ANALISIS
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU
PUISI TRADISIONAL
Pantun Enam Kerat
Putik kelapa menjadi muda,
Kelapa muda menjadi kemirau,
Sudah kemirau menjadi kotai;
Hati luka pura tiada,
Rasa pedih buat tak hirau,
Ibarat kaca jatuh ke lantai.
Ambil galah jolok kedondong,
Galah pendek buluh sumpitan,
Buluh bersisip tali jerami;
Bukan salah ibu mengandung,
Sudah takdir sudah suratan,
Sudah nasib jadi begini.
Sarat bermuat ikan cecaru,
Gelama tidak berumpan lagi,
Kali tersangkut di tepi batang;
Sudah dapat orang yang baru,
Yang lama tidak berkenan lagi,
Ibarat melukut di tepi gantang.
Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010
NOTA
Pantun Enam Kerat
MAKSUD:
Rangkap 1
Kelukaan di hati disembunyikan
daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat mendalam.
Rangkap 2
Sesuatu yang berlaku kepada kita
harus diterima dengan perasaan yang reda kerana itu semua sudah suratan takdir
bukannya salah ibu yang melahirkan kita.
Rangkap 3
Sudah menjadi kelaziman manusia sering melebihkan orang yang baru sehingga orang lama terasa
disisihkan dan tidak diperlukan lagi.
TEMA
Kekecewaan dalam hidup.
PERSOALAN
1.
Persoalan menyembunyikan hati yang
terluka (rangkap 1)
2.
Persoalan menerima suratan takdir
(rangkap 2)
3.
Persoalan mengutamakan yang baru
berbanding yang lama. (rangkap 3)
BENTUK
1.
Mempunyai 3 rangkap
2.
Mempunyai 6 baris
bagi setiap rangkap
3.
Jumlah perkataan
antara 4 hingga 5 perkataan sebaris
Contoh : Putik kelapa menjadi muda ( 4
perkataan – rangkap 1)
Contoh : Sudah mendapat
orang yang baru (5 perkataan – rangkap 3)
4.
Terdiri daripada 8
hingga 12 suku kata.
5.
Rima abcabc
6.
Bentuk pantun
terikat.
GAYA
BAHASA
1.
Unsur bunyi
Asonansi – hati luka pura tiada
( rangkap 1 baris 4) – pengulangan vokal ‘a’
Aliterasi – kail tersangkut
di tepi batang ( rangkap 3 baris 3) – pengulangan konsonan ‘t’
2.
Peribahasa
Ibarat kaca jatuh ke lantai ( rangkap 1 baris 6)
Ibarat melukut di tepi gantang (rangkap 3 baris 6)
3.
Sinkope
Rasa pedih buat tak tahu (rangkap 1 baris 5)
4.
Repitisi
Sudah takdir sudah suratan
(rangkap 2 baris 5)
5.
Unsur alam
Haiwan – ikan cencaru, ikan gelama
Tumbuhan – kelapa, kedondong, buluh,
NILAI
1. Nilai keredaan.Contohnya reda dengan suratan takdir.
2. Nilai ketabahan. Contohnya sentiasa
tabah dengan kesedihan yang menimpa diri.
PENGAJARAN
1.
Kita janganlah terlalu menunjukkan
rasa kecewa.
2.
Kita janganlah sesekali menyalahkan
takdir.
3.
Kita janganlah melupakan orang yang
pernah berjasa kepada kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan