HALAMAN 2

Jumaat, 16 Ogos 2013

NOTA ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU : CERPEN TANGGAR AMANAT



ANALISIS 
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU

NOTA RUJUKAN 1

CERPEN : TANGGAR AMANAT
Oleh: Amaruszati Noor Rahim

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan seorang wanita bernama Hawa yang bakal menjadi seorang ibu. Dia Amat menyayangi kandungannya yang berusia empat bulan. Zuriat itu telah dinantikan hampir lapan tahun. Hawa menghadari konflik sama ada mahu pulang ke tanah air atau terus berada di Yellowstone, Amerika untuk mempertahankan empayar perniagaan Ahmad Abdullah. Adam, suaminya mahu pulang ke tanah air. Mereka harus pulang dan memulakan sesuatu yang baharu. Bagaimanapun, Hawa tetap mempertahankan hasratnya untuk terus berada di Amerika. Akhirnya anak dalam kandungannya telah bertindak sebagai suara hati nurani untuk mengajak ibunya melihat secara mendalam akan rasional keputusan yang dibuatnya. melalui dialog, janinnya berjaya menyedarkan Hawa bahawa dia tidak perlu bersekongkol dengan Amerika kerana keuntungan perniagaan tersebut secara tidak langsung membiayai musuh Islam. Akhirnya hawa membuat keputusan untuk pulang ke tanah air bersama-sama suaminya, Adam.

Aspek komsas dalam cerpen Tanggar Amanat 
karya Amaruszati Noor Rahim

ITEM
PERNYATAAN
CONTOH



Tema
Semangat untuk meneruskan warisan keluarga
Hawa enggan mengikut suaminya, Adam pulang ke tanah air kerana dia ingin terus mempertahankan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah di Yellowstone, Amerika yang merupakan kawasan lingkaran gunung berapi









Persoalan





Persoalan kegigihan mencari rezeki di negara orang
Adam dan Hawa gigih mencari rezeki di yellowstone dengan meneruskan perusahaan warisan keluarga Ahmad Abdullah
Persoalan semangat patriotik untuk kembali ke tanah air
Adam mengajak Hawa supaya pulang ke Malaysia untuk memulakan sesuatu yang baharu di tanah air sendiri
Persoalan anak merupakan kurniaan Allah yang sangat bernilai
Hawa berhalusinasi dengan janin dalam kandungannya sehingga mengubah pendiriannya untuk mengikut suaminya pulang ke Malaysia
Persoalan tanggungjawab isteri terhadap suami
Hawa mengambil keputusan untuk mengikut suaminya Adam pulang ke Malaysia
Persoalan perbezaan cara hidup di tempat orang
Kehidupan di luar negara tidak sama dengan kehidupan di tanah air sendiri menyebabkan Adam ingin pulang ke Malaysi
Persoalan ketaqwaan iaitu kepercayaan kepada Allah
Hawa mengaku segala yang berlaku adalah ketentuan Allah dan dia perlu redha dengan takdir yang ditentukan
Persoalan kasih sayang terhadap anak
Walaupun belum dilahirkan, Hawa menyayangi janin yang dikandungnya setelah menunggu hampir lapan tahun





Nilai
Kegigihan
Hawa dan suaminya gigih meneruskan perniagaan warisan keluarga di tempat orang
Kasih sayang
Hawa sangat menyayangi janin dalam kandungannya setelah menunggu selama lapan tahun untuk memperoleh zuriat
Tanggungjawab
Hawa melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri apabila mengambil keputusan mengikut suaminya pulang ke Malaysia
Ketaqwaan
Hawa percaya bahawa apa yang berlaku adalah ketentuan Illahi dan dia redha
Patriotik
Adam ingin pulang ke tanah air untuk memulakan kehidupan yang baharu setelah lama berkelana di tempat orang
Prihatin
Janin dalam kandungan Hawa sangat prihatin dengan kegelisahan ibunya sehingga berdialog dengan ibunya untuk mengurangkan kegelisahan itu





Pengajaran
Kita hendaklah mempertahankan hak warisan keluarga
Hawa enggan mengikut Adam ke Malaysia kerana ingin meneruskan perniagaan warisan keluarganya di Yellowstone
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kerana mereka anugerah Allah
Hawa sangat menyayangi janin yang dikandungnya selama empat bulan setelah menunggu selama lapan tahun untuk mendapatkan zuriat
Kita hendaklah patuh kepada suami
Hawa mengambil keputusan mengikut suaminya ke Malaysia walaupun pada awalnya ingin menetap di Yellowstone
Suami hendaklah bersabar dengan karenah isteri
Adam bersabar dengan karenah Hawa yang enggan mengikutnya pulang ke Malaysia

Watak & perwatakan
Perwatakan dalaman
Huraian



Hawa
Bertanggungjawab

Hawa bertanggungjawab untuk meneruskan perniagaan keluarganya di Yellowstone
Bersyukur

Hawa bersyukur kerana dikurniakan zuriat setelah menunggu lapan tahun
Penyayang

Hawa sangat menyayangi janin yang dikandungnya sehingga mengubah keputusannya kembali mengikut suaminya Adam
Patuh
Hawa kembali taat kepada suaminya walaupun pada awal enggan mengikut Adam pulang ke Malaysia



Adam
Gigih

Adam bersama Hawa gigih mengusahakan perniagaan keluarga Hawa di Yellowstone
Penyabar
Adam bersabar dengan karenah isterinya yang enggan mengikutnya pulang ke tanah air
Patriotik

Adam ingin pulang ke tanah airnya sendiri setelah lama berkelana di tempat orang
Bertanggungjawab
Adam bertanggungjawab membantu Hawa meneruskan perniagaan warisan keluarga Ahmad Abdullah



Janin
Berani
Janin mempunyai keberanian yang tinggi untuk memberikan pendapat kepada bondanya supaya mengikut suaminya
Ikhlas
Janin ikhlas memberikan pandangan kepada bondanya untuk mengurangkan kegelisahan bondanya
Patriotik
Janin mempunyai semangat patriotik yang tinggi terhadap tanah tumpah darah ayahandanya
Penyayang
Janin menyayangi bondanya kerana tidak mahu bondanya bersedih

Latar
Pernyataan
Huraian

Latar masa
Lapan tahun
Hawa menunggu selama lapan tahun untuk mendapat zuriat
Generasi kelapan
Janin merupakan generasi kelapan keturunan Ahmad Abdullah

Latar tempat
Yellowstone, Amerika Syarikat
Tempat tinggal Adam dan Hawa untuk meneruskan perniagaan warisan keluarganya
Malaysia

Adam ingin pulang ke Malaysia setelah lama menetap di tempat orang
Taman Nasional Yellowstone berhampiran gunung berapi
Kawasan perniagaan warisan keluara Ahmad Abdullah yang diusahakan oleh Adam dan Hawa



Latar masyarakat
Masyarakat yang gigih bekerja
Adam dan Hawa gigih meneruskan perniagaan warisan keluarga di Yellowstone
Masyarakat yang penyayang
Hawa sangat menyayangi janin yang dikandungnya selama empat bulan
Masyarakat yang memperjuangkan hak warisan
Hawa enggan mengikut suaminya pulang ke Malaysia kerana ingin meneruskan perniagaan keluarganya
Masyarakat yang bersyukur
Hawa bersyukur kerana dikurniakan zuriat setelah menunggu selama lapan tahun
Masyarakat yang berpandnagan jauh
Janin berpandangan jauh sehingga kata-katanya mampu mengubah keputusan bondanya


NOTA RUJUKAN II 


Tanggar Amanat (Amaruszati Noor Rahim)

Sinopsis 


Hawa merupakan pewaris Ahmad Abdullah dan isteri kepada Adam. Dia seorang usahawan eko-pelancongan pewaris ketujuh Ahmad Abdullah di Taman Nasional Yellowstone, Amerika Syarikat. Pakar geologis meramalkan akan berlaku letusan gunung berapi di sekitar Yellowstone dan berdasarkan pergerakan seismic yang sedang menghampiri Canyon Village. Grand Geyser melepaskan erupsi air panas dalam masa sehari kelmarin. Semuanya merupakan petanda bahawa Yellowstone akan bermandikan larva gunung berapi dalam masa terdekat. Adam berusaha memujuk isterinya meninggalkan Yellowstone dan pulang ke Malaysia. Hawa bertegas tidak mahu berpindah kerana moyangnya telah menetap dan menjana ekonomi di Yellowstone bertahun-tahun lamanya sehingga menjadi sebuah empayar. Tiba-tiba Hawa terasa loya dan pening yang amat sangat. Hawa terasa seperti gunung berapi di selatan Yellowstone telah meletus dan dia terdampar dalam kawah gunung berapi sehingga terhumban ke dalam sebuah terowong. Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang member salam. Perkataan ‘bonda’ yang diucapkan oleh suara tersebut membuat Hawa tergamam. Siapakah gerangan yang sedang berbicara dengannya. Suara itu memberitahu Hawa bahawa dia berada dalam rahimnya sendiri dan dunia belum kiamat. Hawa melihat seketul objek berukuran 12 sentimeter di hadapannya. Barulah dia tahu itulah janin yang yang sedang dikandungnya. Dia melihat janinnya yang sedang membesar di dalam rahimnya tersenyum manis. Janinnya mengelus lembut jemarinya. Hawa terkasima dan menjadi kaget. Janinnya memberitahu bahawa dalam keadaan tertentu si ibu akan dapat berkomunikasi dengan janin yang sedang dikandungnya. Hawa mula rasa bahagia. Dia sedang berkomunikasi dengan janinnya sendiri. Tiba-tiba janinnya mengutarakan persoalan agar Hawa segera berpindah dari Yellowstone kerana Yellowstone akan berkubur dengan letusan gunung berapi. Sebagai pewaris kelapan, janin Hawa mahu hidup seperti insane yang lain. Kini tahulah Hawa bahawa dia sedang mengandungkan seorang bayi lelaki. Hawa teringat bahawa tempat seorang isteri ialah di sisi suami. Tidak lama kemudian, Adam pulang dan Hawa memberitahu keputusannya untuk pulang ke Malaysia.


Tema 
Semangat patriotik yang disuntik bagi meneruskan warisan keluarga.
Halunisasi janin dan Hawa menyebabkan Hawa mengambil keputusan kembali ke Malaysia mengikut suaminya Adam yang mahukan mereka meneruskan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah. 

Persoalan 
i. Kegigihan mencari rezeki di tempat orang.
Adam gigih mencari rezeki di Yellowstone, Amerika Syarikat.

ii. Perkahwinan campur di luar negara.
Adam yang berasal dari Malaysia berkahwin dengan Hawa, gadis kelahiran Yellowstone,
Amerika Syarikat.

iii. Kepincangan hidup di tempat orang.
Kehidupan di luar negara tidak sama dengan kehidupan di tanah air sendiri.

iv. Kepercayaan atas kuasa Yang Maha Esa.
Hawa mengaku segala perkara yang berlaku adalah ketentuan Allah. 

Watak dan Perwatakan 
Watak Utama
Hawa
-Keturunan Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah
-Penyayang
Dia amat menyayangi anak dalam kandungannya dan suaminya, Adam.
Setia dalam hubungan kekeluargaan
Dia amat menyayangi Adam suaminya.
-Kurang keyakinan
Dia takut kehilangan suaminya yang akan balik ke Malaysia.

Watak Sampingan 
i. Adam 
-Suami kepada Hawa

-Penyabar
Dia sabar memujuk Hawa supaya mengikutnya kembali ke Malaysia.

-Patriotik
Dia ingin kembali dan menetap ke Malaysia.

ii. Janin 
-Generasi ke-8 Ahmad Abdullah

-Berani menyatakan pendirian
Dia berani memberi pandangan terhadap ibunya supaya mengikut ayahnya kembali ke Malaysia.

-Ikhlas memberi pandangan
Dia ikhlas member pandangan kepada ibunya.

-Patriotik
Dia mempunyai semangat cinta akan tanah air ayahnya, Adam.

Latar 
Latar Masa 
i. Lapan tahun menunggu zuriat.
ii. Generasi kelapan Ahmad Abdullah. 

Latar Tempat 
i. Yellowstone.
ii. Devils Tower.
iii. Canyon Village. 

Latar Masyarakat 
i. Masyarakat yang sayang akan keluarga/ zuriat
Contohnya, Hawa menyayangi Adam/ janinnya.

ii. Masyarakat yang memperjuangkan warisan keluarga
Contohnya, Hawa berkeras mahu mempertahankan perusahaan keluarganya.

iii. Masyarakat yang maju dalam bidang perniagaan
Contohnya, perusahaan Taman Nasional Yellowstone sudah bertahan sehingga generasi
kelapan.

iv. Masyarakat yang yakin akan kekuasaan Tuhan
Contohnya, janin yang mendengar degupan jantung berzikir kepada Tuhan. 

Nilai Murni
i. Kasih sayang
Contohnya, Hawa menyayangi suaminya, Adam.

ii. Kesabaran
Contohnya, Adam masih bersabar dengan Hawa walaupun mereka berbeza pendapat.

iii. Ketabahan
Contohnya, Ahmad Abdullah tabah menghadapi cabaran hidup di tempat orang. 

Pengajaran 
i. Kita hendaklah menghargai usaha yang menjadi warisan keluarga.
Contohnya, Hawa yang sanggup mempertahankan perusahaan keluarganya di Yellowstone. 

ii. Kita hendaklah bersabar menghadapi tekanan.
Contohnya, Adam bersabar menghadapi kerenah Hawa. 

iii. Kita mestilah tabah menempuh dugaan hidup.
Contohnya, Ahmad Abdullah tabah menempuh pahit getir kehidupan di rantau orang.

Tiada ulasan: