketika dahulu. Setelah penat mereka
akan sama-sama mendeklamasi sajak secara spontan yang melucukan. Aku masih
bercelaru fikirannya. Sehingga lewat malam aku masih berterusan memikirkan
kata-kata Abang Bakir. Sama ada aku masih meajuk . Aku tidak pernah bercerita
tentang keresahan hatinya sejak berpisah dengan isterinya. Perpisahan yang
menguburkan semangatnya untuk berkarya. Aku terus dihantui perasaan rindu akan
Aiman. Aku hanya memiliki sekeping potret ketika Aiman berusia setahun. Ai Ling
dan Aiman dirasakan mulai menguasai hidup aku. Aku menjadi seperti arwah
ayahnya. Menumpang kasih akan Ai Ling
Cadangan Abang Bakir direstui Haji
Kemit. Ai Ling bersetuju mendeklamasikan sajak sebelum persembahan zapin
dimulakan. Sajak aku ciptakan khas untuk persembahan malam itu. Kawasan balai
raya dipenuhi penduduk kampung. Tepat pukul 9.30 malam.. Ai Ling mula
mendeklamasikan sajak. Aku mula berangan-angan melihat Ai Ling dan Aiman
mendeklamasikan sajak ciptaannya pada malam itu. Sajak tentang budaya bangsa.
Tepukan gemuruh diberikan kepada Ai Ling dan aku. Aku berasa amat terharu.
Kesayuan hati terhadap Aiman aku hilangkan sebaik saja mendengar kumpulan zapin
D’Purnama memulakan persembahan. Aku mengambil peranan memukul kiuburn iaitu
gendang kecil yng panjang.Suasana malam itu amat meriah. YB Samsuri amat
gembira dengan usaha penduduk kampung. Majlis tamat pada pukul 12.15 malam.
Tetamu dan penduduk dijamu dengan makanan tradisional Melayu. Sementara para
pelajar Yayasan Warisan Negeri sibuk mencari maklumat tentang zapin jincat.
Hasil dari persembahan tersebut kumpulan D’Purnama akan dapat membeli alat
muzik zapin yang baharu. Roslan pula mahu kumpulan itu bekerja keras menarik
golongan pelapis muda untuk menyertai program budaya di kampung itu. Aku
memberi keyakinan anak-anak muda akan menyertai mereka jika golongan dewasa
berkawan dengan remaja ini. YB Samsuri pula meminta aku meneruskan peranannya
dalam bidang sastera dan berharap kumpulan D’Purnama terus hidup.
Ai Ling
sudah berusia 12 tahun sudah aku dianggap seperti anak sendiri. Namun kesihatan
aku kian buruk. Kegiatan seni aku semakin terbatas. Namun begitu aku
merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan penduduk kampung. Suatu hari aku
membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur. Rupa bentuknya sudah terhakis.
Di situ Ai Ling bertanya kepada aku tentang kekerapannya berkunjung ke pantai
itu. Aku memberitahu bahawa sudah 3 tahun tidak berkunjung ke situ.Aku
terkesima apabila Ai Ling bertanya tentang anaknya Aiman yang seusia dengan Ai
Ling Ai Ling berasa simpati akan aku . Ai Ling memberitahu aku bahawa arwah
ayahnya amat sayang akan aku. Aku terus dihurung keresahan dan kegelisahan
mengenangkan kisah pahit dalam rumahtangganya.
Kampung Seri Purnama
dipilih menjadi hos bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim pada bulan
Ogos. Bulan Ogos juga diadakan program Berkampung Bersama Puisi yang akan
dilancarkan seminggu sebelum sambutan kemerdekaan. YB DUN bersetuju
mendeklamsikan sasak. Persiapan semakin rancak. Semua penduduk kampung yang
terlibat bersungguh- sungguh menjalani latihan . Kumpulan zapin juga berlatih
dua atau tiga kali seminggu. Ai Ling giat berlatih mendeklamasikan sajak, Aku
menyemak draf buku program yang disediakan oleh Mazli dengan begitu teliti. Aku
dalam keadaan kesihatan yang kurang baik hanya berdoa Allah memberikan kekuatan
kepadanya . Ai Ling datang ke rumah aku membawa apam balik yang dibeli Tauke
Lim. Mereka berbua-bual sambil menikmati apam balik dan teh tarik. Ai Ling
tertarik dengan manuskrip yang aku tulis. Ai Ling mahu menjadi orang pertama
yang membaca manuskrip itu apabila siap nanti. Aku amat gembira dan menghargai
saat bersama- sama bersama-sama Ai Ling. Suatu ketika Ai Ling bertanya kepada
aku tentang wajahnya yang kelihatan pucat dan diri aku yang sentiasa termenung
jauh mengingati Aiman. Aku hanya diam.
