HALAMAN 2

Rabu, 5 Jun 2013

Latihan Ringkasan 5 - Peranan Remaja dalam Memupuk Semangat Kejiranan

Ringkasan 5  - Latihan Kendiri

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang peranan remaja dalam memupuk semangat kejiranan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


         Masyarakat bermula daripada jiran. Jiran pula terdiri daripada semua lapisan umur termasuk remaja. Dalam hal ini, remaja ada peranannya yang tersendiri. Konsep kejiranan serta persaudaraan cukup menarik dan mesti dikekalkan oleh masyarakat, khasnya golongan remaja.
     Remaja boleh mengaktifkan diri melalui persatuan masyarakat seperti Rukun Tetangga (RT). Kini, aktiviti RT semakin meluas fungsinya seperti aktiviti pendidikan, sukan, keagamaan, rekreasi, dan kesihatan. Remaja boleh terlibat dengan aktif. Melalui persaudaraan dan semangat kejiranan dapat mewujudkan rasa kasih sayang, bantu-membantu dan kekuatan dalam kalangan rakyat. Malah, melalui suara kolektif remaja dapat saling membantu, mengingatkan dan menegur sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat. Semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga dapat menghilangkan perasaan iri hati, dengki, bermusuh-musuhan dan sifat negatif lain yang membawa perpecahan.
     Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada ancaman luar. Semuanya dapat dibendung jika jiran memainkan peranan masing-masing dan remaja boleh mengambil inisiatif dengan melaporkannya kepada pihak berwajib setiap kali menyedari berlakunya perkara yang meragukan. Sesungguhnya, remaja boleh bekerjasama dengan media massa untuk menyemarakkan semangat kejiranan. Misalnya, dengan memaparkan rencana yang menekankan peri pentingnya semangat kejiranan dan perpaduan. Selain itu, remaja boleh berinteraksi dengan ibu bapa untuk memastikan kejiranan golongan remaja sentiasa kondusif dan baik.
        Mereka juga perlu berbincang dan bersepakat dalam melaksanakan program yang bersesuaian agar matlamat yang satu dapat dicapai. Hal ini demikian kerana semangat kejiranan mampu mengekalkan keamanan, keselamatan dan ketenteraman. Remaja mesti menjadikan agama sebagai pegangan utama agar lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri, kejiranan dan negara.
     Remaja perlu mempunyai daya tahan dari segi fizikal dan mental agar dapat membentuk kejiranan yang kental dan utuh. Elemen jati diri dan kawalan diri yang kukuh dapat mengawal perasaan dan emosi daripada terjerumus ke lembah yang hina. Segala usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, sentiasalah beringat bahawa tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni.

7 ulasan:

eYda_haYyAt_bLeR berkata...

assalamualaikum cikgu. ada skma jawapan tak? boleh kongsikantak? terima kasih

Unknown berkata...

Assalamualaikum cg..x da contoh jwpn ka

Unknown berkata...

X da contoh jawapan ke?

Tanpa Nama berkata...

I need a little bit patience
(Ksi) And The (Polo G) And My man (YUNGBLUB)
Watch it on Youtube m8

Unknown berkata...

Terima kasih. Minta izin guna latihan yang dikongsikan.

Unknown berkata...

terima kasih.mohon izin guna bahan ye cikgu

Unknown berkata...

Terima kasih, mohon izin guna bahan cikgu ya.