HALAMAN 2

Rabu, 14 Ogos 2013

JEJAK SPM 2013 : Panduan Menulis Rumusan Tepat

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

     Cikgu mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pelajar yang beragama Islam.
Cikgu juga mengucapkan selamat menduduki peperiksaan percubaan SPM bagi pelajar-pelajar tingkatan lima di SMK Dato' Syed Esa khususnya dan seluruh negara amnya.  Semoga semua pelajar telah pun membuat persediaan yang rapi.  
     Kali ini cikgu akan fokus pada soalan rumusan SPM kerana soalan ini merupakan LUBUK MARKAH dalam kertas 2 Bahasa Melayu SPM.  

    Pelajar mampu mendapat markah penuh 30 markah bagi soalan ini jika pelajar berjaya mengemukakan pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat, dan kesimpulan dengan teknik yang tepat.  Perkara ini bukanlah sesuatu yang susah untuk diperoleh.

   Malahan sekiranya pelajar tidak dapat mengemukakan isi tersirat sekalipun, pelajar masih mampu memperoleh 24/30 markah jika berjaya mengemukakan pendahuluan, isi tersurat, dan kesimpulan dengan betul.

Di sini cikgu kongsikan panduan penting untuk perhatian pelajar terutama ketika mengulang kaji menjelang peperiksaan.  


Ulasan skema pemarkahan soalan rumusan SPM November 2012.
Tips dan panduan untuk mendapat markah maksimum untuk soalan rumusan

Rujuk Soalan Rumusan SPM NOV 2012


Baca petikan di hawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan dan faedah-faedah industri pelancongan kesihatan kepada negara kita Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Terdapat sedikit perubahan format menjawab soalan rumusan pada soalan SPM NOVEMBER 2012 iaitu pada bahagian pendahuluan
Pendahuluan:-

a)  Mengubah kata kunci dengan perkataan yang sinonim + frasa tambahan berkaitan dengan tema keseluruhan petikan. (lebih mudah)

Frasa permulaan
Kata Kunci Berdasarkan Tema Petikan
Frasa Tambahan **
Petikan membincangkan
punca/ sebab/ alasan  pemilihan Malaysia sebagai  destinasi pelancongan kesihatan

                  (1 markah)
berbanding dengan negara lain/ di peringkat Asia Tenggara/di peringkat Dunia              
          ( 2 markah)

b)  Pengenalan berdasarkan tema keseluruhan petikan rumusan:-
Frasa permulaan
Kata Kunci Berdasarkan Tema Petikan
Frasa Tambahan **
Petikan membincangkan
keistimewaan / kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan   (1 markah)
berbanding dengan negara lain/ di peringkat Asia Tenggara/di peringkat Dunia.             ( 2 markah)

 Cara mengesan tema:

Tema merupakan isu atau persoalan pokok atau utama yang diberi tumpuan atau diperbincangkan dalam teks. Contohnya, dalam petikateks bertajuk faktor-faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan anda boleh melihat keseluruhan teks membicarakan tentang keistimewaan atau kelebihan destinasi pelancongan kesihatan di Malaysia. Oleh sebab itu, frasa untuk kata kunci yang digunakan ialah keistimewaan/kelebihan. Justeru, pelajar perlu melakukan banyak latihan untuk menguasai kemahiran mengesan tema dalam sesuatu teks.

c)  Pendahuluan 1 m
Frasa permulaan
Kata Kunci Berdasarkan Tema Teks
Frasa Tambahan
Petikan membincangkan
punca/ sebab/ alasan  pemilihan Malaysia sebagai  destinasi pelancongan kesihatan
di Malaysia  ( 1 markah)
** Tidak menunjukkan perbandingan
    dengan negara lain.

d) Pendahuluan 1 m
Frasa permulaan
Kata Kunci Berdasarkan Tema Teks
Frasa Tambahan
Petikan membincangkan
keistimewaan / kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan
di Malaysia.                        ( 1 markah)
** Tidak menunjukkan perbandingan
    dengan negara lain.

e)  Pendahuluan 0 m
Frasa permulaan
Kata Kunci Berdasarkan Tema Teks
Frasa Tambahan
Petikan membincangkan
faktor  pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan.
(**Istilah faktor tidak diubah)
di Malaysia  ( 0 markah)


f) Pendahuluan 0 m
Frasa permulaan
Kata Kunci Berdasarkan Tema Teks
Frasa Tambahan
Petikan teks membicarakan
keistimewaan / kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan**

(**pelancongan umum tidak merujuk kepada pelancongan kesihatan.)
di Malaysia.       ( 0 markah)

Panduan menulis Pendahuluan:  (Target 2 markah) (rujuk perbincangan di atas)

Isi Tersurat: (Target 12 markah penuh)
1.  Kemukakan sekurang-kurangnya 6 isi( lebih mudah kerana isi ada dalam petikan soalan)
2.  Boleh disalin terus dari petikan (tinggalkan huraian & contoh)
3.  Salin isi tersurat dengan lengkap.  Jangan meninggalkan perkataan sesuka hati.
4.  Tulis satu isi dalam satu ayat.

Contoh: (rujuk soalan rumusan SPM Nov 2012)
isi tersurat 1 - kebanyakan hospital di negara ini mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.   (kalau tiada perkataan di peringkat antarabangsa + 0m)

isi tersurat 4 - mempunyai pakar perubatan antara yang terbaik di dunia.
(tiada perkataan di dunia + 0m)

isi tersurat 8 - pusat perubatan swasta di Malaysia menawarkan pelbagai pilihan penginapan. (tiada perkataan swasta +0m)

Kesimpulan: (Target 2 markah penuh)
1. Mulakan dengan frasa 'Kesimpulannya....'
2. Menggunakan satu ayat sahaja
3. Tulis dalam perenggan keempat
4. Mesti jelas dua bahagian iaitu cadangan+rasionalnya..
    menggunakan kata hubung 'agar'
5. mesti merujuk kepada tema soalan

Contohnya:
Setiap rakyat hendaklah bekerjasama untuk memajukan industri pelancongan kesihatan agar Malaysia terus menjadi perhatian para pelancong asing (tepat)


Setiap rakyat hendaklah bekerjasama untuk memajukan industri ini agar Malaysia terus menjadi perhatian para pelancong asing  
 (0 markah)

PANDUAN FORMAT PENULISAN RUMUSAN YANG TEPAT

a)  Tulis dalam empat perenggan 
iaitu perenggan pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat, dan kesimpulan
-  Rasionalnya ialah untuk memudahkan pemeriksa untuk mengenal pasti 
isi di setiap perenggan.  Kita mudahkan pemeriksa ...pemeriksa mudah memberi kita markah.

b)  Jumlah perkataan jangan melebihi 120 patah perkataan.  
    -  Perkataan yang melebihi 120 perkataan itu akan dipotong dan tidak akan diperiksa oleh pemeriksa.  Alangkah ruginya jika ayat/perenggan yang tidak diperiksa itu mengandungi isi tersirat  dan kesimpulan.  Walaubagaimanapun, jika tidak dapat dielakkan maksimum 5 patah perkataan yang melengkapkan ayat terakhir itu masih diterima.

c)   Mulakan setiap perenggan dengan frasa yang tepat dan jelas.

Contoh

Perenggan 1- Pendahuluan
Petikan membincangkan punca/ sebab/ alasan  pemilihan Malaysia sebagai  destinasi pelancongan kesihatan di peringkat antarabangsa

Perenggan 2 - Isi tersurat
Antara faktornya/faktor pemilihan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan ialah ..........................................................................

Perenggan 3 - Isi Tersirat
Antara faedahnya kepada negara ialah............

Perenggan 4 - Kesimpulan

Kesimpulannya, semua pihak haruslah  .................... agar.............................................................


Panduan
Kata Kunci Rumusan (untuk menulis Pendahuluan)

Fokus Utama
maksud
Masalah

Kekangan
Halangan
Rintangan
cabaran
Faktor
Punca
Sebab
Perkara yang menyebabkan
Kepentingan
Keperluan
Kebaikan
Faedah
Manfaat
Kelebihan
Keistimewaan
Langkah
Alpukah
Strategi
Kaedah
Cara
Tindakan yang perlu diambil
Peranan
Tugas
Tanggungjawab
Kewajipan
Tujuan
Matlamat
Objektif
Motif
Kesan
Akibat
Impak
Implikasi
Keburukan
Kesan negatif


Semoga bermanfaat
Selamat menduduki peperiksaan dengan yakin dan bersedia
Ikhlas daripada cikgu

Cikgu Chom

6 ulasan:

Wani Nini Maswan berkata...

terima kasih , cikgu atas semua contoh dan cara2 nak nt karangan dan komsas . TERIMA KASIH :D

chyka berkata...

Terbaikk!

Kraf Nailofar berkata...

Terima kaish cikgu..amat membantu saya untuk bersedia menghadapi cabaran praktikal.

Guru Pelatih UPM :)

Cikgu Kalsom berkata...

Sama-sama..cikgu doakan adik-adik berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Bau Willie berkata...

terima kasih atas tunjuk ajar cikgu.. :)

cahaye kaseh berkata...

aslm.cikgu yg ni memang format yg baru ke?