HALAMAN 2

Rabu, 7 Julai 2021

RUMUSAN KSSM - SKEMA IMPAK KEHARMONIAN DALAM KELUARGA


SKEMA RUMUSAN - ISU IMPAK KEHARMONIAN DALAM KELUARGA


Pendahuluan

Rumusan membincangkan tentang impak impak keharmonian hidup dalam keluarga , kesan keluarga tidak bahagian dan punca-punca keluarga tidak bahagia.

Bahan 1

F1B1









F2B1

Fokus 1 : Impak-impak keharmonian hidup dalam keluarga

·        membolehkan ibu bapa menjalankan tanggungjawab dengan sempurna

·         hidup dalam suasana harmoni dan bertolak ansur, sekali gus saling mempercayai dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga

·         ibu bapa dapat menumpukan kerjaya tanpa sebarang kebimbangan dan gusar akan halhal rumah tangga

·         anak-anak mempunyai nilai moral yang baik

·         mewujudkan komunikasi yang baik sesama ahli keluarga

·         suasana kekeluargaan lebih mesra dan tenteram

·         hubungan kekeluargaan akan semakin erat dan padu

 

Fokus 2 : Kesan-kesan keluarga tidak bahagia

·         berlaku keruntuhan institusi kekeluargaan

·         masa depan anak-anak akan terabai dan tidak terpelihara oleh ibu bapa yang berantakan

·         berlaku masalah-masalah sosial

 

Bahan 2

F3B2

Fokus 3 : Punca-punca pengabaian keharmonian hidup dalam keluarga

·         ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya daripada anak-anak

·         kegagalan ibu bapa berkomunikasi dengan baik apabila bersama anak-anak

·         ibu bapa tidak berusaha mewujudkan hubungan yang harmoni

Kesimpulan

Semua pihak perlu bersatu  padu mengekalkan keharmonian hidup dalam keluarga supaya dapat hidup dalam keluarga yang bahagia



Contoh Rumusan Lengkap


Rumusan membincangkan impak-impak keharmonian hidup dalam keluarga , kesan keluarga dan punca-punca keluarga tidak bahagia. P(F1+F2+F3)=2m

 

Antara impak keharmonian hidup dalam keluarga ialah membolehkan ibu bapa menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. (F1B1) Selain itu , ibu bapa dapat menumpukan pada  kerjaya tanpa sebarang kebimbangan dan gusar akan halhal rumah tangga (F1B1). Seterusnya , anak-anak mempunyai nilai moral yang baik (F1B1) serta dapat mewujudkan komunikasi yang baik sesama ahli keluarga.(F1B1) Manakala kesan-kesan keluarga tidak bahagia ialah akan berlaku keruntuhan institusi kekeluargaan.(F2B1)  Seterusnya , berlaku masalah-masalah sosial.(F2B1)

Antara punca keluarga tidak bahagian ialah ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya daripada anak-anak.(F3B2) Selain itu juga berpunca daripada  kegagalan ibu bapa berkomunikasi dengan baik apabila bersama anak-anak.(F3B2)

Kesimpulannya , ibu bapa haruslah berusaha mengekalkan keharmonian hidup dalam keluarga supaya melahirkan keluarga yang sejahtera dan Bahagia. (K2)

                                                                                                                (120 patah perkataan)




Selasa, 6 Julai 2021

TATABAHASA - SINTAKSIS- AYAT AKTIF & AYAT PASIF



LATIH TUBI AYAT PASIF & AYAT AKTIF

OBJEKTIF:

1.   Murid dapat mengenal pasti stuktur ayat aktif dan ayat pasif

2.   Menukar ayat aktif kepada ayat pasif dengan betul.

3.   Menukar ayat pasif kepada ayat aktif dengn betul

 

SET 1

Teliti ayat-ayat dibawah dan kenal pasti jenis ayat pasif dan tukar ayat-ayat tersebut kepada ayat aktif.

Ayat pasif dengan ganti nama diri pertama dan kedua

Ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga

1.    Amalan menabung atau menyimpan wang perlu dilatih oleh ibu bapa sejak anak-anak masih kecil. ( Ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga  )

Ayat aktif: Ibu bapa perlu melatih amalan menabung atau menyimpan wang sejak anak-anak masih kecil.

2.   Sijil-sijil penyertaan bagi program kecemerlangan itu telah ditandatangani oleh Tuan Pengetua semalam.  (Ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga)

Ayat aktif: Tuan Pengetua telah menandatangani sijik-sijil penyertaan bagi program kecemerlangan itu semalam.

3.   “Semua SOP perlu anda patuhi semasa menunggu giliran untuk menerima vaksin di pusat kesihatan,” kata pegawai kesihatan itu. (Ayat pasif dengan ganti nama diri kedua)

Ayat aktif: “Anda perlu mematuhi semua SOP semasa menunggu giliran untuk menerima vaksin di pusat kesihatan, ” kata pegawai kesihatan itu.

4.   Diri sendiri harus dilengkapkan oleh para siswazah dengan pelbagai kemahiran sebelum menceburi sesuatu kerjaya. (Ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga )

Ayat aktif: Para siswazah harus melengkapkan diri sendiri pelbagai kemahiran sebelum menceburi sesuatu kerjaya.

5.   Perkemahan Kadet Polis yang akan diadakan pada minggu hadapan akan kami sertai untuk meningkatkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran.    (Ayat pasif dengan ganti nama pertama)

Ayat aktif: Kami akan menyertai perkemahan Kadet Polis yang akan diadakan pada minggu hadapan untuk meningkatkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran.

6.   Borang-borang permohonan untuk menyertai pertandingan Pidato ini perlu saya teliti terlebih dahulu sebelum menyenaraikan calon yang layak. (Ayat pasif dengan ganti nama diri pertama)

Ayat aktif: Saya perlu meneliti borang-borang permohonan untuk menyertai pertandingan Pidato ini terlebih dahulu sebelum menyenaraikan calon yang layak.

7.   “Taklimat pelaksanaan program itu  perlu segera awak hadiri jika hendak mendapat peluang untuk menyertainya,” kata kerani itu kepada saya. (Ayat pasif dengan ganti nama diri kedua)

Ayat aktif: “Awak perlu segera menghadiri taklimat pelaksanaan program itu jika hendak mendapat peluang untuk menyertainya,” kata kerani itu kepada saya.

8.   Segala cabaran akan aku hadapi walau sebesar manapun demi mencapai cita-cita dan kejayaan pada masa hadapan. (Ayat pasif dengan ganti nama diri pertama)

Ayat aktif: Aku akan menghadapi segala cabaran walau sebesar manapun demi mencapai cita-cita dan kejayaan pada masa hadapan.

9.   Pinjaman bank terpaksa dibuat oleh Encik Sofian untuk menjalankan projek penternakan ikan air tawar.  (Ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga)

Ayat aktif: Encik Sofian terpaksa membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan air tawar. 

10.                Kaedah-kaedah untuk menghasilkan karangan yang yang baik telah diterangkan oleh cikgu Halim kepada murid-muridnya. (Ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga)

Ayat aktif: Cikgu Halim telah menerangkan kaedah-kaedah untuk menghasilkan karangan yang baik kepada murid-murid.

11.                “Segala titah perintah tuanku akan patik laksanakan dengan sebaik mungkin,” kata laksmana kepada Sultan Melaka. (Ayat pasif dengan ganti nama diri kedua)

Ayat aktif: “Patik akan melaksanakan segala titah perintah tuanku dengan sebaik mungkin,” kata laksmana kepada Sultan Melaka.

12.                Pelaksanaan Perintah kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB ) yang akan dilaksanakan di Selangor bermula esok telah diumumkan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negara  (Ayat pasif dengan ganti nama diri ketiga)

Ayat aktif: Menteri Keselamatan Dalam Negara telah mengumumkan Pelaksanaan Perintah kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB) yang akan dilaksanakan di Selangor bermula esok.

 

SET 2

Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian tukar ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asal ayat tersebut.

 

Baru-baru ini Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menganjurkan persembahan makyung. Penulis dapat menyaksikan persembahan makyung yang  sungguh unik. Penulis juga yakin masa tidak akan terbazir apabila menonton persembahan makyung itu. Ramai penonton menghadiri persembahan seni tradsional makyung yang berlangsung pada pukul 8:30 malam. Meskipun begitu, kehadiran mereka belum dapat menjamin kelangsungan seni persembahan berterusan. Penggiat makyung memerlukan bantuan daripada pihak yang berwenang untuk mempromosikan makyung. Promosi menerusi media sosial merupakan salah satu cara menyebarluaskan maklumat tentang seni persembahan ini.   Sehubungan itu, Kementerian Kebudayaan dan kesenian telah melancarkan Bulan Kesenian Tradisional untuk memastikan kelangsungan budaya tradisi seperti Makyung.                     

 (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Seni Persembahan Warisan Bangsa Menuju 2050’ oleh Armin Azhari Saleh, Dewan Budaya, Bil.7/2018)

 

1.   Persembahan makyung yang sungguh unik dapat disaksikan oleh penulis.

2.   Persembahan seni tradisional makyung yang berlangsung pada pukul 8.30 malam dihadiri oleh ramai penonton.

3.   Bantuan daripada pihak yang berwenang diperlukan oleh penggiat makyung untuk mempromosikan makyung.

4.   Sehubungan itu, Bulan Kesenian Tradisional telah dilancarkan oleh Kementerian Kebudayaan dan kesenian untuk memastikan kelangsungan budaya tradisi seperti Makyung.                                                         

                                                                                                    [8 markah]

 

SET 3

NO

AYAT AKTIF

AYAT PASIF

1

Cikgu Latifah sentiasa menasihati Ali agar belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan hampir tiba.

  Ali sentiasa dinasihati oleh Cikgu Latifah agar belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan hampir tiba.

2

Saya telah mencapai keputusan yang baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru diumumkan pada minggu lepas.

 Keputusan yang baik telah saya capai dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru diumumkan pada minggu lepas.

3

 Kerajaan akan mengambil kira pandangan rakyat dalam membangunkan negara ini

Pandangan rakyat akan diambil kira oleh kerajaan dalam membangunkan negara ini.

4

 Masyarakat yang bersatu padu akan mewujudkan keadaan yang harmoni di negara kita.

Keadaan yang harmoni akan diwujudkan oleh masyarakat yang bersatu padu di negara kita.

5

Para pengunjung terutama pelancong asing dapat menikmati keindahan alam semula jadi semasa bercuti di pulau peranginan itu.

Keindahan alam semula jadi dapat dinikmati oleh para pengunjung terutama pelancong asing semasa bercuti di pulau peranginan itu.

6

Kita harus mengambil makanan yang berkhasiat setiap hari supaya kesihatan sentiasa terjamin.

 Makanan yang berkhasiat harus kita ambil setiap hari supaya kesihatan sentiasa terjamin.

7

Cikgu Hasiahl mengajar pelajar tingkatan 4 Perdagangan mata pelajaran Sejarah pada setiap hari Sabtu.

Pelajar tingkatan 4 Perdagangan diajar oleh Cikgu Hasiahl mata pelajaran Sejarah pada setiap hari Sabtu.

8

 Pekerja kontrak telah menebang pokok rambutan yang reput itu petang tadi.

Pokok rambutan yang reput itu telah ditebang oleh pekerja kontrak petang tadi.

9

Kami membaiki motosikal pusaka kesayangan ayah di Bengkel Mutiara.

Motosikal pusaka kesayangan ayah kami baiki di Bengkel Mutiara.

10

Setiausaha peperiksaan sedang menjelaskan maklumat tentang Sijil Pelajaran Malaysia.

Maklumat tentang Sijil Pelajaran Malaysia sedang dijelaskan oleh Setiausaha peperiksaan.

11

Kami sedang menjalankan tugas sebagai urus setia Kem Kepimpinan Pelajar di Merang.

 Tugas sebagai urus setia Kem Kepimpinan Pelajar sedang kami jalankan di Merang.

12

Saya telah menebang pokok kelapa pandan di belakang rumah datuk semalam.

 Pokok kelapa pandan telah saya tebang di belakang rumah datuk semalam.

13

Ketua Taman Desa Mawar menulis surat aduan tentang masalah anjing liar kepada pihak Majlis Daerah Kuala Selangor.

 Surat aduan tentang masalah anjing liar ditulis oleh ketua Taman Desa Mawar kepada pihak Majlis Daerah Kuala Selangor.

14

Murid-murid tahfiz telah menyusun kasut-kasut yang bersepah di pintu masuk masjid sebelum mendirikan Solat Asar.

Kasut-kasut yang bersepah di pintu masuk masjid telah disusun oleh murid-murid tahfiz sebelum mendirikan Solat Asar.

15

 .Kami menikmati pelbagai jenis hidangan makanan Siam ketika berkunjung di salah satu kedai makan di Hatyai.

Pelbagai jenis hidangan makanan Siam kami nikmati ketika berkunjung di salah satu kedai makan di Hatyai.

16

Persatuan Kebudayaan telah merancang pertandingan permainan tradisional semasa sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.

Pertandingan permainan tradisional telah dirancang oleh Persatuan Kebudayaan semasa sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.

17

Saya akan membantu ibu di gerai selepas sesi persekolahan.

 

 Ibu akan saya bantu di gerai selepas sesi persekolahan.

18

Pengetua menyeru calon-calon SPM agar tidak ponteng semasa kelas tambahan diadakan.

Calon-calon SPM diseur oleh pengetua agar tidak ponteng semasa kelas tambahan diadakan.

 

 

19.  Emak memasakkan abang yang baru pulang ke kampung itu rendang ayam.

abang yang baru pulang ke kampung itu dimasakkan rendang ayam oleh ibu.

20.  Awak perlu mengemaskan Peralatan yang bersepah di atas lantai itu dengan segera sebelum pelanggan tiba.

Peralatan yang bersepah di atas lantai itu perlu awak kemaskan dengan segera sebelum pelanggan tiba.



CHIEW YI TONG - TINGKATAN 5 ST



LATIHAN RUMUSAN KSSM 5 ST - Faktor-faktor yang menarik kedatangan pelancong ke Malaysia



 

BAHAGIAN C : RUMUSAN

[30 Markah]

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah,kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Malaysia diiktiraf pada peringkat global sebagai  satu daripada destinasi pelancongan utama dunia, dengan kedudukan antara 10 negara teratas dari segi ketibaan pelancong. Sektor pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang semakin berkembang maju di Malaysia. Oleh itu, faktor-faktor yang dapat membangunkan industri tersebut haruslah diberi penekanan yang serius oleh semua pihak.

Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara ini. Sebagai contoh, Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk, seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands di Pahang. Keadaan iklim semula jadi negara ini yang panas dan lembap sepanjang tahun juga sudah pasti menggamit hati para pelancong. Jangan kita lupa bahawa Malaysia memiliki sejarah pembentukan negara bangsa yang sangat unik. Kepelbagaian budaya dan etnik, sama ada di Semenanjung ataupun di Malaysia Timur, menjadi modal yang sangat berharga kepada sektor pelancongan. Di Sabah dan Sarawak, kegiatan seni dan manipulasi fabrik suku kaum Kadazan dan Iban telah mendapat tempat dalam hati para pelancong. Di samping itu, udara yang segar dan nyaman tanpa pencemaran di negara ini menjadi nilai tambah yang menjadi lambang kehidupan yang tenang dan bersahaja. Pelancong antarabangsa khususnya dari negara maju beranggapan bahawa Malaysia merupakan destinasi percutian yang murah dan kompetitif kerana kadar tukaran asing yang menarik.

Pakar runding pelabur asing dan kakitangan syarikat multinasional yang berurusan di negara ini juga tertarik oleh  kemajuan ekonomi negara yang pesat sehingga Lembah Klang menjadi tumpuan kerana terdapatnya ibu pejabat institusi kewangan antarabangsa dan syarikat teknologi tinggi. Hal ini ditambahkan pula dengan usaha kerajaan Malaysia memajukan sektor pendidikan pengajian tinggi serta industri kesihatan dan perubatannya melalui promosi yang agresif. Penganjuran acara sukan bertaraf dunia dan persidangan antarabangsa juga meletakkan Malaysia di peta pelancongan sukan dan forum. Begitu juga dengan pembinaan pusat konvensyen, seperti Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC), Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, (PICC), dan Dewan Persidangan Hotel bertaraf lima bintang telah merancakkan ketibaan pelancong yang gemar menyertai perbincangan pada peringkat tinggi serta acara korporat antarabangsa.

Jelaslah perspektif tentang sektor pelancongan di Malaysia telah menjangkau segmen di luar tarikan keindahan alam semula jadi. Strategi ini memberikan kelebihan kepada Malaysia untuk menawarkan produk pelancongan yang lebih berdaya saing. Sumbangan sektor pelancongan kepada pendapatan negara akan terus meningkat. Kedudukan ekonomi yang maju, politik yang stabil, sosial yang harmoni dan keselamatan yang baik menjadi resipi utama bagi menarik lebih banyak pelancong asing. Kedatangan hampir 30 juta orang asing saban tahun membuktikan bahawa Malaysia memiliki masa depan yang sangat cemerlang dalam sektor pelancongan.

