HALAMAN 2

Ahad, 24 Februari 2019

 Nyatakan subjek dan predikat bagi ayat-ayat berikut.
Tentukan pola ayat.
Nota:  Subjek mesti terdiri daripada Frasa Nama (FN)




1.    Penduduk kampung Meranti membersihkan tanah terbiar itu untuk dijaikan tapak semaian
Subjek               :  penduduk kampung Meranti
Predikat             :   membersihkan tanah terbiar itu
Penerang Predikat  :   untuk dijadikan tapak semaian.
Pola ayat            :   FN + FK
Ayat songsang    :   Membersihkan tanah terbiar itu penduduk kampung Meranti untuk dijadikan tapak semaian.

2.    Kita perlu membawa barangan yang penting sahaja ke tapak perkhemahan di atas bukit itu.
Subjek               :   Kita
Predikat             :   perlu membawa barangan yang penting sahaja
Penerang Predikat  :   ke tapak perkhemahan di atas bukit itu.
Pola ayat            :   FN + FK
Ayat songsang    :   Perlu membawa barangan yang penting sahaja kita ke tapak perkhemahan di atas bukit itu.

3.    Para penari yang sedang membuat persembahan kebudayaan itu dari Akademi Seni Kuala Lumpur.
Subjek               :   Penari-penari
Penerang subjek :   yang sedang membuat persembahan kebudayaan itu
Predikat             :   dari Akademi Seni Kuala Lumpur.
Pola ayat            :   FN + FSN
Ayat Songsang   :   Dari Akademi Seni Kuala Lumpur penari-penari yang sedang membuat
                            persembahan kebudayaan itu.

4.    Perpustakaan Sekolah Menengah Dato’ Syed Esa sungguh lengkap dengan pelbagai bahan bacaan ilmiah.
Subjek               :   Perpustakaan Sekolah Menengah Dato’ Syed Esa
Predikat             :   sungguh lengkap
Penerangan Predikat :   dengan pelbagai bahan bacaan ilmiah.
Pola ayat            :   FN  +  FA
Ayat Songsang    :   Sungguh lengkap dengan pelbagai bahan bacaan ilmiah perpustakaan Sekolah Menengah Dato’ Syed Esa.

 5. Haji Zainal seorang ketua kampung yang sangat mengambil berat tentang kebajikan penduduk kampung Bentara.

Subjek               :    Haji Zainal
Predikat             :    seorang ketua kampung
Penerang Predikat:   yang sangat mengambil berat tentang kebajikan penduduk
                              kampung Betara.
Pola Ayat                FN + FN
Ayat Songsang    :   Ketua kampung yang sangat mengambil berat tentang kebajikan penduduk kampung Bentara Haji Zainal.



Rabu, 20 Februari 2019

latihan pemahaman syair Pohon Buluh

Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


SYAIR POHON BULUH

Menara tinggi banyak bertingkat,
Di sana tiada bilik bersekat,
Tiada bertangga naik melekat,
Mata-mata menjaga segenap pangkat.

Yang ada sedia panji-panji bendera,
Hingga sampai ke kemuncak menara,
Banyak ada ia bersaudara,
Yang ada pula bersama gara.

Selalu dipandang dilihat adanya,
Tinggi rendah dijerat pangkatnya,
Besar kecil ikat binanya,
Terlalu kuat pula asasnya.

Ikatnya licin di luar dan di dalam,
Gelapnya di dalam seperti malam,
Air tak tiris seperti kolam,

Ikat tingkatnya tak nampak alam.


Soalan pemahaman – Syair Pohon Buluh
Set 1
(a) Bagaimanakah keadaan menara yang terdapat dalam rangkap pertama syair di atas?                                                                                       [3 markah}
Keadaan menara yang terdapat dalam rangkap pertama syair ialah, menara itu tinggi dan banyak beringkat.  Selain itu, menara itu tiada bilik yang bersekat dan tiada bertangga untuk naik ke atas.  Akhir sekali, terdapat mata-mata yang menjaga di setiap pangkat di menara itu.

(b) Banyak nilai yang terdapat dalam syair Pohon Buluh.
Berikan dua nilai yang terdapat dalam syair tersebut.  {3 markah}

Dua nilai yang terdapat dalam syair pohon buluh ialah yang pertama nilai perpaduan contohnya ikatan pohon buluh menggambarkan kekuatan masyarakat bersatu padu.
Nilai yang kedua ialah nilai keadilan, contohnya pemerintahan sesebuah negara yang adil tanpa mengira pangkat dan keturunan.

(c) Semangat perpaduan yang utuh dapat mengekalkan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh masyarakat untuk mengekalkan perpaduan. (KBAT)    (4 markah)

Pada pendapat saya, langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh masyarakat untuk mengekalkan perpaduan ialah antaranya setiap anggota masyarakat tanpa mengira kaum dan agama mesti mengamalkan sikap bertolak ansur antara satu sama lain supaya tidak timbul peselisahan faham dan perpaduan akan dapaty dicapai.
     Selain itu, setiap anggota masyarakat perlulah mempunyai semangat cinta akan tanah air dan bersatu padu menjaga keharmonian dan keamanan negara.  Dengan itu semangat perpaduan antara kaum dapat dicapai.
     Akhir sekali, setiap anggota masyarakat juga perlu sentiasa hormat-menghormati antara masyarakat yang berlainan agama, bangsa serta budaya hidup.  Dengan ini perpaduan negara akan dapat diwujudkan.

Set 2.
(a) Berdasdarkan syair Pohon Buluh, nyatakan dua bukti yang menunjukkan asas kekuatan pohon buluh.                                              (3 markah)
Dua bukti yang menunjukkan asas kekuatan pohon buluh ialah, pohon yang tinggi rendah dijerat pangkatnya dan batang yang besar dan kecil diikat binanya.

(b) Nyatakan dua pengajaran yang dapat anda peroleh dari syair Pohon Buluh.                                                                                                    (3 markah)
Dua pengajaran yang terdapat dalam syair setiap anggota masyarakat hendaklah bersatu padu supaya keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan keamanan negara dapat dicapai.
         Selain itu, seseorang pemimpin haruslah sentiasa berlaku adil dan saksama tanpa mengira kaum , keturunan dan pangkat supaya keamanan dan kedamaian dapat dicapai.

(c) Apakah andaian anda tentang keadaan sesebuah negara jika rakyatnya tidak bersatu padu.                                                      (4 markah)

Andaian saya tentang keadaan sesebuah negara jika rakyatnya tidak bersatu padu ialah negara akan berada dalam keadaan kucar- kacir kerana berlaku perselisihan faham dan pergolakan menyebabkan sistem peperintahan sukar dikawal.
Selain itu, kemerdekaan dan keamanan negara juga mudah digugat oleh anasir luar kerana rakyat yang lemah dan tidak bersatu padu menyebabkan pemerintahan negara menjadi lemah.
Kemajuan negara juga akan menjadi lambat kerana rakyat tidak bersatu padu untuk melaksanakan program dan rancangan pembangunan yang telah dibuat oleh kerajaan.



Selasa, 19 Februari 2019

PERIBAHASA - TEMA ALAM


PERIBAHASA  BERTEMAKAN ALAM 

SEMULA JADI

1.Air  yang  tenang  jangan  disangka  tiada  buaya       
Maksud :Seseorang  yang  pendiam  jangan  disangka  penakut .

2.Air  yang  dicencang  tidak  akan  putus              
Maksud:Pergaduhan  antara  saudara  tidak  akan  berlarutan  dan  
akan berbaik  semula .

3.Air  pun  ada  pasang  surutnya                                 
Maksud : Nasib seseorang  itu  sukar  untuk  dipastikan  
adakalanya  baik  dan sebaliknya .

4.Air  setitik  dilautkan  ,  tanah  sekepal  
digunungkan  
Maksud :Perbuatan  memperbesar-besarkan  kesalahan  yang  
kecil .

5.Ada  angin  ,  ada  pokoknya 
                                         
Maksud : Setiap sesuatu  itu  ada  sumber  atau  asal-usulnya

6.Air  sama  air , sampah  ke  tepi  juga                             
Maksud :Terlibat  di  dalam  pertelingkahan  antara  ahli  
keluarga  orang lain  dan  disisihkan  apabila  mereka  
berbaik  semula .

7.Air  besar  sampan  tak  hanyut                                     
Maksud : Niat atau  hajat  yang  ketidaksampaian .

8.Air  beriak  tanda  tidak  dalam                                       
 Maksud :Orang  yang  banyak  bercakap  tandanya  tidak  
berilmu .

9.Anjing  menyalak  bukit  tidak  akan  runtuh    
 Maksud :Perbuatan  orang  jahat  mengata  orang  baik  tidak  
akan meninggalkan  kesan .

10.Benih  yang  baik , kalau  jatuh  ke  bumi  menjadi  gunung  , kalau  jatuh  ke laut  menjadi  pulau 
Maksud : Seseorang  yang  berasal  daripada  keturunan  yang 
 baik akan  tetap  dihormati 

11.Bagai  air  titik  ke  batu                                         
 Maksud : Orang yang  tidak  menerima  pengajaran  yang  
diberi  kepadanya .

12.Bagai  hujan  jatuh  ke  pasir                                   
 Maksud : Sia-sia berbuat  baik  kepada  orang  yang  tidak  
mengenang  budi .

.13Bagai  langit  dengan  bumi                                       
Maksud :Mempunyai  banyak  perbezaan  .

14.Batu  direbus  masakan  empuk                                   
Maksud:   Seseorang  yang  dungu  dan  degil  tidak  akan  mengikut  apa yang  telah  diajar  

15.Bagai  berumah  di  tepi  pantai                                    
 Maksud :Perasaan  yang  selalu  gelisah 

16.Bagai  mencurahkan  air  ke  daun  keladi                  
 Maksud :Nasihat  yang  sia-sia.

17.Cendawan  tumbuh  selepas  hujan                             
 Maksud :Perkembangan  yang  sangat  pesat

18.Embun  di  hujung  rumput                                            
 Maksud :Kasih  sayang  yang  tidak  berkekalan .

19.Garam  jatuh  ke  laut                                                       
Maksud :Nasihat  yang  tidak  didengari.

20.Gunung  yang  tinggi  akan  runtuh  jika  
setiap  hari digali                              
   Maksud : Sebanyak  manapun  harta  jika  tidak  ditambah  lambat-  laun  akan  habis  jua .

21.Hujan  berbalik  ke  langit                                             
  Maksud :Orang  yang   berupaya  dari  segi  harta  atau  ilmu  meminta pertolongan  orang  yang  lemah  .

22.Hujan  jatuh  ke  pasir                                                            
Maksud: Melakukan  kebaikan  kepada  seseorang  yang  tidak  
tahu membalas  budi .

23.Harapkan  panas  hingga  ke  petang , rupanya  hujan  di  tengah hari                                                
  Maksud : Mengharapkan  kesenangan  sepanjang  masa  tetapi  
rupanya kesusahan  yang  menimpa .

24.Hujan  emas  di  Negara  orang , hujan  batu  di  Negara sendiri                                              
 Maksud : Walaupun  terdapat  kemewahan  atau  kesenangan  di  
tempat orang , lebih  baik  di  tempat  sendiri  
walaupun  serba  kekurangan .

25.Ke  bukit  sama  didaki , ke  lurah  sama  dituruni     
 Maksud : Susah  atau  senang  tetap  diharungi  bersama.

26.Kuman  di  seberang  laut  nampak , gajah  di  hadapan  mata tidak  nampak                              
  Maksud : Kesalahan  orang lain  nampak  walaupun  kecil , kesalahan  diri  sendiri  tidak disedari .

27.Lubuk  akal  lautan  budi                                              
Maksud : Mempunyai  ilmu  pengetahuan  yang  sangat  banyak .

28.Langit  tidak  selalu  cerah                                              
 Maksud : Nasib  baik  yang  tidak  selalu  berpanjangan .

29.Laut  mana  yang  tidak  bergelora                            
Maksud : Semua  orang  tidak  terlepas  daripada  melakukan  kesilapan .

30.Lempar  batu  sembunyi  tangan                                      
Maksud : Melakukan  perbuatan  yang  tidak  baik  tetapi  pura-pura  tidak tahu .

31.Lain  padang  lain  belalangnya                                      
Maksud :Setiap  tempat  mempunyai  budaya  yang  
berbeza .

32.Mana  sungai  yang  tidak  berhulu                                      
 Maksud :Semua  orang  mempunyai  tempat  asal-usulnya .

33.Meludah  ke  langit  jatuh  ke  muka  sendiri      
 Maksud : Seseorang  yang  menceritakan  keburukkan  dirinya 
 kepada  orang lain 

34.Menangguk  di  air  keruh                                              
  Maksud : Mengambil  kesempatan .

35.Mendengar  guruh  di  langit , air  di  tempayan dicurahkan                                              
Maksud :Mengharapkan  sesuatu  yang  belum  pasti .

36.Ombak  sudah  kedengaran , pasirnya  tidak kelihatan                                    Maksud : Sesuatu  berita  sudah  didengari  tetapi  
buktinya  tiada .

37.Ombak  yang  kecil  jangan  ditidakkan                         
 Maksud : Sesuatu  masalah  yang  kecil  jangan  dipandang  
ringan

38. Panas  setahun  dihapus  oleh  hujan , tak  lekang  dek panas                      Maksud :Sesuatu  perkara  yang  tidak  akan  berubah .

39.Rendah  gunung  tinggi  lagi  harapan                         
  Maksud : Menggambarkan  seseorang  yang  mempunyai  
harapan  yang terlalu  tinggi  terhadap  sesuatu  
perkara.

40. Siang  berpanas , malam  berembun                              
Maksud : Kehidupan  yang  sangat  miskin  dan  tidak  
mempunyai  tempat tinggal .

41.Setitik  dijadikan  laut , sekepal  dijadikan  gunung   
Maksud :Sesuatu  perkara  kecil  dibesar-besarkan . 

42.Sediakan  payung  sebelum  hujan                                
  Maksud :Beringat-ingat  sebelum  ditimpa  kesusahan .

42.Sekali  air  bah , sekali  pasir  berubah                                 
Maksud:Apabila  berlaku  pertukaran  pemerintah corak  pemerintahan juga  berubah .

43.Seperti  rumput  di  tepi  jalan                                         
Maksud : Seseorang  yang  tidak  mempunyai  kedudukan .

44.Sikit-sikit  lama-lama  jadi  bukit                                  
Maksud : Berusaha  secara  berterusan  akan  menghasilkan  
kejayaan .

45.Tiada  beban , batu digalas                                               
Maksud : Sengaja  mencari  kesusahan .                               

46.Ulat  di  dalam batu  pun  boleh  hidup                          
Maksud : Orang  yang  rajin tidak  akan  kelaparan .


47. Untung atas angin
Maksud : Mendapat  keuntungan  tanpa perlu berusaha.