Latar
Tempat
a) Rumah
Tuk Ngah di kampung Ulu Seperi ,Rembau,Negeri Sembilan.
Contohnya: Tuk Ngah berkongsi cerita dengan Fadhil,Ramasamy dan
Ah Seng tentang banyak cerita sejarah
setempat dan sejarah negara di rumah ini.
b) Di Istana
Menanti
Contohnya: Istana Lama ini
terletaknya di puncak Gunung Datuk. Ketika Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy
tiba, di dalam istana bersih seolah-olah ada penjaganya.
Di sini juga tempat mereka
terperangkap dalam salah sebuah bilik di dalam istana tersebut.
c) Jeram
Lubuk Petai.
Contohnya: Jeram ini terletaknya di kaki Gunung Datuk. Di tempat ini lah Fadhil, Ah Seng , Ramasamy,
dan Tuk Ngah berehat setelah penat berjalan semasa mendaki Gunung Datuk. Kawasan ini dikatakan berpuaka dan didiami
makhluk halus.
d) Terowong
rahsia di bawah tanah.
Contohnya: Terowong itu gelap,bercabang dua dan
menyeramkan.Terowong
itu menjadi tempat persembunyian ribuan tikus dan kelawar. Di sinilah tempat Fadhil,
Ah Seng, Ramasamy dan Khairil Anuar di tangkap oleh penjenayah dan dipaksa
menggali harta karun.
e) di Kedai
runcit Encik Leong.
Contohnya:Menjadi tempat
penduduk Kampung Ulu Seperi berkumpul di sini bagi membincangkan masalah
kehilangan Fadhil,Ramasamy dan Ah Seng.
f) di Balai
polis Kampung Ulu Seperi.
Contohnya: Pak Senik, Encik
Karim,Encik Leong dan Encik Shanti melaporkan kehilangan tiga sahabat. Sarjan Mokhtar menyuruh pihak polis dan
penduduk kampung berkumpul di perkarangan balai sebelum gerakan mencari
dijalankan.
Latar
Masa
a) Waktu Pagi.
Contohnya: Fadhil,Ramasamy dan Ah Seng ditemani Tuk Ngah
berkumpul di kaki Gunung Datuk untuk memulakan ekspedisi ke Istana
Menanti.
b) Waktu
malam.
Contohnya:Penduduk kampung dan
anggota polis menjalankan gerakan mencari orang hilang di sekitar Gunung
Datuk.
c) Tempoh
seminggu.
Contohnya: Keseluruhan cerita dalam novel ini berlaku
dalam tempoh seminggu iaitu pada hari Jumaat iaitu ketika tiga sahabat
merancang untuk ke Gunung Datuk di rumah Tuk Ngah hingga hari Jumaat yang
berikutnya iaitu ketika majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan
di balai raya.
d) Waktu senja
Contohnya: Bila hari semakin menjelang senja, Encik Karim dan Mak Joyah berasa risau kerana Fadhil masih belum pulang dari Gunung Datuk
d) Waktu senja
Contohnya: Bila hari semakin menjelang senja, Encik Karim dan Mak Joyah berasa risau kerana Fadhil masih belum pulang dari Gunung Datuk
Latar
Masyarakat
a) Golongan
muda yang peka akan sejarah
Contohnya:
Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy
mewakili golongan muda yang minat akan sejarah setempat dan sejarah tanah
air dan berminat mendengar cerita daripada Tuk Ngah tentang sejarah tempatan.
b) Golongan
tua yang serba tahu akan sejarah
Contohnya:
Tuk
Ngah mewakili orang lama yang banyak melalui zaman seperti zaman kependudukan
Jepun dan zaman darurat. Beliau juga banyak tahu tentang sejarah setempat
dan sejarah negara seperti sejarah Rembau Negeri Sembilan
c) Masyarakat
yang berbilang kaum dan agama
Contohnya;
Penduduk
di Kampung Ulu Seperi,Rembau hidup makmur meskipun dihuni oleh pelbagai bangsa
dan agama seperti Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy serta ibu bapa mereka En
Karim, En Leong dan En Shanti.
d) Masyarakat
desa yang hidup bekerjasama bagai aur dengan tebing
Contohnya:
Penduduk
setempat bekerjasama membantu pihak polis mencari Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy yang hilang
di puncak Gunung Datuk.
e) Masyarakat
yang belot dan derhaka pada negara
Contohnya:
Dolah mewakili segilintir
masyarakat yang belot dan derhaka kepada negara. Dia sanggup bersekongkol dengan pihak
komunis dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan selepas Tanah Melayu Merdeka.
f) Masyarakat yang berani menempuh cabaran.
1.
Contohnya,
Fadhil,
Ah Seng dan Ramasamy berani meredah hutan belukar dan mendaki Gunung
Datuk semata-mata untuk melihat tinggalan sejarah di Istana Menanti yang telah
lama ditinggalkan dan dikatakan berhantu
2.
g) Masyarakat yang penyayang
Contohnya;
Encik Karim,
Encik Leong dan Encik Shanti sangat sayang akan anak-anak mereka dan berasa
risau apabila anak mereka Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy tidak pulang ke
rumah. Mereka telah membuat laporan
polis supaya anak mereka dapat diselamatkan.
h) Masyrakat yang taat kepada orang tua
Contohnya – Ramasamy meminta izin daripada ibu bapanya
terlebih dahulu sebelum mendaki Gunung Datuk untuk menacari Istana Menanti. Cikgu Chom
1 ulasan:
TQ ^^
Catat Ulasan