APAKAH FUNGSI PENDAHULUAN DALAM KARANGAN?
- menarik perhatian dan minat pembaca
- menunjukkan arah kepada pembaca tentang persoalan yang akan disentuh dalam isi karangan
- menjelaskan tema karangan secara ringkas bertepatan dengan kehendak soalan.
APAKAH CIRI-CIRI PENDAHULUAN YANG BAIK?
- Tepat dengan kehendak soalan
- jelas dan sesuai dengan kehendak soalan
- menggunakan bahasa yang tepat dan jelas
- ada perkaitan dengan isu yang dibincangkan dalam isi karangan
- ditulis dalam satu perenggan
- tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan
Umpama sebuah pintu, pendahuluan sangat penting bagi menarik minat
pembaca untuk mengetahui isi-isi yang akan dikemukan oleh penulis dalam karangan.
JENIS-JENIS PENDAHULAUAN KARANGAN
(i) pendahuluan jenis definisi
(ii) pendahuluan jenis pendapat
(iii) pendahuluan jenis suasana
(iv) pendahuluan jenis persoalan
(v) pendahuluan jenis peribahasa
(vi) pendahuluan puisi
(vii) pendahuluan gabungan
PENDAHULUAN JENIS DEFINISI ·
memberikan takrif · makna · definisi (dengan merujuk kamus)
Contoh :
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40 021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu, kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa. Usaha-usaha pelbagai pihak amat diperlukan untuk membendung jenayah.
PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT -
menyatakan pendapat seseorang tokoh
Contoh :
Menurut Mantan Perdana Menteri, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan pencemaran tetapi pada masa yang sama meneruskan pembangunan. Llangkah-langkah yang drastik harus diambil untuk memastikan kegiatan pembangunan dapat diteruskan di negara kita dan dalam masa yang sama pencemaran dapat dielakkan.
PENDAHULUAN JENIS SUASANA -
menggambarkan sesuatu melalui suasana/situasi yang sesuai.
Contoh :
Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami . sepanjang perjalanan ke puncak Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami lalui nanti.
PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN -
mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk
Contoh:
Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?
PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA -
memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.
Contoh:
Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing, berat sama dipikul” dan “seperti aur dengan tebing” amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang mengambarkan wujudnya hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti. Namun semangat berkerjasama dalam masyarakat semakin hari semakin terhakis terutama di kawasan bandar. Punca-punca permasalahan ini perlu dibincangkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.
PENDAHULUAN SEDUTAN PUISI/LAGU
- mengemukakan sedutan lagu/pantun/sajak yang berkaitan dengan tema karangan
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran air mata bila mengenangkan
betapakah bersar budi , ibunda berikan
siang malam ..menderita hingga entah bila
sungguh bersar pengorbanan ibunda berikan
Pengorbanan dan jasa seorang ibu tergambar jelas dalam lirik lagu ini.
Ibu telah melahirkan dan mendidik seseorang anak menjadi insan yang berjaya dan berguna kepada keluarga, bangsa dan tanah air. Kasih sayang dan budi seorang ibu tanpa mengharap sebarang balasan, tetapi sudah menjadi tanggungjawab anak-anak
untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mereka.
PENDAHULUAN GABUNGAN
- Menggabungkan dua atau lebih jenis pendahuluan
Contoh:
Menurut kamus, kegiatan vandalisme boleh didefinasikan sebagai kegiatan laku musnah yang berkaitan dengan tidakan merosakkan atau memusnahkan harta benda termasuk kemudahan awam. Gejala memusnahkan kemudahan awam seperti pondok menunggu bas, telefon awam, kemudahan di sekolah dan sebagainya. Persoalannya mengapakah gejala vandalisme ini sering berlaku dalam kalangan remaja? Apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membendung gejala ini?

50 ulasan:
lgkplah karangan niee....copy boley..
thanks ..
bagus :)
Salam cikgu..,saya asiah,parti time tutor...saya ambil nita cikgu ni sbg rujukan saya...mohon dihalalkan ye ckgu...semiga cgu murah rezeki...terima kasih...
Saya Cikgu Suga , terima kasih kerana berkongsi. Saya pun menggunakan bahan ini sebagai rujukan murid-murid saya.
Cikgu.. Terima Kasih Sangatt.. Memang Cantik Pendahuluan Yang Cikgu Kongsikan.. Amat Bermanfaat.
Moga Cikgu Murah Rezeki..
Kongsi boleh ?
Good Essay
Tq cg info sangat berguna
askm..mohon halal diambil notanya utk pengajaran..
Wow..daebak!!
SY COPY AND PRINT
Terima kasih,doakan anda berjaya dalam kehidupan
Minta izin copy ya.terima kasih
mohon share ye..semoga dimurahkan rezeki..terima kasih
Terima kasih cg.saya ambl buat rujukan mohon dihalalkn
Kesalahan bahasa banyak ni
assalamualaikum...mohon izin copy yter..terima kasih
terima kasih kerana memberi nota ini
Sejarah
Mohon halalkan untuk pengajaran, terima kasih
assalamualaikum, cikgu saya mohon share bahan ini ya.
hai semua sekarang dah 2020
BABI
Assalam Cikgu. Minta halalkan ilmu cikgu..saya guna dan share dengan pelajar saya..semoga cikgu mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Terima kasih atas perkongsian.
Sebab kau aku kena salin panjang² bang*at!
Henlo
Ai ai ai
Babi faker sial cumshit kat muka korang kang
Ni fityan ada lagi ak fityan?
Nama aku fityan haziq
cikgu, mohon saya share ya bahan ni terima kasih
bagus....senang nak faham...thanks admin
Bagus sekali pendahuluan ni cikgu, saya Zarinah ,mohon izin menggunakan pendahuluan ini ya. Terima kasih
apa bende la pendahuluan macm ni?
Cg tengah ajar kat depan xfokus pendahuluan memang ada banyak jenis dasar tolol anjirrr
Saya single (ig;zichks)
Hoii
Mohon kebenaran untuk menjadikan ini sebagai rujukan ya. Terima kasih
saya mohon menggunakan bahan ini ye..terima kasih.
Jibai
terima kasih atas perkongsian maklumat cikgu.
thankyou so much ��
bole tolong kasi contoh ayat pendahuluan ulasan dengan menggunakan jenis persoalan tajuk cara cara menjaga kebersihan diri? saya masih lagi tidak faham
Terima kasih kerana berkongsi ilmu.. mohon halalkan.
Assalamualaikum Puan. Saya mohon guna bahan Puan . Mohon halalkan dan semoga murah rezeki Puan. terima kasih.
assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mohon izin share untuk saya gunakan dalam pengajaran. semoga cikgu diberikan kemudahan dan diberkati oleh Allah s.w.t Aamiin yarabbal a'lamin
Terima kasih, mohon halalkan ilmu yg dikongsikan
Assalam.
Cikgu,
Tqvm atas bahan yang cikgu buat untuk tatapan kami yang memerlukan untuk kerja buat dalam penulisan. Izinkan dan halalkan untuk kami gunanya.
Semoga cikgu sentiasa dalam kebahagiaan dan sentisa dirahmatiNYA bersama keluarga tercinta.
Catat Ulasan