LATIHAN RUMUSAN
TUGASAN : RUMUSAN
TINGKATAN: 5 ST
TARIKH: 16/5/2021
ARAHAN:
1.
Print
dan tampal dalam buku Latihan rumusan
2.
Sediakan
jadual isi-isi penting. Masukkan semua
isi
3.
Buat
rumusan lengkap.
Baca petikan di bawah dan teliti bahan grafik yang disertakan
di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah
perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud
asal.
BAHAN 1:
PETIKAN RENCANA.
Keharmonian hidup dalam keluarga
memberikan impak yang besar kepada institusi kekeluargaan. Hal ini dikatakan
demikian kerana keluarga yang bahagia membolehkan ibu bapa menjalankan
tanggungjawab dengan sempurna sekiranya institusi kekeluargaan diikat dengan
pertalian ukhuwah dan silaturahim yang mapan. Institusi kekeluargaan sewajarnya
hidup dalam suasana harmoni dan bertolak ansur, sekali gus saling mempercayai
dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga. Keluarga bahagia merupakan asas
kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah negara. Impak seterusnya, ibu bapa dapat
menumpukan kerjaya tanpa sebarang kebimbangan dan gusar akan halhal rumah
tangga.
Selain itu, seandainya sesebuah
keluarga itu bahagia sudah tentu anak-anak mempunyai nilai moral yang baik.
Hidup tidak boleh keseorangan, sebaliknya hidup memerlukan interaksi sosial
yang ditanggung bersama sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu, keluarga
bahagia akan menjadi pemangkin untuk mengekalkan keharmonian negara.
Seterusnya, kerukunan hidup dalam berkeluarga boleh mewujudkan komunikasi yang
baik sesama ahli keluarga. Komunikasi yang baik akan mengelakkan daripada
berlakunya pertengkaran. Di samping itu, hubungan keluarga juga akan menjadi
lebih harmoni.
Hubungan keluarga dengan masyarakat
yang baik tentu saja akan memberikan hasil yang sangat baik, sehinggakan ketika
kita menghadapi masalah sudah pasti
mereka akan mudah membantu malah keluarga yang bahagia menyebabkan suasana
kekeluargaan lebih mesra dan tenteram. Jika kita hidup dengan menjaga hubungan
baik, tentu saja tidak ada ancaman daripada pihak lain. Hal ini disebabkan oleh
hubungan baik itu sendiri akan memberikan impak yang sangat positif dalam
kehidupan bermasyarakat. Selain itu, hubungan kekeluargaan akan semakin erat
dan padu. Hal tersebut akan membuatkan kehidupan menjadi lebih damai dan juga
tenteram.
Senarnya, kita perlu akui bahawa keluarga yang tidak
bahagia akan menyebabkan berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan. Masa
depan anak-anak akan terabai dan tidak terpelihara oleh ibu bapa yang berantakan.
Seterusnya, akan berlaku masalah-masalah sosial seperti budaya lepak, penagihan
dadah, pelacuran, perjudian dan sebagainya.
Justeru jelas dapat dilihat, jika keadaan ini jika tidak ditangani akan
merosakkan masa depan generasi muda yang menjadi tonggak kepimpinan negara pada
masa hadapan.
(Dipetik dan diubah
suai daripada rencana ‘Keluarga Sejahtera Lahirkan Belia, Masyarakat
Sejahtera’, oleh Jutri Joha, Utusan Malaysia, 28 April 2018)
Bahan 2 – Bahan Grafik