HALAMAN 2

Jumaat, 16 Ogos 2013

ANALISIS ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU : NOTA CERPEN IDOLA

ANALISIS 
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU


Cerpen Idola ( Zaen Kasturi)
Sinopsis 

Si penjaga panggung menjadikan hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya bercanggah dengan pendapat isterinya yang mahu dia mengubah cara hidup agar mereka tidak terus miskin. Pada suatu petang dia berjumpa dengan si hero yang memperihalkan realiti kehidupannya yang sebenar dan menasihati si penjaga panggung agar sedar akan hakikat kehidupan yang sebenar. Hal ini menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri. 

Tema 
Kekeliruan hidup antara fantasi dengan realiti.

Persoalan 
i. Kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. 
Buktinya, si penjaga panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil.

ii. Sikap suka berkhayal untuk menjadi seperti orang yang menjadi pujaan. 
Buktinya, si penjaga panggung sentiasa berangan-angan menjadi hero.

iii. Kepentingan berpijak di bumi nyata. 
Buktinya, hero meminta si penjaga panggung kembali menginsafi diri sendiri kerana
kehidupan sebenar lebih menuntut perjuangan yang bersungguh-sungguh. 

iv. Kepentingan sedar dan berusaha untuk mengubah nasib diri. 
Buktinya, isteri penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara
tidak sama dengan realiti kehidupan sebenarnya. 

Watak dan Perwatakan 
Watak Utama 
Si Penjaga Panggung
-bekerja sebagai penjaga panggung
-mempunyai seorang isteri dan sepuluh orang anak
-keliru dengan pendirian diri terhadap idola

Watak Sampingan 
i. Si Hero 
-suka menasihati - si hero menyuruh si penjaga panggung berhenti memuji dirinya dan
meminta memuji diri sendiri.
-pelakon yang memegang watak utama (hero)
-berterus terang/ jujur - meminta si penjaga panggung sedar akan realiti kehidupan yang
dilaluinya
-menjelaskan bahawa kehidupan hanya sementara.
-meminta si penjaga panggung melupakan kehidupan di dalam panggung. 

ii. Isteri Penjaga Panggung
-berfikiran terbuka dan ingin mengubah nasib
-cuba menyedarkan suaminya tentang pekerjaannya

Latar Masa 
i. Waktu malam semasa si penjaga panggung menjalankan kerja.
ii. Waktu pementasan sandiwara, contohnya pementasan dilakukan sebelum hari menjelang
tengah malam. 

Latar Tempat 
i. Panggung sandiwara dipersembahkan yang menjadi tempat kerja si penjaga panggung.
ii. Rumah penjaga panggung di lorong sempit dan longkang yang tersumbat oleh sampah. 

Latar Masyarakat 
i. Masyarakat yang terlibat dengan pementasan.
Contohnya, hero yang menjadi pelakon pentas.

ii. Masyarakat yang tinggal di perkampungan setinggan.
Contohnya, keluarga penjaga panggung.

iii. Masyarakat yang suka akan hiburan.
Contohnya, penonton membanjiri panggung semasa pementasan.

iv. Masyarakat yang suka berkhayal.
Contohnya, penjaga panggung berkhayal ingin menjadi seperti hero. 

Nilai Murni 
i. Kejujuran
Contohnya, hero tidak berselindung menceritakan realiti kehidupan yang dilalui adalah
berbeza dengan lakonannya.

ii. Ketabahan
Contohnya, isteri penjaga panggung yang tabah menghadapi cabaran hidup dan
membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin san tinggal di kawasan setinggan. 

iii. Keinsafan
Contohnya, penjaga panggung sedar akan hakikat kehidupan setelah mendengar penjelasan
hero.

Pengajaran 
i. Kita hendaklah jujur dan berterus terang dalam menjelaskan sesuatu perkara.
Contohnya, hero dengan jujur memberitahu kenyataan hidupnya berbeza dengan dunia
lakonan.

ii. Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawabnya dalam rumah tangga.
Contohnya, isteri si penjaga panggung sabar dengan kerenah suaminya yang terlalu
mengagung-agungkan hero.

iii. Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak.
Contohnya, isteri si penjaga panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu
walaupun dalam keadaan hidup mereka yang susah

Tiada ulasan: