SOALAN LATIHAN NOVEL HEMPASAN OMBAK
Nilai- nilai positif yang dimiliki oleh watak utama dalam sesebuah novel dapat memerikan teladan kepada pembaca.
Huraikan tiga nilai yang dimiliki oleh watak utama yang telah ditetapkan bagi novel
tersebut. Jawapan anda hendaklah
disokong oleh contoh peristiwa yang sesuai.
NOVEL
|
WATAK
UTAMA
|
Justeru
Impian di Jaring
|
Syahir
|
Hempasan
Ombak
|
Farid
|
Tawanan
Komander Caucasus
|
Farhani
|
Chot
|
Alias
|
Isi-isi penting:
Novel Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim
Novel Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim
-
Watak
utama – Farid
-
Nilai
Kegigihan
-
Nilai
bertanggungjawab
-
Nilai
kesederhanaan
Contoh esei
jawapan.
Novel yang telah saya kaji dalam
tingakatan 3 ialah novel Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim. Watak utama dalam novel ini ialah Farid. Terdapat banyak nilai murni pada watak Farid yang
boleh jadikan contoh dan teladan kepada pembaca dalam menjalani kehidupan ini.
Antaranya ialah nilai
kegigihan. Contoh peristiwa yang
menunjukkan nilai ini ialah Farid gigih berusaha untuk mengembangkan perusahaan
batik Nusantara walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Hasil kegigihan Farid, dia telah Berjaya membangunkan
bengkel batik moden.
Selain itu, terdapat juga nilai
bertanggungjawab pada watak Farid.
Contohnya, Farid bertanggungjawab menyelesaikan masalah kewangan
syarikat batik peninggalan ayahnya iaitu syarikat Batik Nusantara. Farid telah berusaha mencari idea daripada
pengusaha yang berpengalaman dalam bidang perniagaan untuk menyelesaikan
masalah syarikatnya.
Akhir sekali ialah nilai
kesederhanaan. Contohnya Farid mengekalkan sikap
bersederhana dalam menjalani kehidupan walaupun dia menduduki jawatan sebagai
Pengarah Urusan Syarikat Batik Nusantara dengan menaiki motosikal jika ada
urusan luar. Sekiranya dia ingin berkereta, dia lebih selesa menggunakan kereta
Peugeot lama peninggalan arwah ayahnya. Ketika makan tengah hari bersama-sama
Zuraida, dia lebih selesa memilih makan di warung biasa, bukan di hotel.
20 ulasan:
Tq ckgu...
Sama sama
Berdasarkan novel yang anda kaji di Tingkatan 3, kemukakan tiga contoh peristiwa yang melibatkan watak utama dengan merujuk kepada latar tempat, bangunan bengkel batik moden baharu. *
Terima kasih cikgu
Apakah contoh peristiwa yang sesuai bagi mengambarkan latar masyarakat yang telah ditetapkan
It's really help me , thanks ! ❤️
Tq ckgu
Thanks 🫰🏻
It really helps*
Tq cg
It really helped*
Ok
Trima kasih🖐
Kalua esei tentang tiga konflik watak utama tah macam mana buat cg
Wahh sangat berguna 👍🏻
ji ni tai mei
Cg kalau buat karangan berdasarkan contoh peristiwa tentang zuraida mcm mna
Bagus senang kerja nya
Cg macammana nak buat karangan berdasarkan 3 peristiwa yang berkait?
Cam biasa lah
Catat Ulasan