Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Syahadan, akan Yamtuan Muda pun mengamuk. Anak bininya habislah mati dibunuhnya. Tinggal seorang anaknya, perempuan. Niat hatinya, sudah habis mati anak bininya, hendak mengamuk ke dalam kota. Serta sudah ia membunuh anak isterinya, datanglah takut hatinya, lalu ia terjun, lari ke dalam hutan kayu onak. Ia bersembunyi. Akan Yang Dipertuan Besar, “Tiada aku mahu lari, kerana besar sangat dosaku membunuh ayahanda baginda. Dan baiklah aku serahkan nyawaku, mana dengan perintah Yang Dipertuan.” Maka ia pun datang, dengan tiada berbulang dan tiada berkeris, persembahkan nyawanya. Maka titah baginda kepada hulubalang baginda, “Tiadalah patut. Orang sudah menyerahkan nyawanya kepada kita, tiada patut kita bunuh.” Dan tiada dibunuh baginda.
(Dipetik daripada ‘Hikayat Siak’ dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikah maksud rangkai kata mana dengan titah Yang Dipertuan. (2 markah)
(ii) Berdasarkan petikan di atas, jelaskan perbezaan tindakan yang diambil oleh Yamtuan Muda dan Yang Dipertuan Besar. ( 3 markah )
(iii) Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi kepada Yamtuan Muda setelah dia melarikan diri ke dalam hutan? ( 3 markah )
Cadangan Jawapan
(i) Maksud rangkai kata mana dengan titah Yang Dipertuan ialah menerima apa sahaja tindakan yang akan diambil oleh raja.
(ii) Tindakan yang diambil oleh Yamtuan Muda dan Yang Dipertuan Besar dalam petikan adalah berbeza. Yamtuan Muda telah membunuh anak dan isterinya sebelum lari dan bersembunyi di dalam hutan. Manakala Yang Dipertuan Besar pula telah mengakui kesalahannya dan menyerah diri kepada raja.
(iii) Pada pendapat saya, setelah melarikan diri dan bersembunyi di dalam hutan, Yamtuan Muda mungkin mati dibaham oleh haiwan ganas di dalam hutan tersebut. Mungkin juga Yamtuan Muda dicari oleh hulubalang raja dan ditangkap. Yamtuan Muda juga mungkin menukar identitinya dan hidup sebagai rakyat biasa di kampung.
Sabtu, 17 Ogos 2013
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU : LATIHAN PROSA TRADISIONAL HIKAYAT SIAK
Labels:
Latihan Hikayat Siak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan