HALAMAN 2

Isnin, 1 Julai 2013

TIPS & PANDUAN - KARANGAN CEREKA

TIPS & PANDUAN - MENULIS KARANGAN CEREKA & KARANGAN BERDASARKAN PUISI (PANTUN, SAJAK & SYAIR) & PERIBAHASA

1.      Karangan ini tidak mempunyai format yang khusus.  Pelajar boleh menulis karangan berbentuk cereka, imaginasi ataupun berbentuk peribahsa.
2.      Namun demikian, pelajar perlu membaca arahan dengan teliti kerana kemungkinan arahan soalan menjurus kepada karangan berformat seperti dialog dan cerpen.
3.     Pelajar boleh memilih karangan berbentuk cereka untuk menjawab soalan karangan ini asalkan menjawab tugasan yang diberi dengan tepat.
4.     Pada perenggan pendahuluan - pelajar boleh memberi penjelasan maksud puisi atau peribahasa .  Perenggan berikutnya, pelajar boleh mengaitkan maksud tersebut dengan cereka  atau imaginasi yang dipilih.
5.     Karangan cereka yang baik hendaklah merangkumi ;
        -      permulaan cerita
        -      perkembangan cerita dan perumitan cerita
        -      klimaks atau puncak cerita
        -      pengakhiran atau peleraian cerita.
6.     Pada bahagaian pengakhiran cerita yang berbentuk peribahasa, pelajar boleh mengulang semula peribahasa yang disoal sebagai penekanan kehendak soalan.
7.     Pelajar juga boleh memasukkan unsur-unsur bahasa kreatif seperti yang dipelajari dalam KOMSAS, frasa yang menarik serta teknik plot yang sesuai.
8.     Untuk menghasilkan karangan cereka yang berkualiti dan mantap, aspek-aspek ini mesti diambil berat;
      -    Unsur dan jalan cerita mesti menarik
      -    Gaya bahasa kreatif dan tidak berbentuk formal seperti karangan biasa
      -    menerapkan unsur teknik penceritaan seperti dialog, suspen dan teknik-teknik lain yang sesuai.



     

    Cikgu Chom

1 ulasan:

Unknown berkata...

Terima kasih atas perkongsian .