Definisi Kata Majmuk
- Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang mencantumkan atau merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.
Contohnya:
kapal terbang balai polis
jalan raya balai raya
buku kerja alat tulis
- Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan dieja secara terpisah kecuali beberapa bentuk yang telah mantap dan utuh sebagai satu perkataan walaupun terdiri daripada dua perkataan.
antarabangsa
apabila
apahal
apakata
apalagi
bagaimana
barangkali
beritahu
bumiputera
darihal
daripada
dukacita
jawatankuasa
kakitangan
kepada
|
kerjasama
manakala
manalagi
olahraga
padahal
pesuruhjaya
sediakala
setiausaha
sukacita
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara
|
BENTUK-BENTUK KATA MAJMUK:
a) kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas
Contohnya:
gambar rajah biru laut air hujan jalan raya nasi minyak terima kasih luar biasa merah muda | alat tulis bandar raya tengah hari jam tangan meja tulis bom tangan kapal terbang kuning langsat |
Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran,
contohnya
Perdana Menteri Duta Besar Raja Muda Setiausaha Politik Penolong Pendaftar | Ketua Menteri Naib Censelor Profesor Madya Timbalan Ketua Pustakawan Ketua Setiausaha Negara |
b) kata majmuk yang berbentuk istilah khusus dalam bidang ilmiah
Contohnya:
model linear garis pusat lelefon dail terus lesung sendi kanta tangan | mata pelajaran pita suara darah panas kertas kerja batu kapur |
c) kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa
Contohnya:
kaki ayam buah hati duit kopi makan angin pilih kasih | anak emas bulan madu manis mulut tumbuk rusuk berat tangan |
PROSES PENGGANDAAN KATA MAJMUK
a) Penggandaan kata majmuk yang dieja terpisah hanya melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contohnya:
gambar rajah alat tulis jalan raya meja tulis kapal terbang mata pelajaran guru besar menteri besar jam tangan pejabat pos balai polis kereta kebal bom tangan | gambar-gambar rajah alat-alat tulis jalan-jalan raya meja-meja tulis kapal-kapal terbang mata-mata pelajaran guru-guru besar menteri-menteri besar jam-jam tangan pejabat-pejabat pos balai-balai polis kereta-kereta kebal bom-bom tangan |
b) Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan simpulan bahasa dan bentuk yang telah mantap;penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.
Contohnya:
anak emas pesuruhjaya warganegara tandatangan jawatankuasa setiausaha bumiputera buah hati buah tangan | anak emas-anak emas pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara tandatangan-tandatangan jawatankuasa-jawatankuasa setiausaha-setiausaha bumiputera-bumiputera buah hati-buah hati buah tangan-buah tangan |
PROSES PENGIMBUHAN KATA MAJMUK
- Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan.
- Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu:
- menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja,
- ejaannya tetap terpisah.
Contohnya |
campur aduk → bercampur aduk litar selari → berlitar selari ambil alih → mengambil alih temu bual → ditemu bual daya serap → daya serapan kemas kini → mengemas kini |
ii) apabila kata majmuk
- menerima imbuhan apitan,
- ejaannya menjadi bercantum.
campur aduk → mencampuradukkan daya serap → kedayaserapan garis pusat → mengarispusatkan satu padu → menyatupadukan tunjuk ajar → menunjukajarkan |
Penggolongan Kata Majmuk
Kata majmuk dapat digolongkan kepada golongan yang berikut;
a) Kata Nama Majmuk
Contohnya;
alat tuli balai raya suku kata jirim-jirim organik Menteri Besar Penolong Pendaftar ibu bapa | gambar rajah kapal terbang garis pusat setiausaha tandatangan Ketua Menteri mata pelajaran
surat khabar
|
b). Kata Kerja Majmuk
Contohnya:
hapus kira ambil alihlipat ganda kenal pasti terima kasih gulung tikar bersatu padu | mereka bentuk menandatangani bertanggungjawab berlatarbelakangkan mengemas kini mencampur aduk ditemu bual |
c) Kata Adjektif Majmuk
Contohnya:
merah jambu Terang hati kuning langsat muda remaja panas terik sukacita dukacita. | |
d) Kata Tugas Majmuk
Contohnya:
bagaimana, apabila, barangkali, kadangkala, . | walhal, daripada, kepada, mana lagi |
Tambahan:
Cara Mengenal Kata Majmuk
Kata majmuk tidak dapat menerima sebarang penyisipan antara perkataan yang membentuk kata majmuk, contohnya:
· Tandatangan tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk tanda yang
tangan.
· Urus setia tidak dapat disisipkan kata yang untuk membentuk urus yang setia.
· Kakitangan tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk kaki dan tangan
· Tanah air tidak dapat disisipkan dan bagi membentuk tanah dan air.
Sumber rujukan: Buku Tatabahasa Dewan Jilid 2:Perkataan, Dewan Bahasa dan Pustaka,1989.
RUJUK KESILAPAN UMUM PENGGUNAAN KATA MAJMUK DI SINI
4 ulasan:
tulis semula kata majmuk
Meja belajar
Jam tangan
Kapal terbang
Buku rujukan
Alat tulis
Balai raya
Terima kasih
Guru besar
Jalan raya
Kereta kebal
Bom tangan
Gambar rajah
Pejabat pos
Mata pelajaran
Menteri besar
Panas terik
Suku kata
Terang hati
Merah jambu
Buah hati
assalamualaikum..mohon izin kongsikan nota ini dengan murid - murid ...terima kasih
Mohon izin kongsikan nota ini dengan murid ... Terima kasih
Catat Ulasan