TEMA
Semangat perjuangan penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris demi
mempertahankan tanah air.
Contoh:
Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya telah menentang pihak Inggeris kerana
mencabuli perjanjian yang telah dipersetujui dan menindas penduduk tempatan
PERSOALAN
Kerjasama dalam menghadapi penjajah.
·
Zahid berkerjasama dengan rakan-rakannya untuk menentang penjajah
Inggeris.
·
Penduduk Semantan bersatu menentang pihak Inggeris semasa Datuk Bahaman
sedang menawan Lubuk Terua.
Keberanian penduduk tempatan menentang penjajah Inggeris.
·
Lajis dengan berani bersumpah bahawa dia akan menentang penjajah
Inggeris.
·
Datuk Bahaman telah kembali ke Lubuk Terua dengan membunuh askar-askar
pihak Inggeris yang telah membakar rumah penduduk tempatan.
Kesetiaan kepada negara.
·
Rahmad dan rakan-rakannya berlatih bermain senjata demi mempertahankan
tanah air daripada penjajah.
Pegangan agama yang kuat dalam kalangan masyarakat.
·
Datuk Bahaman sentiasa berdoa kepada tuhan supaya perjuangannya mendapat
bantuan dan keberkatan.
Kepentingan mendengar arahan ketua.
·
Tuk Selampit membatalkan niatnya untuk menyumpit pihak Inggeris yang
berjalan bersama Sultan dan Tengku Ali atas arahan Datuk Bahaman. Datuk Bahaman
bimbang buluh runcing tersasar pada sultan.
WATAK DAN PERWATAKAN
ZAHID
Seorang yang pandai menentang musuh.
Contoh: Dia berjaya membaling buluh runcing tepat pada belakang seorang pihak Inggeris.
Seorang yang patuh kepada ajaran agama.
Contoh: Selepas solat, dia akan berdoa kepada tuhan supaya tuhan memberkati perjuangannya menentang penjajah.
Seorang yang berani.
Contoh:Dia berani menentang dua orang pemuda yang sedang mengganggu Kak Minah.
Seorang yang mementingkan semangat setia kawan.
Contoh: Dia dan kawan-kawan akan melakukan tugas seperti menjaga kawasan dan menjaga kubu bersama-sama.
Seorang yang mempunyai semangat berjuang yang tinggi.
Contoh: Dia mempunyai prinsip dimana anak muda mestilah mengangkat senjata sekiranya diancam oleh pihak Inggeris manakala ibu bapa tidak boleh menghalang anak-anak mereka daripada berjuang. Anak-anak muda tidak boleh mati di atas tilam.

DATUK BAHAMAN
Orang kaya Semantan dan pembesar negeri
Mempunyai 2 anak iaitu Mat Lela dan Awang Muhammad
Seorang yang setia kepada sultan.
Contoh: Datuk Bahaman tetap tidak mahu menanggung risiko jika sultan tercederadalam pertempuran. Disebabkan itu, Datuk Bahaman tidak membenarkan Tuk Selampit menyumpit Rodger yang duduk bersebelahan dengan sultan di dalam perahu.

Seorang yang tidak mementingkan pangkat dan gelaran.
Contoh: Datuk Bahaman tiada mengeluarkan air mata apabila gelaran dan pangkat telah di tarik semula oleh Sultan. Namun, perjuangan menentang pihak Inggeris tetap diteruskan.
Seorang yang berani.
Contoh: Datuk Bahaman telah kembali ke Lubuk Terua seorang diri setelah mendapat tahu pihak Inggeris membakar kampung-kampung di Semantan. Dia telah berjaya membunuh banyak mata-mata pihak Inggeris walaupun seorang diri.
Seorang yang mahir dalam ilmu pukau
Contoh : Datuk Bahaman telah memukau semua orang yang ada di dalam perahu semasa beliau ingin berjumpa dan berbincang dengan sultan.
Seorang yang mementingkan
kebajikan rakyat.
Contoh: Semasa di Johor,Datuk Bahaman telah menolak tawaran Gabenur Singapura untuk memberikan 500 sebulan supaya berhenti menentang pihak Inggeris. Namun, Datuk Bahaman memilih berjuang bersama rakyat.

Seorang yang berpegang pada
janji.
Contoh:Datuk Bahaman berpegang pada janji bahawa beliau tidak akan menembak askar sultan walaupun terpaksa menderita dan anaknya mati sewaktu bertempur dengar askar sultan dan Inggeris.
Contoh:Datuk Bahaman berpegang pada janji bahawa beliau tidak akan menembak askar sultan walaupun terpaksa menderita dan anaknya mati sewaktu bertempur dengar askar sultan dan Inggeris.
SAMAD
Rakan kepada Zahid, Rahman dan Awang Muhammad.
Pernah ditangkap oleh Pihak Inggeris kerana membawa rotan.
Seorang yang berani.
Contoh:Samad mengingatkan rakan-rakanyan dimana mereka haruslah berani dalam perjuangan pada setiap masa.
Seorang yang pandai menyimpan rahsia.
Contoh: Samad telah berpura-pura menjadi budak bodoh ketika pihak Inggeris menyuruh menceritakan perkara yang sebenar.
Seorang yang bijaksana mengatur strategi.
Contoh: Samad telah melarang rakan-rakanya merosok pokok-pokok di tebing supaya mudah untuk mengintip musuh.
Seorang yang mempunyai semangat kerjasama
Contoh: Samad dan rakan-rakannya bekerjasama membina kubu.
MAT LELA
Umurnya hendak meningkat ke 30 tahun.
Anak Datuk Bahaman dan abang Awang Muhammad
Terkena tembakan di peha namun dapat diselamatkan
Seorang yang berfikiran terbuka
Contoh: Mat Lela bersetuju dengan bapanya dimana perjuangan harus menggunakan strategi dan akal fikiran.
Seorang yang berterus-terang.
Contoh: Mat Lela berterus terang dimana dia tidak mempercayai janji sultan dan berpendapat sebaliknya itu sebagai muslihat.
LAJIS
Guru silat kepada Rahmad dan rakan-rakannya.
Baru berkahwin dengan Kak Minah.
Menjadi pengintip untuk mengetahui rahsia gerakan Inggeris di Kuala Semantan.
Seorang yang mudah bekerjasama apabila dia bermuakat dengan Pak Uda untuk membina bengkel membuat senjata.
Seorang yang taat pada perintah agama.
GAYA BAHASA
Diksi
Bahasa istana
Contoh: Baginda berangkat ke Pulau Tawar dan dan bersemayam di sana.
Bahasa klasik
Contoh: Datuk Bahaman berhenti kira-kira 5 hasta dari pintu pagar rumah pasung itu.
Simile
Contoh: Bahagian tengah pisang itu hancur seperti kena tikam.
Personifikasi
Contoh: Matahari memancar dengan gagahnya di kaki langit timur.
Peribahasa
Contoh: Biarlah, Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.
Sinkope
Contoh: Tak guna kita tunggu di sini.
Metafora
Contoh: Perajurit-perajurit kita sudah lapar darah.
Inversi (ayat songsang)
Contoh: Selepas sembahyang subuh dan sarapan, aku bersalin pakaian

PLOT
Pengenalan
Pembaca diperkenalkan dengan tempat Lubuk Terua, Sungai Semantan.Selain itu,pembaca juga diperkenalakan dengan watak seperti Zahid,Rahman,Samad dan Awang Muhammad.Permulaan cerita digambarkan watak Datuk Bahaman sebagai orang kaya Semantan dan Mat Lela sebagai pemimpin untuk menentang Inggeris.
Perkembangan
Datuk Bahaman menyeru penduduk Lubuk Terua menentang penjajah dan membuat persediaan untuk berperang dengan membuat latihan. Zahid dan rakan-rakannya telah membantu membina kubu di Pangkat Merbau Berdarah di tepi Lubuk Meruah.
Perumitan
Inggeris sudah mula bertapak di Lubuk Terua.Mata-mata Inggeris telah membina rumah pasung di tepi tebing manakala Zahid dan rakan-rakan membina kubu serta menyediakan bambu runcing untuk menyerang Inggeris. Pada masa yang sama, Datuk Bahaman ke Johor untuk berunding dengan Gabenur Singapura. Kak Minah diganggu oleh dua orang pemuda tempatan yang menjadi mata-mata Inggeris. Lajis dan Pak Uda mendirikan bengkel membuat senjata. Datuk Bahaman meminta Lajis dan Rahmad menjadi pengintip di Kuala Semantan. Pihak Inggeris telah bermesyuarat dengan sultan dan orang-orang besar di Pulau Tawar bagi menyerang Datuk Bahaman dan penduduk Semantan.
Puncak/Klimaks
Mat Kilau membawa berita bahawa sultan mengishtiharkan bahawa Datuk Bahaman sebagai penderhaka kerana dipaksa oleh Hugh Clifford. Gelaran dan pangkat yang dikurniakan sultan kepada Datuk Bahaman telah ditarik semula. Pak Uda Ismail, Pak Abas dan Samad ditangkap oleh Inggeris tetapi berjaya diselamatkan oleh Datuk Bahaman.Kemudian, Pak Uda Ismail telah dibunuh oleh Inggeris. Datuk Bahaman menjelaskan bahawa Inggeris,mata-mataInggeris dan askar-askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali akan mudik ke Semantan.Tuk Selampit menjadi marah kerana Datuk Bahaman melarang Tuk Selampit menyumpit mata-mata Inggeris dan askar-askar sultan. Askar-askar sultan mungkir janji dimana mereka tidak menembak ke udara dan sebaliknya telah menembak Mat Lela,Awang Muhammad dan pengikut Datuk Bahaman.Datuk Panglima Raja meminta Datuk Bahaman membalas serangan pihak Inggeris tetapi Datuk Bahaman tetap berpegang pada janjinya. Akibat terlalu marah terhadap tindakan Datuk Bahaman, Tuk Muda Bidin dan Imam Perah Weh telah menyerah diri dan akhirnya mereka dibunuh oleh ketua askar sultan.
Peleraian
Ramai perajurit Semantan telah gugur dan mereka telah berundur ke Darat Kelubi. Pihak Inggeris dan askar-askar sultan sangat gembira. Mat Kilau membawa surat bahawa penduduk Semantan telah mendapat pengampunan sultan kecuali Datuk Bahaman. Penduduk kampung Semantan telah pulang ke rumah masing-masing selepas Datuk Bahaman mengarahkan Pak Cik Hassan Tahmid menghebahkan berita tersebut. Zahid dan Samad telah pulang ke Lubuk Terua. Rahmad pula tinggal bersama Datuk Bahaman di Darat Kelubi. Tuk Gajah telah mudik ke Sungai Tembeling dan akan terus ke Kelantan atau Terengganu. Tuk Raja kurang berminat untuk menentang penjajah. Mata-mata Inggeris dan askar sultan yang diketuai Wise datang mencari Datuk Bahaman di Lubuk Terua tetapi tidak dijumpai. Rumah penduduk tempatan dibakar dan terdapat penduduk yang mati ditembak. Khabarnya,Datuk Bahaman telah kembali semula di Lubuk Terua lalu membunuh mata-mata Inggeris. Selepas peristiwa itu, Zahid tidak berjumpa dengan Datuk Bahaman lagi.

TEKNIK PLOT
Teknik Pemerian
·
gerak laku Datuk Bahaman selepas sembahyang dan berdoa,
·
Contoh: Selepas solat, Datuk Bahaman melangkah ke ruangan mimbar
merenung wajah jemaah yang belum pulang.
Teknik Dialog
·
Dialog Mat Kilau dan Datuk Bahaman
·
Contoh: "Tapi saya fikir,patut juga Clifford tidak menjemput Datuk
ke mesyuarat itu". Kata Mat Kilau kepada Datuk Bahaman.
Teknik Imbas Kembali
·
Mat Lela teringat akan cerita Mat Kilau tentang Owen
·
Contoh, “Malam tadi Mat Kilau bercerita pada kami tentang Owen. Owen masih muda dan berdarah panas. Dia angkuh seperti Syress juga.”
Teknik Imbas Muka
·
Awak Muhammad memikirkan gerakan yang akan dilakukan Zahid dan Rahmad
semasa ketiadaan Rahman.
Teknik Monolog Dalaman
·
Zahid terlihat beberapa buah perahu yang tertambat di tebing sungai
bersetentang dengan dusun Datuk Panglima Raja Awang Ishak.
·
Contoh, “Tentu ini perahu Inggeris yang dikatakan oleh Pak Long Abas
semalam, fikirku lalu menggelongsor turun ke tepian.
