HALAMAN 2

Rabu, 14 Ogos 2013

TUGASAN 8 : Kerja Semasa Cuti Tingkatan 1 Cerdik dan 1 Bestari

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Cikgu mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan selamat bercuti kepada semua pelajar tingkatan 1 Cerdik dan 1 Bestari SMK Dato' Syed Esa.

Bagi pelajar-pelajar Islam , tentu sudah puas beraya dan mengunjungi sanak saudara ye.  Duit raya pun tentu dah banyak yang dikumpulkan.  Tahniah cikgu ucapkan.

Seperti biasa, pada hari ini cikgu titipkan tugasan untuk menemani anak-anak didik cikgu semua selepas puas bercuti panjang ye.


TUGASAN KECEMERLANGAN SEMASA CUTI : PELAJAR TINGKATAN 1 CERDIK & 1 BESTARI

TUGASAN 8
TARIKH TUGASAN  :  14 OGOS 2013
TARIK HANTAR       :  SELEWAT-LEWATNYA ATAU PADA HARI SELASA 20 OGOS 2013
ARAHAN                   :  TAIP KEMAS-KEMAS JAWAPAN DALAM 'TEST-PAD'

TUGASAN 1: MENULIS KARANGAN

Soalan:  

Belakangan ini, amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa dalam kalangan rakyat Malaysia apabila tiba hari-hari perayaan utama. Konsep rumah terbuka ini memang perlu diteruskan dan dijadikan amalan kerana banyak kebaikannya.
Kemukakan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan amalan rumah terbuka kepada masyarakat dan negara kita yang tercinta ini.

Analisis soalan:

Tema             :  amalan rumah terbuka
Arahan soalan :  kebaikan amalan rumah terbuka kepada masyarakat dan
                        negara kita
Format           :  tiada (karangan pendapat)





TUGASAN 2 :  RINGKASAN & PEMAHAMAN

Bahagian A (i)
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[20 markah]


Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha memulihara bangunan bersejarah. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


          Bangunan bersejarah merupakan bangunan masa silam yang sangat berharga dan unik. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengekalkan bangunan dan monumen tersebut. Antara contoh bangunan bersejarah di Malaysia termasuklah Kota A’Famosa di Melaka dan Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur. Bangunan bersejarah ini perlu dipulihara supaya tidak mengalami kemusnahan. Selain itu, bangunan-bangunan bersejarah ini juga akan menjadi bahan rujukan sejarah oleh generasi yang akan datang.  Oleh itu, pelbagai usaha perlu diambil untuk memulihara bangunan bersejarah ini.

      Kawasan bangunan bersejarah perlu dijadikan sebagai destinasi pelancongan sebagai usaha memulihara bangunan bersejarah. Melalui usaha ini, bangunan bersejarah akan terus dipelihara bagi menarik pelancong asing berkunjung ke Malaysia. Kerajaan juga boleh menjadikan bangunan bersejarah sebagai pejabat atau pusat pentadbiran sesebuah organisasi. Melalui langkah ini, bangunan bersejarah dapat berfungsi dan tidak terbiar usang begitu sahaja. Secara tidak langsung, usaha ini dapat mengekalkan struktur bangunan bersejarah agar tidak dirobohkan. Bangunan bersejarah juga wajar dijadikan lokasi bagi upacara-upacara tertentu.

       Kerajaan juga perlu melancarkan kempen bagi menggalakkan masyarakat menghargai bangunan bersejarah di negara ini. Selain itu, media massa perlu menyiarkan latar belakang dan peranan bangunan bersejarah supaya masyarakat menghargai warisan tersebut. 

          Seterusnya, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang terhadap pihak yang menyebabkan kerosakan bangunan bersejarah bagi memastikan warisan ini sentiasa terpelihara. Pihak kerajaan wajar menjalin kerjasama dengan pihak swasta bagi menjalankan kerja pemuliharaan bangunan bersejarah. Dengan menjalankan kerja pemuliharaan ini, bangunan bersejarah yang mengalami kerosakan boleh dibaik pulih. Antara kerja baik pulih yang boleh dilakukan termasuklah mengecat semula bangunan dan menggantikan struktur kayu yang telah reput.


      Tegasnya, semua pihak perlu berganding bahu dan bekerjasama bagi memulihara serta mengekalkan bangunan bersejarah. Pemuliharaan bangunan bersejarah penting untuk tatapan generasi akan datang selain menjadi warisan negara.


Bahagian A (ii)
[10 markah]
Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1    Berikan maksud rangkai kata masa silam ?            [2 markah]




2    Berdasarkan petikan, nyatakan kepentingan pemuliharaan bangunan                  bersejarah.                                                           [4 markah]





3     Pihak sekolah memainkan peranan penting dalam melaksanakan usaha            mendidik pelajar menghargai bangunan bersejarah.
       Kemukakan pendapat anda tentang dua usaha yang boleh dilaksanakan           oleh pihak sekolah.
                                                                                 [4 markah

Panduan kepada pelajar.
** jawapan bagi soalan 2 ada di perenggan 1
** pastikan sekurang-kurangnya 2 isi bagi soalan 2 & tiga..gunakan penanda wacana 'selain itu'.


TUGASAN 3 - RINGKASAN DAN PEMAHAMAN

Bahagian A (i)
[Masa yang dicadangkan : 40 minit]
[20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah mengurangkan kemalangan jalan raya . Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

      Saban hari, kita digemparkan dengan berita nahas jalan raya yang terpapar di televisyen dan di akhbar. Bagi mengurangkan peningkatan kadar kemalangan jalan raya, langkah yang efektif wajar disegerakan.

        Kealpaan pemandu sering menjadi faktor perdana yang mengakibatkan kemalangan jalan raya. Lantaran itu, pemandu hendaklah senantiasa “membuka mata dan telinga agar peka terhadap keadaan sekelilingnya sebelum dan semasa memandu. Pemandu perlu memastikan keadaan kenderaan sempurna sebelum memulakan perjalanan. Perhatian sepenuhnya perlu ditumpukan tatkala memandu. Oleh itu, elakkan pengambilan minuman keras dan kelesuan ketika memandu kerana ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.

       Didikan dan asuhan yang diberikan kepada anak kecil yang diibaratkan kain putih bakal membentuk personaliti mereka apabila dewasa kelak. Usaha mewujudkan Kelab atau Persatuan Keselamatan Trafik Jalan Raya dapat menyemai dan memupuk kesedaran tentang peraturan lalu lintas jalan raya dalam sanubari murid sekolah. 

      Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan harus mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada pesalah undang-undang jalan raya. Pada waktu yang sama , bilangan penguat kuasa undang-undang patut ditambah bilangannya agar pengawasan dari masa ke masa dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Selain itu, media massa perlu proaktif dengan menyiarkan iklan-iklan yang boleh menyedarkan pengguna supaya mengamalkan sikap berhemah semasa berada di jalan raya.

      Sesungguhnya, masalah ini tidak boleh dipandang enteng memandangkan ciri-ciri insan yang mulia termasuklah sentiasa beristiqamah dan proaktif penting dalam usaha menurunkan kadar kemalangan jalan raya. Selain itu, setiap individu perlu beriltizam dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Sekiranya kita bekerjasama, sudah pasti kita akan berjaya dalam usaha merealisasikan misi dan visi “sifar kemalangan” di negara kita.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Langkah Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya” Dewan Siswa, September 2009)


Bahagian A (ii)
[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
1 Apakah maksud rangkai kata agar peka ?                               [2 markah]




2 Berdasarkan petikan, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada pengguna jalan raya untuk menjayakan usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya?
                                                                                          [4 markah]




3 Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar anda lakukan apabila berhadapan dengan kemalangan jalan raya?                              [4 markah]




**Jawapan bagi soalan 2 ada di perenggan akhir.

**Bagi pelajar 1 Cerdik dan 1 Bestari yang masih berhutang tugasan blog yang ke 6 dan yang ke 7, sila pastikan anda hantar pada hari pertama selepas cuti , sebelum tindakan diambil.

Sekian..selamat menyiapkan tugasan !!

Cikgu Chom






3 ulasan:

Cikgu Kalsom berkata...

Salam...komen sini kalau ada pertanyaan atau apa-apa aje..

Unknown berkata...

cikgu, apa maksud cikgu bila cikgu tulis "taip kemas-kemas dlm test-pad"? mksd nyer kna taip lepas tu print gne test pad atau tulis cantik-cantik dalam test pad?

Cikgu Kalsom berkata...

Salam...jawapan karangan tu boleh tulis tangan kemas-kemas dalam test pad..atau boleh taip dan print ye.