SAJAK KUDUP PERANG
(TUAH SAUJANA)
Tema
Kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi
RANGKAP
|
SAJAK
|
MAKSUD
|
Rangkap 1
|
Sementara dia bergelar panglima
laskar perang; yang terus-menerus
membajakan kezaliman – sering
mengudupkan putik dendam
kita masih perlu berterima kasih
kepada jari-jemari takdir
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
untuk sehari lagi; sambil bertanya;
siapakah pahlawan yang asli?
|
Penyajak mengatakan bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa akan
sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun,
penyajak masih bersyukur kerana berpeluang menikmati kehidupan sambil
mencari-cari pahlawan sejati.
|
Rangkap 2
|
Memang kita tidak sempat menjenguk
ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak
di daerah angkara – perciknya
menumbuhkan kelopak rahsia
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?
|
Penyajak sedar bahawa kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang
menjadi saksi pertelingkahan antara mereka. Perlbagai kekeliruan tentang
kepahlawanan sebenar menyebabkan manusia tertanta-tanya tentang pemimpin
sebenar yang benar-benar berkewibawaan mencipta sejarah.
|
Rangkap 3
|
Andai namamu Tuah, kita masih
tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota
|
Penyajak tidak mahu menyanjung tuah sebagai pendekar paling gagah
kerana kesetiaan tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu,
Tuah tidak akan bersikap saksama walaupun adanya pendustaan sehingga sanggup
membiarkan kesengsaraan berlaku di kota.
|
Rangkap 4
|
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
menggelarnya sebagai pengkhianat
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersirat – nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat
|
Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai sebagai pengkhianat
kerana dia masih mengingati perjuangan Jebat mempertahankan keadilan. Namun,
pengikut Jebat telah beranggapan bahawa Jebatlah pemimpin yang sebenar.
|
Rangkap 5
|
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula
perca-perca bahagia – seperti perawan
yang dibungkamkan cinta pertama.
|
Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita
palsu yang menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga
membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai. Oleh itu, usaha untuk membangunkan
negara amatlah sukar.
|
Rangkap 6
|
Sehingga senja tiba,
kita masih bertengkar
tentang siapa
pahlawan sebenarnya.
|
Penyajak sedar bahawa sehingga kini masyarakat masih bertengkar untuk
menentukan atau pemimpin sebenar yang benar-benar memiliki ketokohan
untuk menerajui sesebuah organisasi
|
Tema dan Persoalan
Tema sajak ini ialah kepentingan kewibawaan dan ketokohan seseorang pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana pemimpin pada masa ini semakin berani memutar-belitkan keadaan yang sebenar demi menjaga kepentingan diri. Oleh sebab itu, penulis berpendapat bahawa manusia pada zaman moden ini masih memikirkan calon pemimpin mereka yang paling berwibawa dan berketerampilan.
Persoalan
Tema sajak ini ialah kepentingan kewibawaan dan ketokohan seseorang pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana pemimpin pada masa ini semakin berani memutar-belitkan keadaan yang sebenar demi menjaga kepentingan diri. Oleh sebab itu, penulis berpendapat bahawa manusia pada zaman moden ini masih memikirkan calon pemimpin mereka yang paling berwibawa dan berketerampilan.
Persoalan
(a) Kewibawaan pemimpin
(b) Ketokohan pejuang bangsa
(c) Kebenaran sejarah kepemimpinan
(d) Perbezaan pendapat antara masyarakat tentang pemimpin
(e) Masalah peperangan yang masih berlaku
(f) Sifat mementingkan diri dalam kalangan pemimpin
GAYA BAHASA
(a) Personifikasi
Buktinya, membajakan kezaliman –
sering
mengudupkan putik dendam
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
dan darah yang tiba-tiba membuak
bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula
mengudupkan putik dendam
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
dan darah yang tiba-tiba membuak
bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula
(b) Metafora
Buktinya:
mengudupkan putik dendam
kepada jari-jemari takdir
menumbuhkan kelopak rahsia
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
perca-perca bahagia – seperti perawan
kepada jari-jemari takdir
menumbuhkan kelopak rahsia
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
perca-perca bahagia – seperti perawan
(c) Anafora
Buktinya, untuk berlari dengan tangan bergari
untuk sehari lagi; sambil bertanya:
(d) Responsi
Buktinya, mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
(e) Sinkope
Buktinya, Andai namamu Tuah, kita masih
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
(f) Imejan atau imej alam
Buktinya, ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
bercabang lalu bertemu bayu palsu;sehingga senja tiba,
(g) Similie
Buktinya
perca-perca ahagia - seperti perawan
(h) Perlambangan
Buktinya, Sehingga senja tiba
Senja dalam baris sajak di atas melambangkan waktu zaman sudah tua
NILAI MURNI
(a) Keberanian
(b) Kebijaksanaan
(c) Hemah tinggi
(d) Bertanggungjawab
(e) Amanah
(f) Keadilan
PENGAJARAN
(a) Kita mestilah berani meluahkan perasaan dan
hujah tentang sesuatu perkara yang benar.
(b) Kita mestilah bijak memilih pemimpin yang benar-benar berkewibawaan dan memiliki ketokohan untuk menerajui
(f) Kita mestilah adil dan saksama dalam segala perbuatan demi memastikan kesempurnaan sesuatu organisasi yang kita pimpin, sesebuah organisasi waima negara.
(c) Kita mestilah menjadi seorang pemimpin yang berkewibawaan demi menjaga maruah diri dan keluarga.
(d) Kita mestilah bertanggungjawab menyelesaikan segala tugasan yang diberikan kepada kita sebagai seorang pemimpin.
(e) Kita mestilah amanah dalam usaha menjalankan tanggungjawab sebagai seorang yang memimpin sesuatu organisasi.
24 ulasan:
Muantappp
terima kasih atas maklumat ini.ia sangat berguna
Apa maksud Teramat lara kita menjahit semula
I hate u
nota yang baikkk š
Senang utk fhm dan senang utk mengulang kaji
Boleh salin dan buat nota
Thorrrbaekkk!!! Semoga covid pupus
Terima kasih,nota ini sangat berguna kt saya
Barbz for life
yeah? fxxk u
Kesan peperangan berdasarkan rangkap pertama?
Muahh... Thanks
Ashehh
Woww
gempoukk lahhš
Jangan cakap abang tak ayub
Mantappppp kan? Hebattt oo
Shaikh
Spm 2021 disini
Goodluck oi spm
Goodluck form 5 promax
-Ihtisyam
-Airil tuliskan
Mintak izin ya tadi sy ada copy
Copy ya tadi tq ☺️
Catat Ulasan