1. DIKSI (Pemilihan Kata)
-
Diksi
ialah penggunaan perkataan yang tepat, kata yang puitis, bahasa istana, bahasa
asing, bahasa klasik, peribahasa dan penggunaan dialek oleh seseorang
pengarang.
a) SINKOPE
(Pemendekan
atau singkatan kata dengan menggugurkan satu atau lebih
suku kata)
Contoh
:
-
tu
(itu), nak (hendak), tuk (datuk), nek(nenek),dah (sudah)
Penggunaan dalam novel:
-
“Benar
kata kamu tu. Istana Menanti juga ada kaitan dengan sejarah
kedatangan orang Minangkabau ke Negeri Sembilan. Kalau nak
dengar boleh tuk ceritakan” Tuk Ngah pula menyampuk. (halaman 9)
-
-
‘Kau
nak pergi melihat istana lama itu?”
Tanya Nenek Timah terperanjat.
“Kenapa nek?”
tanya Ah Seng pula. (halaman 12)
-
“…alhamdulillah,
sekarang abang dah selamat sampai di
sini.”
(halaman 56)
b) Bahasa
Asing - Bahasa Arab
(Difinisi: Penggunaan bahasa asing seperti bahasa Jepun,
Inggeris, Jawa, Arab dan sebagainya)
- Bahasa
Arab – contohnya,: Insya-Allah,
Alhamdulillah, Astagfirullahalazim
Contoh penggunaan dalam
novel:
“Tanyalah apa-apa yang
kamu nak Tanya. Insya-Allah, tuk akan menjawabnya
(halaman 7)
-
“…Alhamdulillah,
sekarang abang dah selamat sampai di sini.”
(halaman 56)
-
“…Astagfirullahalazim…”
kedengaran Khairil beristigfar panjang.
-
(halaman
74)
c) Peribahasa/simpulan
bahasa
Contoh: melepaskan hajat, memasang telinga
Orang putih, ada bakat, jalan
keluar, senang hati
Contoh
peggunaan dalam novel:
-
Dia
mencari tempat yang difikirkan sesuai untuk melepaskan hajat. (halaman 63)
-
….Dia
memasang telinga mendengar perbualan
mereka tetapi tidak jelas..
(halaman 64)
d) Bahasa
Istana
(Difinisi: Penggunaan perkataan yang hanya diamalkan
dalam kalangan golongan istana seperti santap untuk makan, beradu untuk tidur,
dan bersiram untuk mandi. Baginda untuk
ganti nama diri orang ketiga (beliau /dia)
Contoh: bersiram, baginda, sultan
e) Bahasa
Minang
Contohnya: minang (menang), kabau (kerbau)
Contoh
penggunaan dalam novel:
-
Di
lubuk inilah tempat Sultan Mahmud
Shah bersiram. Baginda
suka berenang dan bermain-main di sini.”
Kata Tuk Ngah.
2. UNSUR
GAYA BAHASA
a)
INVERSI
(Difinisi : Penggunaan ayat songsang atau terbalik
Contoh: Terpaksa Fadhil menerangkan satu persatu…(halaman
73)
Sepatutnya: Fadhil terpaksa menerangkan satu persatu.
Diadakan majlis
kesyukuran dan doa selamat untuk
wira-wira kampung itu dengan meriah (halaman
104)
Sepatutnya: …Majlis kesyukuran dan doa selamat untuk
wira-wira kampung itu diadakan dengan meriah.
b)
METAFORA
-
Contoh: melonjak keriangan,
c)
PERSONIFIKASI
Contohnya:
-
Berita
itu telah menghilangkan rasa mengantuknya
-
angin
malam yang berhembus perlahan
-
anak-anak
ikan kelihatan berkejaran di dalam air
d)
SIMILE
(Definisi: Perbandingan menggunakan kata perbandingan
seperti, bak, bagai dan sebagainya)
Contoh: Berlagak bagai Tarzan, melentik seperti
tanduk kerbau
Penggunaan dalam novel
“Tengok kera dan
burung-burung di atas pokok kayu itu semuanya lari kerana mendengar suara aku,”kata
Ah Seng lagi sambil mengeluarkan suara berlagak
seperti Tarzan yang dilihatnya dalam wayang. (halaman 30)
e)
HYPERBOLA
(Unsur perbandingan yang
berlebih-lebihan)
Contohnya: dihujani bom
Semasa serangan Jepun pada tahun 1945,
kawasan Gunung Datuk pernah dihujani bom
tetapi istana itu tidak musnah. (halaman 3)
Cikgu Chom
Cikgu Chom
1 ulasan:
cantik blog ni n makasih bagi tu nota
Catat Ulasan