Teknik Kejutan
·
Imam Perang Weh menyerah diri selepas kecewa dengan Datuk Bahaman ketika
waktu peperangan dengan pihak askar sultan dan Inggeris lalu ditikam oleh ketua askar sultan
Teknik Saspens
·
Zahid dan rakan-rakan terdengar suara jeritan meminta tolong dari rumah
Lajis. Pembaca tertanya-tanya akan suara
perempuan yang menjerit dari rumah Lajis.
LATAR
LATAR MASA
Hari Jumaat
Contoh, Samad mengajak
kawan-kawannya menggali kubu pada hari Jumaat di pangkal merbau berdarah di
tebing Lubuk Sengarat.
Pada waktu pagi
Contoh, Setiap pagi Rahmad
dan rakan-rakannya berlatih membaling bambu runcing di sebuah dusun durian yang
terletak berhampiran dengan Mempahit.
Pada waktu tengah hari
Contoh: Zahid dan
rakan-rakannya makan tengah hari dan selepas makan mereka sembahyang Zuhur
bersama-sama di kubu mereka.
Selepas waktu maghrib
Contoh: Zahid dan
kawan-kawan membaca surah yassin selepas selesai solat Maghrib dan berdoa agar
kejayaan menentang Inggeris diperoleh.
Pada waktu petang
Contoh, Mat Kilau datang ke
Darat Kelubi untuk menemui Datuk Bahaman dengan membawa satu salinan surat
pengampunan beramai-ramai kepada orang Semantan.
Pada
waktu malam
Contoh, Lajis disuruh oleh
mata-mata Inggeris menghantar makanan kepada orang salah iaitu Ismail, Abas dan
Samad.
LATAR TEMPAT
Lubuk Terua
Contoh: Syres selalu datang
ke Lubuk Terua bertujuan untuk mencari rahsia tentang Datuk Bahaman.
Lubuk Sengarat
Contoh: Zahid dan
kawan-kawannya telah menggali kubu di Lubuk Sengarat untuk menjadi banteng
pertahanan menentang Inggeris.
Johor
Contoh: Datuk Bahaman pergi
ke Johor bagi mewakili raja dan orang-orang besar Pahang menghadap Sultan Johor
untuk mengadu kepada sultan tentang penjajah Inggeris di Semantan.
Rumah Pasung Temerloh
Contoh, Datuk Bahaman
menggunakan ilmu menidurkan orang bagi membebaskan Pak Uda Ismail, Pak Long
Abas dan Samad yang telah ditangkap Inggeris.
Kubu berhampiran pokok merbau berdarah
Contoh, Zahid dan
rakan-rakannya mengintip kedatangan musuh di dalam kubu.
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat pejuang
Contoh, Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya merupakan masyarakat
pejuang yang ingin membebaskan tanah air mereka daripada belenggu penjajahan.
Masyarakat mata-mata Inggeris dari
India dan Benggala.
Contoh: Pihak Inggeris telah
mengupah mata-mata dari India dan Benggala untuk menakut-nakutkan rakyat
tempatan supaya tidak menentang Inggeris.
Masyarakat penjajah Inggeris
Contoh, pihak Inggeris merupakan masyarakat penjajah yang ingin mendapatkan kuasa
di daerah Semantan.
Masyarakat yang mementingkan agama
Contoh, penduduk Kampung Semantan menunaikan sembahyang secara berjemaah di
masjid.
Masyarakat yang mengenang jasa
Contoh, Lajis mengucapkan terima
kasih kepada Zahid dan rakan-rakannya yang telah menyelamatkan isterinya yang
diganggu oleh dua orang pemuda Melayu yang menjadi orang suruhan Owen.
Masyarakat yang bekerjasama
Contoh, Zahid, Samad, Rahman dan Awang Muhammad bekerjasama membina kubu di
Lubuk Sengarat.
NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai - Kerjasama
Pengajaran - Kita hendaklah bekerjasama ketika melakukan sesuatu.
Contoh - Lajis bekerjasama dengan Pak Uda Ismail untuk mendirikan bengkel senjata dekat rumah Pak Uda Ismail.
Nilai - Kerjasama
Pengajaran - Kita hendaklah bekerjasama ketika melakukan sesuatu.
Contoh - Lajis bekerjasama dengan Pak Uda Ismail untuk mendirikan bengkel senjata dekat rumah Pak Uda Ismail.
Nilai - Keberanian
Pengajaran - Kita haruslah berani menempuh cabaran dan halangan dalam kehidupan.
Contoh - Datuk Bahaman terjun ke dalam air dan mengejar musuhnya iaitu askar Inggeris.
Nilai - Hormat-menghormati
Pengajaran - Kita hendaklah sentiasa menghormati ketua dalam organisasi.
Contoh - Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh sentiasa menghormati Datuk Bahaman sebagai ketua dan mereka akur arahan Datuk Bahaman agar tidak menembak askar sultan.
Nilai - Cinta akan Negara / Patriotisme
Pengajaran - Kita mestilah berjuang mempertahankan tanah air kita daripada dijajah.
Contoh - Zahid, Datuk Bahaman dan penduduk Semantan semuanya mempunyai semangat patriotisme. Mereka sanggup bergadai nyawa memerangi musuh semata-mata mempertahankan tanah air yang dicintai.
Nilai - patuh akan ajaran agama
Pengajaran - Kita hendaklah patuh kepada ajaran agama.
Contoh - Zahid dan kawan-kawannya tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa berdoa kepada Tuhan supaya diberi pertolongan di dalam menentang Inggeris.

55 ulasan:
Memuaskan
Memuaskan
WAH AMAT MEMUASKAN ,TERIMA KASIH INFO NYAAA <3333333
kawan saya , NUREEN ALLISYA ALIYA selalu merujuk di blog cg chom , tq cg chom :))))))
assalamualaikum cikgu chom....
assalam cikgu..cikgu.. nak tanya ... cikgu chom free tak ? nak ajak makan kat ds ler
kawan saya pula FARZANNA SHAHMYNA selalu betul bah merujuk sini mmg cikgu punya blog hebat btullll
fulamak terbaiklah cikgu chom daebak saranghae
cikgu jom join kami main krunker.io
CIKGUUUUUUU !!! Sy rinduuu cara cikgu mengajar dulu dulu time d kelas ;)))
-muridmuuu s yana
ya cg marilah main krunker.io :)))))))))))))
cikgu balaslahhh
cikgu apa ig cikgu ?? biar kiterang follow like2 gamba sikit
cg ingat x sya ? sya anak murid cg hihi kawan yana :))))
- aza -
cikgu kalsom..................
cikgu ~ saya amat merindui nostalgia kita bersama T_T cikgu bgaikan ibu saya huehueee
-Ian-
mapakoeee ! _aR__y
cikgu masih igt saya tk? saya kwn aza ngan yana kt sk bubul
cikgu chom, saya stress
Maklumat yang sangat tepat
cikgu chom taklama lagi saya peperiksaan akhir tahun.. cikgu doakan ye
sangat sangat memuaskan...........terbaikkkkk
SALAM. Saya mohon share maklumat ini ya untuk digunakan di dalam kelas. Terima kasih puan
Bagusnya
mohon share. terima kasih
assalamualaikum, cikgu nak tanya , bagaiman hendak mencari
peristiwa yang menjadikan watak bertindak secara melulu ?
Cikgu macam mana nak buat karangan komsas
Wow
Watak utama dalam novel darah titik di semantan sape yee???
Wow menarik
Ya
Wowowow menarik perhatian orang ramai yang paling terbaik untuk budak sekolah
👌👌👌👌👌👌
是
Ok
知道了
waw manarik perhatian amu ja la cerita ni
Bagus untuk menambahkan ilmu pengetahuan saya wkwkkkwkwkkwkwk
novel paling op di muka bumi
saya
Siapakah watak yang memiliki ilmu pukau?
Datuk bahaman
Sangat menghargai nota ini, cikgu. Harap cikgu upload lagi supaya kami dapat menimba ilmu . Ribuan terima kasih daripada saya, cikgu. Ur the best :)
Saya sangat menghargai nota ini , cikgu ,kerana saya dapat membantu saya menimba ilmu . Terima kasih cikgu
Thank you cgu chom..nota cgu sangat membantu sya dlm pelajaran...cgu yg terbaik!!
terima kasih cikgu, mohon izin saya salin. Semoga cikgu murah rezeki & dipanjangkan usia penuh keberkatan.
Cikgu Chom,pada tahun brapa novel ni dikarang dan dikeluarkan??
Datuk bahaman
Datuk bahaman
Sangat membantu
Tahun 8000 M
Zul Ariffin
Pakai otak
Alright x alright ni😂😂
wah ingat
Catat Ulasan