Cikgu sudahpun memberi nota dan panduan tentang penggunaan kata majmuk dalam bahasa Melayu. Kali ini cikgu ingin memberi penerangan dan penjelasan tentang dua bentuk kata yang serupa tapi tak sama. Kedua-dua bentuk kata ini sering menimbulkan kekeliruan kepada pelajar terutamanya dalam aspek cara penulisannya yang betul dan aspek penggandaan.
PERBEZAAN ANTARA KATA MAJMUK DAN RANGKAI KATA SETARA.
Secara umum, kata majmuk dan rangkai kata setara menunjukkan bentuk yang sama.
Contohnya; 'guru besar' (kata majmuk) dan 'ibu bapa'(rangkai kata setara)
Apa itu rangkai kata setara??
Rangkai kata setara ialah proses mencantumkan atau merangkaikan dua perkataan yang setara/sama jenis katanya.
Contohnya: Kata Nama (ibu) + Kata Nama(bapa) = ibu bapa
Perbezaan dari segi proses pembentukannya
Kata majmuk 'guru besar' umpamanya terdiri daripada dua golongan kata yang berlainan digabungkan menjadi kata majmuk iaitu:
Kata Nama (guru) + Kata Adjektif (Besar)

Manakala rangkai kata setara 'ibu bapa' pula terdiri daripada golongan kata yang sama iaitu:
Kata Nama(ibu) + Kata Nama (bapa)
Perbezaan meletakkan kata sisipan
Kata majmuk 'guru besar' tidak boleh menerima sisipan 'dan' ataupun 'atau' di antara kedua-duanya. Jika kata hubung itu disisipkan antara kedua-duanya, kata majmuk 'guru besar ' tidak membentuk makna yang jelas kerana 'guru dan besar' tidak menunjukkan makna yang sempurna.
Sebaliknya rangkai kata setara boleh disispkan kata hubung 'dan' ataupun 'atau' di antara kedua-duanya dan tidak mengubah maknanya iaitu 'ibu bapa' tidak berbeza maksudnya dengan 'ibu dan bapa' ataupun 'ibu atau bapa' - masih merujuk perkara yang sama.

PEMBENTUKAN RANGKAI KATA SETARA
Rangkai kata setara secara umum dilihat serupa dengan kata majmuk. Bezanya rangkai kata setara terdiri daripada satu golongan kata iaitu Kata Nama + Kata Nama.
Contohnya:
ibu bapa
pinggan mangkuk
adat resam
lembu kambing dan sebagainya.
Sekiranya kata majmuk tidak boleh disisipkan kata hubung 'dan" ataupun atau", rangkai kata setara dapat menerima sisipan ini tanpa mengubah maksud asal rangkai kata berkenaan.
Contohnya:
ibu bapa ibu dan bapa ibu atau bapa
pinggan mangkuk pinggan dan mangkuk pinggan atau mangkuk
abang kakak abang dan kakak abang atau kakak
tinggi rendah tinggi dan rendah tinggi atau rendah
tua muda tua dan muda tua atau muda
Selain itu, rangkai kata setara juga tidak boleh digandakan mana-mana perkataannya sama ada perkataan pertama ataupun perkataan kedua.
Contoh kesalahan penggandaan rangkai kata setara
Contohnya:
ibu-ibu bapa ibu-ibu bapa-bapa
pinggan-pinggan mangkuk pinggan-pinggan mangkuk-mangkuk
lembu-lembu kambing lembu-lembu kambing-kambing
adat-adat resam adat resam-adat resam
ibu bapa-ibu bapa lembu kambing- lembu kambing
Untuk menunjukkan maksud bilangan jamak(banyak), rangkai kata setara perlu menerima kata bilangan.
Contoh:

- Semua ibu bapa
- Para ibu bapa
- Semua Pinggan Mangkuk
- Semua lembu kambing
- Kebanyakan ibu bapa
9 ulasan:
cantiknya diari nie ada macam macam <......................................> ?
Info yang sangat berguna :)
sambal sotong , nasi lemak adakah rangkai kata??
AKU TAK FAHAM
cantiknya bunge. nak kit oleyh tak?
Terima kasih untuk ilmu yang bermanfaat
terima kasih. Sangat Jelas
Terima kasih info yang mudah difahami dan sangat jelas.
wow ^_^ info yang sangat bermanfaat! <3
Catat Ulasan