                       (Dipetik dan diubah suai daripada "Pelancongan Menyuntik Pendapatan Negara" oleh Danilah Kamarul)


Bahan 2 - Grafik





            Fokus 1 - Faktor-faktor yang menarik kedatangan pelancong
           Fokus 2 - Usaha-usaha meningkatkn industri pelancongan di       Malaysia

Pendahuluan:

Rumusan membincangkan faktor-faktor yang menarik kedatangan pelancong dan usaha-usaha untuk meningkatkan industri pelancongan.                                                                                                                                        [2 markah]

Isi-

Fokus 1 - Faktor

F1B1 - Rencana

Bahan 1

1.   Banyak tempat menarik untuk dilawati.

2.   Keadaan iklim semula jadi negara ini yang panas dan lembap sepanjang tahun.

3.   Malaysia memiliki sejarah pembentukan negara bangsa yang sangat unik.

4.  kepelbagaian budaya dan ethnik

5.   Kegiatan seni dan manipulasi fabrik suku kaum Kadazan dan Iban.

6.   Udara yang segar tanpa pencemaran.

7.   destinasi percutian yang murah dan kompetitif kerana kadar tukaran asing yang menarik.

8.   Kemajuan negara yang pesat

9.   Kedudukan ekonomi yang maju,politik stabil,sosial yang harmoni dan keselamatan yang baik

 

 

Bahan 2 - Grafik

F1B2

1.   Terdapat lokasi yang cantik dan menarik 

2.  Bajet yang murah

2.  dapat menimba pengalaman pelbagai budaya 

4.   Pengangkutan yang mudah untuk ke tempat-tempat pelancongan  

 

Fokus 2- Usaha

F1B1

1.   Kerajaan memajukan sektor pendidikan pengajian tinggi serta industri kesihatan dan perubatannya melalui promosi.

2.   Pengajuran acara sukan bertaraf dunia dan persidangan antarabangsa

3.   Pembinaan pusat konvensyen dan Dewan Persidangan Hotel bertaraf lima bintang.

 

 

Kesimpulan :

1.   Kesimpulannya, kerajaan hendaklah memperkasakan sektor pelancongan agar negara lebih makmur.

 

2.   Kesimpulannya, sektor pelancongan hendaklah diperkasakan oleh pihak kerajaan  agar negara lebih makmur.                                      [ 2 markah]




CONTOH JAWAPAN RUMUSAN:

       Rumusan membincangkan faktor-faktor yang menarik kedatangan pelancong dan usaha-usaha untuk  meningkatkan industri pelancongan.  √ P 2


       Antara faktor yang menarik kedatangan pelancong ialah terdapat banyak tempat menarik untuk  dilawati √ (F1B1) dan kemajuan negara yang pesat (F1B1) Selain itu, keadaan iklim semula jadi negara ini yang panas dan  lembap sepanjang tahun (F1B1) dan udara yang segar tanpa penncemaran turut menjadi faktor. √ (F1B1) Malaysia juga memiliki sejarah pembentukan negara bangsa yang sangat unik.√(F1B1) Seterusnya, terdapat kegiatan seni dan manipulasi fabrik suku kaum Kadazan dan Iban (F1B1) dan pelancong dapat menimba pengalaman daripada kepelbagaian budaya yang ada. (F1B2) 


Antara usaha untuk meningkatkan industri pelancongan ialah dengan penganjuran acara sukan bertaraf dunia  dan persidangan antarabangsa.√(F2B1) Seterusnya, pembinaan pusat konvensyen dan Dewan Persidangan Hotel  bertaraf lima bintang.(F2B1)


       Kesimpulannya, kerajaan hendaklah memperkasakan sektor pelancongan  agar negara lebih makmur. √ K2

                                                                                  ( 120 patah perkataan)


PENDAHULUAN (P)    = 2

ISI                   (8)   = 16

KESIMPULAN     (K)   = 2

______________________

JUMLAH                    = 20

BAHASA                    = 10

______________________

JUMLAH                     =30

______________________