WATAK DAN PERWATAKAN
Konsep watak- Watak ialah pelaku yang menghidupkan jalan cerita dalam novel
- Watak boleh terdiri daripada manusia atau bukan manusia seperti haiwan atau benda- Perwatakan – bermaksud sifat atau tingkah laku/perangai yang dimiliki oleh watak .- Watak utama dalam novel ini ialah Fadhil, Ah Seng, Ramasamy, Tuk Ngah, Khairil Anuar, Dollah, Sarjan Mokhtar, Encik Leong, Encik Karim, Encik Shanti dan Pak Senik.WATAK UTAMA
Fadhil- Berusia 15 tahun- Pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Ulu Saperi- Anak kepada Encik Karim dan Mak cik Joyah- Kawan baik kepada Ah Seng dan Ramasamy- Perwatakan/sifatnya:1. Seorang yang meminati sejarahContoh – Fadhil sangat berminat tentang sejarah Istana Menanti yang diceritakan oleh Tuk Ngah dan mahu mendaki Gunung Datuk untuk mengkaji misteri dan peninggalan sejarah di Istana Menanti.2. Seorang yang berani.Contoh - Fadhil berani menempuh hutan belukar dan mendaki Gunung Datuk bersama- sama kawan-kawannya dan Tuk Ngah untuk mencari Istana Menanti.3. Seorang yang mempunyai semangat setiakawan.Contohnya – Fadhil mempunyai semangat setiakawan yang tingggi kerana sanggup turun ke dalam terowong di bawah Istana Menanti untuk mencari sahabatnya Ah Seng yang tidak pulang setelah diculik oleh pengganas.4. Seorang yang taat kepada orang tuaContohnya – Fadhil meminta izin daripada ibu bapanya terlebih dahulu sebelum mendaki Gunung Datuk untuk mencari Istana Menanti.
5. Seorang yang bijak merancang
contohnya - Fadhil bijak merancang dengan menyenaraikan barang yang harus dibawa sebelum memulakan ekspedisi ke puncak Gunung DatukAH SENG
- Berusia 15 tahun- Pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Ulu Saperi- Anak kepada Encik Leong dan Puan Lily- Kawan baik kepada Fadhil dan RamasamyPerwatakan/sifatnya:1. Seorang yang meminati sejarahContoh – Ah Seng sangat berminat tentang sejarah Istana Menanti yang diceritakan oleh Tuk Ngah dan mahu mendaki Gunung Datuk untuk mengkaji misteri dan peninggalan sejarah di Istana Menanti.2. Seorang yang berani.Contoh - Ah Seng berani menempuh hutan belukar dan mendaki Gunung Datuk bersama- sama kawan-kawannya dan Tuk Ngah untuk mencari Istana Menanti.3. Seorang yang taat kepada orang tuaContohnya – Ah seng meminta izin daripada ibu bapanya terlebih dahulu sebelum mendaki Gunung Datuk untuk menacari Istana Menanti.4. Seorang yang suka makan
Contohnya - Ah Seng tetap berselera makan meskipun dalam kesusahan. Ketika semua orang sedang risau kerana terperangkap di dalam bilik istana dia tetap berselera untuk makanRAMASAMY- Berusia 15 tahun- Pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Ulu Saperi- Anak kepada Encik Shanti dan Puan Mary- Kawan baik kepada Fadhil dan Ah Seng- Perwatakan/sifatnya:1. Seorang yang meminati sejarahContoh – Ramasamy sangat berminat tentang sejarah Istana Menanti yang diceritakan oleh Tuk Ngah dan mahu mendaki Gunung Datuk untuk mengkaji misteri dan peninggalan sejarah di Istana Menanti.2. Seorang yang berani.Contoh - Ramasamy berani menempuh hutan belukar dan mendaki Gunung Datuk bersama- sama kawan-kawannya dan Tuk Ngah untuk mencari Istana Menanti.3. Seorang yang taat kepada orang tuaContohnya – Ramasamy meminta izin daripada ibu bapanya terlebih dahulu sebelum mendaki Gunung Datuk untuk menacari Istana Menanti.5. Seorang yang mempunyai semangat setiakawan.Contohnya – Ramasamy mempunyai semangat setiakawan yang tingggi kerana sanggup turun dalam terowong di bawah Istana Menanti untuk mencari sahabatnya Ah Seng yang tidak pulang setelah diculik oleh pengganas.
TUK NGAH- Tuk Ngah ialah warga tua di Kampung Ulu Seperi,Rembau.- Usianya hampir 80 tahun.BeliauPerwatakannya:1. Seorang yang suka berkongsi ceritaContohnya: - beliau sering berkongsi cerita tentang sejarah Rembau dengan Fadhil, Ah Seng dan Ramsamy kerana beliau tahu tentang cerita sejarah setempat dan sejarah negara.2. Seorang yang berpengetahuan luas tentang sejarahtempatanContohya - Beliau banyak pengetahuan tentang sejarah Istana Menanti . Beliau juga banyak pengalaman tentang sejarah kerana eliau pernah melalui zaman kependudukan Jepun di Tanah Melayu dan melalui zaman darurat sebagai akibat pemberontakkan pengganas Komunis.3 - Seorang yang kuat dan bertenaga.Contohnya - Tuk Ngah masih sihat,kuat dan dan bertenaga. Beliau masih larat mendaki Gunung Datuk untuk menemani Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy.
4 - Seorang yang baik hatiContohya - Tuk Ngah baik hati kerana sanggup menjadi juru petunjuk jalan kepada tiga sahabat Fadhil, Ah Seng dan Ramasamy untuk mendaki puncak Gunung Datuk dan mencari Istana Menanti.
KHAIRIL ANUAR- Dia seorang penuntut di Universiti Putra- berusia dalam lingkungan 30 tahun.- Tubuhnya gempal.- bercita-cita hendak menulis sebuah buku tentang sejarah RembauPerwatakannya1 - seorang yang berani.Contohnya:dia bersendirian ke Istana Menanti semata-mata untuk mengkaji sejarah lama itu. Dia tidak lemah semangat ketika berhadapan dengan ribuan tikus yang kelaparan, terserempak dengan ular sawa dan mendengar bunyi yang sungguh menyeramkan ketika mencari jalan keluar dari terowong.Khairil Anuar2 - Seorang yang prihatinContohnya - Khairil mengambil berat akan keselamatan Ah Seng yang turun ke terowong meskipun baru mengenali Fadhil,Ah Seng dan Ramasamy.
DOLAH- Dia lelaki tua yang berusia dalam lingkungan 80 tahun- kawan kepada Tuk Ngah semasa kecil.- Dia pernah mendakwa dirinya sebagai pejuang pembebasan tanah air- pernah dilantik menjadi ketau pasukan ke-10,Parti Komunis Malaya(PKM).- Dolah pernah melarikan diri ke negara China pada sekitar tahun 1960-an tetapi kembali semula ke tanah air 40 tahun kemudian selepas memperoleh pengampunan daripada Kerajaan Malaysia
Cikgu Chom
7 ulasan:
terima kasih :")
Terima kasih untuk Olivia juga kerana sudi singgah di blog saya
terima kasih kerana membantu saya untuk menyiapkan folio komsas
terima kasih
Kamasahapnida
Terima kasih.....
Terima kasih..
Catat Ulasan