Penduduk Kampung Sri Pernama sibuk
membuat persiapan untuk Malam Sekampung Puisi.. Aku berharap Aksara yang
menjadi impiannya akan tercapai dengan program itu. Aku hanya berharap mampu
menyudah puisi untuk dideklamasikan pada malam itu. Aku menyiapkan sebahagian
lagi manuskrip dan disimpan di dalam sampul surat besar. Namun sakitnya semakin
kerap menyerang Dalam keadaan ini aku tiba-tiba terasa sayu dan rindu akan
Aiman. Aku menangis .
PERSOALAN
1.KERINDUAN KEPADA DARAH DAGING SENDIRI l
Aku
sering teringat akan anaknya Aiman. Memandang potret anaknya sambil menyeru
nama Aiman pada suatu malam. l Aku amat rapat dengan Ai Ling anak
Tauke Lim yang seusia Aiman kerana Ai Ling banyak mengingatkannya kepada Aiman.
2. SEMANGAT KEJIRANAN YANG ERAT ANTARA PELBAGAI BANGSA
Tauke Lim sentiasa memberi sokongan
kepada semua aktiviti di Kampung Seri Purnama, Dia menaja jamuan makana tetamu
bagi malam puisi sekampung nanti.
3. SEMANGAT KERJASAMA DALAM MASYARAKAT
Penduduk
Kampung bekerjasama membuat persiapan bagi merealisasikan sambutan program
Malam Sekampung Puisi.
4. KESUNGGUHAN UNTUK MENCAPAI CITA-CITA MEMARTABATKAN BUDAYA BANGSA SENDIRI
Aku bersungguh-sungguh menyusun
program Malam Sekampung Puisi. Aku menyemak atur cara majlis yang disediakan
Mazli. Aku sendiri berusaha mencipta puisi untuk dideklamasi oleh Ai Ling . Aku
mengetepikan sakitnya demi kejayaan program itu.
5. PERPECAHAN YANG MENYEBABKAN BUDAYA BANGSA PUPUS
Akibat perpecahan Kumpulan Zapin
D’Purmana , tarian zapin jincat yang menjadi identiti kampung Sri Purnama
terkubur.
6. KEPENTINGAN SOKONGAN GOLONGAN PEMIMPIN MENGHIDUPKAN KHAZANAH BANGSA
YB Samsuri, ADUN bagi kawasan kampung
Sri Purnma menghadiri sendiri menyaksikan tarian zapin jincat. Beliau akan
melaporkan hasil lawatannya kepada Menteri Besar nanti.
7. TANGGUNG JAWAB GURU MENGEMBANGKAN POTENSI DAN BAKAT PELAJAR l
Aku bertanggungjawab melatih Ai Ling
mendeklamasi sajak sehingga Ai Ling memenangi acara deklamasi sajak Tahap Satu.
8. TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP ANAK MURID
Cikgu
Latifah sering pulang lewat kerana mengadakan kelas bimbingan Matematik bagi
pelajar-pelajar yang lemah dalam subjek tersebut.
9.TABIAT BURUK YANG MEMECAHKAN KELUARGA
Akibat
sangat suka berjudi. Semua harta pusaka ayah Tauke Lim dijual oleh abangnya
yang tahi judi. Akibatnya Tauke Lim hidup susah dan berhijrah ke bandar Parit
Raja sementara ibunya dijaga oleh kakaknya di Kuala Kangsar.
10. KEGIGIHAN SEORANG KETUA KELUARGA MEMBINA KEHIDUPAN KELUARGA YANG SELESA
Tauke Lim mengambil upah menoreh
getah di kebun ayah aku. Tauke Lim juga meraih hasil pertanian penduduk kampung
untuk dijual di bandar. l Akhirnya tauke Lim mampu membeli
sebidang tanah milik ayah aku dan membina sebuah rumah separuh papan.
11. KEPENTINGAN PELAJARAN ANAK-ANAK
Tauke
Lim tidak mahu membeli kereta baharu kerana mahu menggunakan hasil
pendapatannya untuk pelajaran anak-anaknya.
12. PERANAN GOLONGAN DEWASA DALAM MASYARAKAT
Golongan dewasa iaitu Pak Haji Salam, Haji Kemat (AJKK), Wak Arif, Wak Parmin
dan Abang Bakir bersungguh-sungguh menghidupkan semula Kumpulan Zapin D’Purnama
sehingga anak-anak muda kampung D’Purnama yang diketuai oleh Abang Bakir
menjadi berminat dengan tarian zapin.
13. PERSEKITARAN SETEMPAT YANG MEMBENTUK PERIBADI MASYARAKAT
Ai Ling yang dibesarkan dalam suasana
budaya Melayu di Kampung Seri Purnama amat meminati tarian zapin dan ikut serta
melihat penduduk kampung berlatih menari zapin.
14. PERASAAN BANGGAAKAN BUDAYA BANGSA SENDIRI
Tetamu dijamu dengan makanan tradisional seperti ubi kayu rebus, pisang goreng,
keledek goreng, keladi goreng air kopi dan air teh.
NILAI NILAI KEMANUSIAAN
1. Kasih Sayang
Aku mencurahkan kasih sayang seorang
bapa kepada Ai Ling kerana rindu akan anak kandungnya Aiman yang berada jauh di
Terengganu.
2. Kegigihan
Ai Ling gigih berlatih mendeklamasi
sajak di balai raya bersama-sama dua orang pelajar sekolah menengah sempena
program Malam Sekampung Puisi
3. Belas kasihan
Ai Ling berasa kasihan melihat aku
tinggal seorang diri sejak kematian ayahnya maka dia menemani aku berbual-buaal
di pantai atau di rumah aku.
4. Keikhlasan
Aku dengan sukarela dan ikhlas
membimbing Ai Ling mendeklamasi sajak
5. Kesungguhan
Pak Haji Salam , Abang Bakir, Wak
Aruf, Wak Parmin dan aku bersungguh- sungguh berlatih menari zapin jincat di
balai raya kerana akan membuat persembahan di hadapan YB Samsuri .
6. Ketabahan
Aku tabah menjalani hidup keseorangan
selepas berpisah dengan isteri dan anaknya Aiman. Aku tabah menahan kerinduan
terhadap anaknya yang sudah bertahun-tahun terpisah dan hanya ditemui ketika
berusia 6 tahun. l Aku tabah melawan penyakit di
kepalanya tanpa memberitahu sesiapa pun.
NILAI KEMASYARAKATAN
1. Kerjasama l Penduduk Kampung Seri Purnama
bekerjasama dan bergotong royong membuat persiapan bagi Malam Sekampung Puisi. l Ada yang menyiapkan balai raya dan
pentas persembahan. l Mazli menyiapkan aturcara majlis
bersama-sama aku l Tauke Lim menaja makanan tetamu l Nazim mengurus pakaian penari-penari
zapin.
2. Keprihatinan l Tauke Lim menasihati aku agar menjaga
kesihatan kerana dia mendapati aku bekerja tanpa rehat, siang mengajar di
sekolah , malam pula sering berjaga hingga lewat malam l Ai Ling bimbang melihat wajah aku
yang pucat lantas bertanya tentang kesihatan aku ketika mereka minum petang di
rumah aku
3. Kesopanan l Ai Ling memberi ucapan selamat petang
kepada aku apabila sampai di hadapan rumah aku sebelum naik ke rumah aku.
4. Tanggungjawab l Cikgu Latifah sering pulang lewat
untuk membimbing pelajar Tahun Enam yang lemah dalam subjek matematik.
NILAI KEAGAMAAN/KEROHANIAN
i. Ketaatan
Pada waktu malam aku sering melakukan
solat sunat sebelum tidur untuk mendapatkan ketenangan daripada Allah.
Pak Haji Dollah bersolat Isyak
berjemaah di masjid bersama-sama Haji Kemit (AJKKK)
PENGAJARAN
1. KITA HENDAKLAH MELAKSANAKAN TUGAS DALAM KERJAYA DENGAN PENUH DEDIKASI
Cikgu
Latifah sering pulang kerana membuat kelas bimbingan bagi pelajar Tahun Enam
yang lemah dalam subjek Matematik.
2.KITA MESTI MENGHARGAI KHAZANAH BUDAYA BANGSA SENDIRI
l Pak Haji Salim amat menghargai tarian
zapin jincat sehingga berusaha memperkenalkan dan mempersembahkannya di hadapan
YB Samsuri.. l YB Samsuri berjanji akan
mempersembahkan zapin jincat kepada Menteri Besar untuk diwartakan sebagai sala
satuh rentak asli zapin dan dipopularkan.
3. KITA MESTI BERSUNGGUH-SUNGGUH APABILA MELAKSANAKAN SESUATU TUGAS
l Ai Ling bersungguh-sungguh berlatih
apabila dipilih menyertai Pertandingan Deklamasi Sajak Tahap Satu di sekolahnya
l Ai Ling membaca buku sajak ketika
menunggku aku berbincang dengan Cikgu Zanariah selepas waktu sekolah l Ai Ling menjalani latihan deklamasi
sajak di rumah aku pada waktu petang
4. KITA MESTI MEREBUT PELUANG YANG ADA DEMI MENCAPAI CITA- CITA DAN HASRAT/IMPIAN
l
Abang Bakir dan Pak Haji Jamal
bersungguh-sungguh berlatih tarian zapin jincat untuk ditunjukkan kepada YB
Samsuri kerana menyedari itu ialah peluang untuk mengembalikan zaman
kegemilanganl kumpulan zapin D’Purnama yang popular dengan zapin jincat suatu
masa dahulu. l Aku menggunakan persetujuan Tauke Lim
membenarkan Ai Ling menumpang keretanya ke sekolah untuk mendekati Ai Ling
kerana Ai Ling banyak mengingatkannya kepada anaknya Aiman. l Aku mendekati Ai Ling dengan menjadi
pembimbing kepada Ai Ling yang amat berminat dalam bidang sajak sebagai
melepaskan rindunya akan Aiman.
5. KITA MESTI MENJAGA HUBUNGAN HARMONI DALAM MASYARAKAT BERBILANG BANGSA
l Tauke Lim amat mengambil berat
tentang aktiviti-aktiviti yang diadakan di Kampung Seri Purnama. Tauke Lim
menaja makanan tetamu semasa majlis persembahan zapin di hadapan YB Samsuri. l Tauke Lim dan Ai Ling turut serta
menyaksikan latihan zapin di balai raya kampung.
6.KITA HENDAKLAH MENJADI PEMIMPIN YANG PEKA/MENGAMBIL BERAT AKAN KEHENDAK
RAKYAT
l YB Samsuri peka akan hasrat penduduk
kampung Seri Prunama yang mahu mengembalikan kegemilanagn zapin jincat. YB
Samsuri datang menyaksikan persembahan zapin jincat dengan membawa bersama-sama
pegawai Yayasan Warisan negeri untuk tujuan penyelidikan. l YB Samsuri berjanji akan membawa seni
zapin jincat ke pengetahuna Menteri besar untuk digazetkan sebagai salah satu
rentak asli zapin
7.KITA MESTI AMANAH APABILA MENDAPAT KEPERCAYAAN
l
Ong Swee Hwa menunaikan amanah aku untuk mengirimkan manuskrip yang ditulisnya
kepada Haikal
8. KITA MESTI BERUSAHA MENGHAMPIRKAN DIRI DENGAN TUHAN APABILA MENGHADAPI
MASALAH
l Aku melakukan solat sunat sebelum
tidur untuk menenangkan diri kerana aku berasa Allah amat hampir dengannya
apabila dia bersolat sunat sebelum tidur.
