HALAMAN 2

Khamis, 1 Ogos 2013

JEJAK SPM 2013 : SKEMA RUMUSAN 2



SKEMA LATIHAN RUMUSAN 2

Soalan 1 : 
Rumusan Pendahuluan: Petikan membincangkan kebaikan/ kepentingan/faedah/manfaat/kemaslahatan/kesan positif makan bersama-sama dengan keluarga dalam kalangan masyarakat. 

[2 markah] Isi tersurat [4 hingga 12 markah] Kelebihan makan bersama-sama dengan keluarga: 

1. Dapat menunjukkan tabiat pemakanan yang baik. 

2. Ibu bapa boleh menetapkan disiplin atau peraturan di meja makan. 

3. Boleh berinteraksi dengan anak-anak. 

4. Dapat mengesan pergerakan harian anak-anak. 

5. Kemungkinan anak-anak untuk berbabit dalam gejala sosial rendah rendah. 

6. Boleh menjadikan masa makan sebagai masa yang terbaik untuk memuji anak-anak. 

7. Dapat melatih anak-anak berfikir dan bertutur. 

8. Keakraban hubungan antara anggota keluarga akan terjalin. 

9. Mampu membentuk adab sopan anak-anak. 

Isi Tersirat [4 hingga 12 markah] Halangan untuk mengamalkannya: 

1. Ibu bapa sibuk dengan kerjaya / aktiviti masing-masing. 

2. Amalan ini tidak menjadi budaya dalam keluarga. 

3. Kurangnya usaha ibu bapa untuk mengamalkannya. 

4. Kurangnya kesedaran tentang kepentingan makan bersama dalam
    kalangan masyarakat. 

5. Anak-anak sibuk dengan aktiviti sekolah / tuisyen. 

6. Tarikan makanan segera / terdapat banyak pilihan makanan di luar. 

7. Ruang makan di rumah tidak kondusif / sesuai / selesa. 

Kesimpulan/Penutup: 

Ibu bapa haruslah membudayakan amalan makan bersama-sama dengan keluarga supaya dapat membentuk keluarga bahagia. [2 markah] 
Ibu bapa haruslah membudayakan amalan makan bersama-sama dengan keluarga. - 1 markah 


3 www.lamanbahasa.wordpress.com

Cikgu Chom

Tiada ulasan: