HALAMAN 2

Ahad, 26 Julai 2020

Peristiwa-Peristiwa Menarik dalam Novel Silir Daksina & Di Sebalik Dinara





Peristiwa-Peristiwa Menarik - Novel Silir Daksina

Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.

     Novel yang saya pelajari ialah Novel Silir Daksina karya Nizar Parman yang mengisahkan konflik kekeluargaan yang berlaku antara Abdullah Kayan dan Rafiqah sehingga membawa kepada penceraian dan menyebabkan Haiqal Hakimi terpisah dengan ayahnya. Kerinduan Abdullah Kayan terhadap Haiqal yang mendalam telah menyebabkannya menderita dan meninggal dunia. Haiqal cuba menjejaki warisan peninggalan ayahnya setelah menerima manuskrip daripada Ong See Hwa. Novel ini telah menonjolkan tiga peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.

   Antara peristiwa menarik yang terdapat dalam novel Silir Daksina, ialah peristiwa dimana Umi melihat persembahan tarian zapin. Haiqal bersedia untuk mempersembahkan tarian zapin dengan See Hwa. Semasa persembahan dijalankan, Haiqal ternampak Uminya, Walid dan adik tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan persembahannya di belakang balai kampung. Umi sebelumnya tidak merestui langkah Haiqal untuk menghidupkan semula pejuangan ayahnya. Peristiwa ini menunjukkan teladan kepada saya bahawa kita haruslah menyokong hasrat ahli keluarga yang lain walaupun fikiran berbeza. Tambahan pula, peristiwa ini menunjukkan keunikkan kaum di Malaysia apabila See Hwa yang berbangsa Cina mengikuti Haiqal dalam membuat persembahan Zapin.


   Selain itu peristiwa dimana Haiqal bertanya kepada uminya tentang rancangannya ke Johor. Pada mulanya, uminya mengugat Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya, namun begitu Haiqal tidak membatalkan keputusannya. Sebaliknya dia meneruskan rancangannya untuk pergi ke Johor. Peristiwa ini menarik kerana ia menunjukkan keberanian Haiqal dalam membuat keputusan. Dia berani untuk bertolak ke tempat asing dan tidak takut akan ugutan uminya. 


Peristiwa-Peristiwa Menarik - Novel Di Sebalik Dinara

1. Peristiwa-peristiwa yang menarik perlu diolah oleh pengarang untuk menarik minat pembaca bagi meneruskan pembacaan sesebuah novel. berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.


        Novel yang saya pelajari ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang noor yang mengisahkan tentang persaingan dunia sains antara Karl dan medina sehingga melupakan unsur-unsur kemanusiaan. Novel ini telah memaparkan beberapa peristiwa menarik.

           Antaranya ialah peristiwa Aqram berpura-pura tidur semasa di dalam kapal terbang. Dia mengambil cawan kecil dan menguji kesan air liur yang melekat pada cawan. Kajian yang dibuat Dr Maxi mendapati Farisha dikatakan individu mampu menyelamatkan Dinara. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kebijaksanaan Aqram menjalankan tugas dan kecanggihan kajian sains yang mendalam dalam mengesan DNA seseorang.
           Selain itu, Farisha mencatat alamat yang diberikan oleh Aqram dengan menggunakan sebatang pen. Pen tersebut sebenarnya telah dilengkapi dengan alat penetrator untuk menerobos ruang minda farisha. Hal ini menyebabkan Farisha sakit kepala. Peristiwa ini dianggap menarik kerana kecanggihan dunia sains dan teknologi pada masa itu yang ditunjukkan oleh pengarang menggambarkan hanya dengan alat sekecil pen kita mampu menembusi pemikiran manusia atau lebih lagi mengambil maklumat yang terkandung dalam pemikiran manusia.

           Akhir sekali, Karl telah menjadikan Farisha sebagai bahan uji kaji. Karl menanam pelbagai jenis implan dalam tubuh Fariaha agar beliau menjadi genius. Menurut Medina, Karl ialah ayah kandung Farisha 











Sabtu, 25 Julai 2020

HEBAT RUMUSAN 11 - PERSEDIAAN ASAS MENJADI USAHAWAN BERJAYA





HEBAT RUMUSAN 11

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang persediaan-persediaan asas menjadi usahawan berjaya dan kesannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Berdasarkan premis bahawa keusahawanan boleh dipelajari dan diamalkan untuk menempa kejayaan, maka terdapat beberapa keperluan asas yang harus dipupuk. Sememangnya idea perniagaan yang bernas menjadi titik permulaan tetapi hal ini tidak mencukupi untuk memastikan kejayaan yang berterusan. Penyelidikan yang diusahakan oleh Target Training International telah membuat kaji selidik terhadap 17 ribu usahawan yang berjaya. Beberapa dapatan hasil kaji selidik tersebut mendapati mereka yang telah berjaya menjadi usahawan terkemuka mempunyai personaliti seperti berkebolehan untuk memberikan keyakinan dan bertanggungjawab terhadap masyarakat Selain itu, sifat kepimpinan yang berkesan dan kebolehan berkomunikasi yang baik. Keperluan utama yang dapat memastikan sesuatu kejayaan ialah seseorang usahawan tersebut perlu menetapkan jangkaan yang realistik. Keterujaan dan keyakinan amat diperlukan bagi merancang pelan perniagaan yang harus berdasarkan realiti yang terdapat dalam pasaran.

Seseorang usahawan juga perlu memberikan nilai tawaran yang jelas iaitu produk dan perkhidmatan yang ditawarkan harus mempunyai nilai yang sebenar. Jika tawaran nilai tidak jelas, berkemungkinan perniagaan itu menemui kegagalan. Selain itu, para usahawan perlu menawarkan produk yang unik kerana hal ini membezakan produk yang dihasilkan dengan pesaing-pesaing dalam perniagaan. Mereka yang telah berjaya biasanya juga mampu menyediakan produk atau perkhidmatan yang memberikan nilai yang terbaik kepada orang ramai. Malah para usahawan yang telah berjaya juga berani meneroka pasaran yang berskala besar. Contohnya seperti Dato' Aliff Syukri yang mengusahakan produk D'Herbs, yang perniagaannya semakin berkembang maju. 

Selain mengusahakan produk yang bersifat monopoli dan sukar diperoleh, usahawan juga perlu membentuk pelan perniagaan yang berdaya maju. Dengan  adanya pelan perniagaan, usahawan dapat memasarkan produk dan perkhidmatannya dalam tempoh yang panjang kepada pelanggan yang disasarkan dengan belanjawan yang berpatutan. Pelanggan merupakan nyawa kepada sesebuah perniagaan. Usahawan yang bijak  biasanya dapat menarik pelanggannya secara berkesan. Hal ini bergantung kepada keberkesanannya dari segi kos dan jumlah pelanggan yang berupaya ditarik. Penggunaan media sosial untuk tujuan pengiklanan dan promosi, perbincangan tentang jenama, ulasan dan maklum balas tentang sesuatu produk merupakan cara yang berkesan.

Setiap individu berpeluang mengecap kejayaan sebagai seorang usahawan kerana ciri- ciri keusahawanan yang ada pada kebanyakan usahawan bukanlah dilahirkan secara semula jadi tetapi adalah disebabkan daya inisiatif yang tinggi serta keyakinan yang kuat terhadap kemampuan diri sendiri.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Keperluan Asas Menjadi Usahawan Berjaya’ Oleh Rahim Aziz, Dewan Ekonomi, April 2016.


Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1. jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri..

(i)           Berikan maksud rangkai kata berdasarkan realiti berdasarkan petikan.
   [2 markah]
(ii)         Pengarang menyatakan beberapa hasil kaji selidik tentang personaliti 
usahawan terkemuka. Senaraikan hasil kaji selidik tersebut
                                                                                 [3 markah]
 (iii)        Di Malaysia, keusahawanan dalam bidang pertanian kurang mendapat
            tempat dalam kalangan usahawan muda.
            Pada pendapat anda, bagaimanakah bidang ini boleh menarik 
            usahawan  muda untuk menceburi bidang tersebut
                                                                                           [4 markah]




Semak jawapan di sini
























Jumaat, 24 Julai 2020

SKEMA HEBAT RUMUSAN 10 - cabaran dalam melaksanakan konsep pembelajaran maya



PENDAHULUAN
JAWAPAN
MARKAH
P
Rumusan membincangkan halangan-halangan / kekangan-kekangan / rintangan- rintangan / masalah-masalah dalam melaksanakan konsep pembelajaran maya dan
inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan konsep pembelajaran maya.
2

ISI TERSURAT (Cabaran-cabaran dalam melaksanakan konsep pembelajaran maya)
ISI
JAWAPAN
MARKAH
S1
sebanyak 23.1% penduduk di negara ini yang tidak memiliki akses Internet
2
S2
ibu bapa pada masa ini masih belum dapat menerima konsep pembelajaran maya sepenuhnya
2
S3
minda mereka belum terbuka untuk menerima gaya pembelajaran alaf baru
2
S4
masyarakat juga beranggapan anak-anak mudah menyalahgunakan Internet
2
S5
ibu bapa bimbang interaksi yang terhad antara guru maya dengan muridnya
2
S6
platform pendidikan maya bukan mudah untuk dibentuk
2
S7
operasinya memerlukan kos yang tinggi
2
S8
murid tidak memiliki peranti untuk mengakses Internet
2

ISI TERSIRAT (Inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan konsep pembelajaran maya)

ISI
JAWAPAN
MARKAH
T1
Kerajaan memperbanyak pusat Internet secara percuma
2
T2
Kerajaan meningkatkan keupayaan Internet
2
T3
Kerajaan menyediakan peralatan / peranti di sekolah
2
T4
Peniaga / pengeluar menawarkan harga peranti / pakej Internet yang murah
2
T5
Ibu bapa menyediakan peranti / kemudahan Internet di rumah
2
T6
Pihak sekolah memperkasakan penggunaan Frog VLE di sekolah
2
T7
Media massa menguar-uarkan kepentingan pendidikan maya
2

KESIMPULAN
ISI
JAWAPAN
MARKAH
K
Kesimpulannya, semua pihak perlu menyokong / bekerjasama pelaksanaan konsep pembelajaran  maya  agar  dapat  melahirkan  modal  insan  /  murid  cemerlang / memajukan pendidikan negara.
2




 SKEMA SOALAN PEMAHAMAN


SOALAN (i) Maksud rangkai kata lebih efektif :
PILIHAN
JAWAPAN
MARKAH
(i)
sangat / amat berkesan
2
(ii)
lebih berkesan
1
(iii)
sangat / amat efektif
1

SOALAN (ii) Faedah-faedah :

ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
murid dapat mengelakkan diri daripada menjadi jaguh siber
1
2
memasuki alam pembelajaran yang diperkenalkan oleh platform pendidikan maya
1
3
mampu mempertingkatkan kefahaman
1
4
mampu mempertingkatkan kualiti pembelajaran
1

SOALAN (iii) Cara-cara lain untuk memperoleh maklumat
ISI
JAWAPAN
MARKAH
1
membaca buku / akhbar / majalah
1
2
menghadiri kelas / kuliah / seminar / kursus
1
3
bertanya / berbincang dengan guru / rakan / orang-orang tua
1
4
lawatan bermaklumat / melancong
1
5
menonton televisyen / mendengar radio
1
6
pemerhatian / kaji selidik
1





HEBAT RUMUSAN SET 10- CABARAN DALAM MELAKSANAKAN KONSEP PEMBELAJARAN MAYA



HEBAT RUMUSAN 10

Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang cabaran-cabaran dalam melaksanakan konsep pembelajaran maya dan inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan konsep pembelajaran maya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Konsep pembelajaran maya sudah menjadi satu realiti dengan adanya platform pembelajaran maya yang semakin hari semakin pesat dibangunkan oleh syarikat pembelajaran maya di Malaysia. Hal ini sesuai dengan konsep pembelajaran abad ke-21 yang semakin hari semakin mendapat tempat dalam hati pengguna Internet. Hampir 25 juta pengguna Internet di Malaysia menggunakan perkhidmatan jalur lebar dan peranti komunikasi telefon pintar berbanding dengan pengguna telefon talian tetap dan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Namun begitu, sebanyak 23.1% penduduk di negara ini yang tidak memiliki akses Internet telah menjadi halangan kepada pelaksanaan pendidikan maya ini.

Berdasarkan perspektif yang berbeza, ibu bapa pada masa ini masih belum dapat menerima konsep pembelajaran maya sepenuhnya kerana mereka beranggapan bahawa pembelajaran secara konvensional di dalam kelas lebih efektif. Ibu bapa lebih meyakini guru dapat memantau perkembangan anak-anak mereka di dalam kelas. Pada masa yang sama, minda mereka belum terbuka untuk menerima gaya pembelajaran alaf baru. Selain itu, masyarakat juga beranggapan anak-anak mudah menyalahgunakan Internet untuk mengakses laman-laman yang tidak bermanfaat. Hal ini dibuktikan dengan peratus penggunaan Internet untuk pengisian hiburan seperti permainan dalam talian dan sembang amat tinggi dalam kalangan murid. Natijahnya, ramai murid yang mengabaikan pelajaran dan terlibat dengan perkara-perkara negatif.

Menerusi platform pendidikan maya, murid dapat mengelakkan diri daripada menjadi jaguh siber yang membazirkan masa semata-mata. Mereka juga dapat memasuki alam pembelajaran yang diperkenalkan oleh platform pendidikan maya. Selain itu, platform ini mampu mempertingkatkan kefahaman dan kualiti pembelajaran mereka. Dalam masa yang sama, ibu bapa bimbang interaksi yang terhad antara guru maya dengan muridnya dalam bidang akademik. Hal ini dikatakan demikian kerana masalah ini akan mengekang perkembangan prestasi akademik anak-anak mereka.

Persoalannya, mampukah murid-murid di Malaysia untuk mendepani serta memanfaatkan konsep pembelajaran maya pada hari ini? Hal ini berlaku kerana platform pendidikan maya bukan mudah untuk dibentuk dan operasinya memerlukan kos yang tinggi. Murid-murid milenium ini yang mudah berasa bosan juga mahu maklumat diperoleh secepat mungkin dengan konsep maklumat di hujung jari. Namun begitu, kekurangan dalam pembelajaran maya juga ialah murid tidak memiliki peranti untuk mengakses Internet. Situasi ini tidak seharusnya berlaku kerana pakej perkhidmatan jalur lebar dan peranti mampu milik sudah lama bertapak di negara kita. Kesimpulannya, pendidikan di Malaysia perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat agar negara kita mampu bersaing di peringkat global.


Dipetik dan diubah suai daripada ‘Konsep Pembelajaran Maya’ Majalah Pendidik, November 2018



Soalan 2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.


(i)
Berikan maksud rangkai kata lebih efektif.
                                                                        [2 markah]
(ii)
Menerusi platform pendidikan maya, pengarang
mengemukakan beberapa faedah yang diperoleh seseorang
murid.
Nyatakan faedah-faedah tersebut.
                                                                       [3 markah]
(iii)
Murid dapat memperoleh pelbagai maklumat daripada
Internet untuk meningkatkan pengetahuan mereka.
Pada pendapat anda, nyatakan cara-cara lain untuk
memperoleh maklumat.
                                                                       [4 markah]



         semak jawapan di sini