LATAR LATAR MASA
1. MALAM l
Latihan tarian zapin jincat oleh
Kumpulan D’Purnama l Maljis Malam Sekampung Puisi kampung
Seri Purnama l Ai Ling mendeklamasikan sajak ciptaan
aku l Pak Haji Salam mengendalikan
mesyuarat kerja bagi majlis persembahan zapin di hadapan YB Samsuri l Aku mendakap gambar Aiman yang masih
kecil kerana terlalu merindui anaknya itu
2. PETANG l
Ai Ling datang membawa sebungkus apam
balik yang dibeli tauke Lim untuk minum petang bersama-sama aku l Aku membawa Ai Ling dan Ai Ching
bersiar-siar di Pantai Punggur l Aku dan
Ai Ling berbual-bual tentang Aiman
3. BULAN OGOS l
Kampung Seri Purnama dipilih sebagi
tuan rumah acara sambutan kemerdekaan peringkat mukim l Malam Sekampung Puisi diadakan pada
bulan Ogos
LATAR TEMPAT
1. BALAI RAYA KAMPUNG SERI PURNAMA l
Latihan
tarian zapin jincat oleh Kumpulan D’Purnama l
Maljis Malam Sekampung Puisi kampung Seri Purnama l Ai Ling mendeklamasikan sajak ciptaan
aku l Pak Haji Salam mengendalikan
mesyuarat kerja bagi majlis persembahan zapin di hadapan YB Samsuri l YB Samsuri mengucapkan tahniah kerana
kejayaan aku kerana usahanya mengemudi persembahan pada majlis pertunjukan
zapin. l YB Samsuri meminta aku mencungkil bakat
anak muda dalam tarian zapin.
2. SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PURNAMA l
Aku
berbincang dengan Cikgu Zanariah tentang pertandingan Deklamasi Sajak Tahap
Satu sekolahnya yang disertai Ai Ling
3. RUMAH AKU l
Ai Ling menjalani latihan deklamasi
sajak bagi menyertai pertandingan itu di Sekolah Seri Purnama l Ai Ling bertanya tentang kesihatan
aku kerana kelihatan pucat l Tauke Lim meminta bantuan aku
menumpangkan Ai Ling dan Ai Ching menaiki keretanya kerana keretanya rosak
4. RESTORAN MAMAK DI PEKAN l
Tauke Lim membelanja aku minum petang
kerana menumpankan anak-anaknya ke sekolah dengan kereta aku l Tauke Lim mengingat kembali kebaikan
arwah ayah aku yang selalu menolongnya ketika dia susah l Tauke Lim bersetuju membenarkan Ai
Ling menaiki kereta aku untuk ke sekolah
5.WARUNG PAK DOLAH l
Tauke Lim membelaanja semua orang
kerana meraikan kemenangan Ai Ling dalam pertandingan mendeklamasi sajak
Sekolah Kebangsaan Sri Purnama l Tauke
Lim dan meminta aku aktif semula dalam aktiviti bersajak, dan menulis cerpen l Pak Dolah menyatakan kegembiraannya
melihat aktiviti khazanah bangsa seperti berkompang, bergurindam, berseloka dan
berpuisi hidup semula di kampung Seri Purnama dan disertai oleh anak-anak muda l Tauke Lim menyampaikan pujian Ai Ling
kepada aku iaitu aku seorang guru yang hebat
6. PANTAI PUNGGUR l
Aku membawa Ai Ling dan Ai Ching
bersiar-siar di Pantai Punggur l Ai Ling
bertanya tentang anak aku, Aiman l Ai Ling
memberitahu Aku bahawa ayah aku memberitahunya bahawa dia amat sayang akan aku.
l Ai Ling berjanji akan sentiasa
menemani aku kerana kasihan akan keadaan aku yang hidup sebatang kara l Aku teringat bahwa di Pantai Punggur
itu dia mula berjinak-jinak dengan bidang penulisan l Aku terkenang rumahtangganya yang
hancur kerana darjat dan cita-cita yang berbeza antara aku dan bekas isterinya.
LATAR MASYARAKAT
1. Pelajar l
Ai Ling murid di Sekolah Kebangsaan
Seri Purnama l Ai Ching pelajar sekolah menengah dan
akan mengambil peperiksaan SPM l
2. Golongan Pendidik l
Aku mengajar subjek Bahasa Melayu di
Sekolah Kebangsaan Seri Purnama l Cikgu
Zanariah mengajar subjek Bahasa Melayu l Cikgu
Latifah mengajar Matematik pelajar Tahun Enam
3. Penduduk Pelbagai Kaum l
Tauke Lim dan keluarga berbangsa Cina
sudah hampir 10 tahun tinggal di Kampung Sri Purnama l Kaum Melayu merupakan penduduk
majoriti Kampung Sri purnama l Kaum mamak menjalankan perniagaan
restoran di pekan
4. Golongan Petani/Usahawan Tani l
Ayah aku
mengusahakan kebungetaah dan kelapa sawit l Tauke
Lim menraih hasil tani penduduk kaampung untuk dijual di pekan
5. Golongan Peniaga l
Pak Dollah mengusahakan warung
makanan di kampung Sri Purnama