HALAMAN 2

Isnin, 1 Julai 2013

KESILAPAN UMUM - PENGGUNAAN KATA MAJMUK



 1.   KEKELIRUAN EJAAN DAN TANDA SEMPANG
  • Kesalahan penggunaan kata majmuk selalu dikaitkan dengan kesilapan menentukan sama ada kata tersebut dieja jarak , dieja rapat atau menggunakan kata sempang.
  • Umumya tanda sempang hanya digunakan untuk kata ganda dan kata majmuk yang digandakan.
Contohnya:
Tiga buah kapal-terbang dikesan di perairan Malaysia.          (Salah)
Tiga buah kapal terbang dikesan di perairan Malaysia.           (Betul)

Adik membeli alat-tulis di kedai itu.         (Salah)
Adik membeli alat tulis di kedai itu.         (Betul)

Kerani itu mengemaskini fail-fail di pejabat.    (Salah)
Kerani itu mengemas kini fail-fail di pejabat.   (Betul)

Aturcara majlis itu belum ditentukan lagi.     (Salah)
Atur cara majlis itu belum ditentukan lagi.    (Betul)

Rakyat mesti bersatu-padu untuk memajukan negara.   (Salah)
Rakyat mesti bersatu padu untuk memajukan negara.   (Betul)

Guru itu mengajar matapelajaran Bahasa Melayu.      (Salah)
Guru itu mnegajar mata pelajaran Bahasa Melayu.     (Betul)



2.    KEKELIRUAN PENGGANDAAN KATA MAJMUK
Contohnya:
Guru besar-guru besar dikehendaki mematuhi arahan.         (Salah)
Guru -guru besar dikehendaki mematuhi arahan.                    (Betul)

Ibu bapa-ibu bapa mesti bekerjasama dengan pihak sekolah.  (Salah)

Ibu-ibu bapa mesti bekrejasama dengan pihak sekolah.             (Betul)

Anak-anak buah Fatimah tinggal bersama-samanya.            (Salah)
Anak buah-anak buah Fatimah tinggal bersama-samanya.  (Betul)



1 ulasan:

afif berkata...

assalamualaikum..mohon izin untuk kongsikan nota ni dengan murid - murid.terima kasih