HALAMAN 2

Jumaat, 16 Ogos 2013

ANALISIS ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU : CERPEN PUNGUT @ ZAHARA @ YAP SIEW HONG



ANALISIS 
ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU


CERPEN PUNGUT @ ZAHARA @ YAP SIEW HONG

Sinopsis

Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil daripada keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal, Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut menjadi bisu dan pekak serta tidak boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia


Tema 
Ketabahan seorang ibu dalam membesarkan anak angkat yang cacat sejak masih bayi hingga dewasa dengan penuh kasih sayang. 


Persoalan

Persoalan kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat. 
Contohnya:
Siew Lan tidak menyukai anaknya kerana anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial.

Persoalan ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. 
Contohya:
Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit.

Persoalan keikhlasan dalam menerima amanah dan takdir tuhan. 
Contohnya: Mak Timah hairan memikirkan orang sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain. Dia tidak membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat.


Watak dan perwatakan 
Watak Utama
Mak Timah 
-ibu kandung kepada Katijah dan Munah. 
-ibu angkat kepada Zahara binti Muhamad alias Yap Siew Hong. 
-ibu yang penyayang, iaitu amat menyayangi Pungut yang dianggap seperti darah dagingnya sendiri. 
-prihatin dan bertanggungjawab, iaitu sanggup mengambil Pungut sebagai anak angkat kerana kasihan akan Pungut yang dibuang oleh keluarga kandungnya. 
-isteri yang mengambil berat akan kepayahan hutang suaminya. 
-mesra dengan jiran tetangga. 

Watak Sampingan
Pungut 
-nama sebenarnya ialah Zahara binti Muhamad alias Yap Siew Hong. 
-berketurunan Cina. 
-berumur 24 tahun. 
-badannya hanya bersaiz sebiji buah betik ketika dilahirkan. 
-gadis yang cacat dan tidak dapat berdikari untuk melakukan sebarang perkara. 
-diserahkan oleh neneknya, Bibik kepada Mak Timah setelah ibunya, Siew Lan tidak mahu menjaganya. 

Bibik
-         Nenek Pungut
-         Berbangsa Cina peranakan.
-         Percaya kepada ramalan loktang. Bibik tidak suka akan Pungut kerana dia percaya kata-kata loktang bahawa Pungut membawa sial.

Latar Masyarakat 

i. Masyarakat yang bersimpati atau prihatin terhadap nasib golongan kurang upaya. Contohnya, Mak Timah sanggup mengambil Pungut sebagai anak angkat kerana kasihan akan Pungut yang cacat dan dibuang oleh keluarga kandungnya. 

ii. Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan terhadap zuriat sendiri. 
Contohnya, Siew Lan sanggup menyerahkan anak kandungnya, Pungut kepada Mak Timah kerana Pungut cacat dan dianggap membawa sial. 

iii. Masyarakat yang mementingkan diri. 
Contohnya, anak bongsu Mak Timah mendesak Mak Timah supaya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat kerana tidak mahu Mak Timah bersusah payah menjaga Pungut sedangkan kesihatannya sendiri tidak menentu. 

iv. Masyarakat kampung yang berbilang kaum dan hidup dalam keadaan aman.
Contohnya, Mak Timah yang berbangsa Melayu dan Bibik yang berbangsa Cina hidup aman damai dalam satu komuniti kejiranan di sebuah perkampungan. 

Nilai Murni 

i. Kasih sayang. 
Contohnya, Mak Timah amat menyayangi Pungut sehingga dia sanggup bersusah payah dan berkorban demi Pungut. 

ii. Belas kasihan. 
Contohnya, Mak Timah sanggup mengambil Pungut sebagai anak angkat kerana kasihan akan Pungut yang cacat dan tidak diterima oleh keluarga kandungnya. 

iii. Amanah. 
Contohnya, Mak Timah memelihara Pungut yang cacat dengan tabah.

iv. Kecekalan. 
Contohnya, Mak Timah sanggup menghadapi pelbagai dugaan dengan cekal sepanjang memelihara Pungut.

v. Bertanggungjawab. 
Contohnya, antara sebab Mak Timah sanggup mengambil Pungut sebagai anak angkat adalah untuk meringankan beban hutang suaminya apabila Bibik memberinya wang sebanyak seratus lima puluh ringgit. 

vi). Nilai keikhlasan, contohnya Mak Timah menguruskan dan menjaga Pungut dengan ikhlas.

vii). Nilai simpati terhadap golongan yang kurang upaya, contohnya Mak Timah simpati dengan nasib Pungut.

viii). Nilai setiakawan, contohnya semangat setiakawan di antara iaitu Mak Timah bertegur sapa dengan Bibik.

5. Nilai hormat-menghormati iaitu anak-anak Mak Timah menghormati pendirian emak mereka.

Pengajaran 

i. Kita mestilah bersifat penyayang terhadap sesama insan tanpa mengira seseorang itu normal atau cacat.
Contohnya, Mak Timah amat menyayangi anak angkatnya, Pungut walaupun cacat. 

ii. Kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang bernasib malang supaya nasib mereka terbela. 
Contohnya, Mak Timah sanggup mengambil Pungut sebagai anak angkatnya kerana bersimpati akan nasib Pungut yang tidak diterima oleh keluarga kandungnya.

iii. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan supaya jiwa beroleh ketenangan. 
Contohnya, Mak Timah sanggup menghadapi pelbagai dugaan dengan tabah sepanjang memelihara Pungut.

iv. Kita mestilah amanah dan ikhlas dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab supaya dihormati oleh orang lain. 
Contohnya, Mak Timah memelihara Pungut yang cacat dengan baik sekali.


Plot 

Secara keseluruhannya, plot cerpen ini disusun secara kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

(i) Permulaan


Pembaca diperkenalkan dengan watak Pungut yang bertingkah laku seperti orang kurang upaya dan dijaga keperluannya oleh Mak Timah sepanjang masa.

(ii) Perkembangan


Mak Timah terkenangkan peristiwa 24 tahun lalu bagaimana dia mengenali Bibik dan mengambil anak Siew Lan yang baru dilahirkan sebagai anak angkat yang sah kerana tidak sampai hati apabila mengetahui bayi itu akan dibuang.

(iii) Konflik


Konflik timbul apabila anak Mak Timah mula bertengkar tentang Pungut dan mencadangkan agar Pungut dihantar ke rumah kebajikan.

(iv) Peleraian


Mak Timah terus menjaga Pungut dan berdoa agar Pungut mati terlebih dahulu sebelum dirinya.

Teknik Plot / Teknik Penceritaan 


1. Pemerian
Dia tergigil-gigil. Mulutnya mengeluarkan bunyi macam suara nyamuk, berdenggung-denggung. Kepalanya di geleng-gelengkan ke kiri dan ke kanan dengan pantas. Kemudian dia meluru masuk bilik…

2. Monolog
“Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia, “fikir Mak Timah.

3. Dialog
“Mengapa Bik?” Mak Timah bertanya.
“Siew Lan.” Jawabnya lambat.

4. Imbas kembali
..Mak Timah terbayangkan kisah yang berlaku dua puluh empat tahun lalu…


Latar 

Latar Masa

1. Tahun 1957 ketika Pungut dilahirkan
2. 24 tahun selepas Pungut dewasa

Latar Tempat

1. Rumah sewaan Bibik tempat tinggal Mak Timah
2. Rumah lelaki anak bongsu Mak Timah.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat majmuk (bangsa Cina dan Melayu) . terdapat keluarga Siew Lan an keluarga Mak Timah.
2. Masyarakat yang percaya kepada bomoh (ramalan Loktang). Bibik amat percaya dengan ramalan Loktang tentang Siew Lan.
3. Masyarakat yang simpati terhadap golongan kurang upaya. Mak Timah kasihan dengan nasib Siew Lan yang akan di buang lalu sanggup memeliharanya

Gaya Bahasa 

1. Kata ganda
Contoh: digeleng-gelengkan

2. Bahasa pasar
Contoh: sueh, loktang

3. Sinkope
Contoh: nak, kau

4. Personifikasi
Contoh : kelakuannya tak ubah macam wayang patung

Tiada ulasan: